Monday, April 07, 2014

THE ATMOSPHERE, SERI KEMBANGAN dan MINI GARDENKU...

Penduduk Equine semua tau kot kewujudan building Artmosphere ni.. located betul-betul belakang Giant tu.. kat situ jugak aku selalu makan kat Restoran Ad-Dhuha tu.. Tapi Pak Radie tak pernah bawak aku gi sini.. dia selalu pegi ngan Amaani ngan Kasih je..  

Ahad petang haritu.. dia ajak budak-budak ni gi isi minyak motor.. tau-tau dah bedesup diorang hilang.. tinggal aku kat rumah ngan Leecha.. aku plak baru lepas makan nasi.. hamek kau, mata mengantuk.. apa lagi.. membuta lagi syoklah.. hehe


Gambar-gambar ni sikit je.. haritu aku pernah masuk gambar amaani kat dinding-dinding area sini.. banyak dinding yang diorang buat 4D ke 3D? tak reti aku.. 




Tapi dinding ni paling best ;) bukan main lagi diorang ni belakon.. ni mesti Apak dia yang paksa ni.. 

bila dah crop baru nampak macam real je.. 

Eh Amaani tu tido over sangat plak

Tapi tak boleh menandingi dia nie.. 

Eh? Pa, awak tido bukan macam tu ponnnn... 

macam ni pon bukan.. ni dah macam kalah perang ke apa ni.. hahahah.. 

Tapi memang kagum lah.. macam ni baru dikatakan seni.. aku ni kurang sikit lah seni-seni ni.. Tapi Pak Radie paling suka lah.. ramai sebenarnya budak-budak luar sana yang berbakat.. at least diorang boleh tunjuk bakat diorang dengan lukisan yang macam ni kat dinding-dinding.. ini tak.. asyik memberontak nak vandalism tak abis-abis.. 

Aku dok umah melayan Leecha je hahaha.. kereta mainan ni bagus.. aku pos gambar ni kat ig.. ada yang cakap anak dia dah 9 tahun dah.. kereta still elok.. eh sama lah! ini dari Kasih baby lagi.. maknanya dah almost 9 years jugak.. elok lagi siap ada lagu lagi.. 


Pak Radie jahat.. dia selalu cakap rambut Leecha kenapa bengkak? siottt je.. rambut Leecha curly la kat bahagian bawah kat belakang-belakang tu.. aku suka je.. sebab sebelum ni yang lain semua rambut lurus.. 

ni taman kecik depan rumah.. tak yah gediklah nak panggil taman.. hahah.. tapi ada lah kecik je kawasan dia.. dua pokok kat atas ni Pak Radie beli kat Ikea.. dulu kecik gila.. sekarang elok je subur ;)

Ni ntah lah.. Mak mertua aku tanam kot?

Ada yang request nak tengok taman kecik Kak Pilla.. nah.. ini je yang ada hahaha.. yang penting belakang tu pokok kari ngan pokok pandan.. best.. nak masak, petik je.. belah kiri tu pokok jiran sebelah.. biasalah taman kecik kena share.. ko sebelah aku sebelah.. janji muafakat membawa berkat ;) kalau aku kayaaaa.. boleh lah aku beli rumah yang laman dia 20x ganda dari yang ni.. haha.. masa tu aku nak bercucuk tanam.. aku nak tanam serai, kunyit, halia, cili, tomato, daun kesom, kacang buncis, sayur sawi, jagung, bendi, terung.. semua aku nak tanam... 

Ada yang request nak tengok dapur.. nanti aku share.. sebab bila nak snap gambar je, aku rasa dapur aku serabut dan tak siap.. so malas nak share sekarang hahah.. 


Love, 
Filla.

3 comments:

fiza zasmi said...

akak... nak request jgk... nak tau keje PA akak mcmne.. sbb fiza PA jgk, tp mcm PA semua orang... T-T.. akak buat xkeje selain bos akak suruh..

Amal Salleh said...

3D wall .. seronok je tgk~

Zira Abu Bakar said...

Sis di belakang atmosphere tu ada petting zoo nama zoo tu farm in the city. Elok la bawak anak2 pegi zoo tu sangat2 menarik, sesuai dengan budak2.