Tuesday, October 14, 2014

CHIFFON SHAWL BY THEKASIHSSHAWL DENGAN WARNA LEBIH 'IN'

Assalamualaikum..

Pagi ni Kak Pilla ceriakan mata korang sikit ye... Jom tengok Kak Pilla bawak masuk warna lain as requested by some of you.. Lai lai laiiiii mulah mulah mulaaaaahhhh... 

But of course warna ni semua Kak Pilla yang pilih hahaha.. Ni semua yang cantik di mata Kak Pilla dan mengambil kira faktor warna-warna yang tengah 'IN' sekarang ni.. Huwaaaaaa sendiri tengok sendiri tergeram-geram acaner tu.. Kalau korang beli mesti suka sebab fabrik dia sejuk dan lembut.. 

Ni kat gambar.. Kalau tengok real lagi geram sebab gambar ni pempaham lah kan.. Warna yang dikekalkan ialah Black Beauty dan Peaches atas permintaan yang berterusan dan hangat.. well, black tu of course korang kena ada kan.. Black warna basic which semua orang mesti ada.. Peaches tu sweet.. Nak kata pink tak pink.. nak kata belacan tak belacan.. Tapi warna dia lembuttt bila pakai terus jadi sopan santun ayu jelita macam Kak Pilla.

Nah tengok satu-satu warna nie.. Dan sila buat pilihan nak yang mana.. Customer lama yang dah pernah beli thekasihsshawl mesti tahu kualiti shawl ni kan? So cepat tambah kaler lain pulak.. 







Fushcia ni ada lagi tinggal sikit.. Siapa nak sila email.. Jiwa muda macam Kak Pilla memang sesuai pakai warna ni.. Eh Kak Pilla pakai warna apa pon memang nampak muda... Korang ahkak tak tau lah kannnnnn.. hahahahaha


Sebab tu Kak Pilla snap banyak gambar.. Almaklumlah warna ni berubah-rubah pulak.. Tapi geram kan geram kan??? 

Patah pinggan Kak Pilla mengerjakan shawl ni tau.. Belambak lagi yang belum siap.. Tekebil-kebil mata sampai tengah malam buat kerja.. Nasib bibik tolong.. Eh bibik pon ai upah ye.. Jangan ingat Kak Pilla amik kesempatan pulak... Nak iron lagi, lipat tag, masuk plastik.. Semua tu Kak Pilla buat supaya bila korang receive thekasihsshawl semua dalam keadaan baik dan cantik.. Orang bayar kot.. So kena lah bagi you all happy.. Kalau tak happy jugak maafkanlah Kak Pilla ye.. 

Oh ye, untuk return customers, please take note ye.. Acc No MBB tu dah tukar yang baru.. Sila jangan save yang lama ok? Tiap kali korang email nanti akak akan bagi latest acc details tu.

Peringatan kedua: Kak Pilla tak boleh hold order korang lama-lama.. Sebab korang kene faham, Shawl ni pelabagai warna.. Kalau korang just book tapi takde buat payment, orang lain dah tak boleh nak beli sebab order dah stuck kat korang.. So untuk memudahkan Kak Pilla dan customer lain yang beria-ia "Saya bank in sekarang jugak kakkk" Kak Pilla cuma boleh hold order for 24hours je.. Lebih dari tu korang anggap Kak Pilla dah cancel your order dan open order untuk customer lain ye.. Kak Pilla susah nak track balik satu-satu email dan bagi tau terpaksa cancel order.. so paham-paham sendiri je lah ye.. Kak Pilla faham you all kadang ada masalah untuk ke bank dan sebagainya.. sebab tu Kak Pilla bagi 24hours.. Kalau dalam tempoh tu tak dapat bank in jugak, tak dapek lah ahkak nak tolong hahaha.. Tapi takpe, boleh email semula tanya, if stok masih ada then boleh lah beli :)

Customers Peej Burhan yang biasa beli produk dengan dia dan COD, korang pon boleh COD thekasihsshawl dengan Peej.. Sila visit ig @peachhub untuk contact details. 

Oh ramai yang request nak video tutorial cara pakai shawl.. Amboi Amboi Amboi... Terus Kak Pilla termenung, senang sangat kot hahaha.. nak share pon malu ai hahahha.. Tu akan diusahakan dalam masa terdekat.. 

Banyak sangat cekadak Kak Pilla ke? Ok tu je nak cakap.. Bawah ni measurement dan details.. Siapa tanya lagiiiii "Kak ukuran berapaaaaaaaa? besar keee? kecik keee?" i cubit-cubit paha you all sampai lebam ye.



CHIFFON SHAWL
High quality chiffon
Size: 180 cm x 80 cm


PRICE: RM35
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5

Email : framekasih@yahoo.com
Title: CHIFFON SHAWL

Love, 
Filla.

5 comments:

Anonymous said...

Kak, boleh tak kluarkan crumple shawl pulak utk org malas iron shawl? Hihih

Miss Moon said...

hoiiiiiiii mustard tuh sangat menggoda ............nak nak ....nanti gaji masuk aku nak

Noor said...

Good jobs kak filla,

permulaan yang kecik tapi inshaallah akan menjadi lebih besar nanti..

btw nk cadang nanti jahit sekali label kt shawl akak supaya nanti bila pakai, org yg tengok pun trs kenal the kasih. trade mark tu penting Dr Azizan cakap :-)

sy penah buat label dengan budak ni so klu akak berminat boleh contact dia :

MIOR 019-454 8606

harga range rm350+++ gitu utk 1000pcs.skrg x sure brp harga..

Anonymous said...

kalau cod bole tak??kita kat putrajaya jer....

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila tunggu yg warnawarni & ada design2 tau