Tuesday, October 21, 2014

BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG.

Hari ni terpanggil nak menulis tentang budak-budak zaman sekarang.. atau bahasa lebih sempoi, budak-budak ini zaman.. 

Aku bukan jenis suka membela atau menangkan anak.. Marah anak memang aku terror.. tapi tengok kesalahan lah kan.. Dan satu perangai aku dari dulu sampai sekarang.. tiap kali Kasih cerita apa-apa aku suka dengar je sambil buat muka macam takde perasaan.. Tapi otak aku ligat fikir.. So dia akan jadi macam "Mama?? mama dengar tak kasih cakap ni?" Ye dengarrrr.. Kenapa aku macam tu? Ntah lah.. Mungkin aku tak suka dia tau yang aku excited ke marah ke suka ke.. Ye aku memang macam tu.. 

Contoh kalau dia mengadu benda yang dia tak puas hati kat sekolah.. Aku takkan excited so that dia rasa aku terlalu berpihak kat dia.. Tapi kalau dia mengadu benda yang happy-happy then aku akan happy lah untuk dia.. 

Kasih dia boleh tahan kaki mengadu.. Tapi semalam aku rasa dah tahap melampau budak-budak sekolah nie.. Semalam balik sekolah je dia mengadu.. 
"Mama, ingat tak budak yang Kasih cakap kat mama tu?"
"Ntah, kenapa?"
"Hari ni dia cakap Kasih yang teruk-teruk"
"Cakap apa?"

"Dia cakap....Kasih kau ni Bodoh, Babi, Setan, F*ck"


Ko ada rasa nak melompat tak dengar semua perkataan tu???? Aku nak urut dada tapi macam biasa aku berlagak cool.. 

"Kenapa dia cakap macam tu? Kasih ada buat dia marah ke?"
"Mana adaaaaaa"
"Dah tu? Kenapa dia cakap macam tu?"
"Dia tak suka Kasih.. sebab dia cakap Kasih amik semua gang-gang dia"
*pic googled*

Amboi kecik-kecik dah gangster kan? Masalahnya kita tau ke perlakuan anak kita kat sekolah?  Sebab tu aku tak berani nak confident sangat dengan anak sendiri semuanya betul.. Aku tak tau if depan aku dia ok.. belakang aku mulut dia boleh keluar perkataan seteruk tu.. Tapi aku didik anak-anak aku dari kecik supaya mulut tu elok-elok sikit.. Aku ni garang, mak aku (Wan) tu lagi garang ok.. Aku kecik-kecik Wan pernah tonyoh cili padi kat mulut aku.. sebab apa? Aku cakap perkataan "Aku-Kau".. Yes sebab tu je dah kene cili ok.. Wan tak bagi cakap Aku-Kau.. cuma boleh cakap Saya-Awak.. Aku pandai cakap Aku-Kau sejak habis sekolah menengah kot? Tu dengan Natra kawan dari form 2 aku tu.. kitorang memang cakap Saya-Awak.. dah habis sekolah baru reti berAku-Kau.

Nak cakap perkataan seteruk Babi, Setan, Bodoh dan F*ck? Memang bakal disesah dengan getah paip kot?  Aku jarang pukul anak-anak aku.. Sebab aku garang kat mulut je.. Aku tau setiap anak-anak aku macamana gaya diorang.. Kasih paling dramatik.. Kalau aku mengamuk dengan rotan.. aku suruh dia pilih nak rotan kat tangan ke kaki? Dia akan menangis menggelupur kejap tunjuk tangan kejap tunjuk kaki.. pastu macam menggelupur.. Kalau Amaani pulak aku suruh pilih nak tangan ke kaki.. Dia nangis tapi dia confident hulur tangan sambil pejam mata kengkadang.. pastu nangis.. tak lama lepas tu dia akan datang hulur tangan macam nak berkenalan.. "Mama, Amaani mintak maaf"... Kasih pulak sebab dia pandai berdrama, so aku nak pukul pon jadi tak kuat.. hahaha.. dah rotan baru dalam hati terdetik "cis slow sangat pulak" hahaha.. lepas tu dia akan nangis lari masuk bilik tak keluar-keluar sampai tertidur.. Tu baru dua orang yang aku dah tau perangai.. Yang Leecha ni tak tau lagi cemana.. 

Pantang aku dengar perkataan maki hamun ni.. Dulu Amaani baru start sekolah dia pandai cakap Bodoh.. Amaani pon aku pernah cili mulut dia.. patahkan cili padi aku 'cecah' sikit kat bibir.. Pijar lah jugak hahah.. dan aku rasa cara tu berkesan untuk anak-anak aku..

So berbalik kepada cerita sekolah Kasih.. Aku panas hati jugak dengar ada budak cakap anak aku macam tu.. Tapi aku mak, aku kene rasional tak boleh mengamuk tak tentu hala.. Macam aku cakap lah, aku tak nak Kasih rasa aku backup dia sangat so nanti dia naik lemak.. Dia pun manja, sesikit nak mengadu.. so aku just cakap..

"Cakap dengan dia nanti mama nak jumpa dia"
"Tapi kan, Kasih rasa mesti dia tak nak jumpa mama"
"Cakap je mama nak jumpa"
"Ok, mama nak datang bila? pagi? tengahari?"

Eh eh Kasih ni pun over sangat..

"Petang lah balik sekolah"
"Ala petang dia takde mama.. cemana ni?"
"Kalau dia takde, cakap je kat dia bak nombor mak dia nanti mama cakap ngan mak dia"
"Okkkkk"

Eh eh Kasih ni pun kannnn.. tak lama pastu dia tanya lagi.. "Kasih risau nanti mesti dia tak nak jumpa mama" Ok aku dah rimas dah time nie.

"Kasih, biar jelah lah dia nak cakap apa pun.. Orang macam ni jangan layan boleh tak? Kalau dia cakap Kasih macam-macam lagi, pegi je tempat lain, tak yah dengar tak yah balas.. boleh tak?"

"Ni kawan tu cakap macam tu pegi lah bagitau cikgu.. dah cakap kat cikgu?"

"Dah.. cikgu diam je.. pastu cikgu kata takpe, biarkan jelah"


Fineeeeeeeeee.. biarkan.. Tapi aku pon paham, cikgu ni hari-hari dok mengadap macam-macam perangai murid.. tensi ok jadi cikgu.. Kang murid ni gaduh, kang ni maki hamun, yang ini nangis, yang ini mengadu.. Oih letih lah camtu kan.. Cikgu pun dah tak kuasa nak melayan.. 

Tapi memang dasyat budak-budak zaman sekarang kan? Darjah 3 dah pandai guna 4 perkataan tu? 
Aku dah tanya Kasih.. "Kasih pernah cakap macam tu????" "Tak pernah.. kalau Kasih marah pun kasih cuma tanya je balik.. tak pernah kasih cakap macam tu"

Aku kalau dengar anak aku cakap macam tu.. Bukan takat cili padi.. Cili kering blend tu sekali aku suapkan... 




Love, 
Filla.

9 comments:

aina said...

uwaaaaa takutnye budak zaman skang...camno anak i nak masuk sekolah nihhhhhhh

Anonymous said...

Krik krik

zareene said...

hahahaha.... garang angat dik pilla nih... hihiihi... tapi kak zareene pun treat my girls the same way.. si yasmine tu pon penah kena cili mulut pasal menjawab kot tak ingat... yang shahnaz pulak pantang kita tinggi suara nak marah terus dia nanges2 suh kita pujuk dia... tapi salah dia... cemana tu??

EZAN IDMA said...

akak garang tapi bagus grg gn anak2 ni kann. kite anak buah kenkadang cakap cmtu geram jek rasa

Mieza Julkfli said...

menakutkan budak zaman sekarang ni.
terlalu banyak pengaruh negatif disekeliling kita skg ni.
baby mieza baru 1thn++. mieza dah pikir mcm2. takut itu la ini la..huhu
macam nak drg baby jer sampai bila2..hahaha

lifeizzbeautiful.blogspot.com

Fazillah Abdul Ghani said...

Dugaan besar betul kan as parents nak besarkan anak-anak kita zaman lanie....takut sgt.

Nooraini Sapingi said...

Teruk la budak2 zaman skrg.. Saya ni mmg grg jgk ngn ank2,dgr je ank2 ber aku-engkau trus je jentik mulut..

Zaidalifah Hussin said...

SALAM...

SY SINGGAH BACA...
SY NAK SHARE SIKIT, SY PON ADE ANAK PEREMPUAN YG KUAT MENGADU CAM GINI...

TP KES BERAT SIKIT... YG SUKA KACAU TU KAWAN LELAKI. SIAP PUKUL2.. SAMPAI SY SELESAIKAN DGN PIHAK SEKOLAH.

SEBAB KALAU KITA IBUBAPA DIAM... KANAK2 NI JD NAIK KEPALA.

Ekin said...

Saya ckgu kak, tp bile kes mcm ni jadi, mmg ssh nk amek tindakan..rotan sket pun akan kena serang ngn mak bapak kt skolah...pernah saya marah dgn nada kuat kt budak, sok mak die dtg cri mana ckgu y brani tgking ank sy?siap ckp nk saman ap sume...sbb tu ckgu skg stakat mrh, nasihat, tegur je kak..xsemua mak bapak skang bleh trima kalo ckgu amik tindakan pada budak