Friday, June 06, 2014

PESTA KAAMATAN DAN GAWAI.

*scroll down for new entry*

Sebagai rakyat Malaysia, aku bangga sebab dapat hidup dalam suasana aman dan damai.. Rasa bersyukur sebab kita masih boleh bebas ke sana sini.. anak-anak masih boleh ke sekolah dan belajar.. Aku bangga sebab rakyat Malaysia berbilang kaum tapi masih serumpun.. 

Kalau diberi peluang, aku teringin nak melawat kawasan-kawasan pedalaman.. Aku nak melihat dan belajar budaya dan tradisi kaum-kaum yang ada di Malaysia.. Aku lahir di Sabah Negeri di Bawah Bayu.. Setiap pagi aku bangun, langit cerah dan aku boleh nampak puncak gunung kinabalu tersergam indah.. Damai sangat.. Aku dah biasa berkawan dengan macam-macam bangsa di Sabah.. Iban, Kadazan dan lain-lain.. Cuma Sarawak aku belum sampai lagi.. Teringin nak pergi sana.. teringin nak melawat rumah panjang dan kaum-kaum di Sarawak pulak.. InshaAllah suatu hari nanti :)

Baru-baru ni telah dilancarkan kempen Pesta Kaamatan dan Gawai di atas usaha PETRONAS dan kerjasama MASwings..  Pesta Kaamatan dan Gawai merupakan dua perayaan bagi meraikan dan menghayati kekayaan budaya warisan dan tradisi masa lampau yang dimiliki negara kita Malaysia.  

Aku memang dari dulu suka tengok kostum masyarakat di Sabah dan Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum semasa menyambut perayaan Kaamatan dan Gawai.. Pakaian yang unik, alat muzik tradisional dan tarian semasa perayaan sangat memukau pandangan, malah boleh menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia kerana menghargai peninggalan warisan dan tradisi berzaman ini.  

Sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai ini, pihak PETRONAS telah menghasilkan sebuah filem web yang mengetengahkan kekayaan budaya dan ritual-ritual dalam pesta itu dan akan disiarkan di kaca TV, media cetak dan laman YouTube rasmi PETRONAS bermula 26 Mei ini supaya dapat dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia.  Aku dah berkesempatan untuk melihat filem web ini dan rasa sangat kagum melihat keindahan budaya semasa Pesta Kaamatan dan Gawai ini.. Nanti korang tengok ok?

Sedikit ucapan dari Yang Berbahagia Captain Dato' Nawawi Awang, CEO MASwings.  Selain dari filem web, kempen ini turun diperhebatkan dengan pelbagai aktiviti termasuklah kerjasama tiga syarikat penting iaitu PETROSAINS, MASwings dan Galeri PETRONAS.  Mereka telah membawa 45 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari Sabah dan Sarawak untuk bermalam di Lembah Klang sambil menyertai program pengembaraan bagi memberi pengalaman baru yang dapat membuka minda mereka.  Mereka berpeluang menyertai ceramah motivasi, melawat fasiliti penyediaan makanan penerbangan Malaysia (MAS), lawatan ke Menara Kembar PETRONAS dan menyertai pelbagai aktiviti menarik di PETROSAINS dan Galeri PETRONAS.  

Sementara itu Cik Norliza Kamaruddin selaku Senior General Manager, Group Strategic Communications PETRONAS turut menyampaikan sepatah dua kata.  Selain kempen membawa 45 pelajar dari Sabah dan Sarawak, PETRONAS juga meraikan Pesta Kaamatan dan Gawai menerusi program kemasyarakatannya yang bertajuk "Sentuhan Kasih".. Dalam program ini PETRONAS meraikan dan membantu komuniti-komuniti yang kurang baik semasa musim perayaan itu di Sabah dan Sarawak. Sukarelawan yang terlibat merupakan kakitangan PETRONAS yang mana mereka akan bersama masyarakat tempatan di Papar, Bintulu dan Miri bagi menjalankan kerja gotong-royong seperti membersihkan rumah-rumah panjang untuk persiapan menyambut perayaan tersebut.  Bantuan juga akan disalurkan oleh PETRONAS kepada mereka seperti beras, tangki air, dapur gas, tong gas, vitamin dan bantuan makanan supaya hari perayaan akan lebih bermakna :)

Pesta Kaamatan diraikan setiap tahun oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah.. Aku dulu ramai kawan-kawan Kadazan di Sabah.. So aku tau sikit-sikit kebudayaan mereka.. paling aku suka tarian buluh.. Wan dulu terpilih sebagai wakil untuk tarian buluh yang lompat-lompat kat buluh tu.. memang unik sangat sebab kalau salah tarian kaki boleh tersepit antara buluh-buluh yang diketuk mengikut irama dan lagu.. Pesta ini diadakan sebagai ungkapan kesyukuran ke atas hasil tuaian yang melimpah, sekali gus mendoakan hasil tuaian yang lebih baik bagi tahun-tahun yang mendatang.

Di Sarawak pula kita panggil Pesta Gawai.. ia melibatkan ritual yang telah diamalkan sejak turun-temurun serta upacara penghormatan kepada leluhur bagi menandakan akan berakhirnya musim menuai dan menyambut esok hari yang dilimpahi dengan kebaikan.  Perayaan Gawai diraikan oleh masyarakat Dayak, seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Kelabit, Murut dan Orang Ulu di Sarawak.

Mungkin ramai masyarakat dari Semenanjung Malaysia kurang tahu akan perayaan Kaamatan dan Gawai di Sabah dan Sarawak ini.. Sebab tu kita mesti mengambil tahu apa yang terjadi di Negara kita Malaysia.. Kita mesti mengambil berat antara satu sama lain kerana kita bernaung di bawah satu bumbung iaitu Malaysia.  Usaha PETRONAS, MASwings, PETROSAINS, Galeri Petronas dan Sarawak Tourism Board untuk mengadakan kempen sempena Pesta Kaamatan dan Gawai harus diberi pujian kerana ia dapat memupuk semangat cintakan budaya dan kaum di Malaysia.  

Turut diadakan Sidang Akhbar untuk menerangkan tentang kempen tersebut.

Kak Pilla rasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk melawat Galeri Petronas KLCC dan mendengar penerangan tentang hebatnya Pesta Kaamatan dan Gawai yang disambut di Sabah dan Sarawak.. Semangat cintakan negara yang berbilang kaum semakin menebal di hatiku ;)

"KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN"

and

"GAYA GURU GERAI NYAMAI"


Love, 
Filla.

1 comment:

Perjalanan seorang Wanaz said...

Yap..samalah kita..aramai tie..