Friday, July 04, 2014

NASI GORENG SEDAP.

Ni cerita sahur.. Eh amboi, tajuk puji diri.  Muahahahah korang tak kisah kan ai berlagak?? kan kan?? Aku ni dah biasa bila sahur makan nasi.. Kengkonon tak nak lah makan nasi.. siap dah beli segala cereal.. kononnnnn laaa kan... Tapi tetap nak makan nasi :(

Sebelum tido dah keluarkan daging, buncis dah potong siap-siap.. bawang merah ngan bawang putih dah blend banyak.. so nak masak senang.. hahah.. orang kata tak pe lah, ada bibik, buat apa nak blend semua siap-siap.. biarlah bibik tolong je nanti.. Eish tak leh lah.. aku dah biasa.. suka laju.. kang baru nak "bik tolong tumbuk bawang ni" nak tunggu lagi dia tumbuk.. dah 1 minit.. oiii buang masa tu.. 

Aku suka bila time nak masak zasss zassss.. cedok cedok.. tumiss.. campak campak.. siapppp!!! 

Ada yang tanya resepi nasi goreng ni.. Credit to Peej Burhan sebab semua orang suka ;)  Peej pernah share resepi dulu kat blog dia.. Tapi meh lah aku share resepi ni kat sini pulak ye..

RESEPI NASI GORENG DAGING
1 genggam hirisan daging (batang pinang sedap dan cepat empuk)
kacang buncis potong kecil
*5-6 biji cili padi
*1/2 bawang besar (yang warna merah tu)
 *3 biji bawang putih 
2 sudu kecil serbuk ikan bilis
sedikit garam
2 biji telur.

CARA-CARA
Panaskan 1 senduk minyak.. (agak-agak la) Tumis bahan blend yang bertanda (*) sampai harum.. masukkan daging.. kacau hingga daging masak, masukkan garam, serbuk ikan bilis.. ketepikan sikit ngan sudip tu.. pecahkan 2 biji telur dah kacau hancur-hancur.. masukkan buncis.. kacau kesemua sekali bagi rata.. last masukkan nasi.. kacau rata.. tutup api. siap! dah boleh jerit "OOOOoooiiiiii bangun makan... Sahur dah nak habis nieeeeeeee!!!"

Ingat tak shawl purple ni? Siapa perasan dulu masa belum bertudung.. aku selalu pakai shawl ni untuk gulung kat leher.. hahaha kesayangan sangat.. pastu bila dah bertudung aku hampir terlupa kewujudan shawl kesayangan nie.. bila jumpa balik pakai sebagai tudung pulak.. sedapnya kain dia sejuk... lembut dan selesa.. 

Muka agak sentap sebab semalam gas habis.. Tak pasal gi makan McD je semalam.. aku tengok muka orang yang berbuka kat sana semua orang bujang.. couple2 gitu.. Aku je anak beranak serombongan.. mesti diorang cakap dalam hati "Pemalas betul akak tu.. sanggup dia angkut satu family makan kat luar.. bawak-bawak lah masak kat rumah kak oi" 

Shadap u. My gas finish. U know or not?


Love, 
Filla.

13 comments:

Zaidawati Ismail said...

Haha....yg last tu kelakar betul Filla....

salwana nordin @ che'wa said...

hhhhaaaaaaaaaaa..ayat last tak ble blah

sedapnya nasi goreng..aku pun suka buat nasi goreng simple2 ni..mmg sedap w/pun simple kan..

S. Faezah said...

gas abes la pulak yerr time nak masak..hukhuk

btw, salam kenal kak.
klu free, jemput join GA. :)
http://sfaezah.blogspot.com/2014/07/giveaway-ole-ole-kota-singa.html

Shima Ahmad said...

salam filla..daging tu kena rebus dulu ke? tq..

Filla said...

shima ahmad: tak yah sebab saya guna daging batang pinang :)

Cik Ecah said...

semalam berbuka pun mkn nasi goreng kak pilla...

tgk nasi goreng akak ni teringat pulak hahaha

mannira said...

filla.. standby setong gas kat rumah... i pun nak beli tong gas..kut2 tgh2 nak msk sahur..abis..takkan nak g mc d dgn mu ka tido gitu... hehehe

My Aisy said...

hahaha...hamboi kak pilla sejak pose ni kemain banyak makanan buat i lapor jek baca belog kak pilla...hehehe

FADLINA MOKHTAR said...

Hahahahaha sebab baca pasal gas abis ni semalam saya bagitau asben suruh cek kot gas abis time masak.maklum la tak gheti nak cek

Karya Mahirah said...

haha... samalah dengan sy. semalam tengah masak tiba-tiba POP! gas habis. Terpaku kejap. Jam dah pukul 7 ni. Dahlah tinggal dua beranak je pulak tu. Dah ku remind husband suh standby gas sebelum ni tp dia buat dek je. Haaa skang bila dah jadi time dia kerja, berdas-das ku tembak dia dalam wassup "ni semua abg punya pasal" huhu.. berbukalah agar-agar je dua beranak...

strawberi said...

omg...part berbuka kt mekdi tu mmg klaka...hahha

raraliciouss said...

kak pilla, cemana nasi goreng color hijau kekuning-kuningan, saya buat tak jadi color tu pung :-(

Filla said...

raralicious: tumbuk cili padi hijau tu... tumis macam biasa.. pastu snap gambar bawah lampu kuning... hahahaha..