first of all aku nak say sorry sebab now ngelat-ngelat update blog.. tak kira lah nak kata aku prasan orang dok ngadap blog kau doplohpatjam-mcm-tak-de-keje-lain keeee... tapi seriously aku kengkadang tu busy.. kengkadang takde idea, kengkadang takde gambar, kengkadang takde mood... banyak nauuu kengkadang dalam hidup ni kan ;)
mana nak kejarkan business frame lagi.. aku tak sempattttttt okeh..nak online kat umah pon susah.. baru check 1 email..anak dah melalak plak....Amaani ni plak lain pesyen dia.. kalau dia ok.. dia ok jer.. ceriaaaa.. tapi bile time mata dia dah mengantuk tu.. hamek ko.. mengamuk-ngamuk mcm haper... ko tak tengok mak kau mengamuk lagi kan? ko ingat aku tak tensi?? tensi ok.. tapi adatlah kan? anak ni lain-lain.. mungkin masa time Acih dulu senang jer.. dia nak tido dia tido jer.. haus nangis sikit, sumbat botol kenyang dia membuta balik.. Amaani? fuhhhhhhhhhhh pantang silap sikit.. menjerit jer... dia lentik-lentik hempas-hempas badan dia.. tak leh panas sikit... tak leh tak selesa sikit... ishhhh ishhh semuanya tak leh... tapi semalam jer dia tak mengamuk sangat.. Pak Radie cakap dia laju kan kipas.. erk? pasal tu ke selama ni?
pasal framekasih so far so good.. rasa bersyukur atas rezeki yang Tuhan bagi.. Alhamdulilah berjalan lancar.. walaupon aku tau.. ada je yang cuba menjatuhkan.. tapi aku terima semua tu as cabaran untuk menambahkan kecekalan kami.. bukan semua orang suka kita.. bukan semua orang suka tengok kita maju.. aku faham tu... aku dah lama ready dengan benda-benda macam ni dalam hidup.. tak kira lah dari segi kerja ke, business ke, personal life ke.. kita tak leh nak please semua orang.. ko buat baik giler cemana pon.. ada jer yang tetap tak suka... so biar kan jerlah... janji tuhan tahu hati kita.. takkan aku nak paksa ko suka kat aku plak kan? ko tak suka lantak kau.. ko pegi carik orang yang kau suka... hidup mudah, kalau kita permudahkan... hidup akan jadi sukar kalau kita yang menyukarkan ia.. tak gitewwwwwww? auwwwwwwwwwwwwwwwww... eh dah lama tak gedik.. hahaha..
cuma satu jer aku nak pesan kat kengkawan dan adik-adik semua.. ceh, rasa mcm kertu plak panggil orang adik-adik.. heheh.. ok pesanan aku, apa pon yang kita buat dalam hidup nie, MESTI IKHLAS!!! itu je kunci kejayaan.. ikhlas tu ialah tidak mengarapkan balasan, pulangan, upah, pujian dan bla bla bla... itu kalau ko buat kerja... kene ikhlas... tapi yang paling penting NIAT... apa pon yang kita buat mesti berlandaskan niat yang bersih... tak boleh ada niat yang tak elok... bila nawaitu kita tak elok, macamana nak berjaya? ini basic, come on lah... contohlah, ko suap anak kau makan.. takkan ko suap anak makan tak ikhlas??? niat ko suap anak kau makan? sebab nak bagi dia kenyang... tak nangis... sihat... jadi bijak.... betul tak? so walaupon kau letih.. kau akan cuba sediakan makanan yang terbaik untuk anak-anak kan? maksud aku disini ialah.. ko cubalah apply benda ni.. apply utk kerjaya kau.. business kau.. family kau.. kawan-kawan kau... sebab bagi aku.. niat dan keikhlasan yang paling tulus ialah dari ibu kepada anak... bila ko apply benda ni untuk benda-benda lain, InsyaAllah akan berjaya jugak...
contoh niat tak baik macam, aku kawan dengan dia ni sebab dia artis.. so boleh lah aku tumpang glamer sikit.. hahhhhh nampak nampak tak??? itu tak ikhlas... contoh lain, aku bukannya suka sangat minah nie, tapi aku kena buat-buat mcm aku sukeeeeeeeeeeeee giler kat dia, kang aku jugak senang.. sebab dia ada kereta.. boleh lah aku tumpang.. jimat duit minyak aku... haaaaa nampak tak???? selagi niat ko tu tak ikhlas...percayalah cakap aku.. ko takkan kemana-mana...
eh hari ni bukan hari jumaat..hahaha.. terbagi khutbah awal plak ;)
oh ye, untuk customer frame, book calendar memasing untuk date kita k...
14 May- i kat area Shah Alam and Subang Parade
15 May - area Putrajaya
21 May - i beterabur sikit.. hahah.. tapi still can meet.. just reconfirm
22 May - beterabur jugak.. hahaha...
*untuk order yang masuk start hari ni, frame anda akan saya deliver seawal 4th or 5th June.. tqvm ;)
EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS
http://www.framekasih.blogspot.com/
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com
7 comments:
i agreed...tkpela kak, biarkan mereka dengan cara mereka. ai tetapppp sokong yu kak filla!
15 may ade kat alamanda ek kak filla..nak usha lar nanti..ekekkek
niat kena ikhlas..buat perkara pon ikhlas.. InsyaAllah output pun berkat kan.. :P
Filla aku suka baca khutbah pendek ko ni...'ikhlas' aku antara org yg mesti baca blog ko...aku dah tak smpt nak update blog tp blog kwn2 sure aku singgah n baca....tak dpt jumpa dpt tau citer pon kira okeylah...take care Fillanie.
betul buk filla buat keja mesti ikhlas.. baru semua jalan lancar kan?
Ko tgh period ek? anyway good advise...
kak filla,
3hari lepas sy emel kt emel framekasih.tp xde reply pun.semalam pun dh resent.still x reply...sedeyyyy..huhu
wahhhh skali update pjg trus!!!
i suka la life u...
adore :)
Post a Comment