Tuesday, October 07, 2014

FAMILY OUTING.

Godek gambar jumpa gambar masa pegi Empire Mall haritu.. Ni kenapa yek pegi Empire? Dah tak ingat.. tapi sebab budak-budak ajak jalan jap kot.. Kesian pulak lama kot dah tak berjalan dengan tentera kenit nie.. Jomlah.. jangan ikutkan sangat malas tu.. 

Hahaha apak ko pakai selipar je.. Jarang dia nak pakai selipar, nampak sangat berjalan yang tak plan.. terjun jugak lah pakai selipar.. Sebab tu Kak Pilla suka sepah-sepah kasut dalam kereta.. selipar ada, flats ada, high heels ada.. (walaupun dah ada shoe rack kat rumah) berbulu je Pak Radie.. hahaha.. tengok siapa senang? aiii jugak selamat ada kasut nak pakai tau.. 

So masa ni takde apa nak tengok.. jalan-jalan je.. tengok petshop kemain seronok diorang ni.. Pastu ajak gi makan terus sebab aku kalau dah keluar tak kuasa nak masak kat rumah.. balik boleh membongkang terus.. 

Kak Pilla makan ni je.. NI JE yeee.. tu pun tak habis.. ai kan diet.. sebab tu body macam Jenniper Lopez..

Pak Radie macam biasa lah.. burger tak habis-habis.

Acih and Ani makan ni.. 

Tengok Leecha.. dah besar sangat kan??? Okay sekarang kat rumah dia pulak boss.. Amaani dah turun pangkat sekarang sebab asyik nangis kene buli dengan dia ni.. Sebulan dua ni dia dah tunjuk belang dahh.. dah pandai menangis menjerit melalak macam kene dera.. bukan kejap ok.. sejam pon boleh.. hebat sangat ni.. kalau takat nangis merengek aku ok lagi.. ini nangis mcm kene cubit.. huwaaa Ya Allah, tabahkan lah hatiku ini.. 

Muka pun lain sikit dari kakak-kakak dia.. Ni mata sepet.. rambut curly... sekarang dah pandai nak bercakap.. "Papa mana?" "Uarrrr" tu maksudnya keluar yee.. Kalau dia nak air dia cakap "Aii" kalau nak susu "Mekk Mekk Mekkkkk".. dan tak menyempat ok.. bawak bertenang sikit nak.. cer ikut perangai mak kau yang penyabar ni... 

Nak minum air tak leh orang pegang gelas tu.. dah kau tu pendek.. duduk kat meja camni.. takke gelas tu tinggi.. ko lambat je pegang gelas tu dia curah dulu kat baju dia.. pastu kalau tolong pegang gelas dia tampar tangan kita.. sambil memekak cakap "Piii Piiiii Piiii" tu maksudnya tepi ye.. kalau cakap no.. dia ulang cakap moooo mooo.. No lah! Mo plak.. pandai pulak pilih.. air kosong tak nak.. nak air ada kaler.. pastu lek curah kat badan.. huwaaaaaaaaaa nangissss tengok.. 

Tengok muka ni urut dada terus.. sayang sangattt hahahah tu sebab urut dada.. 

Tak sabar nak peluk.. 


Love, 
Filla.

10 comments:

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam kak pilla,
alololololo nomeynyer leecha...
memang bebudak skang ni sume2 nak buat seniri kan kak pila..
minum seniri, makan seniri, mandi seniri..
ngucap paaaanjaaaanggg kita kan3

FadlinaMokhtar said...

Nampak muka amaani la sikit2.rambut fringe depan tu comey sgt aleesya ni.
FAD

Azida Zuadlif said...

Muka wan dia lah Kak Filla

MamaAliya said...

Penat melayan ragam anak2. Tapi bila mereka dah besar kita pasti akan merindui saat2 mereka kecil suatu ketika dulu..

Anonymous said...

Leecha da besa
Sian ani turun pangkat
Gamba miss windy takde ke kak pilla windu nak tgok dye
Nk pggil akk ke aunty adehh konpius lak

Anonymous said...

Da besa da leecha
Alololo sian ani turun pangkat
Miss windy pekabar kak pilla
Windu nk tgok pic dye
Sy silent reader akk ni 1st time komen
Jap konpius la nk panggil akk ke aunty
Sy muda stahun dri kak syasya

Anonymous said...

Da besa da leecha
Alololo sian ani turun pangkat
Miss windy pekabar kak pilla
Windu nk tgok pic dye
Sy silent reader akk ni 1st time komen
Jap konpius la nk panggil akk ke aunty
Sy muda stahun dri kak syasya

Anonymous said...

Eiii...rase nak gomol je budak leecha ni tau ^_^ muka tu..geram je tgk

Azura Aziz said...

tulahkan.. mcm2 ragam anak2...

Lynn Hamzah said...

hihihihi...sebijik mcm perangai anak lynn yang bongsu...semua nak buat sendiri...sabar jer la...