Wednesday, April 30, 2014

FLASH FRENZY SALE

Aku jarang jugak bukak link-link butik online nie.. Kenapa? sebab aku takut terjebak membeli belah.. Tapi sebenarnya, membeli-belah secara online lagi banyak penjimatan.. Kalau dikaji-kaji balik, kadang kalau shopping kat mall, aku boleh habis beratus ringgit sekelip mata je.. baju dapat lah berapa helai je pun :(

But what to do, shopping dan perempuan tak boleh dipisahkan.. Sampai lah satu ketika aku bukak website www.mysale.my ni dan pelahan-lahan aku click satu-satu.. First step kita kene register dulu, tapi don't worry, register ni free je pun.. 

Memang berdebar-debar sebab mostly ada discount up to 80% dan barang-barang dan pakaian ni kebanyakannya branded ok.. Selama ni aku ingatkan MYSALE ni just jual pakaian je macam online shopping biasa tu.. rupanya macam-macam ada.. women's, men's and children's fashion, accessories, beauty, homewares, gifts and toys.. u name it semua ada.. 

Nah!!! macam tak percaya harga serendah tu? ini baru sikit.. So aku saja lah click kat Kids pulak.. 

Alahai apasal murah sangat ni? Dah lah tak yah keluar gi kedai.. duduk pakai baju tido kat rumah pun dah boleh order semua ni.. 

Murah kan? Jap kita tengok kat accessories pulak.. 

Cantik kan? murah pulak tu.. 

sorry sebab aku terlebih excited habis semua pun aku nak pritnscreen tepek kat sini.. Jewellery Hanger ni best jugak supaya accessories kita tak berselerak.. front and back pon ada ye.. hmmm harga memang murah sangat kat MYSALE.  

Jap, bukan tu je.. kalau terfikir nak memiliki set cosmetic tapi tak mampu sebab cosmetic yang berjenama terlalu mahal kan.. so boleh dapatkan di MYSALE dengan harga berpatutan atau murah lah bagi aku.. 

RM100 je u olls.. macam tak percaya je.. tapi percaya jelah.. kalau gi Clinique, sebijik lipstick je dah berapa?? ni satu set ye.. hmmmmm kalau beli untuk gift sempena mother's day pon ok ni.. 

Tak suka Clinique? Takpe.. Estee Lauder pon ada.. 7 piece set.. Berbaloi sangat :)

Nampak tak apa aku jumpa? cookware pon ada.. warna cantik plak tu.. discount banyak plak tu.. 

Tapi korang kena ingat tau.. MYSALE ni memang offer exclusive discounts yang kadang-kadang sampai 80%.. so korang kena laju.. sebab kalau lambat nanti SOLD OUT.. yang bestnya.. brand dan barang-barang dia selalu updated.. website dia memang active yang setiap minit pun kengkadang ada brand baru masuk.. gitu.. 

Aku dok click sana-sini tetiba aku jumpa ni.. Waaaaaaaa suka sangat!!!! 

Siapa kenal aku korang dah memang tau aku ni penggila Quilt Cover Set yang cantik-cantik kan? So bila terpandang je ni terus nafsu lain tertutup hahahahha... Aku tak kira.. Aku nak yang ni jugak.. Huwaaaa nangis aku tengok lawanyaaaa... Dah lama aku cari yang plain tapi still ada stripes macam nie.. memang lah ada jual kat luar.. tapi dengan fabric cotton macam ni memang tak dapat lah harga RM225 macam ni.. 

OMG aku confuse lama duduk mengadap ni.. Aku tak tau nak colour apa.. Merah tu macam wow sangat.. sukaaaa!! Tapi hati aku lebih kepada green.. sebab aku takde lagi colour lembut green macam tu.. 

So aku decide nak beli Pima Cotton Quilt Cover sets Sage Green.. Siap hafal ok nama dia.. sebab lama gila aku nak decide colour apa yang cun.. semua pon cun.. If korang tak biasa membeli belah secara online, bila dah click kat benda yang ko nak beli.. lepas tu terus je click 'Add To Cart'.. Then kalau takde benda lain nak beli.. click je 'Checkout' (kat atas kanan tu)

Ni aku guna phone.. pon boleh shopping jugak ;) Sebab aku amik masa lama nak fikir kan.. so bila dah tutup PC aku online guna iphone pulak.. hahahahha.. 

Sebelum tu aku dapat Email from MYSALE.. So aku dapat voucher RM30 pulak.. wowwwww jimattttt!!!! 

Best kannnn... Lagi satu aku suka baca pasal 3 benda tu..

-Up to 80% Off Designer Brands
-100% Authentic Brand Promise
-30 Days Money Back Guarantee

Seterusnya submit address korang untuk tujuan pos.. pastu proceed ke payment pulak.. 

MYSALE akan launched new sales setiap setengah jam.. So kalau rajin korang kene selalu refresh what's new supaya dapat grab dulu sebelum orang lain grab.. Ada lebih 60 Top brands yang ditawarkan oleh MYSALE which kebanyakannya up to 80% discount.. MYSALE ni salah satu online sales event yang terbesar di Australasia sehingga ada lebih dari 8 shopping kategori.. 

Ni contoh brands yang belum launch lagi masa aku tengah online.. Tapi dia dah siap bagitau yang brand-brand tu akan launch starting in 17 hours.. Gituuuu.. so ko boleh agaklah the next day tu ko leh standby dah.. Aku rasa harga kat MYSALE adalah sangat berbaloi dan murah.. Tapi aku just nak bagitau.. MYSALE akan adakan satu event yang dipanggil:

"FLASH FRENZY SALE"

Apa tu??? Apa lagi.. Sale laaaahhh.. SALE dengan harga runtuh ni hanya akan berlangsung selama 3 hari.. Yup betul, hanya 3 Hari sahaja.. bermula dari 4 - 6 May 2014.. Dulu dah pernah ada Flash Frenzy sale ni back in November 2013.. Sambutan sangat diluar jangkaan dan sekali lagi pada 4 May ni akan diadakan Flash Frenzy for 10.6 million members.. Arghhh ramainya... 

So what u've to do now is, click MYSALE and register to be a member.. ingat ye Free Registration.. Lepas dah jadi members baru kita dapat serbu Flash Frenzy Sale on the 4th - 6th May 2014.. 

During Flash Frenzy Sale, sesiapa yang dah register menjadi members berpeluang untuk membeli local dan international brands.. Nak tau brands apa???? 

Coach
Bonds
Revlon
Zara
Quiksilver
Havaians
Pandora
Dermalogica
Rayban
Redken
Australian Leather Uggs
Luxor Linen
Fitflop
Desigual
Thomas Sabo
Charlie and Me

dan banyaaaaaaaaaaakkk lagi.. ingat ye, sale up to 80%.. Aku dah target Pandora ngan Zara.. kah kah kahhhh.. 

Lagi satu nak bagi tau sebelum terlupa, sesiapa yang pakai handphone canggih, sila download MYSALE App sebab members yang shop via MYSALE App akan diberikan access to Flash Frenzy sejam lebih awal dari shop di website.. Faham? 

Click www.mysale.my for Flash Frenzy Sale on the 4th May - 6th May 2014


Love, 
Filla.

IKEA kami datang.

Adalah satu hari tu.. Popo nak jumpa sebab Popo Elly nak belanja makan kat The Curve.. Aku ngan Peej ok jer.. So aku datang ngan Peej.. Popo tunggu sana.. Kitorang ni kalau jumpa, mesti macam kelam kabut.. macam semua benda nak kena laju sebab nanti tak sempat.. 

Nachos makan ramai-ramai

mine.

Peej's.. 

Elly's.. eh aku ngan elly makan benda sama kot.. 

Thank you Popo Elly.. Elly ni satu lah perangai dia.. suka sangat belanja orang.. pemurah pulak tu.. naik segan plak kitorang ni.. Eh tapi dia Popo Elly.. mestilah kena rajin belanja.. hahahah.. kalau tak, tak Popo laaa.. mana spek itam popo? hahahah.. Elly jenis tak berkira dengan family, dengan kawan-kawan.. so rasa senang je berkawan dengan dia nie.. pastu korang pun tau dia ni kelaka tahap apa kan.. cuma aku nyampah dia ni tak suka cakap kat phone.. kalau call tu kelam kabut nak letak.. ada boss ke takde boss ke, memang dia tak suka cakap kat telefon.. 

Peej yang hati dia baik sangat.. outspoken.. kadang penakut jugak, nampak je berani.. tapi dia jenis ikhlas.. apa dia rasa dia akan cakap.. jujur dan selalu mengalah..Peej yang aku kenal ni tabah orang nya.. Anak yang baik untuk kedua ibu bapa dia.. Aku banyak belajar jugak dari Peej.. Pengorbanan dia.. bila ingat semua tu, terus aku rasa diri sangat kerdil.. tapi takpe.. kita ambik yang baik-baik untuk motivate diri kita jadi lebih baik.. now, bapak peej ada kat hospital.. sama-sama kita doakan uncle kembali sihat dan ceria macam dulu.. dan Peej jangan susah hati, nanti kang blood pressure naik pulak.. 

Tuan Blog.

Ok tu je nak cakap.. lately aku agak emosi sikit.. hahahah.. No no noooo.. tak mau emosi emosi sangat Kak Pilla.. 

Pastu makan laju-laju kitorang pakat nak gi Ikea sebab Elly lagi satu perangai dia, dia suka hasut orang.. "Korang... lawaaaa aku beli alas meja kat raya.. boleh collect untuk raya, rugi tak beli.. design baru-baru".. Eh geram pulak aku.. patut ko keje kat Ikea je Elly.. ada barang baru ko call ktorang.. Tak pasal-pasal aku ngan Peej terejbak ngan hasutan dia.. 

Tu diaaaaa... aku pun memang suka curtain tu jadikan alas meja.. tapi pesanan kitorang, jangan tiru ok.. kang meja makan kita sama.. mana boleh!!! 

Ni lah dia alas meja????? Huwaaaaaaaaaaa.. janji nak beli alas meja.. ni penuh satu troli apa citer???? tu pun sebab nak laju.. kalau lagi lama.. rabak poket aku.

ko tengok ko tengok gaya Popo Elly.. tu nak start hasut tu.. "Eh korangggg.. ni quilt cover set dia lawaaaa.. murahhhhhh" Haiyaaaa popo, wa mati looooh... hali-hali wa makan loti lorrrrr.. 

Ko tengokkkk...

Tapi memang lawa-lawa gak quilt cover set dia.. terjebak aku beli satu warna orange.. huhu..

Pastu aku ngan Peej terjebak beli ni.. Popo Elly kata.. ni bagus niiii.. nanti boleh susun barang make up.. baru lah organized sikit.. meja tak sepah-sepah.. ok fineeeee.. angkat terus masuk troli.

Ni pun aku beli gak.. nak letak kat laci office.. 

Warna pink aku beli untuk letak Aleesya nya bedak, sikat, diapers, socks, minyak angin.. so takde lah bibik tu bersepah2 naik rimas aku.. harga dia RM29.90 kot. 

Haaaaa lawa kan? ni aku beli 6.. table mate ni satu RM9.90 kot.

Aku ngan Elly beli nie.. terus bincang kat situ jugak.. "Ni lauk balance letak dalam ni.. pastu letak dalam fridge.. kemas je" kata Elly.. Ok betul tu Elly.. pastu aku amik yang size kecik.. "Elly ko kene beli yang kecik ni.. boleh letak sambal belacan, bekas dia kaca, so bila basuh takde lah busuk macam ko letak kat tupperware" kata Kak Pilla.. eh tu aku tambah.. aku suruh beli sebab boleh letak sambal belacan je hahaha

Amboi Elly.. balik tu terus send gambar dah guna letak lauk.. Eksyen Popo yeh?

Tapi dari semua benda tu.. aku paling LIKE yang nie lah.. nak tengok lepas Kak Pilla dah susun?

Jom tengok..




Dah tua-tua main scroll down scroll down dah tak cool kan?



Ok lah, tak yah scroll nah tengok je la..

Ahhhh cantik kan??? suka sangatt.. happy sangat.... yang aku letak mascara, eye pencil semua tu.. korang boleh tolak ke atas.. so bawah dia tu kosong dan luas.. boleh letak barang lain.. nak letak facial wipes ke.. facial cotton ke.. cotton buds ke.. pon boleh ;)

Ok lah, ada lagi benda nak beli kat Ikea tu.... Habislahhh.. Ikea ni macam berhantu.. tak leh pegi sekali.. mesti pergi berkali-kali.. Nanti kalau ada barang best, Kak Pilla share lagi k.. 

Tata.


Love, 
Filla.

PLA PLA SEAFOOD SRI KEMBANGAN

Hari ni nak bagi u olls kecur-kecur ailio sikit hahaha.. Aku tengok balik gambar makanan ni terus rasa menggelupur balik perot ni.. saba je lah pon Kak Pilla ni tau..

Aku ni kalau nak makan ala-ala Seafood memang akan menuju ke Pla Pla Seafood, Equine Sri Kembangan je.. dah itu je pun paling dekat nak gi makan.. tak kuasa nak gi tempat jauh-jauh.. Rasanya dah few times jugak aku dinner kat sini dan setakat ni tak pernah mengecewakan lah.. 

Pertama aku suka restaurant ni bersih, cantik, luas dan banyak kerusi meja.. So takdelah macam certain-certain kedai makan yang terlalu crowded dan ko nak menunggu berjam-jam nak dapat food.. No no i don't like.

Dulu aku pegi takde Western Food.. Sekali baru ni pergi, Eh? dah ada western food lah.. Ok bagus ni.. Budak-budak ni suka makan chicken chop.. so mari kita try apa rasa dia..

Chicken Chop with black pepper sauce.. RM9.90 only...kalau order ni, korang boleh mintak dia seperate kan kuah black pepper tu dalam mangkuk.. aku lupa nak mintak asing.. so bila sampai dah siap macam nie.. Tapi Amaani ngan Kasih ok je.. tak pedas pon.. rasa pon sodap.. so boleh try lagi lain kali ;)

Kerabu Mangga ni pon resepi baru rasanya.. Terpaling suka ok.. Cuma RM6 je.. fresh sangat mangga dia dan aku suka sebab rangup dan tak de masam sangat.. dia macam lemak-lemak masam sikit je.. siap ada kekacang yeh? oiii sedapnyaaaaa.. separuh aku habiskan.. lagi separuh Pak Radie yang sapu bagi licin.. 

Ramai yang komen kata Siakap Stim Lemon ni paling favourite kalau datang Pla Pla Seafood.. aku dah try 2 kali.. Memang sedap pon cukup rasa pedas dan masam dia.. Tapi Pak Radie prefer siakap goreng garing masak 3 rasa atau masak sweet sour pon sodap.. Eh tapi aku suggest korang try yang atas ni.. sodap wa cakap lu.. *telanailio*

Ni aku tak ingat masak apa.. rasanya Lala masak pedas kot.. 

Tom Yam campur sedap, standard kedai Thai.. 

Sotong Goreng Tepung.. Dulu first time aku datang bentuk ala-ala ring.. this time dia buat panjang-panjang pulak.. belasah janji sodap.. lupa nak amik gambar sotong ni datang sekali ngan sos cicah dia tu.. 

Haaa ni susah nak jumpa.. Puyuh masak Black Pepper.. sekor ni share ngan Pak Radie.. manis daging puyuh ni.. rasanya kalau goreng pon sodap.. Eh kat menu, goreng pon ada.. so terpulanglah kalau korang nak jenis ni ke atau goreng ;)

Orderkan budak-budak ni keropok ikan jugak..  

Digalakkan korang cuba ABC dia jugak.. sama macam ABC tempat lain jugak.. cuma aku suka sebab manis-manis buah je.. takde lah manis gila.. kalau manis gila i don't like.. 

Lai Chi Kang sedap... haus-haus ni sila lah order ni.. nyaman je masuk dalam tekak.. 

Dengar kata, Air Jagung ni antara favourite drinks kalau orang datang sini.. Ni baru sampai.. belum kacau lagi.. ko kena kacau dia bagi sebati baru slurpppp.. 

Air Belimbing

Tu diaaaa.. first sekali memang aku bantai kerabu mangga dulu.. aku tak berapa sangat kerabu mangga.. Pak Radie yang suka.. tapi sebab rasa dia tak masam sangat.. so aku boleh makan banyak ;)

Sambil makan.. budak-budak ni bagi dia main dulu kat playground kecik nie.. at least ada gak tempat nak bagi diorang leka dan tak kacau kitorang nak makan.. 

Bagus.. sedap sikit mak kau nak makan ;)

Pendengki tul Pak Radie.. hahahah.. 

Siakap tu besar ok.. nak makan dua orang je.. sengkak perot ahkak malam tu.. 

Anak Bapak.

Antara food-food lain yang ada.. macam biasa semuanya ada.. nak mee ke, kueyteow ke, nasi goreng ke.. semua ada.. 

Aku suggest kalau korang pegi sini bertiga, better korang amik Set RM49.90 ni.. Jimat ok.. Sekor Ikan Siakap godang.. sukati nak masak apa... ko cakap je lah nak 3 rasa ke, sweet sour ke atau yang macam Kak Pilla makan tu Siakap Stim Lemon.. ada Sayur Kailan atau apa-apa sayur korang nak, Tom Yam, Daging Masak Merah dan Nasi untuk 3 Orang.. 

Dulu aku pernah cerita jugak.. Nah baca kat SINI.

Direction ke Pla Pla Seafood:

Kalau korang dari jalan besar tu.. pasar borong sebelah kanan.. jalan straight lagi.. Jusco sebelah kiri.. jalan straight lagi.. depan tu ada Petronas yang ada KFC tu kan (menuju ke arah pekan sri kembangan tu).. nampak je Petronas tu.. slow sikit.. nanti ada simpang kiri betul-betul lepas Petronas tu.. masuk situ.. nanti kiri korang ada Maybank besar seketul tu.. kanan tu ada shoplots baru yang ada Hong Leong bank tak silap aku.. ye kat situ lah tempat dia ye adik-adik..

Pla Pla Seafood ni memang pilihan terbaik kalau bertandang ke Equine Sri Kembangan.. Amboi macam Jalan-Jalan Cari Makan plak dah muahahahha... 

Nah details:

Restaurant Pla Pla Seafood
Lot 17G Jalan Equine 1A,
Persiaran Lim Ah Soo
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan

GPS Coordinates: 2.998295,101.678798 Seri Kembangan
Operation Hour: 11.30 am - 11.30 pm (Everyday)
Tel: 013-3288787 /  013-2876614 (sila call untuk reservation) 


Love, 
Filla.