Thursday, July 10, 2014

SEMBANG LAUK BUKA PUASA..

Harap korang masih belum bosan dengan entry hari-hari citer pasal lauk-pauk.. Kalau bosan jugak maapkanlah Kak Pilla.. Sebab mungkin korang akan mengadap lagi kisah lauk pauk hingga dah nak dekat-dekat raya.. Hahah.. Apa lagi yang mampu Kak Pilla buat selain share aktiviti masak memasak kat sini.. 

Kak Pilla seronok tengok orang lain pun share jugak aktiviti masak memasak.. Amboi siap berhashtag-hashtag lagi.. #Ellymasak #Kakkiahmasakapa #Daridapurkaklimah Amboi amboi berlawan-lawan hahahah.. Tapi takpe.. akak suka semangat u olls tu.. Berkobar-kobar sediakan juadah, lantaklah kalau orang kata kita ni masak semata-mata nak tunjuk lauk kat orang.. nak riak lettew.. hahah.. Eh tak, yang ni serious takde pon anon cakap macam tu.. Yelah kadang terlintas kot kat hati orang-orang luar sana, mana lah tau kannnn.. Tapi kita bersihkan jelah hati ye... Kita pikir positif.. bila tengok orang memasak, secara tak langsung akan motivate kita untuk memasak jugak.. bila kita pening tak tau nak masak apa, boleh tengok orang lain masak apa.. boleh dapat idea.. So takde apa masalah pun kat sini.. semua terpulang pada cara kita berfikir.. kalau negatif, jadi negatif lah benda tu.. tak gitu?

Jom tengok Kak Pilla masak apa tuuuu?? 

Lama tak masak lomak cili padi.. Nampak peria bukan main fresh lagi.. terus geram dan beli.. terus plan apa nak masak.. hahaha.. Ada yang tanya aku goreng ke tenggiri tu.. aku tak goreng sebab aku paling tak suka orang masak ikan berkuah pastu goreng dulu.. tapi melainkan lauk kenduri ok lah sebab takut ikan tu berkecai kann.. tapi napa ikan aku ni nampak macam goreng eh? eh pening la.

Pastu buat sayur goreng.. sebab aku sakit hati, sayur aku semua dah nak layu dah.. kang tak masak, ke tong sampah pulak kann.. so aku main masuk je apa sayur yang ada.. 

Haritu ada beli chacha tu.. so jom lah buat bubur chacha.. lepas buka pon tak makan lagi sebab kenyang.. dah settle semua dah dekat pukul 10 baru makan.. rupanya tawar hahaha.. panaskan balik masukkan lagi gula merah tu.. baru sedap ;)

Nipun gara-gara teringin gak.. cili padi kicap tu aku buat senang je.. tumbuk cili padi, bawang putih sebijik, gula 2 sudu, kicap manis.. last sekali perah limau nipis.. ni lah jugak kalau nak buat makan dengan sup tulang ke, sup ayam ke.. mihun sup ke.. sama je.. 

Pak Radie gi bazar ramadhan ngan amaani.. 

Eish tetiba nak lagi lah ayam ni.. sedap!! rangup dan pedas.. 

Ni kegemaran Acihi, Amaani and Leecha.

Muka Aleesya macam orang dulu-dulu kan.. hahah dengan rambut kembang kerinting kat bawah ;)

Sayang adik... Sekarang ni aku tengok Amaani ada satu style baru.. Aleesya kan selalu marah dia.. so sekarang taktik Amaani ialah.. dia akan marah Aleesya "Biasaaaa dia tu".. pastu dia pukul sikit.. budak tu cebik, terus dia peluk dan pujuk.. hahahaha.. sampai tahap tu lah nak merasa dapat peluk adik dia.. kalau tak jangan harap Aleesya bagi kakak dia peluk.. menjerit-jerit dia marah kalau Amaani or Kasih nak peluk dia.. 

Ni sahur pagi tadi.. Aku guna cili kering blend tu setengah sudu je.. tak banyak pun.. tapi pedasssss gila!!! hahaha.. mesti aku silap beli cili kering jenis pedas nie.. kat rumah tu semua perot tak tahan pedas.. Pak Radie dah hangin sebab dia sakit perot pagi tadi.. hahahahaha.. sorrrryyyyy... 

Tadi dah gi beli cili kering lain.. yang pedas ni nak bagi orang office yang kuat pedas.. sebekas dah bibik tolong blend.. sayang pulak nak buang.. 


Love, 
Filla.

3 comments:

Chekgu Azrine said...

Semua pun nampak sedap.yg pntg masak sndiri baru puas hati kan?

salwana nordin @ che'wa said...

semua sedap je aku tgk :)

ko mmg pandai masak filla..

betul tu kdg2 bila tgk blog kawan2 yg terer memask sbnrnya bg idea kt kita nk masak apa nnt kan :)

keep up!

Anonymous said...

cer tumis lama sikit cili tu kasi bebetul garing. nanti tak pedas sgt