Wednesday, November 03, 2010

terima kasih untuk kebahagiaan ini...

just a reminder to myself supaya sentiasa beringat... tanggal 3 November 1979 aku lahir dimuka bumi Allah S.W.T... pada tanggal itu ibuku mungkin bertarung nyawa demi melahirkan aku ke dunia ini.. melalui sendiri pengalaman melahirkan membuatkan aku sedar betapa besar pengorbanan seorang ibu.. betapa sakitnya seorang ibu untuk melahirkan dan betapa beraninya dia bertarung nyawa untuk melahirkan aku..

lahirnya aku kedunia ini, merangkak-rangkak mengenali erti kehidupan, tanpa sedar aku menjadi penghuni dunia genap 31 tahun, malah angka itu belum cukup untuk mematangkan aku, untuk menyedarkan aku, sesungguhnya aku masih insan yang lemah dan berdoa untuk menjadi semakin baik pada hari esok..

selama 31 tahun aku merangkak mencari diri sendiri, terlalu banyak kealpaan yang aku lakukan dalam keadaan sedar dan tanpa sedar.. namun angka itu sedikit sebanyak memberi aku sekelumit kesedaran dan mendewasakan kotak fikiranku... tuhan sayangkan aku dan aku sedikit malu dan kesal tidak membalas rasa sayang itu.. kini cuba mencari kekuatan untuk ingin sentiasa membalas rasa cinta itu... sesungguhnya aku insan yang lemah..

setelah aku bangun dari mimpi gelapku, aku bertambah yakin... aku punya segalanya yang diimpikan oleh penghuni lain itu, mengapa harus tamak sedangkan penghuni lain itu tidak punya apa yang kau punya... aku bersyukur tidak diduga ke tahap yang aku tak bisa untuk menganggung, mungkin Dia pun tahu aku tidak setabah itu.. maka dikurniakan kepadaku perjalanan hidup yang indah...apa pun yang dianugerahkan olehNya kepada aku, aku berjanji untuk tidak mengabaikannya.. aku berjanji untuk tidak alpa lagi... InsyaAllah..

genap usiaku 31 tahun, celik mataku pagi ini, semuanya indah... semua kebahagiaan ada dikelilingku.. syukur aku bahagia! aku berdoa semoga kebahagiaan yang sedang aku susuri ini akan kekal begini selamanya.. aku tidak mahu tamak lagi.. aku mahu hidup yang tenang... aku mahu orang-orang yang aku sayang sentiasa menyayangi aku.. itu sudah cukup untuk bekalan aku ke hujung nyawa..

terima kasih Tuhan...






EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS
http://www.framekasih.blogspot.com/
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

28 comments:

Nanie Dean said...

happy birthday filla..semoga kebahagian u hari ini kekal untuk selamanya.......enjoy ur day!!

Nur Shazura said...

slamat hari lahir kak filla...semoga hidup akak akan lebih diberkati dan happy selalu di samping keluarga tersaya...

My SouL and My HearT said...

hepi buffday kak filla...moga panjang umo dan bahagia hingga ke akhir hayat

My SouL and My HearT said...

hepi buffday kak filla...moga panjang umo dan bahagia hingga ke akhir hayat

Liyana said...

happy besday kak filla....semoga dipanjangkan umur & sentiasa dimurahkan rezeki...moga beroleh kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat...sila lahirkan baby yang comel-comel lagik!!!ahahahaha!

*matiklah kena pelempang dgn kak filla nanti* =D

AIN said...

hepy bufday kak..sayu nyer n3 pagi ni..semoga ape yg akak impikan sentiasa di makbulkan allah..amin..

Shinnaz Ahmad Rasid said...

Happy besday kak filla. haha. 31? tak nampak 31 pun? hehe. comel!! semoga dipanjang usia dan dimurahkan rezeki ;)

mummy_ayu said...

happy buzzday filla!!!

LinaKit@Mrs Kit said...

Selamat Hari lahir kak Filla....semoga berbahagia bersama keluarga tersayang....

Anonymous said...

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ Happy 31st Birthday to you, Filla! Semoga segala yang dihajati akan dimakbulkan. Dan semoga senantiasa berada di bawah lindunganNya serta rahmatNya... Semoga (lagi) diberi kesihatan yang berpanjangan supaya dapat memberikan kasih sayang berterusan buat keluargamu. Amin, Ya Robbal 'Alamin... ˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Next week aku plak turn 31... Sama la kita Scorpio's!
<3 <3 - Ira MOT

Sue said...

selamat hari lahir.....

lindaoff said...

Selamat Ulangtahun..

mRs FaR_eAsT said...

sudah ke angka 30-an rupanya kamu...selamat hari tua

Miss Moon said...

Heppy birthday my friend kak filanieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

muga sentiasa cun n awet muder sentiasaaaaaaaaaaa

love u filaaaaaaaaaaaaa

MamaIcha said...

auwww...terharu baca entry nie :P

anyway, happy birthday...moga terus bahagia di samping pak radie & kasih-kasih yg comel...muahsssss

Sham Ummi Echa said...

hepi besday filla.. smoga kasih syg sntiasa melimpah ruah dlm hidup ko.

sesekali ko bg ayat syahdu syahdan camni, mak rasa meremang babe

Mummy_Fuzz said...

Happy birthday Filllanie...semoga pjg umur dan murah rezeki... tahun ni tak der surprise dr Pak radie ke?

Rosliza Roslan said...

selamat hari lahir k.filla!!!

suka bce entri k.filla

do visit me k.
www.selendangkasih.blogspot.com

emy/mamasuri said...

happy besday 'kak filla'
semoga murah rezeki selalu, kurus selalu..cantik selalu...

Jehan Najib said...

happy birthday filla... terasa mcm slap my own face pulok... byk sgt kealpaan.. huhuh...

Miss Moon said...

fila aku ada tag nko kat blog aku ...sila collect ya

Unknown said...

tegak bulu roma aku baca entry ko nih.. macam seram semacam.. hahahaha... bagus bagus...ko mensyukuri semua nikmat NYA..

Mimy Hamid said...

happy birthday fillanie..may ur happiness is till the end...amin...jgn lupa datng wedd aku yer..kad dh dpat blomm

illa said...

happy birthday filla.. semoga pjg umur murah rezeki..
sama umur rupanya kite n dekat2 je besday.. 8th my own :)

Filla said...

u olls: ohhh rupanya betul aku dah tueee... 80% panggil aku KAK nihhh... huahahahah... auwwwww.... takpe, anggaplah aku ni mcm akak-akak korang yg berjiwa rawk kapak lagi muda belia remaja.. *giler annoying tanak ngaku tua*.. well, thanks for the wish... really appreciate it and tanpa korang semua hidup mak sunyi okeh!!!!

-Marlia Malik- said...

Ap Bzday kak filla...smoga pjg umo & dmurahkan rezeki...kekal ke ahkir hayat..amin..

EffaAyiesya said...

happy birthday kak filla.. semalam i chatg dgn u, i tak taw ur beday.. huhu. Semoga Panjang umur, murah rezeki n senyum selalu yee.. :) dan kekal langsing.. hehehe :p

otak-otak kempas said...

happy belated besday kak~
may u be blessed by Allah 4eva~
nice post! tbe2 tacing slepas bace..
(^_^)