Wednesday, July 02, 2014

RESEPI TOFU MASAK SOS TIRAM

Korang kena faham.. Blog ni akan bertukar jadi blog masak memasak sepanjang ramadhan.. Hahaha.. macam tak biasa plak kannnn.. kalau follow blog ni dah lama.. dah tau sangat dah.. Asal ramadhan je asik gambar makanan je.. hahahaha.. 

Tak pelah ye tak? kita share-share resepi...

Semalam aku buat Ayam Berlada sebenarnya.. Kasih puasa so aku mesti pening fikir tekak masing-masing nak makan apa berbuka.. aku takpelah memang tong sampah semua aku telan.. ni apak ngan anak ni ada sikit cerewet jugaaaakk.. Kasih tak makan sangat ayam.. kang Aleesya ngan Amaani lagi.. tu yang aku buat Tofu tu.. Hasilnya memang memberangsangkan hahah.. banyak Aleesya makan!

RESEPI TOFU MASAK SOS TIRAM
3 pack kecil tofu jepun
3 biji bawang putih (ketuk)
2 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1/4 kiub ayam (x letak pon takpe)
broccoli
1 biji putih telur
1 sudu tepung jagung dibancuh dgn air.
1 batang lada hidup
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
sedikit bawang goreng

CARA-CARA
Potong tofu jepun tu macam Kak Pilla potong tu.. panaskan minyak dan goreng.. tak yah banyak sangat minyak.. cukup untuk terbalik-terbalikkan tofu tu bagi sampai keperangan..aku goreng gitu je, tak yah salut-salut telo ke apa.. angkat dan ketepikan.

Celur broccoli kat periuk lain. angkat dan ketepikan.

Amik bawang putih 3-4 biji pastu ketuk2 bagi pecah.. panaskan minyak sikit dan tumis bawang putih tu.. pastu masukkan oyster sauce 2 sudu makan.. pastu letak air.. masukkan carrot.. letak garam sikit (oyster sauce dah masin so kurangkan garam)..masukkan 1/4 kiub ayam.. masukkan minyak bijan sikit.. masukkan telur putih dah gaul-gaul sikit.. aku tak suka masuk telur kuning nanti kaler tu macam erkkk tak suka hahaha.. masukkan bancuhan tepung jagung, dan last sekali masukkan broccoli dan tofu.. gaul-gaul sikit.. campak daun bawang dipotong panjang-panjang.. daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.. kalau guna sawi pak choy ke apa tu yang pendek tu pon sodapppp!!

Cubalah.. sedap ok!!! makanan berkhasiat.. siapa ada anak kecik boleh cuba tofu sos tiram ni..

tata.. kang ai update lagi kah kah kahhhh... 


Love, 
Filla.

5 comments:

CikLily Putih said...

sedap nak senang nak buat, esokla cuba. petang ni buka kat luar plak

ira_violet_bee said...

Dah beli brg2 tp lusa la try hehe arini dgn esok dah ada menunya

Anonymous said...

kak pilla satu lada hidup bila nak letak ekk.. hihihihi

chiaki said...

Terima kasih bnyk2. Da siap da tofu masak tiram ni :)

siti hazreen said...

mak aiii nampak sedap...nak cubalah nanti