Wednesday, May 28, 2014

JADI PEREMPUAN JANGAN NAK LEMBIK SANGAT (INGATAN BUAT DIRI SENDIRI)

Terlintas nak share dengan u olls.  Bila duduk sorang-sorang pernah tak korang terfikir apa yang kita nak achieve dalam hidup dan masih belum tercapai?

Bila cerita pasal achievement terlalu luas scopenya.. mudah disalah tafsir.. Yang aku nak share kat sini dari segi general je lah ye.. Atau bahasa mengarut dia.. apa angan-angan aku.. apa yang aku teringin sangat nak buat tapi masih belum berkesempatan.

Mendaki Kinabalu
Ini impian aku dari sebelum kahwin lagi.. Masa bercinta aku happy bila fikir future husband aku seorang outdoor person.. gunung ganang bukit bukau semua dia redah.. Zaman dia muda dulu, weekend tak pernah duduk rumah sebab akan ada aktiviti camping, keluar masuk bukit cerakah, turun naik gunung.. So aku happy sebab aku rasa mesti lepas kahwin kitorang akan jadi couple paling sempoi sebab dia boleh bawak aku daki Kinabalu.. sebab aku dulu-dulu Wan tak bagi masuk hutan.. tak bagi panjat gunung.. sebab Wan risau.. Yelah kan.. mak-mak memang camtu.. so aku rasa bila dah kawin akan dapat lesen bila laki yang bawak.. Tapi semua tu masih belum menjadi kenyataan :( Asal anak pegi je aku pregnant.. Asal nak pegi je banyak halangan.. Now aku nak pergi tapi rasa macam dah tua.. dah tak cekal macam dulu, dah tak bersemangat macam dulu.. dah tak larat.. berat badan bertambah.. so mesti aku lemau.. bye-bye Kinabalu T_____T

Melancong
Kadang bila aku duduk aku fikir jugak.. Mana tempat aku paling suka so far? maksudnya tempat-tempat yang aku dah pergi.. Aku suka Bali.. Aku suka Krabi.. Siapa tak suka round Europe ke apa kan.. tapi jiwa aku lebih kepada negara/tempat yang aku boleh lihat culture dia.. gaya hidup dia... Aku teringin nak pegi India.. Aku nak tengok gaya hidup diorang kat sana.. Aku nak pegi Jepun tengok budaya dan kehidupan orang sana.. Aku tak berapa suka town yang gempak-gempak.. ok lah, suka lah jugak.. tapi aku lebih suka memerhati.. macam aku pegi Hong Kong.. aku tengok gaya dia.. kelajuan diorang ni berjalan.. kesibukan dia.. aku ingat aku dah laju.. diorang lagi laju.. walaupun dia jalan laju, aku ingat lagi sorang perempuan cina kat Hong Kong masa lalu tepi aku, dia tepuk bahu aku dia cakap bag aku tak zip.  Tapi laju gilaaaa dia jalan.. aku nak cakap thank you pun tak sempat.. So aku rasa diorang laju tapi still concern.. tapi takde nak beramah mesra sangat.. masa beli tiket kat counter dia pun sama.. orang sana tak suka kau terhegeh-hegeh.. kat kaunter baru nak bincang.. baru nak tanya banyak sangat tiket apa bagus.. card apa nak beli.. please discuss and come back. Next!! tekemut-kemut lah kau ke tepi.. 

Itu gaya hidup modern sebab kau pegi negara maju.  Tapi negara biasa-biasa aku suka Bali.. bukan sebab hiburan sebab aku pegi sana tak berhibur pun.. aku suka tengok kebudayaan dia.. berduyun-duyun pegi kuil.. tengok cara hidup dia.. tanya macam-macam kat supir... Aku teringin nak pegi kawasan pedalaman macam tengok orang asli.. one day aku nak gi Sarawak.. aku nak masuk kat kawasan orang Iban.. aku nak tengok kehidupan anak-anak kecil kat sana.. Eh elok aku ni jadi wakil rakyat lah kan? hahaha suka over berangan macam-macam.. 

Macam haritu pegi Guangzhou.. Aku perhati kehidupan kat sana.. Semua kerja keras.. takde cuti... bila penat semua longgok-longgok barang perniagaan yang dalam guni tu diorang tido atas guni-guni tu kat tepi jalan je.. dengan bau busuk lagi.. dah lah aku pregnant.. tahan je supaya tak muntah.. hahah.. tapi aku suka lah.. tengok dia naik basikal bawak kain berkayu-kayu dah macam sarkas.. lek je.. kau yang kena mengelak.. tak elak memang confirm kene libas... ada dia kisah?

Aku ni mengada je lebih.. gigit nyamuk tak boleh.. gatal-gatal tak boleh.. berlengas tak boleh.. rimas.. berdiri lama-lama tak boleh, nak cari kerusi.. takde kerusi, kat lantai aku duduk, pedulik.  camni lah konon nak gi tempat-tempat yang kaya dengan nilai-nilai kebudayaan.. Eh biarlah.. nanti dalam blog aku cerita yang best-best je.. aku tipu mana korang tau pun kan kan kan?

Aktiviti Lasak
Aku tak lasak.. Jangan lah korang terperdaya dengan fizikal aku yang agak kasar.. agak keras dan takde ciri-ciri kewanitaan sangat.. itu semua poyo.. aku lembik sebenarnya tapi aku suka perasan aku lasak.. meluat Pak Radie dengan aku.. hahaha baru ajak gi jalan kat Carboot sale kat Stadium Shah Alam aku dah merungut-rungut.. asyik suruh cepat sebab panas.. turun je kereta "hausssssssssssssssssssss".. hahahahah.. Pak Radie macam nak sekeh kepala aku.. Eh betul la.. tekak kering ni.. Tapi aku suka cabar diri.. korang tau tak, semangat yang kuat boleh mengalahkan fizikal orang yang kuat.. Aku banyak belajar masa aku dengan Anny masuk x-rel dulu.. aku? si lembik ni menang x-rel? kalahkan berapa banyak team lelaki? fizikal dan mental kene seiring.. kalau ikutkan, first round dulu.. kene lari naik tangga lrt.. aku menangis tau.. dalam hati lah.. hahaha.. tanya Anny sebab dia selalu kutuk aku sampai sekarang.. aku naik tangga tu aku angkat paha aku ok.. aku tarik seluar aku kiri kanan nak melangkah panjat tangga.. masuk lrt aku diam.. dalam hati menyumpah kenapa aku bodoh sangat masuk game macam ni.. nak patah balik tak boleh.. tapi masa tu semangat aku musnah.. aku tau aku tak boleh.. tapi bila menang dan dapat ke next stage, aku rasa semangat balik.. ikut logik akal memang tak mampu nak lawan lelaki.. 

Sama jugak rock climbing.. aku tak boleh buat sebab aku memang gayat.. tapi aku cabar diri.. dan buat.. boleh je pun.. mengada je lebih.. baru-baru ni Pak Radie ada plan ganas.. dia nak ajak aku terjun parachute.. ikat go pro.. eh takpelah, ko pegi lah sorang.. tak nak aku.. hahahaha.. dia tu gila.. tanak aku layan.. saiko.

Kalau aku cerita zaman aku dulu-dulu lagi kelakar.. pasal jatuh.. aku ni memang asik jatuh.. kat uitm paling teruk aku jatuh tangga.. jatuh yang terduduk kat tangga.. plak tu tangga tu macam turun bangunan tu.. sekeliling ramai students.. abang-abang senior pon tekejut ingat aku buat stunt ke apa.. bodoooohhh malunyeee *tutupmukadenganfail* dulu angin tiup pon melayang.. mak aku sampai risau.. kau ni jalan sikit jatuh.. jalan sikit jatuh.. hahahah.. eh tapi Natra lagi teruk.. jatuh masuk longkang besar.. hahahahahahha.. dulu aku main roller blade.. jatuh tonggang tebalik dah macam orang accident punya kecederaan.. haha.. ko bayangkan roller blade tu laju kan.. turun bukit.. aku memang boleh lah, terror tu takde la.. tapi bila laju turun bukit aku tak pandai nak brake.. so aku pandai pusing je.. bila dah laju sangat aku panik nak stop cemana nie.. aku pusing je kaki tu.. pastu berpusing-pusing.. jatuh yang tonggang tebalik tu kat jalan bertar pulak.. luka berdarah sana sini.. jatuh basikal kat cerakah pon ada.. lumut so licin.. habis lutut aku mengalir darah.. terus terjun swimming pool.. dulu kecik-kecik ikut abang aku ngan jiran-jiran lelaki semua panjat bukit.. pastu short cut diorang turun bukit.. bukit batu ok!!! sorang tak pedulikkan aku.. aku pon terpaksa turun gak.. pastu aku gelongsor je badan aku kat batu-batu tu hahaha.. cedera parah belakang badan ok.. balik rumah takut nak mengadu kat mama.. terus masuk bilik air mandi.. rasa nak pitam kene air ok.. hahahah.. aku main pisau rambo Atok yang jenis lipat tu.. lipat dia laju.. bedetuk kene kat jari telunjuk.. nasib tak putus.. scarrrryyy ok.. takut punya pasal.. lap darah banyak gila kat lantai semua.. sikit aku tak mengadu sebab takut.. bapak aku dah pesan jangan usik pisau tu.. bila bertampal jari diorang tanya tangan kenapa? tersangkut kat pagar sekolah.. hahahahahah sampai sekarang parut tu ada.. tengok parut senyum sorang-sorang.. 

So kalau korang rasa korang lembik macam aku, korang kene cabar diri.. jangan lembik-lembik ok.. rimas tau lembik-lembik, sikit-sikit nak nangis.. sikit-sikit nak pompuan-pompuan sangat.. asik nak membelai diri kat spa.. nak manja-manjakan badan.. hoih mengada sangat tu.. i cannot. hahahahha.. tapi sebab kita ni memang wanita.. sekeras-keras mana pun sesekali nak jugak kan.. gi massage.. makeup lawa-lawa.. pakai lawa-lawa.. tu normal, cuma jiwa tu je jantan sikit ;) sebab tu bila kene urut kaki aku tak boleh tahan.. geliiiiii hahaha.. rasa nak sepak je.. sampai tukang urut geleng kepala.. dulu gi salon shampu rambut pun sama.. "mau massage ka?" tak nak! nanti urut kat tengkuk aku jadi sakai kejap.. hahahahaaa


p/s: Vote Kak Pilla and The Kasihs di www.wallsindisneyland.com
Boleh vote hingga 30 May 2014 (Jumaat).. Sehari sekali ok? 
I love u olls...



Love, 
Filla.

5 comments:

Eray Majid said...

part jadi sakai tu comel kak filla...tak pernah tak sengih kalau baca blog k filla.

nway tulisan besar tu saya suka!

Unknown said...

dtg la Sarawak kak pilla..nak tgok cara hidup bgsa iban, better g kat daerah song.. diorang baik+ramah tau. pernah bmalam kat rumah pnjg kat sana skali, sbb keja cek site..layanan diorang ngan tetamu mmg bgus.. + diorang hormat budaya kita melayu..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kita serupalah... baru jer cete kat blog sendiri psl akk yg selalu jatuh.. naik bukit boleh melungsur ke blkg.. haha.. angan2 pun byk yg sama

Mademoiselle Aqilah said...

Setuju sgt dgn akk..perempuan kne kuat sbb kdg2 kita xsedar yg kite lbh kuat dri yg kita sangka.jom kak bungee jumping..hehe

Anonymous said...

salute kak pilla..kental tu terkena pisau,bergelungsur kt batu,berpusing naik rollerblade.tp relaks and cool jer.xnk bgtau pnya hal leh survive sendiri.terbaik kak.kagum sgt da ni.tang pisau tu..alahai scarynya.