Thursday, November 01, 2012

Tahlil untuk arwah adikku Shafiq

30 Oktober 2012 kami buatkan tahlil untuk arwah Shafiq... Kali ni Wan decide nak buat kat sekolah pondok tempat Wan belajar... Kat situ ramai.. ada lah lebih dari 100 orang yang belajar.. Ada ustazah jugak.. Wan selalu cerita apa yang Wan belajar kat sana.. Bila Wan cerita tu.. banyak jugak yang lekat kat hati nie.. 

Wan dah 5-6 bulan kot join belajar kat sini... Tempat ni kat Kg. Salak kalau tak silap.. Tanah kat sini tanah wakaf dan dibangunkan untuk menjadi sekolah untuk belajar ilmu agama.. dan ustazah kat sini bertauliah dan berdaftar... students pon semua campur-campur dari pelbagai background.. ada bekas pengacara tv3 pon ada join kat sini.. 

Bila Wan tengah sedih tu ada jugak Wan cakap... Wan redha atas apa yang berlaku.. Allah SWT mengambil hakNya semula dan Wan redha.. Kita tak tahu berapa umur kita bila kita dijemput pulang.. Lagi muda usia kita mungkin lebih baik.. kita tak tahu mungkin makin lama kita hidup, dosa makin menggunung? Nauzubilah itu bukan kerja kita untuk menilai.. Cuma selalu kena ingat, apa yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi.. Wan kata Wan bersyukur sebab jual rumah kat Ampang sana.. dulu kat situ perumahan yang takde melayu.. satu row tu semua chinese.. kitorang je Melayu... Bila dah berusia, Wan ngan Atok dah tak nak duduk sana.. nak cari kawasan yang ramai orang Melayu.. sakit, susah senang ada orang yang tengok.. dan pencen.. apa lagi nak buat kan... So pindah ke Enstek.. Alhamdulilah kat Enstek majoriti penduduk adalah melayu.. Pastu ada jiran Wan masuk sekolah pondok tu.. Wan pon nak jugak try-try pegi.. yelah dah pencen takkan asik nak mengadap mesin jahit je.. baik belajar ilmu agama dah berumur ni.. So Wan pon pergi.. Banyak sangat ilmu yang diajar kat sana.. 

Dan selepas 2 bulan Allah S.W.T menjemput anak kesayangan Wan... diusia 28 tahun dia pergi tinggalkan kami sekeluarga.. Ye, muda, tak dijangka, siapa sangka, sihat, tak de sakit apa.. tak pernah warded pon.. kitorang ni adik beradik pon 3 orang je.. bila sorang takde.. sunyi jangan cakap lah.. dah tinggal 2 je anak Wan.. tu pon dah duduk sendiri-sendiri.. tinggal Wan ngan Atok berdua je.. if sebelum ni dengan Arwah.. Ibu mana yang tak gila bila anak bujang, bongsu yang duduk bersama sekarang dah pergi buat selamanya?  Tapi itu ketentuan yang tak boleh kita tidakkan.. Redha dan sabar.. Wan kata ada hikmah yang tak ternilai.. Allah SWT ambil nyawa adik di depan semua.. di atas pangkuan Wan.. untuk tunjukkan kepada kami semua.. saat tiba masa untuk kembali, umur, kesihatan, bila, semua tu dah tak penting.. ajal datang bila-bila masa je yang Dia mahu.. dah siap ke? Allah jemput insan yang paling rapat dalam hidup kami.. pasti ada hikmahnya.. Aku redha.... dan sedang mencari hikmah itu.  Aku doakan adik tenang di alamnya.. doakan dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. doakan dia dijauhkan dari siksa kubur dan diampunkan segala dosa-dosanya, sesungguhnya Allah SWT maha penyayang, pengampun, mengasihani dan maha pemurah.. moga di suatu masa bila kita semua kembali, kita sekeluarga akan dipertemukan lagi.. InsyaAllah. 

Hari Tahlil

Tempat Wan belajar.

Buat Solat sunat dulu.. sementara kelas belum mula..

Tempat ni open je.. macam resort.. cantik sangat... 

Order Nasti Tomato untuk Tahlil Arwah.

Ayam masak merah dia sedap.. pedas!!!!!! 

Ok itu je nak cerita...

Oh ye.. sesiapa nak beli Peplum ada lagi 2 helai.. muahahha.. sebab ada customer yang senyap tak reply.. so kita bukak lah order untuk orang lain.. tapi ada dua je.. siapa paling cepat email dan buat payment (RM85) terus.. maka jadi hak milik anda ;)

1 Orange = M size (SOLD OUT)
1 Green = L size (SOLD OUT)

"SORRY TO THOSE YANG DAH EMAIL TAPI TAK BERJAYA.. JANGAN FRUST SEBAB TSUGOI AKAN BAWAKAN LAGI PEPLUM LACE (SLEEVELESS) SOOOOONNNN.. PLEASE STAY TUNE!!!!" 


________________________________________________________

Siapa nak beli shawl abstract tu boleh click SINI .. Murah dah berkualiti cuma RM39 free delivery.

sekian terima kasih.. 



EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

11 comments:

Anonymous said...

Salam Filla,

Sy selalu baca blog Filla. Sy duduk kat Salak. Nk mintak tolong. Boleh tak bagi specific place tempat belajar tu. Teringin gak nak ajak mak sy gi sana. Dia mmg tgh survey tmpt belajar agama.

Terima kasih

Zahrina
inazmn@yahoo.com

Lynda Che Lah said...

kak filla..dia tenang di sana..tunggu Wan kat Jannah.Redha itu indah kan..Insya Allah

Nurmala Mazlan said...

Al-Fatihah

Anonymous said...

salam filla,

just nk berkongsi cerita... smalam kawan saya baru sahaja kehilangan suami tercinta buat selama2nya, dan ia juga berlaku dlm sekelip mata... suaminya cuma demam biasa dan tiada history penyakit2 serius sebelum ini. arwah meninggal tiba2 ketika kwn saya menyusukan anak bongsunya di bilik, dan bila keluar untuk kejutkan suami utk msk tido di bilik tiba2 suaminya dah tak bernyawa.... masyaaallah, saya x dpt nak gambarkan perasaan dia ketika itu dgn dua anak yg masih terlalu kecil... huuuhuu ... suami meninggalkan beliau n anak2 selama2nya serta merta tanpa sempat meninggalkan apa2 pesan... saya sangat tersentuh bila anak sulungnya yg dlm lingkungan 3-4 thn asyik bertanya tentang abahnya kerana belum mengerti apa yg berlaku... saya juga tak dpt gambarkan bagaimana besarnya kesedihan yang di tanggung kwn saya itu yg di duga begitu hebat... kami mmg mengenali arwah, sbb arwah sgt baik, mmg selalu ikut isterinya jika ada kerja luar untuk menjaga anak2, dan seorang yg penyayang dan rapat dgn anak2nya.. saya sgt terharu dgn kekuatan kwn saya, walaupun dugaan sebegitu menimpa, tapi sepanjang ziarah sehingga mayat selamat disemadikan, saya x dgr lansung kwn saya ni menagis tersedu-sedan atau teresak2, airmata mengalir tetapi masih dpt di kawal, dan dia kelihatan redha.. subhanallah, sesungguhnya Allah menguji hambanya mengikut kemampuan... sekadar berkongsi cerita sbb bila berlaku smalam saya terus teringat filla sbb mcm ada persamaan, kehilangan mengejut yg mmg sgt x di sangka... tapi bak kata ustaz, ini adalah org2 yang terpilih dan disayangi Allah, perginya tidak azab dan tidak jugak menyusahkan siapa2 sebelum ajalnya.... Insyaallah, hati akan lebih tenang jika kita redha.....

Tie HT said...

as salam

moga dia tenang di sana..aamiin..

** saya pun berminat nak tau ttg pondok ni..nanti inform adress dia kat blog saya boleh..tq :)

mrs kayrul said...

best bila ada tempat untuk menuntut ilmu agama macam nie...kalau setiap tempat ada macam kat situ mesti saya nak join sekali....

JMR said...

semoga arwah mendapat keberkatan dan dimuliakan di alam sana..amin

Mimy Hamid said...

ALFatihah buat adik mu..Syafiq..


aku minat la tempat tuntut ilmu macam ni...menarik leh tak ko review

NUNU EERA said...

al-fatihah..

cntik tmpt tu kak.. tmpat pn mcm luas je..

sharifah rosidah said...

Oooo aunty pun ada dengar pasal tempat belajar agama di salak...isteri bapa saudara uncle yang dah pencen jadi guru ada bercakap yang dia nak pergi belajar agama disitu...dia kata boleh duduk disitu seminggu dua...dan tak ada bayaran khas cuma kalau kita nak kita boleh bersedekah.

Anak anak aunty pun tiga orang, sama macam awak, perempuan ditengah diatas abang lelaki dan adik lelaki...jadi aunty boleh rasa kan kalau seorang tak ada....pasti akan merindui saat bersama sama semasa zaman kanak2.

anggun said...

Kak filla...blh dapatkn alamat tempat wan blajar tu..?mak sy suke bab2 blajar agama ni..