Wednesday, May 21, 2014

CORETAN DARI HATI.

Baru-baru ni aku gi interview untuk surat khabar.. tu nanti lah cerita.. tunggu cerita keluar baru kita sambung cerita kat sini ok?

Lately aku busy sangat.. sampai blog pon tak berupdate.. bila ada masa nak update otak aku plak buntu.. Camne tu? ke hulu ke hilir aku.. bulan ni dan bulan depan penuh ngan orang kawin pulak.. huwaaaaa.. *nangis* 

Oh aku happy jugak sebab akhirnya impian untuk tukar timber flooring kat rumah berjaya dilaksanakan.. tengah tunggu stok kayu sampai 26hb nie.. pastu aku boleh decide nak suruh datang pasang hari apa.. aku amik ngan Floor Depot.. buat lantai hall semua dan bilik kerja Pak Radie sekali.. kayu tu kitorang pilih bersama.. untuk hall amik yang elok sikit, untuk bilik kecik tu amik yang harga rendah sikit ;)  Sebenarnya since last year kot nak tukar. tapi asyik postponed je.. Alhamdulilah ada rezeki sikit, so mari buat.. cukup-cukuplah bertangguh tu.. kang merana hati i nie.. nanti dah siap pasang i show off kat sini ok hehehe.. 

Weekend ni i olls gi holiday.. pon akan tinggal lagi blog ni hahahah... plan nak bawak sekali anak buah aku Azhar and Syasya.. Tapi Syasya tak boleh pegi sebab dia ada exam pastu ada wedding saudara yang kene attend.. terpaksalah tinggalkan dia :( sib baik dapat bawak Azhar.. tu pun Azhar kene ganti exam tu isnin nanti.. Aku malas nak gi cuti sekolah nanti semuanya penuh.. rimas aku orang ramai-ramai bersesak-sesak.. hehehehe.. 

Ada few kerja yang tertangguh nak kene siapkan.. Huwaaaa aku bukan jenis yang suka tinggalkan kerja bertangguh nanti hati aku tak aman.. aku tak selesa.. aku suka siapkan semua sebelum nak bergembira.. kalau tak aku tak enjoy.. so kene gigih siapkan jugak.. sementara aku masih muda nie.. aku kene rajin.. aku kena usaha untuk cari rezeki.. kita tak boleh malas kalau nak berjaya.. dan kita mesti ikhlas dengan apa yang kita lakukan.. Macam-macam yang aku fikir.. cuma ada sesetengah benda tu tak boleh lah kita share kan.. nasib baik aku ada husband dan keluarga yang faham dengan kesibukan aku.. yang menyokong apa yang aku buat.. Nasib baik aku ada bibik yang boleh jaga anak-anak kalau aku kene keluar.. perfect tu taklah.. tapi Alhamdulilah boleh lah aku harap untuk tolong tengok anak-anak aku.. Kadang bila hati geram aku selalu ingatkan diri aku.. kene bersyukur, orang lain ada yang lebih teruk.. kekurangan yang ada aku tutup mata je.. 

Nanti bibik aku nak balik Indon.. aku bagi dia balik 10 hari.. kesian dia ada anak dua orang.. mesti dia rindu kat anak-anak dia.. so aku lepaskan dia balik walaupun belum cukup 2 tahun pun lagi.. aku bagi dia balik sebelum raya supaya dia boleh sambut raya dengan anak-anak.. ada baju kurung, baju kebaya aku yang aku dah tak pakai pon aku dah bagi suruh dia bagi kat anak-anak dia or sapa-sapa lah yang dia nak bagi.. 

Hmmmmmm.. melepaskan nafas kejap.. letih lahhh... ntah apa yang aku letih aku pun tak tau.. banyak yang aku fikir.. masalah orang pun aku sibuk jugak fikir.. macam-macam kehidupan orang aku tengok.. terus aku rasa bersyukur dengan kehidupan aku sendiri walaupun ada yang kurang sana sini.. bila tengok beban orang lain.. aku rasa tak tertanggung kalau kene kat aku.. tapi melihat kekuatan orang lain, beri kesedaran kat aku jugak.. betapa tabah orang tu.. kalau aku dah lama aku lari, dah lama aku lari jauh-jauh... sekali lagi hidup ni kita harus bersyukur.. jangan kita lupa padaNya.. kerana setiap ujian yang diberi kepada kita pasti ada hikmahnya.. cuma kita kadang tak nampak.. mungkin bukan sekarang.. tapi Allah adalah sebaik-baik perancang.. aku dah tengok macam-macam.. dari mula macam ni.. pastu berakhir macam nie.. kebanyakkannya berakhir dengan yang baik.... tu sebab aku cakap semua nya ada hikmah.. kalau kita bersabar dan tak lupakan Dia, InshaAllah pasti bahagia yang akan datang.. 

Dugaan itu ujian.. sesiapa yang sedang diduga sekarang ni.. takpe... Allah pilih insan yang Dia sayangi untuk diuji.. harapan aku semoga kita semua tabah mengharungi apa pun halangan yang datang.. ceria ok?

Nanti bagi Kak Pilla settlekan kerja dulu.. bye.


Love, 
Filla.

5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga yg baik2 sahaja menanti Pilla, Aamiiinnn.

siti said...

Best sgt baca ni.. betul kak... kekadang bila tgk kehidupan org lain yg lebih teruk...rasa bersyukur Allah jodohkan kita dgn pasangan dan kurniakan anak2...tidaklah begitu sempurna tp cukup membahagiakan...

Anonymous said...

salam.. hi kak pilla.. semalam sy jumpe wan kat zemart enstek.. excited macam jumpe kak pilla plak.. hehe..

Unknown said...

Filla,

I cant wait for the post on tukar flooring!!!

happy hols

:)

Anonymous said...

hi filla.

I cant wait for the post on 'tukar flooring'!!!

happy hols

:)