Friday, July 11, 2014

RESEPI POPIAH GORENG PALING SIMPLE DALAM DUNIA.

Sebab yes, memang paling simple dalam dunia pon hahaha.. dan paling sedap jugak.. siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan kan kannn... 

Dulu aku pernah share resepi ni tapi sebab saja je nak share lagi dan lagi.. lagi dan lagi.. sampai korang muntoh. 

Sos dia aku beli je Sos Cili Thai jenama Life. 

tu je bahan utama.. isi ayam dicincang, carrot dan sengkuang disagat (dihiris halus) dan 1/2 biji bawang besar dipotong dadu.

Aku guna olive oil.. saje mengada nak omputih sikit katanyer.. if korang nak pakai minyak biasa pon boleyyy.. panaskan minyak.. tumis je bawang merah dan bawang putih (blend), masukkan ayam..kalau kering sangat boleh letak air sikit bagi inti ni tak terlalu kering.. kacau rata.. then masukkan carrot, sengkuang dan bawang besar potong dadu tu.. perisakan dengan sedikit garam dan white pepper.. siappp!! 


pastu balut je lah ngan kulit popiah tu.. 

letak air sikit untuk lekatkan dia.. 

crunchy di luar, lembut dan enak di dalam.. budak-budak pon suka.. Eh? tapi anak aku makan ke semalam? hahahahha.. 

Senangkan? Boleh lah jadikan idea if korang kena bawak food untuk potluck ke.. untuk birthday party anak-anak ke.. Thank you kak pilla.. sama-sama dik. 

_________________________________________________

Popiah tu saja teringin nak makan.. Lauk pon kena lah masak jugak.. Tapi Kak Pilla buat lauk simple je berbuka.. Ada kawan bagi isi durian.. fresh lagi.. Jom lah buat tempoyak kegemaran laki.

Aku kalau buat mesti camni je.. sebab Pak Radie suka camni.. tumbuk cili padi, letak cili merah sebatang kalau nak.. letak garam sikit, bila dah lumat, masukkan ikan bilis goreng tu.. tumbuk sikit.. settle. nak makan gaul je ngan tempoyak tu..

Sup Telur campur Suhun.  Kasih ngan Amaani suka suhun.. so kita masak ni je lah. 

Goreng ikan selar.. Dah itu je aku masak.. eh dengan popiah lah.. yang lain tu pak radie gi beli.. petang je dia bawak bodyguard dia (Amaani) naik motor gi pasar ramadhan.. air favourite kitorang teh bunga.. 

Alahai Leecha.. mengerbang rambut hahahaha.. suka cium dia time tengah busuk-busuk masam camni.. 

Cili kering blend ni nak bagi kawan office.. aku silap beli sebab ni pedas gilaaaaaa.. rumah aku tu yang tahan pedas aku sorang je.. Pak Radie kalau aku guna cili kering pedas ni.. confirm satu hari 8 kali dia keluar masuk toilet hahahahahahah... lagipon anak-anak aku semua tak tahan sangat pedas.. terpaksa lah aku beli cili kering lain... tensi tau cili kering ni.. len kali tulis lah 

CILI KERING INI PEDAS.

CILI KERING INI TAK PEDAS.

Nyusahkan Kak Pilla tau.



Love, 
Filla.

9 comments:

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

kak pila, kalu nak beli cili kering yang tak berape pedas beli yang licin tu..jangan beli yangg kerinting..yg kerinting tu mmg pedas.

Sakina Kushairi said...

kak pilla, cili kering yg licin kulit tu pedasss
yg kulit kedut2 tu kurang pedas, just nice :)

Anonymous said...

Akak..hehe
Love u
Love your story :)

Mimy Hamid said...

aku pun nak tau cili kering tak pedas camana...

Zaidawati Ismail said...

Di pasar tani Ipoh ada jual cili kering dan dilabel kurang pedas sampai yang pedas betul, esok kalau ada saya cuba tangkap gambar

harry p said...

Sorang kata licin kerinting pedas.sorang kata licin pedas. Suma memandai je....hahha
Ada setengah yg cakap.kecik nya ciki oedas. Cilj besar besar panjang gmuk tak pedas... so very subjective. ..hahhaab
all according to species cili tu...

Anonymous said...

Dekat pasar borong selangor ada satu stall tu siap label 3 jenis cili kering. Tak pedas, kurang pedas dan pedas. Yg tak pedas tu memang pedas dia light2. Sebab suami saya pun mcm pak radie juga.

Anonymous said...

Hati2 beli teh bunga di bazar.. ayah saya pernah sekali,minum pastu terjumpa siput kecil dkt bunga yg di taruk dlm teh tu..rasenyer dia cuci tak bersih.. dh siap minum separuh pun huhu..

-sekadar perkongsian-

Zue said...

Yg besar sekali x pedas