Friday, March 09, 2012

Setiap ibu mahu yang terbaik untuk anaknya

Amaani ialah seorang growing up baby.. muahaha... tak kosa lah nak panggil baby..tapi dia tetap baby di hatiku.. auuuuuummmmmmmmmmm... ngap ngap ngap *gigit pipi amaani sikit*

so macam yang korang tau.. aku bagi dia Anmum Growing up milk..


Anmum Langkah 3 untuk anak yang berumur 1 Tahun ke atas..

Anmum Langkah 4 untuk anak berumur 3 Tahun ke atas

Pemilihan susu untuk anak-anak sangat penting.. make sure kita tak mengambil mudah dalam pemilihan susu untuk anak-anak..kenapa kita perlu bagi anak kita nutrisi yang mengandungi gula tambahan? tak perlu okeh.. sangat tak perlu... dah lah budak-budak ni dah memang macam-macam dia makan.. segala coklat, biskut, gula-gula.. itu pon dah banyak gila added sugar.. lagi kau nak tambah bagi minum susu yang ada added sugar? please... NO ADDED SUGAR!!!!!!

Anmum Essential satu-satunya Growing Up Milk yang TIADA gula tambahan! dan paling penting ia mengandungi advanced nutritions untuk brain yang lengkap dengan Gangliosides dan DHA..



Nak cerita pasal perkembangan Amaani pulak... Amaani lahir 17 June 2010.. so dia sekarang berumur 1 tahun 6 bulan dah.. dan perkembangan Amaani pulak..

- dia petah bercakap.. sama jugak macam Acih time kecik dulu.. dia sebut dengan clear kalau kita ajar apa-apa pon.. dia paling suka ikut apa yang kita cakap.. dan yang dia tak berapa fasih dia akan ulang-ulang mintak bantuan kita supaya dia boleh sebut dengan clear.

- sekarang ni dia cakap je apa dia nak.. macam tetiba je.. "LAPAR"..ok itu perkataan paling gerun ok.. hahah.. bila tanya "Amaani Lapar?? nak makan apa??".. then dia jawab dengan confident "Nacik".. oh myyy.. time tu pulak nasi takde.. memang menangis lah mak kau.. hahaha.. cepat-cepat cari biskut bagi dia alas perot.. hehehe..

- paling kagum bila belikan dia buku pasal animals.. Papa dia ajar sekali dua je.. tapi dia boleh ingat.. ada banyak gambar binatang dalam tu.. bila tanya.. "Mana cow?" mesti dia tunjuk dengan tepat.. "Pig?".. laju je.. tapi sambil tunjuk pig dia nangis.. sebab dia geli.. muahahhaa...siap yang pelik-pelik susah-susah macam Alligator dan lain-lain pon dia ok...buku tu ada banyak page.. so dia akan duduk lama sangat mengadap buku animals tu sambil tunjuk gambar dan sebut binatang apa yang dia tunjuk.. mungkin ada parents rasa tu biasa je.. tapi sebagai mak, of course aku rasa tu pencapaian yang bagus.. itu bermakna otak dan memori dia connect dengan pantas.. dan ingatan dia kuat jugak.. tapi paling tak tahan kalau tanya "Mana chimpanzi?".. dia tak tunjuk gambar kat buku.. tapi dia bangun pastu terus buat jalan Chimpanzi.. pastu tepuk-tepuk tangan atas kepala..siap bunyi uuuhh ahhh uhhh ahhhh....muahahaha... Lawak!

pastu baru-baru ni pegi makan kat kedai makan.. ada tv.. sekali keluar cerita Boboiboi.. dia tunjuk tv sambil jerit "Boiboi" hahah.. haku pon tatau citer tu ada dinasour semua.. pastu reconfirm ngan akak dia.. "Kasih, tu citer boboiboi ke?".. acih jawab "Yelahhhh".. wahhh kagum kejap.. hahahha.. bila masa ntah aku penah ajar dia citer tu citer boboiboi.. (ni mesti akak dia yang ajar)

-dari kecik dia akan mengadu kalau dia yak-yak.. so aku senang lah sikit.. tak yah asyik nak check.. dia yang akan datang pastu 'Yak.. Yak' sambil pusing tayang punggung.. hahah..

- aku dah train dari awal.. baju kotor kat mana nak letak..towel kat mana....diapers kat mana.. so tiap kali nak tukar je.. jerit "Amaaniiiiiiiiiiiiii.. amik pampers"..nanti dia kedek-kedek amikkan..kalau nak mandi jerit.."Amaaaaniii amik towel".. nanti dia gi amik.. "Amaaniiiii.. campak baju dalam bakul".. laju je belari gi buang dalam bakul.. semua tu bukan baru-baru nie.. tapi dah lama aku train.. sebab mak dia kan dasar pemalas.. semua bagi arahan je.. hahaha.... aku yakin lagi setahun..

"Amaaniiiiiiiiiiiiiiiiiiii... buat susu sendiri"... muahahhaaaaaa..




Ok, Jom kita lihat Ibu-Ibu lain yang berkongsi pengalaman mereka memberi susu membesar untuk anak masing-masing:-







Bukan sekadar susu terbaik melalui gambar.. video interview pon adaaaaa...


haha.. comel nya Sharifah Shawati (the interviewer).. jom tengok video pulak ;)




ok inilah pendapat 3 orang ibu muda Annie, Shahirah dan Karen yang berpuas hati dengan prestasi anak-anak mereka...




dan gambar di bawah pula ialah gambar ibu muda yang tak berapa nak muda sangat tapi perasan muda..yang berpuas hati dengan perkembangan anaknya jugewwww.. auwwwwwwwwww...

-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-



Anda bagaimana? Ramai ibu-ibu dah bertukar kepada Anmum Essential satu-satunya Growing Up Milk yang tiada gula tambahan yang dilengkapi Gangliosides dan DHA untuk brain development..

Sama jugak macam ibu-ibu dalam gambar dan yang dalam klip video tu.. Aku dah bertukar kepada Anmum Essential untuk pastikan Amaani membesar dengan sihat dan bijak.. so far aku sangat bersyukur dan puas hati dengan prestasi Amaani.. aku nak dia membesar dengan sihat depan mata aku sendiri.. dan mudah-mudahan dia bijak bila dah besar nanti...

Saya dah.. Anda bila lagi?



Jom tukar kepada Anmum Essential jom?


Oh ye, sebelum terlupa... kalau nak share tips dan pengalaman mari lawati www.facebook.com/AnmumClub



"Anak Sihat Ibu Gembira"



10 comments:

atirahrosli said...

post yg bgus :)

mamawana said...

Last pic..comelnyer ibu ngan baby..

Anonymous said...

Artikel yg bagus sekali.
Interviewer tu bkn sharifah shawati, tp haslina samsuddin, pengacara panorama tv1

mama iffaheem said...

baru beli susu ni semalam. my baby girl first time nak try, sekarang ni full BF lagi. harap2 dia nak minum susu anmum ni:)

Anonymous said...

komen ni takde kena mengena dengan entry ni..tapi kak..rindunyeee laahhh nak baca entry2 psl akakkkkk! hahah..pls cepat update. sekian. terima kasih.

Shasha Mohamed said...

Ya, betul tu, gula tambahan tak perlu untuk susu anak-anak. Pastu yang pasal train tu bagus betul, dapat lah ajar anak2 supaya pandai berdikari dan mak dia plak dapatlah rihat sikit kan.
ps; Maaf lama tak datang sebab kurang sihat sikit.

Aya Ariel said...

good info..

cam teruja jugak nak tukar susu kakak ngan adik !!

Anonymous said...

Salam kak, nk tanya. anmum essential dgn anmum infacare same ke? sy suggest kn susu anmum lps baca blog akak sbb taknak la ank buah sy hyperactive sbb terlebih gula. huehe. mak sy beli anmum infacare tp takde pn tls tiada gula tambahan.

Unknown said...

susu ni ok ke untuk masalah sembelit

Unknown said...

Saya bagi susu ni dari 6 bulan sampai lah ke sekarang dah umu 1 tahun 2 bulan memang betul bagus. Budak bijak. Yg pasti nya aktif dia lain macam. Ada juga nak tray bagi susu lain tapi macam risau pulak