Friday, June 20, 2014

BANTERAS ROKOK HARAM.

Salam sejahtera ;)

Hari ni Kak Pilla nak share sesuatu yang sangat serious yang telah melanda negara kita Malaysia.. Harap entry ni dapat membuka minda kita dan dapat educate seluruh rakyat Malaysia dan memberi kesedaran tentang bahayanya Rokok Haram (Illegal cigarettes) atau lebih tepat lagi, Rokok Seludup.

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ramai juga yang belum tahu tentang rokok haram.. Berapa harga pasaran rokok sekarang? Mencecah belasan ringgit kan? Dan berapa pula harga rokok seludup? Jangan tak tau ye.. rokok seludup boleh dibeli dengan harga serendah RM3 ke RM4.. Bagaimana nak tau rokok seludup? Senang je, meh Kak Pilla share dengan u olls antara brand-brand rokok seludup..

John
GG
Manchester
Canyon 
Luffman

Pernah nampak? Rokok ni semuanya diseludup secara haram ke Malaysia.. Ada juga yang claim rokok ini made in Malaysia.. Untuk pengetahuan anda, ini TIDAK BENAR! Malaysia tak pernah mengilangkan rokok ini ye.. 

Ini yang anda dan kita semua perlu tahu.. Lepas ni kalau jumpa rokok berharga RM7 ke bawah, ia adalah Rokok Haram... 

Ni contoh rokok John yang haram (Illegal) nampak seperti sempurna siap ada 'AMARAN' plak tu kat packaging dia.. Rokok-rokok ni semua diseludup masuk ke negara kita oleh penjenayah (kongsi gelap) yang turut menyeludup manusia untuk tujuan pelacuran, senjata dan diesel haram.. Rokok haram yang diseludup masuk ke negara kita dan dijual dengan harga yang murah, logiknya kepada siapa rokok-rokok ini dijual?? Dah tentu kepada golongan yang tak berkemampuan tapi tetap nak hisap rokok.. Siapa golongan ni? 


Ye inilah yang menakutkan kita.. Generasi muda.. Anak-anak kita.. yang masih bersekolah dan tak ada duit nak beli rokok.. Sebagai ibu bapa, apa yang boleh kita lakukan? pantau? sejauh mana kita boleh pantau? Hmmmm... berat sangat nak jawab masalah ni.. Target mereka ialah budak-budak ni.. pelapis harapan negara.. Nak ke kita tengok anak-anak muda kita terjerumus dengan kegiatan tak sihat ni? 

Rokok haram ni adalah sangat merbahaya untuk kesihatan dan telah disahkan ianya 2x ganda lebih merbahaya oleh Kementerian Kesihatan.  Harga rokok naik setiap tahun dan masyarakat merungut sebab harga naik.. harga naik sebab nak suruh semua berhenti merokok.. tapi dengan adanya rokok haram yang dijual di sana sini.. macamana nak halang usaha kerajaan? ini pendapat aku jelah.. 


Nah tengok sendiri macamana rokok haram ni dihasilkan.. sanggup??? Untuk rokok haram ni, there's no control in terms of ingredients pon.. sukati dia jelah apa dia nak letak dalam tu.. sebab tu boleh jual murah macam tu.. pastu yang menghisap pulak sanggup nak rosakkan badan sendiri, janji murah.. come on lah.. kalau tak mampu baik tak yah menggadaikan nyawa.. ramai lagi yang sayang adik-adik.. penat mak bapak hantar adik gi sekolah belajar pandai-pandai.. bukan nak tengok adik-adik jatuh sakit sebab hisap rokok haram ni.. duit yang adik-adik guna untuk beli rokok haram ni, akan digunakan semula oleh pihak yang tak bertanggungjawab tu untuk jenayah-jenayah lain seperti penyeludupan manusia dan senjata.. faham tak? so ada tak rasa bersalah sebab contributekan duit untuk benda-benda macam tu? 

Takde faedah.. kesihatan terjejas, kes jenayah makin berleluasa.. jangan jadi penyumbang.. itu je pun pointnya.. tak susah!  rokok haram ni sentiasa ada sebab banyak permintaan.. stop the demand and the supply will stop..bagaimana nak stop the demand? nak kata senang tak senang sangat lah nak stop demand ni.. tapi at least kita sama-sama boleh bantu untuk kurangkan demand.. 


Tau tak orang yang menjual dan membeli rokok haram boleh dipenjara hingga 2-3 tahun dan didenda sehingga RM10,000... Anda boleh ditangkap oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan dan pegawai Kastam jika membeli, menjual dan menghisap rokok haram ini.. Tak kira rokok legal atau illegal, both membahayakan kesihatan, tapi bayangkan lah siapa yang hisap rokok haram adalah lebih berganda membahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang.. 

Pesanan Kak Pilla, sayangilah diri sendiri, sayangi ibu bapa kita, sayangi bangsa kita, sayangi Negara kita.. Siapa lagi harapan bangsa kalau bukan adik-adik yang comel-comel ni? Ibu bapa tak dapat sentiasa nak pantau adik-adik kat luar sana.. Jangan biarkan diri kita menjadi mangsa untuk kesenangan pihak lain yang tidak bertanggungjawab.. 

Layari says.com untuk lihat dan baca sendiri keburukan rokok haram ini.. ada 2 links akak nak bagi ni.. click ok?





Love, 
Filla.

15 comments:

Anonymous said...

Eh tak penah le nampak rokok ni...

salwana nordin @ che'wa said...

rokok kan salah satu pembunuh jugak tak kira murah atau mahal tp masih ramai yg duk menghisap..:(

dah jatuh hukum haram pun masih ada yg hisap..

mmg risau dgn generasi anak2 kita..tak kira lelaki, perempuan skang pun ada je yg merokok..

nauzubillah mudah2an kita dan keluarga sentiasa dilindungi Allah..in syaa Allah

Anonymous said...

Tapi rokok memang haram..hehhehe

Unknown said...

Rokok memang haram kak. Kalo isap rokok yg 'halal' pun haram jugak,hehhehe

Anonymous said...

Any rokok baik legal or not is not good for health. Keep Calm and Say No to Smoking

Anonymous said...

kak fila, rokok mana ada yg halal. sume haram. seludup x seludup sama je haramnya.hehehe

Unknown said...

takutnya tgk bdak2 skrg pun isap rokok tak kisah janji murah dan dapat hisap rokok tnpa pikir masa depan..
minta singgah ya di blog ros
rosmalizacabei@blogspot.com

Anonymous said...

Aku fhm intention pilla tu nk educate. Tp golongan yg merokok ni pedulik hape. Dh jelas haram pun sebat gak. Rokok so called halal tu mahal sb kene cukai tgi oleh krjn msia. Tgk pmbentangan blanjawan every year cukai utk rokok sure naik. Konon tu kekdah nk membendung org sap kok tp klu dh tegar tu deme biar tak mkn janji sap kok. Smg satu hr nnt sume org akan tsedar ttg bhayanye rokok halal dan rokok harooommm

Anonymous said...

TAK ELOK TAK PAYAH HISAP ROKOK LAAA. MATI DERITA SAKIT KRONIK.

Anonymous said...

Rokok haram. Janganla nk halalkn bnda haram.
Kdg2 bila org tegur tu sbb kita dah 'jauh'. Tp kita slalu rasa kita betul .
Hidup untuk kita puji Allah. Bukan untuk kita leka termakan pujian manusia.

ummizarra said...

ngeeee memacam jenis rokok erk..
merokok tu haram kan...
ermmmmm syg lah org disekeliling...

Anonymous said...

rokor mmg dah difatwakan haram,,xkira sumber dari mana..illegal or legal..sebab memudaratkan diri n org ramai

adianiez AIDA said...

2 tahun aida jadi pendakwa mendakwa penjual rokok haram ni! mostly kata nak tambah income and permintaan tinggi. ada tu 2-3 kali kami tangkap & dakwa. duit byr denda tu diorang bayar selamba je walaupun aida minta majistret fix denda maksimum...
salah org awam jugak. permintaan tinggi. nasib nasib la kalau kastam cekup. if not, untung byk!!!
and penjual ni semua takkan buka rahsia sape yg menjual. mostly diorang byr cash pada penjual tu. takde resit.
pasal duit semua jadik! islam pun ada yg menjual...

Anonymous said...

Rokok masih lagi satu perkara khilaf tentang hukumnya...memang dalam Islam menghalalkan benda yang haram itu sangat salah..begitu juga mengharamkan benda yang halal pun satu kesalahan besar..
Setakat ini belum ada ijmak(persepakatan) ulamak tentang haram rokok..mereka berbeza pendapat

Anonymous said...

Rokok2 seludup ni takkan senang lepas klau dekat port takde orang bagi lepas..siapa biasa deal ngan kastam tau la :-)