Tuesday, April 15, 2014

PERANGAI.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua..

Dah makan? Korang biasanya breakfast makan apa yek? Aku ni dari dulu sampai sekarang dah biasa amik heavy breakfast and skip lunch.. tapi weekdays je lah macam tu.. weekend ialah hari aku makan ikut suka hati.. Semangat berkobar untuk diet dah lebur terkubur macam tu je.. Tapi aku takut-takut jugak nak makan nasi lemak kat office.. so menu pagi aku biasanya kueyteow ladna, mihun sup, kueyteow bandung.. aaa camtu-camtu je.. tak yah korang nak suruh aku kira-kira kalori bagai.. aku tak suka kira sebab aku tak tau kira dan aku tak nak amik tau cemana nak kira.. amboi ni nama dia bodoh sombong belagak.. hahaha.. sukati ai lah.

tapi biasanya petang aku lapar balik.. haha.. kadang tak layan sangat perot ni, kalau ada kawan ajak makan aku biasanya on je.. haha.. aku tak suka makan petang sebab nanti aku kenyang.. bila aku kenyang aku jadi malas nak masak untuk dinner.. gila selfish tul camtu.. Kasih ok je.. tapi aku kesian kat Amaani sebab Amaani tu lain sikit.. dia kene makan nasi.. kang kul 7.30 camtu dia dah sound "Mama, Amaani lapar, Amaani nak makan nasi".. hahahaha.. macam tu.. Amaani tu dia ada pendirian sikit dan tegas.. kalau dia cakap dia nak makan nasi, ko memang kena bagi dia nasi.  Kalau dia cakap dia tak nak nasi, dia memang tak nak nasi.. kalau nak makan kat luar dia dah plan dah apa dia nak makan.. biasanya takkan berubah menu dia as planned.  ko suggest lah macam-macam takkan dia berubah hati punya.. So aku kesian kat dia.. teringat kat Gold Coast dulu berapa hari asik makan kebab, fries, bubur nasi Aleesya.. pastu ada satu malam tu sampai nangis dia nak nasi.. dia tak nak nasi lain.. dia nak nasi putih jugak.. so bila nasi tu sampai aku tak tau nak bagi makan dengan lauk apa sebab pedas.. dia makan nasi putih macam tu je dengan gelojoh ok.. huwaaaaaaaaaaa nak nangis aku tengok dia macam tu.. hahahah.. 

Kasih and Amaani makan Rojak kat Enstek.. asyik paw Wan ngan Atok je diorang nie..

Kasih and Amaani

Kan aku ada cerita character Kasihs ni semua lain-lain.. Kasih cembeng dan manja.. ko tegur sikit terus berkaca-kaca mata.. kadang belum marah lagi.. baru tanya.. dah berkaca mata.. eh kenapa plak ni? hahahah taktaulah ikut sapa.. ni mesti ikut Pak Radie.. muahahahahha... Kasih ni jenis tak tau lah aku nak cakap, hati lembut ke hati keras.. dia cepat nangis.. tengok sedih sikit nangis.. cakap sikit nangis.. samada dia over sensitive atau dia protes dengan cara keluarkan air mata.. hahaha.. berani melawan memang aku bantai je.. 

Kasih Amaani

Amaani jenis happy.. tapi lately dia kuat menangis.. aku syak dia jealous dengan Aleesya.. jealous dengan kasih... Amaani jenis bangun awal pagi.. kalau gi Enstek dia bangun awal, dia nak ikut Atok.. dia suka jalan-jalan depan umah dengan Atok.. hari tu Wan cerita dia tolong Atok vacum rumah.. kalau suruh buat apa-apa memang boleh harap lah.. laju je tolong.. tapi jangan bagi dia angin la.. sekali dia sentap memang habis la.. hahahah.. tiap kali aku ngan Pak Radie keluar dia mesti nak ikut.. dia kan jenis aktif happy go lucky gitu.. mana boleh tinggal.. berlari amik selipar.. kakak nak tinggal lantak.. hahahaha.. janji dia pegi.. 

Aleesya tak de citer.. dia tido je tau.. hahah

-Ads-
Kak Pilla dah cuba product nie.. malam sebelum tido sapu bawah mata.. pastu tido.. esok nak gi keja pon sapu lagi bawah mata.. if korang nak try MIKA Concentrated Eye Theraphy which is formulated in France.

The benefit of the product:
-Diminish the look of under eye circle (lingkaran hitam bawah mata)
-Remove / Reduce eyebag (bengkak bawah mata)
-Reduce fine lines ( kurangkan kedut bawah mata)
-Boost natural collagen production.

Special formula that makes this product different from others:
-Caviar extracts
-Rose stemcell
-3.24K Gold
-Apple extracts

Result can be seen within 2 weeks with regular use.
Famous Femmes Resources

Please contact
019-2888293
FB: MIKA Malaysia
IG : @mikabeauty_official

Love, 
Filla.

3 comments:

Norliney Ghazali said...

assalam..

Comel nyer.. ceria betul..

jemput lawat blog akak yer..

http://lineyghazali.blogspot.com/

salwana nordin @ che'wa said...

anak saya no 3 mmg lain dr lain..sudah la kurus, rambut kerinting pastu aktif mengalahkn lelaki..

ttp semua pun penghibur kita..

anak2 penyejuk mata hati kita kan :)

A.I said...

aku biasanya bekpes, tengok mlm sebelom tu mkn apa. kalau mlm tu tak mkn, esok paginye tu mmg aku mkn nasik lemak berlauk ngan telo rebus sebijik (gigih rebus kt umah). tp tghari takde la aku mkn. ptg bila kebulur, aku turun beli goreng pisang. gituuuuu.. kalau mlm tu aku mkn, pagi esoknye tu aku bedal roti bom je.. ;)