Thursday, July 24, 2014

KURANGKAN MINYAK DALAM MAKANAN. EH TAJUK CAMNI PON BOLEH?

Assalamualaikum.

Semua sihat? Alhamdulilah... Muak asyik cerita makanan kan? Eh tapi ni entry makanan jugak hahahah.. saja letak gambar tuan tanah kat atas entry..kot-kot ada yang tengah rindu Kak Pilla kannnnn.. 

Ni gambar baru.. Saja nak share kat korang.. Kak Pilla, Peej and Elly tengah pakai satu produk untuk mendapatkan wajah cerah sekata tanpa cela.. Ewah memandai je ayat.. Actually Elly yang pakai dulu.. baru 1 minggu nampak muka Elly glowing gitu.. Sebelum ni pun Elly dah lawa dah tapi now macam berseri-seri..Sabtu lepas jumpa Elly memang nampak kulit dia makin cantik.. Makin popo lah lagak dia pasni.. hahahahahaha...Pastu dia paksa aku ngan Peej try jugak.. Dah 5 hari Kak Pilla pakai memang nampak improvement.. Peej pon suka.. So bagi masa dulu nak try 1 bulan ke.. tengok kalau cantik berseri, nanti we all bagitau rahsianya ye.. kalau hampeh takyah share.. 

Hari apa tah ni.. Pak Radie berbuka ngan gang office dia.. Aku lupa pulak dia berbuka kat luar.. petang tu whatsapp tanya nak makan apa.. bila dia bagitau baru aku nak bajet tepuk dahi.. poyo sangat.  So aku buat je lauk simple kegemaranku selalu.. Sambal telur.. Tau cemana nak dapatkan sambal telur yang takde minyak stok boleh swimming?

Tapis!!!! Dulu kadang aku malas jugak.. tapi bila dah letak kat pinggan, tak sanggup aku tengok minyak berladung orang panggil.. Lepas ni masak apa-apa berlada pon nak tapis macam nie.. makan berminyak kan tak bagus.. tapi kalau menumis sambal pastu kurang minyak.. nanti sambal tak cun dan tak sedap.. tips dia guna je lah tapis ni toskan minyak ok? walaupun kita still makan benda berminyak, at least kurang lah sikit minyak dia kan kan kan? hehehhe

Tengok tu.. minyak ni boleh dapat bersudu-sudu ok.. Erk.

Kasih request nak sup bayam.. tapi bayam merah je ada.. minah tu kan cerewet.. bila dia tengok bayam tu kuah dia warna merah macam tu.. terus macam tak berapa nak selera.. tapi dia makan jugaklah.. cuma tak sebanyak masa buat bayam hijau dulu.. 

Goreng ayam letak garam kunyit je.. settle kerja.

Karipap haritu ada 8 biji lagi.. so goreng je bagi habis.. send pic ni kat Pak Radie.. pastu dia cakap sedapnyaaaa tinggal kan karipap sikit.. balik nak makan.. aku cakap kalau balik tak makan nanti aku sumbat-sumbat dalam mulut.. dah tau dah perangai dia... 

memang tak makan. nasib aku tak sumbat betul-betul hahahaha.. 

pastu dia send gambar ni.. amboi penuh satu meja.. 

Nyampah ai.




Love, 
Filla.

4 comments:

Shark Kay said...

waduh..
sambal telur tue cm mnarik pulak.
boleh ler masuk dalm list menu bbuka harini.
hehe

Lee Ana said...

kak pilla share la produk ape...kite pun nk meletops raye ni...

Siti Aishah Kassim said...

cara u tulis mmg kelakar kan… i duk ketawa sorang2… sbb bab karipap tue … sama mcm i … kalau husband i ckp nanti dia mkn … last2 i ckp kalau tak mkn siap..kang i sumbat dlm mulut u.. dah lah penat org msk heheheh

sherry said...

Suka tngok muka k.pila,
Mcm chinese
By the way,simplenya lauk...