*scroll down for new entry*
Kalau cerita bab pengurusan kewangan yang bijak biasanya aku akan refer kepada mak aku.. Aku memang tabik cara dia mengurus kewangan.. Aku dari keluarga yang sederhana.. Dari kecik aku dididik untuk berjimat cermat, untuk pandai merancang dan mengurus kewangan.. Semua tu aku belajar dari Wan (mak aku). Wan mula menjahit dari aku lahir tapi baru-baru ni Wan dah slow menjahit.. Mungkin tenaga tak sehebat masa muda dulu. Sampai masa, Wan berhenti terus.. Tapi Wan dan plan dari awal, walaupun dari keluarga sederhana. Beli aset masa muda dan masa tu murah.. Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar lepas tu walaupun Wan tidak lagi menjahit. Itulah dia kepentingan pengurusan kewangan..

Yang paling orang ingat bila sebut pasal kewangan, mesti duit simpanan bank dan insurans. Tapi korang tahu tak simpanan bank dan insurans korang tu dilindungi sekiranya bank atau syarikat insurans itu bankrupt? Dilindungi cemana? Haaa... That's where PIDM comes in (cewah omputeh aku)! Ok fine, bila cerita issue kewangan memang agak 'berat' topik ni.. Aku pun tak pandai sangat.. Tapi bila dah tau, aku gembira dan tak sabar nak share dengan korang semua!!! Meh sini aku cuba kongsi sikit apa yang aku faham dari PIDM.
Tapi sebelum tu, jom tengok short video ni dulu.. Omg!! bayangkan duit nak kahwinkan anak hilang macam tu je???? Korang tengok short video 'Alkisah 3 dalam 1' ni.. Semua orang patut tengok video ni sebab lepas tengok baru aku macam "Oooooooohhh macam tu keeeee" hahahah.. lakonan mantap pulak tu ;)
Suka watak Fauziah Nawi and gang mak-mak yang lain tu.. Sebijiklah macam mak-mak kita jugak.. Selalu beringat supaya hati-hati jangan sampai kene conned.. Faizal Ismail pon best watak dia.. Itulah dia kan.. mana ada jalan pintas untuk kaya? Skim cepat kaya ni semua menipu je.. Amik duit, pastu kita yang merana..
So now dah faham kan? PIDM bermaksud Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, sebuah agensi kerajaan yang mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful & Insurans.
PIDM memberikan perlindungan di bawah akta PIDM untuk wang simpanan bank sehingga RM250,000 dan juga manfaat takaful serta insurans sehingga RM500,000 sekiranya mana-mana ahli PIDM itu bankrup...Rasa selamat kan? Yelah kita tak tau kot-kot bank tempat kita simpan duit tu muflis ke apa ke.. Mana lah tau tetiba Syarikat Insurans kita plak gulung tikar kannn.. At least kita dah secure masa hadapan kita..
Majoriti bank-bank dan syarikat takaful dan insurans di Malaysia adalah ahli PIDM nie.. So kalau korang pegi bank untuk simpan duit, atau plan untuk ambil insurans.. MAKE SURE korang tanya dulu ada tak perlindungan PIDM ni? Arghh senang nah check je kat SINI.
Lindungi masa hadapan kita. Pastikan simpanan dan insurans kita dilindungi. Jangan sampai jadi macam cerita pendek kat atas tu.. Ada ke patut melabur duit simpanan kat skim cepat kaya.. Ish ish ish.. Ni mesti diorang tak tahu pasal MoneySmart ni..
Sooo.. Do your part now!!! dengan PIDM MoneySmart 123.. Semudah 1,2,3 sahaja..
1. Ketahui Produk Kewangan Anda.
Yang ni senang - Cuma fahamkan APA jenis produk kewangan tu (samada deposit bank, insurans atau takaful, produk pelaburan seperti stok, saham, unit amanah dsb.) dan ketahui SIAPA penyedia produk kewangan tu (samada penyedia perkhidmatan tu established ke tidak, berdaftar atau berlesen ke tidak). Tu semua penting yeee
2. Ketahui Risiko Kewangan Anda.
Berisiko tinggi ke tak? kena lah tahu kannnn.. Baca terma dan syarat dulu, fahami betul-betul apa yang dibaca dan ditandatangani.. Tak boleh main bagi je duit kat orang.. Takde skim cepat kaya ke apa ke.. Mana ada benda yang mudah dalam dunia ni.. So jangan tertipu ok?

3. Ketahui Hak Kewangan Anda.
Apa pun kita mesti tahu akan hak kita sebagai pengguna Kewangan. Baru la susah orang nak kelentong kita nanti. Tanyalah dulu apa-apa yang tak faham, misalnya tanya kalau simpanan duit kat akaun bank tu ada tak dilindungi oleh PIDM.
Perlindungan PIDM tiada bayaran, tiada permohonan, semuanya automatik sahaja! Gunakan kemudahan yang ada supaya pengurusan kewangan kita lebih terancang dan dilindungi..
Perlindungan PIDM tiada bayaran, tiada permohonan, semuanya automatik sahaja! Gunakan kemudahan yang ada supaya pengurusan kewangan kita lebih terancang dan dilindungi..
Pengurusan kewangan ni adalah sangat sangat penting.. Tak kira kita kaya raya, sederhana atau susah.. Kita harus bijak. Wang ni kau letak berlonggok-longgok pon kalau dikikis-kikis akan habis.. Semua orang ada simpanan kat bank kan? Belajarlah menyimpan untuk hari tua.. Aku dah banyak sangat lihat sekeliling aku, menyimpan dan menghabiskan duit memang mudah.. Sekelip mata duit habis.. Sedangkan kita tak tahu umur kita sampai bila.. Bila tua macam-macam penyakit datang.. Kalau bekerja dengan kerajaan untunglah, sampai akhir hayat boleh gi Hospital Kerajaan.. Kalau ada insurans pon untunglah, berguna jugak bila masuk hospital..
Anak-anak pon aku dah galakkan diorang ni menabung.. Macam Kasih, tiap kali balik sekolah kalau ada duit lebih dia akan simpan dalam tabung.. Dan aku pulak sebagai ibu, akan memastikan simpanan anak-anak nanti akan dimasukkan dalam bank yang tertera logo ahli PIDM.. Rasa lebih selamat.. Thank you PIDM!
Layari www.pidm.gov.my untuk maklumat lanjut dan boleh call PIDM di talian : 1-800-88-1266
Love,
Filla.
2 comments:
saya ada baju cam kasih tu, tp baju kurung..hehhe
salam sis. itu kalau bank kan. Kalau ASB mcm mana pula? ahli PIDM ker. thx
Post a Comment