Friday, March 30, 2012

TANGGUNGJAWAB

Terbaca di Berita Harian pagi ini.. 



Mari kita ambil sedikit petikan yang boleh kita pelajari untuk membaiki diri dan saling ingat-mengangati sesama kita ;)

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan sudah melahirkannya dengan menanggung susah payah.  Sedang tempoh mengandung berserta tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan.  setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redai dan jadikan sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.  Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).~ Surah Al Ahqaf, Ayat 15.



dan mari kita renung tanggungjawab seorang anak kepada kedua orang tuanya..


"Dan Tuhanmu sudah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.  Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'ah' dan jangan engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakan kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).  Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakan (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka sudah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil". Surah Al Isra: Ayat 23 dan 24.

Jangan sekali-kali anda membelakangkan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu-bapa walaupun untuk apa jua keadaan dan sebab.  Sebagai anak, amat sekali ditakuti sekiranya anda melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kebajikan mereka dizalimi.  Bagi maksud mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT maka anda perlu memikirkan kebajikan mereka (ibu bapa) sebagai perkara utama.  Jauhi perkara dilarang mengakibatkan mereka terasa terbuang, diketepikan atau kecil hati dengan tindakan anda.

~ Berita Harian, Jumaat, 30 Mac 2012~







EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

CELCOM BEST DEALS EVER..

*sponsored post*
*scroll down for new entries*



Yes, serious bukan gurauan manja ;)

Sesiapa yang tengah mengidam untuk memiliki Tablets atau Gadgets terkini, anda dipersilakan beramai-ramai datang mengunjungi Tablet Fair 2012 by CELCOM... 

Sila percaya sebab harga adalah tidak masuk dek akal.. murah melampau ;) hanya dengan CELCOM..itu nanti kita cerita ;) sekarang mark calender masing-masing..

VENUE : CONCOURSE, LOW YAT PLAZA, KL
DATE : 26 MARCH - 1 APRIL 2012
TIME : 10.00am - 10.00pm

Pegi keja macam biasa.. balik kerja, tolong heret laki masing-masing sebab Fair ni berlangsung sampai pukul 10.00 malam, so takde alasan dah.. heheh... 

Jom tengok apa yang Celcom tawarkan untuk kita semua.. 

Celcom juga akan memperkenalkan HD Voice service buat pertama kalinya kat sana nanti.. cuma Sign Up to purchase Sony Xperia S dengan harga serendah RM1,218 dan anda berpeluang mendapatkan 2nd HD Voice-enabled smartphone at 50% Off the RRP.. boleh choose Nokia N9, Sony Xperia Play or BlackBerry Torch 9810... pilih kak.. pilih jangan tak pilih ;)



Ok mari kita gila beramai-ramai.. hahaha.. gila ok... iPhone 4S from RM558??? are u serious??? 
no kidding?? kini sesiapa pun mampu.. ye aku pun mampu ngeh ngeh ngeh... siapa nak ikut fillanie pegi terjah Low Yat Plaza? Jommm turun ramai-ramai... 



BlackBerry ni pon gila jugak.. hadoilah.... yang mana satu nak sauk pon haku dah pening.. macam nak try iphone, tapi suka BlackBerry *pening*

Sony Xperia ni nipis kemas.. pon mak suke... 

dan tak ketinggalan PRADA by LG... ko ada Prada? kalau handbag dah ada... handphone pon kena ada.. tak gitu Cik Anny? muahahahaaa... 

Disebabkan Fair ini cuma akan berlangsung hingga 1 April 2012, aku harap korang tak ketinggalan untuk sambar apa-apa yang patut.. sebab nak beli masa takde segala deal and discounts nie.. memang lambaaaattt skit lah kan.. Ada special rebates and lucky draw jugak.. sila berdoa banyak-banyak agar menang lucky draw *wink*

CELCOM satu-satunya telco provider yang dah menang pelbagai awards seperti Frost & Sullivan's Mobile Broadband Provider selama 2 tahun berturut-turut... Jadi tiada masalah bersama CELCOM... Broadband dia pulak mempunyai network coverage terbesar di seluruh Malaysia tak kira indoors ke, outdoors ke atau on-the-move... So sesiapa yang kerja asyik kena masuk kawasan pedalaman ke.. hutan rimba ke.. perkampungan ke.. don't worry... Celcom boleh bagi coverage kat anda semua... 

Nak tau lebih detail sila layari www.celcom.com.my/smartphones  

*
*
*
*
*
Let's go to I Love Tablet Fair 2012 by Celcom

lupa nak bagitau benda paling penting.. hahaha... Ok masa fair tu berlangsung, Celcom akan announce SUPER-SPECIAL-SURPRISE DEALS on some of the most wanted tablet & smartphones. Aku pon serious tak pasti apa surprisenya... tapi aku rasalah kan... orang bertuah berpeluang bawak balik tablet or smartphones free..... korang rasa acaner??? apa deals yang Celcom nak announce???? 

Cuma pegi Concourse/Ruang Legar Low Yat Plaza Kuala Lumpur, 26 Mac hingga 1 April dan Celcom akan announce pada bila-bila masa setiap hari... 

*
*
*
*
Ada new announcement sikit ye

CELCOM will have hourly LUCKY DRAW at Tablet Fair pada 31 Mac 2012 (Saturday) 


Every hour from 12.30pm - 9.30pm, 1 Winner will be drawn to enjoy SAMSUNG GALAXY TAB 7 PLUS @ Only RM397 + 1 MONTH Celcom Broadband Advanced worth RM98.


Gila tak gila, satu jam satu kali buat lucky draw.. haha.. mana lah tau, korang plak lucky masa tu kan? but ada syarat ye... korang mestilah Sign Up for any Celcom plans on the day at Table Fair!!!! 

T&C apply (purchase of device without plan subscription not qualified)

*
*
*
*



Make sure u guys don't miss out!! See u there ;) 

Thursday, March 29, 2012

KEMALASAN..

Salam 1Malaysia ;)

Boss takde.. so boleh snap2 manja hahaha... takde apa nak cerita pon.. saja nak menggedik jer.. kalau tak suke.. leave me alone *jeling*

Tadi aku balik umah.. pastu rasa teringin nak sikat rambut... muahahahah.... Ok yeh, nak share ngan korang rahsia aku.. hehehe... Rasanya dah sebulan lebih kot aku tak sikat rambut.. muahahahaha... serious aku tak tipu.. Aku tak suka sikat rambut, sekian tengkiu.. 

Tiap kali lepas shampoo rambut je aku keringkan ngan towel.. pastu biar je.. nak mandi esok pagi, aku gulung-gulung sanggul je macam mak nenek.. pastu kadang dengan sanggul-sanggul gak masuk keje.. hahah.. kalau tak pun aku bukak lah sanggul tu.. ejas sikit je ngan jari..sebab dah besimpul2 macam hapa.. guna jari pon tak lepas babe. dah tak koser aku nak melayan.. 

Tadi tetiba rasa macam.. eh, nak sikat lah.. hamik kau... sekali aku sikat.. berguguran rambut semua.. dengan besimpul nya.. hahaha.. pastu mengerbang macam pontianak jibam jibam.. apa lagi terus lah guna produk Lakme yang aku selalu guna tu supaya rambut kurang mengerbang, shiny, wangi dan tak frizzy.. 

Tapi tetappp.. hahah.. 

Bila dah sikat baru lah rambut tu jadi lurus sikit.. dah sampai pinggang rupanya.. phewww.. haku ni punye pemalas.. shampoo rambut bahagian atas je.. hahaha.. lebih-lebih buih tu mana yang dapat je lah untuk sampai ke hujung.... dah macam ranting.. 

aku tak macam korang.. rajin gi buat treatment lah.. apa lah.. aku jenis main hantam jek.. rambut gila panjang tak muat gambar.. puas aku ejas.. kalau dapat snap hujung.. kepala pulak tinggal setengah T____T


cuba lagi.. gagal jugak.. 

Ok dapat.. heheheh... 

cemana orang boleh rajin yek? treatment.. salon...wash and blow.. straightkan.. gigih gila u olls.. haku ni, nak sikat pon malas T___________T

Ok tu je nak citer. chau chin chau.. 






EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

Alamanda

Malam tadi keluar pegi Alamanda kejap.. dah lama tak bawak budak-budak nie keluar.. asyik memerap kat umah.. kesian la plak.. Amaani tu kalau dapat keluar dari grille umah pon dia punye excited tahap melampau okeh.. hahah... bawak gi playground kat bawah pon dah cukup buat dia macam orang telepas kurungan..hehe.. 

Hari Jumaat malam ada BBQ kat umah Kak Nana mommy Ieky.. So aku prepare coleslaw ngan nasi goreng cina.. bahan-bahan tak de.. so mari lah kita keluar membeli bahan ;) *sebenarnya haku malas masak* hehe

Acih dengan rambut baru... baru lah senang hidup aku tengok rambut dia dah tak macam cik ponti.. kalau tak... dah lah pemalas sikat rambut.. kusut masai.. tensi mak kau tau.

Budak kenit ni baru baik demam.. dekat 1 week jugak lah demam.. masa demam ya ampun.. nak dokong.. melepek.. merengek.. sikit-sikit nangis.. hoiii haku ni dah lah pantang dengar budak menangis-nangis nie.. kalau aku jadi pengasuh matiklah.. sapa nangis aku kurung dalam jamban.. hahahah.. masa demam takde sapa buat apa-apa pon kat dia.. tetiba menjerit marah-marah nangiss.. hingus meleleh-leleh.. haishh.. pandang muka dia pon dia boleh naik hangin.. jerit "Jangannnnnnnnnnnnnnlaaaaaa"... eh??? pang satu kali senyap kang.. 

Perangai baru lepas baik demam... mengganas! huih lah.. gi Parkson tu.. kat toys.. selamba badak dia amik apa dia suka.. letak tengah jalan tu.. bersila.. wahhh ko ingat ini umah? Pak Radie yang jaga dia masa kat Parkson tu.. dia cakap.. habis dia turunkan semua toys dari rack tu.. apak dia tukang kutip letak balik.. letak sini.. zaaaaassss dia dah ke hujung sana turunkan lagi semua T_____________________T dari kejauhan aku dengar suara dia je menjerit-jerit... terus buat-buat tak kenal.. anak sapa laaaa tepekik telolong tu T__________________T

Belikan Acih baju tido powerpuff girls sepasang, spentot PPG 6 helai.. spentot mak kau 3 helai.. pasni yang dah koyak rabak boleh masuk tong sampah *erk kantoi* hahaha.. 

eh sebelum tu gi makan kat Noodle station dulu.. tengok dalam menu kemain sedap lagi.. bila sampai.. apakah ini? sayur ke daun ko hidang nie? kot iyer pon.. celur lebih sikit boleh? daun mentah ko bagi? ingat aku apa? kambing? 

tak sedap.

tapi habis.

Oh pastu jumpa sorang reader with friends.. aku duduk sorang.. Pak Radie ngan budak-budak kat playground tepi tu.. tetiba dapat twit ""akak, tengah makan kat noodle station ek, jeng jeng jeng"

homai.. serammm sebab ada "jeng jeng jeng".. hahah.. rupanya dia duduk kat table sebelah ngan kawan-kawan dia.. errrrkk.. malunyeeee -_____-" dia tak dapat jumpa Amaani sebab kenit tu ngan Papa tengah main-main kat tepi sana.. dia cakap nak pinjam Amaani sehari.. Iyer.. silakan... 2 hari pon takpe, kalau larat lah nak jaga..hahaha... adik ni keja kat Kementerian Penerangan.. wah haku pulak yang interview dia..hehehe.. dia kata kawan2 office pon baca.. hai staff-staff Kementerian Penerangan.. apa khabar semua? sihat tak? hari nie makan apa? *rasa tengah pakai baju clown sambil pam belon*

Fillanie ko diam sekarang. 

Baeklah.






EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

Wednesday, March 28, 2012

KASIH ALEEYA

penampilan terkini Kasih Aleeya anak dara ai ketipang payung.. hehe.. aku baru potong rambut dia.. gila panik memula potong macam senget.. tapi mak kau pro.. sap sap sappppp siap.. kemain lagik.. macam keluar salon ;)


Gila lama aku tak story mory pasal Acih kan? yelah mak kau ni macam kan sibuk doplohpatjam.. sibuk nya 2 jam... lagi 22 jam buat-buat busy.. hehehe... 

Ada banyak sangat nak cerita pasal Acih yang dah anak dara nie.. cuma masa nak, masa tu tak cukup nak.. tetiba nak, lempang nak? apa benda aku type ni? 

Ok Acih kat school sekarang so far so good.. mak dia pulak memula jek mithali.. now tali je yang tinggal.. muahahah... dulu gigih haku masak pagi-pagi bawakkan dia bekal.. gigih konon, padahal nugget je..haha.. tapi dia dah tak nak nugget-nugget, baiklah.. mak kau lagi suka..hahaha... yelah, dia kan dah bajet remaja, dah pandai beli sendiri kat kantin.. aku pon dah tak macam memula dulu, tetiap hari amik dia tanya "Beli apa kat kantin pagi tadi? petang beli apa?" kalau ada tape recorder.. tinggal replay jek.. soalan sama.. jawapan sama.. kadang soalan tidak dijawab, maybe dia tensi sebab soalan yang sama everyday..hehehe..

Hari tu kemas bag sekolah aku jumpa buku siap wrap dengan pembalut hadiah kaler pink.. kemain lawa.. terus mak dia hover..

Dialog 1

Mama: Kasihhhhhhhhh apa nie? sapa kasi?

Acih: Kasih dapat hadiah, cikgu bagi *riak*

Mama: Kenapa????? 

Acih: Kasih menang mewarna paling cantik..

Mama: Ohhh? berapa orang dapat hadiah?

Acih: Kelas kasih, kasih sorang je.. kelas lain pon sorang je menang.. 

Mama: Wahhhh bangga lah mama.. pandai lah anak mama ;)


Belum apa-apa dah poyo mak kau ni, siap tanya plak siapa lagi yang dapat, bajet anak kau je pandai.. hahahha... 


Dialog 2

Mama: Kasih, kat mana-mana pun, jangan ikut orang yang Kasih tak kenal ok? bahaya..

Acih: tauuu...

Mama: Dengar tak yang dalam berita tu? budak kecik 5 tahun tu? dia meninggal sebab orang jahat bunuh dia? padahal dia pegi kedai dekat je dengan rumah dia... bahaya.. jangan ikut orang tak kenal.. orang bagi gula-gula ke apa ke pon tak boleh amik.. paham?

Acih: Tu bapak dia lah bunuh dia!

Mama: *OMG anak aku tengok berita?* Eh, mana kasih tau? bukan bapak dia yang bunuh, tapi orang jahat.. jiran dia...

Acih: hmmmm.... 

Mama: Ingat ye mama cakap nie.. jangan ikut orang tak kenal, jangan ikut kawan pegi tempat-tempat lain.. kang hilang, orang jahat tangkap, potong tangan, bawak kasih pegi thailand mintak sedekah.. nak???

Acih: kenapa kena pegi jauh-jauh? Thailand tu mana? jauh? kan dekat-dekat pon boleh?

Mama: *grrrrrrrrrr* yelah.. dia bawak gi jauh-jauh supaya polis tak dapat tangkap dia.. supaya budak-budak kecik tu tak dapat jumpa mama dia ngan papa dia lagi.. 

Acih: Ok.. kalau orang jahat tangkap Kasih nanti kasih jerit.. Kalau orang jahat tu orang putih.. Kasih jerit "HELPPPPPPPPPPP" kalau Melayu kasih jerit "TOLONGGGGGGGGGGGGG"

eh anak aku ni kelaka gak kan? muahahah... 




Dialog 3

Acih: Mama, mama tau tak, Kasih ni Penolong Ketua Kelas tau sekarang.

Mama: Eh? dulu Kasih cakap budak lelaki kan?

Acih: Budak tu dulu bukan cikgu pilih, dia yang angkat tangan sendiri nak jadi..

Mama: hahaha.. ye ke? ni cikgu pilih ke?

Acih: Yelah.. Ketua Kelas Hannah.. (sebelah Acih) tapi kan mama, susah Kasih nak cakap tau.. (buat muka bermasalah) Hannah tu ketua kelas, tapi dia tak reti baca... haihhh.. ada budak Pra-Sekolah tu pon pandai baca mama... 

Mama: *telan air liur* tak pelah, nanti lama-lama dia pandai lah baca.. Kasih buat apa jadi Pen. Ketua kelas?

Acih: Sapa bising Kasih suruh senyap.. kalau tak senyap kasih tulis nama dia (siap tunjuk nama 6 orang kat aku).. ni semua yang bising mama..

Mama: Hehe.. pastu buat apa dengan nama tu?

Acih: Kasih bagi kat cikgu.. pastu cikgu panggil pegi depan.. suruh ketuk ketampi..

Mama: OMG, mesti lepas ni kawan-kawan tak suka kat kasih.. macam poyo jek?

Papa: Confirmmmmm dibenci punye lah.. tak yah lah kasih, nanti orang tak suka..


Sebenarnya apa tau.. apak kau tu masa zaman sekolah, dia nakal sangat.. asyik kena sebat kat bontot.. pastu menyumpit orang dengan kacang hijau.. pastu apak kau tu.. gesek-gesek pemadam laju-laju pastu amik pemadam panas.. pegi letak kat muka orang.. mau tebaka muka kawan ko kan? jahat gila.. patut lah tak suka pengawas.. 

Acih tu ciri-ciri aku banyak gak tu.. poyo, hover, disiplin, kuat mengadu, manja, rajin, satu je ikut perangai apak dia... 

kuat Sentap, Sensitif, kuat Merajuk






Euuuuwwwwwwwww geli stok bebulu telinga ai tau... hahahahha... 

izinkan mama mengundur diri sebelum apak kau terbaca entry nie.. makan penampa mak kau kang.. 








EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

PENGEMIS HIDUP MEWAH..

Gila siot.. haku dah macam Kak Nam dah nie... weh.. kenot tahan okay...bebulu je bijik mata haku nengok.. 

Tetiba rasa macam paparazzi plak hahah... Aku kan keluar ngan Anny semalam... Pastu lepak kat Restoran Syed, PJ... sapa tau angkat kening.. heheh... masa tengah melepak tu.. kitorang dok perati couple Peminta Sedekah nie... Aku ni dah lah tak boleh terima orang yang cukup anggota badan takde cacat cela... sihat walafiat... tapi mengemis... 

Alamat Pengemis: Sebelah Restoran Syed, PJ (area PJ Hilton)

siapa ternampak makcik ngan pakcik nie.. sampaikan salam aku kat diorang.. 

Tolonglah!!! Orang lain usaha keras nak dapatkan rezeki.. kau duduk bersila tadah tangan je.. gila senang kan keje? at least orang kurang upaya macam orang buta ke.. ada jugak dia menganyam bakul ke.. jual tissue ke... main muzik ke... ini takde buat apa.. duduk je diam-diam situ... Yang lagi buat aku hangin tu.. ramai gilaaaaa plak yang bagi... Aku ngan Anny dok mengira berapa orang dah bagi.. dia lepak baekkk punye depan Kedai 24 Hours nie... omg! Sungguh prihatin masyarakat Malaysia nie.. memang 1Malaysia ;)

Yang Pengemis ni rasanya orang Myanmar ke apa aku pon tak pasti...

Paling best bini dia yang tudung labuh tu hah.. selamba badak hisap rokok.. memang style ;) aku tak pecaya, tapi Anny yang suruh aku tengok.. Aku cakap mana ada???? rupanya bini dia tu bijak.. bila takde orang baru dia hisap.. bila orang nak lalu dia campak rokok ke tepi.. pastu orang dah sedekah.. dia amik balik hisap balik..OMG!! apakah ini semua??? ko mintak duit orang ok.. agak-agak sikit boleh? 

Haku apa lagi.. hala camera kasi zoom maksimum.. 

Salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin.. *tabikspring* 

Aku bukan lah tak prihatin.. tapi aku kesian kat penderma-penderma ni semua.. serious kesian.. sebab diorang niat ikhlas dan tulus nak tolong.. kesian kan? tapi dia taktau... dan ada lagi berita menggemparkan ;)

Anny ngan Anneyyyy memang bestfriend.. hahaha... siap tanye "Neyy, itu couple memang selalu ada situ ka? selalu mintak duit orang?"... then Anney tu cakap "Ya, selalu.. tiap hari.. kadang sini.. kadang sebelah sana".. "Ohhh ok"... "Tapi itu orang aaaa... selalu makan sini.. tadi dia baru makan sini dekat RM50.. dia punya laki makan NASI BUKHARA, dia punya bini makan AYAM TANDOORI, lagi minum air sedap-sedap punya" 


OMG


*PITAM*

muka anny time nie... hahaha macam dalam otak berkata "oh myyyyy... makcik, pakcik please lah.. kenapa u olls mintak duit orang? u olls memang jahat tauuuuu"... ish ish ishhhhh *geleng pala*

time balik aku lalu kat makcik pakcik nie.. pastu aku pandang sinis dan jeling.. masa tu dia tengah tadah tangan.. eiii tensi mak tau.. pastu aku sikit lagi nak tegelincir depan dia.. bodoh gila.. baru nak tunjuk garang.... aku dah cakap kat Anny, aku nak bagi seposen.. tapi Anny tak kasi... ko tau Anney tu cakap... kalau orang bagi RM1 dia macam tak puas hati.. omg aku rasa nak sepak-sepak diri sendiri sebab tak percaya... 

kitorang pon mampu makan ni jek makincik... tu pon share...Gila hebat makincik ngan pakincik.. pinjam duit sikit boleh? 



Hidup jangan meminta, Tuhan bagi tulang empat kerat, berusaha lah.. jangan harap kesenangan orang lain, sebab orang lain nak senang pun bukan senang. Hati mau bersih, niat mau ikhlas..

Renung-renungkan ;)




EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

HONG KONG DISNEYLAND ~ Travel Guide 2

*48 hours sticky post*
*click older posts for new entry*


Hoho... sorry sebab lambat gila baru nak post sambungan Hong Kong Disneyland ;)

So all of you dah ready ke? Entry nie panjang sebab banyak gambar.. heheh.. jom teruskan yer ;)

Hari ke 2 kami di Hong Kong Disneyland... Siap-siap lawa-lawa.. Jom kita teruskan pengembaraan!!! Acih ngan Amaani kemain excited pagi tu.. tapi Amaani tak nak pakai sweater! sentap tau...

From Disney's Hollywood Hotel kami tunggu shuttle bus.. olooo looo loooo comeynya kerusi dia.. rasa nak geget-geget tau ;) 

tunggu shuttle bus tak lama.. baru duduk bus dah sampai.. grrrrrrrrrrr... cuaca sangat sejuk pagi tu.. sesiapa yang plan ke Disneyland Hong Kong early March, cuaca adalah unexpected ye.. semalam panas.. tapi day two sejuk gile.. padan muka.. Pak Radie pakai T-shirt je, bajet panas.. pastu menggigil kesejukan!! hahah.. 


infront Disney's Hollywood Hotel.. aku really suggest korang stay kat Hotel nie.. sebab dari pengalaman aku dulu, pegi Disneyland tapi tak stay dalam sini.. aku menyesal okeh.. now aku puas hati sebab at least merasa jugak stay kat Hotel nie... dah alang-alang sampai Hong Kong kan... better stay lah kat hotel nie, at least one night... anak-anak paling happy ;)

budak kenit yang refuse to wear her sweater.. last-last ko dah beku sejuk, pandai pulak pakai? hahaha.. shuttle bus ini membawa kami ke Station Disneyland dan tukar bus ke Hong Kong Disneyland Hotel.. kenapa? ok ni paling best gila.. sebab ktorang nak breakfast bersama Disney character!!!!! huahahhaaaa aku orang paling teruja ok!!! hahahahaaaa.... 



ENCHANTED GARDEN, HONG KONG DISNEYLAND HOTEL
Buffet Breakfast and Meet Disney Character

Pintu Masuk Enchanted Garden, Hong Kong Disneyland Hotel

snap picture dulu.. 

*tarik napas dalam-dalam* 

hahaha... boleh tengok aku excited lebih dari budak kecik ;)

Hahahahah... Amaani takut.. so kena peluk dia kuat-kuat.. Hellooo, camni punya kiut ko boleh takut? hahah

dah ko pegi duduk sana diam-diam ye nak.. mak kau nak posing kejap dengan Encik Goofy ;)

tau kenapa Amaani time nie??? dia nampak Daisy yang comel gila tu dari jauh.. terus tutup mulut macam OMG!!!!!!!!! hahahahha... tapi penakut.. hehehehe

yes, Amaani nampak Daisy duck nie.. tapi dia tanak amik gambar.. takpe, mak kau ada ;) Acih jugak yang frust sebab time ni dia ikut papa gi snap pic kat luar hotel.. So many attraction places untuk berphoto shoot ;)

Disney Character ni akan datang ke meja kita dan boleh pass the camera to the staff.. they will snap for you.. don't worry.... serious korang kena experience having breakfast here in Hong Kong Disneyland Hotel... berbaloi-baloi... tak payah queue macam kat dalam Disneyland tu.. 

Acih lah orang paling excited sekali... hahahah... tak penah aku tengok dia happy macam tu... kelam kabut nak snap pic dengan Mickey... 

Papa and Daughter... eh pic Pak Radie banyak gak ngan Disney character.. Benci tau.. mengalahkan anak dia pulak.. Hoverrrrrrrrrrrrrrrr T_________________T

Pluto ngan Acih


kawasan buffet... food sangat variety.. boleh pilih-pilih apa yang kita nak ;) for Muslim pon banyak jugak food selection.. don't worry... 

i love this counter.. ada fruit juice yang sangat fresh.. minum rasa macam makan buah plak ;)

Roti canai and Potato Samosa.. sedap gils ;) Amaani habis sekeping roti canai tu..hahah... 

salads

cereals for kids 

ohhhh nie aku paling SUKA... hahah.. small pancakes yang comel to the max!!! and ada hash brown jugak..

aku kalau travelling memang gila makan roti... tak tau plak kenapa.. hahaha... orang Chinese memang pakar buat roti ke hapa? sedap ok bun dia.. pastries dia semua dap dap dap... 

ha kau.. kelas... pakai botol lagi jam dia.. huhu.... rasa macam Diva plak dah hahahaha.... 


dan ada Yogurt jugak!!!! hahah.. best gilak nie... 

Amacam sedap tak? eh kepala mickey tu rasa nak dilempang-lempangkan aje tauuuuu.... why so cute?




penuh mulut mak kau hahahah... semua nak di makan... sorry lah yek, belambak gambar food.. hahahah.. 

Amaani memang suka Yogurt.. habis dia makan sorang ;)

Enchanted Garden ni sangat spacious... so tak perlu risau tak cukup tempat duduk.. or tak cukup makan ;)

Ok, now dah ready? Saya akan membawa anda mengembara di seluruh Hong Kong Disneyland Hotel... Ready? ok here we gooooooo............

Semua tempat-tempat dalam Hong Kong Disneyland Hotel ini diberi nama sempena Disney Character.. comel kan??? 

Hotel ni berkonsepkan Victorian... glamour gila rasa bila ko turun tangga tu... dan apa yang special pasal chandelier tu? 

Hahahahah... kasut Cinderella tetinggal kat atas chandelier tu.. melampau tau hahaha... 

Toilet dia gila gempak... 

ada banyak Activities for the kids... Contoh Princess Room nie... 

ada costume.. ada meja make up... so anak kita akan di transform menjadi seorang Princess.. siap ada photographer yang akan snap gambar 'after make over' serious best ;)

ok pic atas nie Activities untuk kids jugak... bilik ni dipanggil PRINCE ERIC ACTIVITIES ROOM.. so bila kita stay in this hotel... Anak-anak ada banyak aktiviti yang best nak dibuat ;)

for parents, boleh lah pegi Spa... Victorian Spa.. 

In door Swimming Pool... rasa nak terjun je time tu.. hahahah... sebelah swimming pool ni ada Gym jugak.. 

Oh Myyyyy... lawa sangat nie... 

Ok mari mengembara di kawasan luar hotel pulak yer... 

MICKEY MAZE

Betul-betul located kat luar Enchanted Garden Restaurant tu... sebelah luar pagar tu laut.. wah best gila hokey.. hahah.. jakun haku kejap.. 

with Acih and Amaani


dia dah kesejukan.. terus setuju pakai sweater ;)

best gila dapat spend quality time with family

Jom muntah.. hahahahhaaaaaaaaa.... 




hahah suka gambar Acih yang nie.. macam budak bintik-bintik.. hahaha.... 




Ok now mari kita ke laut.. ada Photoshoot lagi hahahahaaaa... Belambak ok gambar.. ni baru sikit aku upload...  

time ni sejuk sangat... rasa nak polok-polok budak kenit tu.. hahaha... 

Mr. Hubby


love this pic very much.. macam ada story di sebalik gambar ;)

angin tepi laut nie kuat gila.. sejuk plak tu.. dah lah tak pakai sweater.. menggigillll...

ok cukup sesi photoshoot.. mari kita masuk balik hotel...

alamakkkkk!!! serious terlepas Cinderella ni. Acih melopong okeh.. hahaha.. Cinderella lari turun tangga!! Ok now ready, kita nak masuk Disneyland pulak ;)


ADVENTURELAND

"Festival of The Lion King"

Show duration: 30 minutes
show time: 12.00pm, 2.00pm, 4.30pm, 6.00pm

So korang boleh pilih nak tengok show pukul berapa... tapi make sure arrive early coz door will be closed 10 minutes before show.. 



kalau bawak stroller, boleh park kat tepi entrance tu... ada Stroller Parking.

Show dah nak start... cantiknya dalam nie.. stage kat tengah berbentuk bulatan... kita boleh pilih nak duduk kat mana-mana ikut suka... 

Fantastic!!! itu je aku boleh cakap... make sure korang tak miss the show... sangat berbaloi.. 

ada banyak stalls yang jual Pop Corn dan sebagainya dalam Disneyland nie.. ini salah satu stall yang terdapat di Adventureland.. dan jangan lupa beli Pop Corn dia sangat sedap!!! aku beli sampai dua sebab satu tak cukup hahahaa.... 

Souvenirs Shop in Adventureland.





FANTASYLAND

Kita masuk semua tempat yang ada di Fantasyland ok? aku senarai satu-satu untuk guideline korang kalau plan nak ke sini... 

Ada banyak foodcourt kat dalam Disneyland... ini salah satu yang terdapat di Fantasyland.


Mickey's PhilharMagic 

Sun, Mon, Fri, Sat - open at 10.00am - Park Close
Tue-Thu - open at 10.30am - Park Close


Ini wajib... rasai sendiri kehebatan menonton 4D kat dalam nie... 

Anda akan diberikan spek stylo nie hahahah... real gila dow.. siap rasa muka kene percikan air.. hembusan angin semua..masa menonton rasa kita pon ikut terbang ;)

The Many Adventures of Winnie The Pooh

located kat Fantasyland jugak.. budak-budak pasti seronok sebab kita dibawa mengembara ke Many Adventures of Winnie the Pooh... 


setelah selesai mengembara di Many Adventures of Winnie the Pooh, boleh tengok gambar kita kat luar tu.. hahaha... nampak tu we all dalam gambar.. haku sibuk snap picture.. hahahah... kalau tau ada camera depan tu dah lama mak posing ;)

Jalan pimpin-pimpin tangan.. so sweet....  

Ada banyak benda boleh kita main di sini... antaranya yang kuda pusing-pusing nie.. Cinderella Carousel.... 


Dumbo The Flying Elephant

kat sebelah Mickey's PhilharMagic je Dumbo nie... ok time nie paling kelakar.. sebab aku naik ngan Acih, Pak Radie naik ngan Amaani... Pastu Acih nangis sebab dia tensi ngan aku.. dia nak control yang boleh tinggi rendah tu.. aku menjerit-jerit tak bagi.. sebab aku takut tinggi.. hahahaha... menangis budak tu.. hahahaha... 


hah tu tempat control tu.. sian Acih dumbo dia paling rendah.. orang lain semua tinggi-tinggi.. haih nasib lah, sapa suruh naik ngan mama? muahahahaha.... 

kesian mak kau nie.. naik Dumbo pon pejam-pejam mata..

Acih nangis... Amaani gak relax jer makan Pop corn.. gaya dah macam gangster kampung seberang.. hahahaha.... Acih asik cakap "lain kali Kasih tanak naik ngan mama lagi.. Kasih nak naik ngan papa"... anak-anak aku semua genetik papa dia.. tak gayat.... kalau ikut mak kau.. hahaha.. masak!!!! 

TAHITIAN TERRACE RESTAURANT
(Adventureland) 

Ada few cafes lagi kat Adventureland nie.. tapi for Muslim, korang boleh makan kat Tahitian Terrace.. sebab kat sini Pork Free and Halal... dan for your information,Tahitian Terrace Restaurant nie baru je launch tentang Halal Food nie... jadi tak perlu ada rasa was-was lagi.. kita semua boleh makan kat sini... 
don't worry ;)




Nasi Briyani pon ada..

Tom Yam Noodles and Laksa Penang... hahah.. tapi tak rasa tomyam.. dan tak rasa laksa penang.. rasa Mee kari pon ada.. hahah.. tapi tengah sejuk gila.. lapar plak tu... memang sedap lah dapat makan benda panas-panas nie ;)

Lepas makan kami nampak uncle staff Disneyland nie tengah melukis atas jalan nie.. Gempak gila uncle nie.. sangat talented.. ramai orang snap pic.. dia lukis semua character Disney nie guna penyapu dicelup dengan air... wah kagum kagum!!!!


Acih bersama salah satu lukisan 'Uncle'... 

with talented uncle... pastu yang bestnya kat sini... ko jalan sikit dapat sticker.. kalau terjumpa staff Disneyland mesti semua nak bagi sticker.. uncle ni pon bagi kitorang sticker.. Thank you uncle ;)


TOMORROWLAND

Ok now please be ready.. Fillanie nak bawak korang mengembara ke Tomorrowland... ada banyak games boleh main kat sini ;)



oh tepi tu salah satu foodcourt dalam Tomorrowland


Buzz Lightyear Astro Blasters

I'm your tourist guide today.. come follow me..

Memula aku macam 'apakebenda nye lah Astro Blasters nie.. mak tak paham'... 

hahah.. pastu dia yang hover.. hehehe... rupanya main tembak-tembak... ada point yang appear kat dinding-dinding keliling kita tu... sambil bergerak kita kena shoot dan tembak (laser) dan ada point jugak kalau kita dapat shoot the target... point tu ada kat depan tempat duduk kita tu.. 

nak tau point yang kita dapat tu hebat ke tidak.. haaaa.. tengok Status Board tu... tapi gila tak hebat aku nie.. hahahahahahha.... ai mata rabun you ollsssss.. hahahaha.... 


Space Mountain

Kalau korang tak cuba Space Mountain kat Tomorrowland nie, seriousssssssssssssss menyesal... Best Gilaaaaa!!!!!! Aku suruh Pak Radie jaga anak.. sebab aku nak try jugak!!! gila perangai telah bertukar menjadi kanak-kanak riang ;) tapi make sure control ayu.. sebab bila dah selesai.. boleh tengok gambar ko kat luar tu.. hahahahaaa.... laju boleh tahan... tepekik telolong jugak lah sengsorang kat dalam tu... tapi puas hati sebab rasa macam explore bulan dan bintang ;)

my anak dara yang tak letih-letih ke hulu ke hilir.. very energetic lah ini budak... 

kalau malas mandi.. boleh pegi mandi kat situ.. confirm basah hahahah... 

pastu tetiba ada orang buat persembahan spontan... Kewl gila okeh.. guna tin, tong sampah, baldi.. berus jamban... tapi best gila.. rasa nak joget je ikut rentak.. hahaha...  


Stitch Encounter

yang ni pon a must jugak... dibuka pada tahun 2006... dan anda boleh berinteraksi dengan Stitch.. gila hebat tuuuuu ;)

now sambung Photoshoot lagi.. hahaha.. tak habis-habis.. letih mak!! 

background : Sleeping Beauty Castle.. malam-malam bertukar jadi castle yang sangat indah dilimpahi cahaya lampu berwarna warni berserta percikan bunga api dan diiringi muzik gilang gemilang... 

Syok gila.



MAIN STREET, U.S.A.

Kami banyak melepak di The Main Street, U.S.A. sambil keluar masuk Souvenirs Shop yang belambak kiri-kanan street nie.. 

Pop Corn sedap di tangan Acih.. berebut-rebut sebab sedap..hehehe

Wah mithali nya, laki sapa la nie... 

ngeh ngeh

hahah tengok muka naughty Amaani tu.. macam-macam hal budak kenit nie tau... 

tengok tu kenit... tak padan kenit.. ada hati tolak kakak ;)


hahah Acih terbang...

Seronok dapat buat anak-anak happy.. hilang stress kejap... 


Ok lah, ai dah nak balik nie... bye Disneyland #libasrambutmatakeatas (seperti dalam gambar)

Bye.  Yang pasti 2 hari di Hong Kong Disneyland meninggalkan kenangan abadi untuk Fillanie and co. 
Kenangan yang tak boleh dijual beli, ditukar ganti.. Ewah.

Pergi Station, amik shuttle bus ke Hong Kong Disney Hotel.

DINNER: WALT'S CAFE, HONG KONG DISNEYLAND HOTEL



Cantik tak? Retro gila.. sukeeee sangat!!!!! 

The Chefs.

mine 

for the kids, Macaroni and Cheese. 

Sauteed Fresh Mushroom, Baked Vegetables Lasagna with Parmesan Cream.. 

Roasted Vine Tomato Soup with Basil Pesto in Demitasse

Cinnamon Apple Tart with Vanilla Ice Cream


Setelah perot kenyang marilah kita pulang ke Disney's Hollywood Hotel.. 

suasana malam di Lobi Hotel.. cun kan?

Good Morning Hong Kong.. view pagi hari dari bilik kami..

Please book yours now:-




BUFFET BREAKFAST: CHEF MICKEY, DISNEY'S HOLLYWOOD HOTEL




In love with the Deco... 

rasa nak angkut kerusi bawak balik..hahaha... comel sangat nie.


Wah Acih dapat stickers lagi.. Acih pon dah besar.. boleh pegi amik makanan sendiri ;)

tempting gile.

Jom kita sepak Winnie the Pooh nie ramai-ramai... haper homel hangat nieh? 

Toilet in Disney's Hollywood Hotel.. kan aku dah cakap? ada tempat tukar diapers kat setiap Ladies Toilet.. aku tak kira... kalau ada orang interview cara untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita...aku nak mintak kerajaan sediakan meja kecik untuk tukar diapers di setiap Ladies Toilet.. melampau ke permintaan aku? hey, jangan pandang ringan ok.. Berapa ramai pelancong pegi melancong bawak baby??? sekian terima kasih ;)

Ok, cepat strike a pose.. ni last.. kita dah nak balik Malaysia dah nie... 

Pak Radie dengan staff Disney's Hollywood Hotel yang friendly... oh ya, kalau nak taxi ke Airport just ask at the receptionist counter..they will call the taxi for you...in 3-5 minutes je taxi akan datang menjemput anda ;)


Itu lah pengembaraan Fillanie ke Hong Kong Disneyland selama 3 hari 2 malam... Experience yang pasti takkan dapat dilupakan... Kenangan manis bersama keluarga, berhibur bersama anak-anak, makan yang best-best, Hotel yang gila best, Staff Disneyland yang friendly dan baik-baik, menonton amazing shows in Disneyland, pengalaman melihat Fireworks yang indah, menonton Parade di Mainstreet, U.S.A., wahhhhhhhhhhhhhh semuanya best gila lah... 

Definitely will come again... Kalau ada rezeki lebih, why not kan? So korang pon cepat-cepat simpan duit, bila dah cukup, mari ke Hong Kong Disneyland, i bet u won't regret! 


Untuk diri sendiri, anak-anak, kaum keluarga dan sahabat.

stay tune, i'll blog on budget/cost soon... eh ikut tahap kerajinan lah yer.. hahaha



"I LOVE HONG KONG DISNEYLAND"