Saturday, August 31, 2013

You'll Never Be Alone with ESCAPE

[sponsored post]

Baru-baru ni aku dapat invitation untuk hadir ke Launching of Escape bertempat di Shang-ri La Kuala Lumpur.. katanya sekali dengan sambutan hari raya.. Eh makan mana boleh miss ;) So aku pon siap-siap la menuju ke destinasi dengan hati yang teruja.. 

Entry kali ni aku nak cerita pengalaman aku datang ke majlis yang perghh gilang gemilang.. tak sangka pulak majlis ni besar dan grand gila.. saja tau diorang tak bagitau ada artis ramai plak tu.. kalau tau, aku dah pakai dress lip lap lip lap dah.. muahahahha... 

Bukan aku je tak paham apa tu ESCAPE? korang pon macam tertanya-tanya apa tu ESCAPE? Jom, nanti aku cerita bagi korang paham dan teruja ;)


Baru sampai so mari bergambar.. dekat luar hall tu banyak betul tempat nak bergambar.. 

bersama ceeramoon yang kemain gojes lagi.. sambil mingle around tu.. tetiba nampak ramai celebrities.. aku dengan ceera terus macam mata meliar tengok artis-artis sebab lepas tu plan nak bergambar sama.. tapi main tolak-tolak.. ko lah pegi tanya.. eh, ko lah.. muahahha... 

Kenal? Gila tak kenal? hahahah.. Ramai pelakon KL Gangster 2

Adam Corrie

Ridzuan Hashim tengah makan kacang.. hahaha

Rosyam Nor pujaan hati Ceera.. muahahah

Yana Samsudin heroin Bini-biniku gangster

Dato' Siti Nurhaliza.. cantik sangat.. dah kurus slim... ni je gambar terbaik yang sempat snap.. tu pon snap masa dia nak balik.. belari-lari nak snap pic dia.. pempaham lah ramai nau yang nak snap pic dia... eishh comel sangat tau..  


Teruja nak tengok dalam room ni lawa sangat ke?

Lagi satu teruja sebab kat pintu masuk ni ada macam bayang-bayang movie.. ala-ala kalau kita keluarkan tangan tembus ke sana masuk alam lain.. amboi imaginasi.. hahahha

Masuk je "woooowwww" terpegun aku ngan Ceera kejap.. sebab grand sangat.. dengan warna biru lembut jeee... romantik sangat... 

Ok, nah lagi satu gambar Dato' Siti.. hehehe.. 

Sabar ye.. entry ni banyak gambar.. penat lah bawak camera kalau kita tak bergambar kan kan kannn


Dan kemudian masa yang dinanti-nantikan pon tiba.. Acara dah bermula...

Gittew.. tu yang aku cakap tetiba tangan keluar tu dan kita cakap "Come Escape with me" 

ni baru sikit nie.. gambar keseluruhan tetamu dalam dewan ni.. ramai sangat!!

Sedikit ucapan dari Dato' Sri Jamaludin Ibrahim

Opening remarks by Dato' Sri Shazalli Ramly.... Sakit perut dengan jenaka Dato' Sri sebab dia kelakar sangat :)


Y.B. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia dijemput untuk merasmikan ESCAPE dan sebagai orang pertama yang mendaftar di ESCAPE!!! 


seterusnya menunggu SMS activation code.... 

Tahniah!!!! Selesai the Launching of ESCAPE!! 


Y.B. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek turut diiringi Dato' Sri Shazalli Ramly dan Dato' Sri Jamaludin Ibrahim

Bersesuaian dengan Tagline "You'll never be alone with escape" aku dah tengok.. hahah.. memang betul 'you'll never be alone'.. nanti kita cerita :)


Bloggers turut diberikan Celcom starter pack untuk kami sendiri mencuba pengalaman bersama ESCAPE.. 

Perut pon dah lapar.. marilah kita makan dulu ye.. 

gambar food takde sangat.. sebab bilik ni romantik sangat.. tak nampak hahahah.. 

Sambil menjamu selera, kami dihiburkan dengan video Adibah Nor.. memang talented lah Adibah Noor nie.. kelakar gila video dia.. dari video ni baru lah aku faham apa tu ESCAPE..

Nak tengok video dia?
Jom click SINI confirm pecah perot gelak ;D 

Itulah ESCAPE.. zaman high tech nie.. semua ada internet kan? semua guna smartphone? Android? iOS devices seperti iphone, Mac.. kalau tak de.. tengok kat PC pon boleh... banyak movie yang boleh kita tonton di ESCAPE.. sepanjang majlis ni berlangsung, siap ada buat demo.. kitorang semua tengok movie, laju gila..gambar cantik sangat.. with ESCAPE takde dah nak download-download.. nak loading-loading berkurun.. no no nooo.. tu semua buang masa.. kita nak one click terus watch movie.. tak perlu nak buffering sangat kannnnnn... 

Kemudian diikuti dengan Preview of exclusive local productions on ESCAPE.. takkan lah tak kenal kannnn.. later, dekat Escape kita boleh tonton hasil kerja mereka ok? 



Salah satu segment di Escape ialah Hantoo.. suka cerita seram? ok nanti tengok kat Escape ye.. guna phone je tengok ;)

bukan setakat tu.. kami turut dihiburkan dengan persembahan hantoo hahahaha.. seram ok.. tetiba belari-lari hantu masuk dalam dewan.. hahahaha.. dah lah Ceera hilang gi amik ABC ke apa.... 

dan lagi... segment wedding of the year pon ado... 

Coming soon (1st October 2013) ada Supervoice pulak... sabarlah kita menanti ok?

Nah kita persembahkan Mus, Man Kidal dan Edry Hashim.. 


Legend nih.. 

Mus memang tak leh disangkal lagi kehebatan vokal dia.. 

Bergambar kenangan bersama ceeramoon dan Tian Chad 

Masih lagi jakun T___________T 

Ok masa event aku tak sempat nak godek kehebatan ESCAPE.. yelah.. sibuk makan je kan.. hahaha.. So tengah malam tu jugak aku register ESCAPE.. Jom tengok cara nak register ESCAPE.

Layari www.ESCnow.com senang je.. ada 3 steps only.. 

Register lah ikut pilihan hati.. with facebook pon boleh.. with Celcom number pon boleh.. aku register with Celcom number of course.

fill in your details and click Register

nanti keluar benda ni.. so just wait for the code ye.. 

gitewww... pinjam telefon Acih kejap hahahaha... dah dapat pon activation code.

check email.. and click the link given.
  
sila lah pilih anda pengguna iOS atau Android.

Begitulah serba ringkas yang aku boleh ajar korang ye.. Now ada lagi satu berita gembira nak share bersama.. Nak ajak korang berteka-teki pulak.. Siapa menang anda berpeluang mendapat ganjaran hebat :)

Cara-caranya mudah je.. Nak suruh korang teka "Who am I" 

Korang boleh send as many as u want.. teka lah sehingga jari anda lebam :)

Sebab aku baik hati.. aku bagi korang clue sikit ok..

“I’ve been to Shanghai twice. In a rush hour, three times.”
“I guided The Kid. I became The Master.”
“I’m Mr. Nice Guy. But don’t pick a fight with me.”
“I’ve been a panda. I’ve been a hyena.”

Ok tak clue tu? tak tau jugak siapa??? ok lah.. ok lahhh.. aku bagi gambar kaki je..

Sila teka ni kaki siapa??? Ok dah itu je clue aku boleh bagi.. kang bagi banyak-banyak terbagi jawapan pulak.. tak yah teka kat comment entry.. just SMS jawapan kat 20888.. 

Sekian saja laporan dari fillanie... Sila klik SINI untuk maklumat lanjut.

"You'll never be alone with ESCAPE"

4 comments:

mien said...

kak guna camera jenis apa tu eyh? mcm best and ringan and practical size dia... tgh survey nk beli compact camera yg function mcm DSLR. hihii...

Filla said...

lumix LX5

TianChad田七摄影 said...

Nice to meet you again after so long =DD Take care FIlla ;p

Zareene Saifuddin said...

filla... tudung kita sama :D