Tuesday, November 20, 2012

Kids Room Deco

Akhirnya... siap sudah bilik anak dara kami Kasih Aleeya.. muahahah... idok lah gempak sangat.. tapi sesuai untuk umur dia lah kot.. Lagipon soft toys dia banyak.. semua ada kenangan masing-masing.. mana nak simpan? kena lah display elok-elok.. esok dah besar lagi sikit, aku sumbat dalam kotak.. gantikan dengan buku je rak-rak ni semua.. 

Bilik ni sempit sebenarnya.. so kena lah pandai-pandai nak sumbat barang dalam bilik nie.. so far Ani tak tido sini... Ani tido ngan mak apak dia lagi... kang dah beso sikit.. harus mak kau campakkan ko ke sini jugak..muahahhaha... Soft toys ni ada yang beli kat mana-mana tempat yang kitorang gi vacation, mcm korea, Hong Kong.. Bali.. so mesti akan beli at least seketul untuk kenangan.. eh bila anak dah 2.. beli dua ketul.. muahahah.. 

Acih ni perangai dia very particular jugak.. sama macam Apak dia.. hari-hari tanya "Mama, bilik kasih takde cermin.. Kasih nak cermin.. nak yang cenggini cenggini cenggini".. huii bebulu telinga aku ni hah.. 

Untuk rujukan u olls yang nak membeli ye.. Harga kurang ingat.. mana yang ingat aku gitau ;)

1. Katil Ikea.. dah lama gila kot beli nie.. yang bagusnya katil nie.. adjustable.. ko boleh tolak dia jadi pendek, separuh panjang.. dan panjang (single bed) paling pendek kerawang tu akan bertemu dengan kerawang bahagian kaki.. so sesuai lah kalau ada anak kecik umur 1 tahun - 2 tahun.. dia takkan tergolek keluar dari katil ;) Now Acih dah besar, so kitorang tarik dia sampai habis panjang.. jadilah single bed biasa.. tak pasti kat Ikea ada lagi ke tak katil ni?

2. Cermin baru beli kat Ikea.. kalau tak silap RM55 kot? Pak Long bagi duit masa birthday Acih tu asyik simpan je so kita guna sikit untuk beli cermin tu.. lebih tu simpan dulu tengok if ada lagi nak beli apa-apa ;) Aku nak cari mirror ala-ala princess gitu tapi tak jumpa.. Tapi terberkenan plak mirror kerawang ni mcm princess gak kan? muahahha.. sepadan plak ngan katil dia ;)

3. Rak putih ni ada macam-macam colour kat Ikea.. tapi kitorang pilih putih sebab nampak bilik ni luas sikit kalau putih.. tak silap 1 keping rak tu dalam RM59 kot.. aku suka sebab nampak kemas (x de guna kekuda) kekuda ke yang mcm L shape utk support bawah papan tu? kena drill dinding pastu masukkan batang besi tu.. cucuk je rapatkan rak ni ke dinding.. 

4. Meja study Acih.. beli kat Ikea jugak.. RM99 kot? simple je dan selesa lah.. sebab permukaan dia luas.. 

5. Kerusi tu Ikea jugak.. RM29 kot.. kusyen merah tu baper hinggit tah dah lupa ;)

6. Itu pon aku suka.. Tapi Pak Radie yang beria sangat nak beli.. magnetic board ke apa nama dia? beli kat Ikea jugak.. harga tak ingat lah.. murah je kot tak sampai rm20 kot? eh ntah dah lupa.. So nanti boleh lah dia tepek notes ke apa lekat kat situ..nanti nak paksa Acih buat note "Mama i love u" pastu tepek kat situ.. muahaha.. paksa ok! oh ye, alternative jugak untuk fridge magnets lover.. instead of korang tepek kat fridge.. boleh jadikan board ni utk collect fridge magnet ;)

7. Lamp warna putih tu murah gila.. hahaha.. kat Ikea jugak.. baper belas hinggit je.. ada 3 warna, white, black and red.. aku amik white ;)

8. Set meja dan kerusi Ikea tu dah lama dah.. dulu Acih punya.. now milik Ani.. supaya dia tak kacau kakak dia.. Eh tapi semalam first time dia tengok bilik kakak dia dah transform.. aku leka buat apa tah.. Pak Radie cakap Ani dah panjat atas meja Acih pastu capai soft toys atas tu.. hahaha.. bagus Ani.. bagus!!!!! ko tunggu kakak kau balik sat gi.. memang deraian airmata lah Acih sentap hahahah..

9. Tong sampah tu RM2.90 kot? miahahah murah je.. 

10. Carpet kecik tu ada berapa warna tah.. harga pon lupa.. kat Ikea jugak ;)

11. Jam dinding tu lom hang lagi kat dinding.. tu pon Ikea jugekkk.. 

12. Rak yang bertingkat ada 3 tu je beli kat Giant.. muahahha... sebenarnya warna dia light brown (warna kayu) tapi Pak Radie spray colour putih.. bagi tak nampak semak sangat.. harga pon lain-lain.. pendek tu murah lah sikit.. 

Nasiblah ada MacGuyver kat umah nie.. muahahah... Boleh lah diharap nak deco-deco sikit.. Oh ya, Acih now dah tido bilik sendiri.. so far dia tak pernah plak cakap takut ke apa.... cuma ada sekali tu dia nak gi bilik dia.. pastu tetiba aku tengok dia berdiri tegak depan pintu tak berganjak.. aku dah suspen je time tu.. apahal plak budak ni? pastu dia slow-slow undur kebelakang dia lari kat aku "Mamaaaaa".. Hoih aku dah seram sejuk apahal budak nie? nampak apa plak? "Napa????" pastu Acih cakap "Mama, tadi Kasih nampak cicakkkkk".. muahahhahaaa.. aku pon pegi lah bilik dia.. "Mana?" "Dia lari kat belakang langsir tu".. "Ohhh belakang langsir kat atas tu ada lubang, cicak tu dah lari keluar ikut lubang tu dah".. pastu Acih pandang aku "Lubang? abis tu nanti dia masuk balik lubang tu?".. "Tak leh, sebab lubang tu boleh keluar je.. nak masuk tak boleh"

Acih blur.. Aku lagi blur.. apa aku cakap ni? 

"Dah, pegi tido, esok sekolah!" 


p/s: tolong jangan tunjuk kat Acih gambar ni sebab dia lom tengok lagi bilik dia.. pesanan khidmat masyarakat ditujukan kepada cousin2 Acih yang sedang membaca blog ini.. muahahha..





EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

22 comments:

Irfa said...

lawanya ;)
dah lama berangan nak buatkan bilik macam ni utk anak dara.tp skrg biliknya ada tapi hiasannya 'asbol'-asal boleh je

#ciksuzlin said...

cantik-cantik! kreatif!

kita suka bilik ala-ala princess ni.

cadangan: tukar langsir guna warna pink or else. mesti lagi cantik.

(^_________^)

A.G.P said...

cantikk gilaa! I like! simple je...hihi

TEFiN said...

wahhhhhhhhhh, cantik. ni sy ade permintaan over neh, leh tgk keseluruhan bilik tak? tang almari baju. bilik my daughter sebesar ini jugak blom berkesempatan nak deco. thanks.

araa cruch said...

woww.. kak filla semua IKEA :)
lawa bilik acih , mesti dia suka giler's ..

kelipkelipchumel said...

wow!!very pwincess feeling katil + cermin itu.sukeeeeee..dan best sbb byk kaler puteh.

Kniedaz said...

Comelnya...katil tu menarik la...tapi kalau nak beli dan bawa balik Penang kena ada van atau lori ler..takkan nak bawa naik keta huhu..

Diana @ Didi said...

kemas &Simple =)

Huda said...

Cantikkkkk!!

genuine1224 said...

simple but nice. sesuai utk acih la kan? bnyk sgt brg kang bilik jadi kecik.. pasni mesti ani pun bertepek sama kat sini..

onniesham said...

alamaks filla... aku rasa dri dlu brg2 ikea ni msti bih kurang sama jer taste kita. aku pon dh bli cermin bulat kerawang tu. eh magnet board tu x slp aku hrga dia rm45 la.. cemana ko dpt rm20???? kekeke

Chekgu Azrine said...

syiok dpt deco bilik ank2kan..?

Nad @ MamaZN said...

Cantek bilik aceh...sume pu made in ikea =)

notti netti said...

CANTIK...CANTIK!

fifie said...

Susah jugak jadi ibu nie ye, kena particular kena survey semua itu ini. Aisyyy, kena take note nie untuk kesenangan masa depan. hewhew

Anonymous said...

salam filla

post laa pic kitchen cabinet ngan living room ngan sume2 sekali satu rumah boleh??? plssssssssss

@YUNID@TI said...

cantiknya....

Anonymous said...

nice la kak filla, bila la saya nak berumah sendiri nak deco2 mcm ni. both u n ur huby mmg kretif

sharifah rosidah said...

Cantik dan simple sesuai dengan umur dia.....anak aunty dulu baya ani dah tidur sendiri....cer filla try.....

Jobless Girl said...

Banyaknya anak patung... Cute and sweet!

NenetPenne (NP) said...

tengok pun dah tahu kebanyakkannya adalah barangan ikea...

kalau i jadi acih memang confirm laa tak akan tidur kat katil yang bersebelahan dengan langsir dan tingkap ... because i tahu cicak akan bersembunyi disebalik langsir.. ooooo geli... tu pasal katil i jauh dari langsir dan tingkap... :)

Puteri Satu said...

fela acih start tido sendiri umur baper eh..? anak akak tu dah nak masuk 6 tahun next year... tak mo ler tido sendiri lagi...

nak kena transform gak bilik cam bilik acih kot..hik hik