Wednesday, October 29, 2014

LEPAK PAVI.

Ini cerita 2 minggu lepas kalau tak silap.. Lepas hantar Kasih gi tuition kitorang ke Pavi kejap.. Lama gila tak jumpa pastu perjumpaan kali ni ada banyak benda nak discuss untuk our next project.

Elly ajak makan kat La Bodega.. Memula aku ngan Peej macam nak gi Publika pastu Popo Elly cakap huraikan apa yang best makan kat Publika tu? Eiiii eksyen nyampah.. terpaksa akur. hahaha.. 

Sesampai je sini terus gi makan sebab nak gi window shopping ke apa memang tak sempat... Sempat makan je.. Ye baiklah mari kita makan.

Tuan Tanah

Popo Elly kemain makan omputih sangat.

Peej Burhan 

Elly order ni tak tau apa nama.. Tapi makan dengan roti.. Masa benda ni sampai panas gila.. benda tu olive oil pastu menggelegak.. dalam tu bawang putih ayam dengan cili kering.. Memasing tengok pastu cakap, eleh ni senang gila ni.. nanti nak buat lah... memang tak laaaa nak makan ni kat rumah kann.. 

Pastu memasing share-share lah makan.. Kene time aku je amik pakai sudu, letak kat roti.. pastu masuk mulut.. Hamek kauuu.. tebakar gusi depan ni.. Tak sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!! Diorang dah tengok pastu "Filla, orang makan tak tebakar pon gusi, ko kenapa?" Eh shadappppp!! sakitttt nak nangisss.. pastu balik rumah sampai 3-4 hari mengadu gusi bengkak terbakar tak baik-baik.. ni semua salah Elly. Eh? 

mine.

Peej's.  Ntah apa nama.. Tapi dari dulu suka tengok cara Peej makan.. Korang kene tengok dia makan macamana.. Dia kalau makan proper sangat.. Pastu dia akan makan dari depan ni cedok sikit-sikit pastu sampai habis.. dia tak de nak sudu sana, sudu sini.. sebab tu dia kalau buat kerja tu teliti.. pastu orang buat cincai tak menepati citarasa, terus dia yang saiko.

Peej suruh makan benda ni.. apa volcano tah.. dia cakap sedap, confirm pejam-pejam mata makan ni.. iyolah... 

Memang volcano sungguh.. takut Kak Pilla hahahaha.. makan plak ngan ice cream tu.. perghhh.. Terus Elly nyampuk, ohhhh aku tau buat nie.. senang je ni.. Ok fine, pasni ko buat, aku ngan Peej nak datang umah makan ni.. Jangan megelak ye.

Jarang lah dapat lepak makan bincang macam nie.. Sesekali bila dapat duduk sekali camni.. cakap pon laju-laju sebab kejar masa.. kang kejap dah nak balik amik anak pulak.. 

Oh masa lepak ni kan aku duduk ngadap sini.. tetiba diorang dah cuit-cuit cakap Nasha Aziz kat belakang.. Then aku pusing lah.. memang dia.. Lawaaaaaaaa tinggi lampai ok.. Pastu pusing depan balik.. Pastu Nasha terus nak masuk aku pandang lah.. Terus automatik terlambai hahahahah.. boleh ye TER hahaha.. Sebab dia macam friendly pandang kitorang senyum meleret-leret.. Pastu mesra je dia lambai kat Kak Pilla balik.. Auwwwww hahaha.. Selalu Kak Pilla kalau nampak artis, ai buat bodoh je.. Tapi sebab dia macam senyummmm je.. Eh jumpa Awie aritu aku ngan Peej selamba gi kat Awie nak amik gambar hahahah.. Peej memang idola dia Awie tu.. Aku suka gak Hussinnnnnnnnnn hahahahha.. 

Oh pastu on the way balik Elly drive.. pastu aku sakit perot.. agaknya minum latte ke apa tah.. Pastu ko tau lah jam cemana nak hala ke Tabung Haji tu kan.. aku cakap ni tak leh jadi aku kene gi toilet gak.. Elly pandang Peej muka memasing malas layan.. pastu diorang cakap "takde toilet ye, ko kene tahan jugak".. then aku cakap "No, aku nak toilet, sekarang!" hahaha.. Pastu Elly dengan muka jujur dia cakap "Ko cakap macam ni sebab ni petua ni".. "Cakap apa?" 

"Kepala ke bawah kaki ke atas, Kepala ke bawah kaki ke atas"

Aku ada rasa pelik jugak.. bukan "kepala kau botak kepala kau botak" ke??? tapi aku diam tak melawan.. Terus aku berzikir "Kepala ke bawah kaki ke atas, Kepala ke bawah kaki ke atas, Kepala ke bawah kaki ke atas, Kepala ke bawah kaki ke atas"

Pastu Elly gelak terbahak-bahak rasa nak sepak je.. Peej pon sambung gelak jugak.. Dammnnnnnnnnnnnnn aku dah lah sakit perot.. pastu siap tekono lagi... Rasa nak flying kick je dua-dua ni.. Nasib kawan.

_____________________________________________________________________________
THEKASIHSSHAWL: UPDATE


Sehelai RM35


Promosi 3 helai (Navy blue, Cherry and Nude) RM100 sahaja.



Lilac ada 2 helai left.. Siapa nak email cepat, siapa email awal, i serahkan kat dia.



Email: framekasih@yahoo.com



Love, 
Filla.

No comments: