Wednesday, July 08, 2015

KOLEKSI BAJU MUSLIMAH RAYA 2015.

Hi korang :)

Harini nak hasut korang lagi hahahaha.. Takde keje lain Kak Pilla tu kan.. asyik hasut orang gi shopping je.. Ini bukan hasutan, tapi ni nak memudahkan korang yang jenis sibuk doplohpat jam macam Kak Pilla.. 

Raya nak dekat.. ingat Kak Pilla ni ada masa ke nak gi beli baju kat luar? Lagipun kalau baju-baju ala-ala jubah ni beli kat nile.com.my je senang.. click-click kat hujung jari je.. tup-tup esok sampai.. Buat apa lah nak bersusah payah bawak kereta pastu terhegeh-hegeh pening kepala tak tau nak drive gi mana.. kang pegi-pegi belum tentu berkenan.. kat nile.com.my ni dah lah murah melampau so bila click tu takde lah rasa macam, kalau tak muat baju ni mampos aku, rugi la duit.. Tapi tak ye.. semua yang Kak Pilla order, bila sampai elok je muat hehehehehehe... 

Dah ready nak tengok Kak Pilla korang yang poyo ni? Tolong lah posing depan umah hahahaha.. Nasib takde jiran nampak hahahaha..


Jubah Paisley ni selesa pastu dia jalur memanjang kebawah.. so akan nampak tinggi dan kurus sikit hehehe.. kalau korang size-size macam Kak Pilla boleh amik size L untuk jubah ni.. Kain jenis tak jarang so senang je terus sarung.. Pastu kat bahagian dada zip sampai ke leher.. Bahagian tangan ada button, senang nak amik wudu'

Bag ni sesuai untuk orang yang suka bag besar-besar.. Senang nak campak barang banyak-banyak dalam tu.. Material dari PU leather.. Kalau tak suka pegang macam tu jangan risau.. ada tali lagi untuk pakai kat bahu.. boleh tengok kat link Kak Pilla letak kat atas tu.. berbaloi kot dengan harga RM39.90 murah giler kot..


Jubah macam ni sekarang tengah in-trend kan?  Yang istimewanya jubah ni kat bahagian tangan dan bahu tu ialah Leather Lace yang matching dengan warna jubah.. Yang ni leather lace dia tu warna silver.. pastu ada zip kat bahagian tangan untuk memudahkan amik wudu'.. 

Walaupun ianya cuma jubah, tapi rasanya kalau pakai gi wedding waktu malam kene plak lampu kat dalam dewan atau hotel.. terus rasa ekslusif je..


Jubah ni pulak warna Gold.. Boleh matchkan dengan shawl warna gold macam Kak Pilla tu.. Sesuai untuk pergi wedding kalau nak tampil meletop dari orang lain hahahah.. Saja Kak Pilla matchkan dengan Postmen Bag warna yang sama.. Kalau tak asyik bag hitam je kannn... Apa murah sangat bag ni??? Tensi tau hahahahaha... boleh beli semua colour kalau korang nak.. Ada tali jugak kalau korang suka sling.. Semua sekali ada 4 warna.. Click link Kak Pilla bagi tu ok?


Ok cukup 3 jenis jubah warna je lain-lain hahaha.. yang warna Red ni je Kak Pilla saja try amik size L.. so agak besar sikit tapi lebih selesa sebab longgar ;)  Warna ni actually maroon sikit bukan merah biji saga tu.. rasa macam rugged plak kan jubah ni sebab bahagian tangan dia PU leather.. ahkak suke :) 

Bag yang Kak Pilla pegang tu murah jerrrr... RM38.40 je sangat mampu milik ;)  Kalau tak suka warna tu, boleh pilih BLACK pon mengancam.. Eh tapi silalah tengok nile.com.my punya handbag, lawa-lawa dan murah-murah.. sekali masuk je website ni laju je pilih 3-4 handbag tanpa rasa bersalah hahaha..


 Blouse ni labuh menutup punggung.. So memang rasa yakin bila dipakai..Kak Pilla pon jarang pakai warna green macam ni so bila pakai sekali-sekala rasa best je hehehe.. 

Kak Pilla matchkan dengan Mermaid Skirt ni.. Sila pakai baju labuh ye kalau pakai skirt ni.. Skirt ni pon dari Heavy Lycra yang licin dan tak jarang.. kalau matchkan dengan baju kurung moden top dia pun lawa ni.. tengok bila duduk tu rasa macam mermaid plak hahahah.. 

Kak Pilla pilih untuk matchkan dengan bag yang ada gold chain ni.. Rasa feminin sangat ayu je hehehe..Handbag RM32.30 sahaja silalah percaya ;)


Kepada sesiapa yang suka pakai accessories boleh lah pilih-pilih.. ada earrings, rantai, brooch, bracelet dan banyak lagi.. macam Kak Pilla pilih ni design macam diamond senang je nak pakai dan nak bukak.. ketap je sekali.. leh tengok sendiri yaaa.. click link atas tu...



Blouse ni cantikkan? Sukaaaa sebab ada lace kat bahu.. now kan trend lace sana sini.. Bila ada lace macam tu baru senang nak matchkan dengan shawl warna sama dengan lace.. Pastu Kak Pilla matchkan dengan Panel Skirt warna Dark Blue jugak..


Siapa jiwa rock boleh pilih bracelet nie.. Alaaa order baju, click je lah bracelet sekali.. Baru RM4.30 je heheheheh.. nampak rugged kan kan kan... ni lagi senang pakai dia ala-ala getah rambut je.. sesuai untuk orang pemalas macam i, eh macam kita ;)


Kenapa Kak Pilla suka BLACK? Pertama sebab kalau pakai hitam terus rasa kurus sikit.. Kedua sebab nampak elegant je.. ketiga senang match dengan apa-apa warna pon.. keempat sebab rasa kulit makin cerah bila pakaian hitam, kelima sebab hitam itu misteri..  Amboi sampai 5 alasan... Blouse ni sama macam yang Grey ada blue lace tu.. Tapi ni blouse hitam, lace gold.. pandai betul colour combination dia.. matchkan pulak dengan black handbag chain gold.. 

Long skirt ni material dia chiffon tapi don't worry tak yah susah-susah nak pakai kain dalam sebab dah ada lining dalam dia..


Ok ni gambar last.. Blouse dia ada pocket besar warna hitam.. terus nampak blouse ni lain dari yang lain dan tak terlalu plain macam blouse biasa.. so bolehlah kita matchkan dengan shawl warna hitam dan Chiffon Palazzo Pant warna gelap ni.. 

So korang ghaser cemana? ok tak pilihan Kak Pilla?  Yang penting murah dan nampak menarik.. janji kita tau nak mix and match dah ok dah...

Bulan puasa letih-letih ni tak yah lah jalan nak meredah pulak panas-panas nak mencarik baju.. online sudehhhhh...

Berita baik sebab nile.com.my sedang mengadakan Raya FREE Delivery promo!!! Pembelian RM48 ke atas akan dapat Penghantaran Percuma untuk Semenanjung Malaysia.

Lagi satu, nile.com.my akan mengadakan Jualan Raya Meletop 2015 dimana semua items akan diturunkan harga sehingga 90% Off.  Click sini untuk maklumat lanjut :)

Boleh shopping kat nile.com.my semua ada.. 

Sekian, Kak Pilla menyelesaikan masalah korang hehehehe..


Love, 
Filla.

13 comments:

Myalycia said...

cantik2nya... mmg dah usha dah tp mcm takut saiz tu sesuai ke tak.. maklumlah kita ni comey sgt ;)

Anonymous said...

nak tanya, akk amik size ape eh?

Anonymous said...

Filla, ada yg nursing friendly tak? Thx

Anonymous said...

Assalamualaikum

Kak filla siapa tolong ambil kan pictures bila u tgh posing? Ur oldest daughter eh? Hehe kalo jiran nampak mmg la paisey eh hahahahaa

Selamat berpuasa

Nura

Filla said...

size M.

Filla said...

kene check website dia

ayoikema said...

mmmg tebaik....sy dh beli kualiti pun ok...harga dah murah...

Alin Marlini said...

nmpk ko pakai lawa je pillah...hehehe

Anonymous said...

nape kalo kak pila kalo pakai bj beli cmni nmpk ctk je nmpk padan je nmpk eksklusif.. haih stress la sbb sy salu xberjodoh ngn baju beli.. maklum la rendang..

mimi said...

cun..paling berkenan jubah kaler biru tu tp yg tu x de zip kat tgh kan?

Anonymous said...

banyaknye baju yang kak pilla borong...untunglah badan cun..Fida ni selalu sangkut dekat lengan je..so kena beli by hand

CT ASNIDA AHMAD said...

Nak tanya
Jubah leather lace tu beli kat mane yea

norrey said...

Kak pilla..leather lace tu tahan lama tak?
Saya punye smlm baru sampai tp dah terkopek2 dah..tu belum cuci lagi.