Friday, May 16, 2014

FULECO MASCOT WORLDCUP 2014 DI BRAZIL DAH ADA TEMAN..

*scroll down for new entry*

Last few weeks Kak Pilla terlepas peluang untuk sama-sama mencuba nasib untuk menang Grand Prize ke World Cup 2014 di Brazil.. Kalau tak.. dah tentu sekarang akak tengah busy pack kain baju nak ke Brazil.. 

Kia Malaysia adalah official sponsor FIFA World Cup 2014.. Usaha Kia Malaysia patut diberi pujian kerana telah memberikan peluang yang sangat berharga kepada Usha Rani dan anaknya Deshshiv Darshaan (10 tahun).. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah berjaya memenangi "Fuleco Friend Search" yang berlangsung di e-Curve tempohari.. seramai kira-kira 180 penyertaan pada hari tersebut.. 

Competition tu dibuka kepada seorang parent (ibu/bapa) bersama seorang anak berumur 8-12 tahun.. Mereka cuma perlu buat "Fuleco" pose terlama... 

Semangat betul abang kita ngan akak sebelah tu ;)


Penyertaan sangat menggalakkan dari ibu-bapa berserta anak-anak.. Hoi menyesal tak pegi.. 

Ni aku dok sebut FULECO ni korang paham ke tak apa FULECO tu? hahaha.. tu dia yang warna kuning mascot tu.. Adik Deshshiv Darshaan berpeluang untuk berjalan berpimpin tangan di padang dengan Cik Fuleco the Armadillo during Semi Final game di Brazil sebelum perlawanan bermula.. 

Memang bertuah betul adik Deshshiv Darshaan dan ibunya kerana peluang ini pasti akan memberi 1001 kenangan manis buat mereka.. Kak Pilla tumpang gembira ye ;) nak tumpang pegi sekali tak cukup duit lagi.. hahahahahah

Contest seumpama ini adalah yang pertama kali diadakan oleh Kia Malaysia dan mampu memberikan kegembiraan tak ternilai kepada ibu dan anak ini.. Thank you Kia Malaysia for the effort ;) Hanya dua negara Southeast Asia yang akan menghantar anak kecil diiringi parent masing-masing ke World Cup 2014, Brazil.. Negara itu ialah Malaysia dan Philippines. 

Adik Deshshiv Darshaan dan ibunya, Puan Usha Rani memenangi tiket penerbangan ke Brazil untuk dua orang, penginapan, city tour dan tickets ke World Cup Semi Finals match dan wang tunai RM5,000.  Adik Deshshiv Darshaan akan turun ke padang semasa Semi Final dan mengiringi Mascot Fuleco onto the pitch! Confirm click click clik camera amik gambar adik ni.. hehehe.. Oh tak lupa jugak, ada 9 pasangan parent dan anak yang memenangi consolation prizes of RM200 dan exclusive Kia merchandise semasa event di e-Curve hari tu.. 

Ada banyak lagi acara yang dianjurkan oleh Kia Malaysia selaku official sponsor of  FIFA World Cup 2014.. Layari www.kia.com atau www.facebook.com/kiamalaysia untuk melihat sendiri peluang lain yang ditawarkan ;)


Love, 
Filla.

1 comment:

budaksowt said...

perghh...bertuah giler.... kalo lah aku yang menang mmg terjerit- jerit beruk da...hahaha