*scroll down for new entry*
Baru-baru ni Kak Pilla attend satu event ice cream wall's di Mad About Coco, Publika. Gembira sangat sebab tak sabar nak experience sendiri macamana nak deco-deco ice cream.. Nanti boleh buat sendiri dengan The Kasihs..
Sampai je kat sana.. terus terpegun.. decoration cantik comel sweet sangat... Rasa macam masuk ke dalam Fantasy Island..
Kat pintu masuk ada disediakan photo booth untuk bergambar.. Haruslah Kak Pilla pilih nak jadi princess.. Nanti nak tunjuk gambar kat The Kasihs.. mesti diorang jealous tengok mak dia jadi princess.. hahahah..
Kelihatan meja panjang mula dipenuhi dengan rakan-rakan bloggers yang akan memeriahkan lagi event ni nanti ;)
OMG.. so cute.. Aku memang sukaaaa sangat benda-benda yang comel macam nie.. nak buat tak reti.. so bila nampak laju je nak snap gambar..
ceera and kathy pon ada jugak.. sugguh power lakonan candid mereka hahaha
Mula-mula aku tak faham.. what is wall's scoops of happiness? scoops of ice cream aku tau.. takpe takpe.. jangan gelojoh.. nanti kita tengok sendiri..
Rupa-rupanya kita semua akan bersama-sama dengan Samantha Lee.. siapa dia? nak tau? dia sangat famous di laman instagram.. aku check instagram Samantha Lee.. terus terpaku.. dan terus bersemangat nak jadi macam dia jugak..
ig @leesamantha
Samantha Lee
Ucapan aluan dari Pengurus jenama ice cream wall's, Unilever (M) Sdn. Bhd., Mr Shawn Tan. Paling best bila Mr. Shawn mengumumkan ada pertandingan Facebook untuk rekaan Scoops of Happiness yang kreatif!! Grand Prize ialah family trip to Disneyland Paris dan weekly prizes ialah family holiday package ke Legoland.. Macamana nak join contest tu? go to www.wallsindisneyland.com dan lihat sendiri betapa mudah untuk menang!!!!
JOIN CONTEST UNTUK MENANG FAMILY TRIP KE PARIS DISNEYLAND!!
Click www.wallsindisneyland.com and u could win a trip to Paris Disneyland (grand prize) with your family or at least u can win a ticket to Legoland (weekly prizes)!
Submit your own wall's ice cream creations..Hoiii kalau ikutkan hati, tak nak akak ajak korang masuk contest nie.. nanti ramai masuk contest.. acaner Kak Pilla nak menang??? Huwaaa impian Kak Pilla ok nak gi Disneyland Paris.. i vote u, u vote i okkkk... u all go to Legoland, Kak Pilla go to Paris.. ok tak?
2. Create your own ice cream creation
3. Submit your details and photo of your creation, termasuklah satu Wall's Selection tubs
Mudah kan? weekend ni nak gi beli bahan-bahan untuk create ice cream Kak Pilla.. mesti beli bahan yang kebaboommm baru lah ada peluang gi Disneyland Paris.. bahahahahah..
Comel sangat ok.. Sila ajak anak-anak untuk menonton bersama :)
Ok, kelas dah nak start nie.. Samantha Lee akan menyediakan 3 jenis ciptaan beliau sendiri untuk Wall's Scoops of Happiness..
Ini adalah proses untuk ciptaan pertama..
scoop ice cream wall's tu padat-padat dan bulat macam tu..
then lukis rambut dia guna chocolate writing icing
kemaskan yang comot-comot tu dengan lidi
dihias dengan buah-buahan..
cantik nyaaaaaa... siap ada sanggul oreo hahahah.. pakai baju ada button warna pink lagi.. sayangnya nak makannnnnnnn!!!! Tema yang pertama ialah Heroin dari China. Dapat inspirasi daripada pahlawan Mulan.
Ini adalah hiasan Wall's Scoops of Happiness yang kedua.. letak satu scoop ice cream Wall's Selection Oreo di atas muffin.. orange dan honey dew jadi kapal layar..
hahahah comel kan?
Tema yang kedua ialah PIRATE
sempat bergambar hahahah
ni yang ketiga.. tangan snowman tu rupanya guna spaghetti yang digoreng sekejap.. Samantha kata.. usually dia akan goreng sikit dan lebih tu dia simpan dalam bekas kedap udara.. senang nak guna bila-bila ;)
dan yang ketiga ialah Puteri Salju!!!! paling comel kan hahahah.. siap rambut ke tepi plak tu.. rambut tu Samantha guna whipped cream.. Rekaan ni diinspirasikan daripada Ratu Elsa dan Olaf daripada Frozen.
Ok masa yang ditunggu-tunggu pun tiba.. bloggers pon kene reka Wall's Scoops of Happiness jugak.. dibahagikan kepada 3 orang untuk satu team..
Antara buah-buahan yang ada..
Waaa macam-macam ada.. terus blur tak tau nak buat tema apa..
Team Kak Pilla ialah Oleen dan Namee.. alamak Namee snap gambar.. so dia takde dalam gambar ni hehe.. Oleen sangat creative.. Oleen sangat creative..Oleen siap ada paperwork.. So kita plan nak buat castle tergantung ;) Dengar pun dah macam waaaaaaaaaahhh susahnya... tapi kami yakin boleh.. heheh.. kita pressure sikit team depan kita.. team depan kitorang ialah Elly, Kathy dan Ceera.. masa buat ni.. masing-masing mulut becok.. semua confident team masing-masing akan menang..
Inilah hasil rekaan kami bertiga.. Waaaaaaa cantik kan? hahah puji rekaan sendiri nampak? Jangan main-main ok.. siap ada bridge tergantung ala-ala KLCC.. bukan senang ye nak buat tu... kami juga menggunakan banyak buah-buahan untuk memastikan khasiatnya lengkap ;)
Masa deco ice cream nie.. kepala asyik teringat anak-anak kat rumah je.. kalau diorang join ni.. mesti happy dan tak sangka mak dia berbakat.. mesti termenung tengok ice cream sampai cair sebab sayang nak makan hahahah..
Tema kami ialah "Castle in the Garden".. padahal tak tau nak letak nama apa.. memula pakat nak buat ice cream tu princess.. tapi sebab dah scoop ice cream tu besar sangat.. dah muka bulat macam tu.. tapi pakai skirt.. hahahahah memang lawak lah nak panggil princess.. so kita anggap je tu frog.. mata dia guna blueberry.. terbuntang biji mata dia.. hahaah..
Ok bila semua team dah siap bergambar dengan rekaan team masing-masing.. kami dihidangkan dengan minum petang yang lazat..
Alamak.. kantoi pipi tengah simpan makanan hahah.. Oleen gi amik food kot time ni ;)
Tengah makan dan bersembang tetiba ada announcement.. aku cuma dengar "Castle in the Garden" je.. Eh macam pernah dengar je nama tu? hahahaha.. aku pandang Namee, Namee pandang aku.. Eh? team kita kan kan? Yessssssssssssssss!!! kita menang!!! sorry ye team sebelah... nanti balik rumah, cuba lagi sampai berjaya hahahahahah..
Yeayyyyyyy!!! kitorang berjaya membawa pulang 3-tier cake stand dari Laura Ashley.. Amboi, meletops lah meja Kak Pilla raya nanti.. jemputlah datang rumah.. bahahahahah..
Bersama ice cream Wall's Selection
Oreo ni paling disukai The Kasihs.. Nanti nak try design ice-cream wall's selection ni dengan The Kasihs pulak.. bagi mama masa sikit nak draft ciptaan kita bagi meletops..
Selesai event ni baru aku tau message yang nak disampaikan.. Bila tengok gigihnya Samantha untuk decorate ice cream mengikut tema tu.. aku terbayang muka anak-anak yang happy.. terus rasa malu kepada diri sendiri sebab tak banyak luangkan masa untuk prepare food bersama-sama.. dah tentu ice cream adalah kegemaran anak-anak.. so why not kita create cantik-cantik wall's ice cream tu.. dan ajak anak-anak untuk involve jugak.. Lepas ni, parents sila jangan malas ok.. kita bagi anak-anak happy, pasti kita pun happy jugak ;)
sebelum balik, sempat bergambar kenangan dengan Elly
dan Namee.. camera ada banyak, so terlupa tak amik gambar dengan orang lain.. heheheh
Balik rumah terus tunjuk ni kat Pak Radie.. bangga tau menang ;)
tunjuk gambar ni kat The Kasihs.. menjerit-jerit semua suka.. semua tanya kenapa tak bawak Kasih? kenapa tak bawak Amaani? sorry.... takde budak kecik ye event nie.. nanti kita buat event kita sendiri dengan wall's scoop of happiness... mama janji!!!!
Bila tunjuk gambar rekaan kitorang yang menang tu.. lagi lah melonjak-lonjak budak-budak tu.. Mamaaaa, sayangnya nak makannnnn.. mama cantiknyaaaaaa... mama itu mama ini... hahahah..
Love,
Filla.
4 comments:
kita yang baca ni pun excited nak mendeko2 tu...kemain sedap jek tengok...
waaahh!! tahniah kak pilla.
sangat berbakat..deco yg menarik.
kenapa la i x pernah dapat peluang yang awesome macam ni erk Filla...jeles ngan u tau...
bestnya dapat join event camni kan.. comey kak fila ;)
Post a Comment