*scroll down for new entry*
Siapa tengok Kak Pilla dalam rancangan masak secara LIVE bersama Chef Zam dan Razif Hashim haritu? Cubit kang.. orang dah suruh tengok dah tauuuu.. Tapi tak pe, pihak MAGGI dah record untuk you all. Sesiapa yang terlepas Sesi Memasak Live haritu masih boleh tengok ulangannya di http://www.maggi.com.my/ramadan2014/pages/GoogleHangout.aspx
Sebelum rancangan live tu Kak Pilla dan Beautifulnara berpeluang untuk berjumpa Chef Zam dan Chef Syura untuk briefing session. Teruja tengok Chef Zam hahaha..
Bergambar kenangan. Rancangan memasak secara LIVE tu tak masak di tempat yang sama.. kitorang akan memasak di rumah masing-masing dan Chef akan memasak di studio. Namun kitorang dihubungkan dengan Google Hangout. So chef ajar kitorang masak dari studio je..
Nilah studio yang Chef Zam dan Syura gunakan masa sesi Live haritu..
Berdebar-debar memikirkan cemana lah Kak Pilla nak masak nanti.. Dah lah live.. Kak Pilla kan nampak je confident, tapi sebenarnya kelam kabut T____T
Sebelum start kena lah Kak Pilla posing dulu nak buat shout out sikit kat ig and fb.. kalau tak inform acaner pulak korang nak tau ada sesi Live tu kan.. Amboi Kak Pilla, nak masak, tapi muka macam nak tumbuk orang je.. gangster kg. pisang sangat.
Gempak sangat letak ipad atas beras siap kepit ngan lesung batu hahaha.. dah lah ipad tu rendah sikit.. masa live tu terpaksa lah Kak Pilla pendek-pendekkan badan sikit..
Macam ni lah lebih kurang video dia.. ni Pak Radie tolong snap sebab dia dah macam director duduk dalam bilik mengadap pc.. pastu kejap kang keluar jenguk aku kat dapur masa tengah live tu dia buat style "Aku suruh kau cakap kenapa kau tak cakapppppppppppp".. Eh dia ni.. ingat senang ke live macam ni.. semua orang nak cakap kang beserabut rancangan.
Kak Pilla kena masak 2 resepi.. Nasi Briyani Daging dan Kekacang dan juga MAGGI Murtabak Ayam.
Bahan-bahan tu awal-awal Kak Pilla dah siapkan.. Nampak macam susah ke? Senang sangat ok.. Cuma kena sediakan bahan-bahan ni susun cantik-cantik supaya senang nak masak nanti.. Yang penting korang kene ada MAGGI Cukup Rasa dan Perencah Nasi Briyani MAGGI. Boleh tengok resepi di link ini.
MAGGI Murtabak Ayam lagi senang.. Tu je bahan-bahan yang perlu ada.. Ayam tu cincang pastu goreng garing..
Boleh dapatkan resepi di sini.
Yeayyy siap jugak 2 menu berbuka puasa haritu.. Thank you MAGGI sebab memudahkan Kak Pilla menyediakan hidangan yang nampak macam susah, tapi senang giler.
Bagi Kak Pilla, memasak sendiri lebih menjimatkan dan menyeronokkan.. Belajar resepi-resepi baru akan membuatkan Kak Pilla teruja.. MAGGI ada banyak sangat produk yang sesuai untuk Kak Pilla gunakan semasa menyediakan juadah.. tak kiralah bulan puasa ke, juadah raya ke.. atau masak hari-hari kat rumah.
Antara yang wajib ada di dapur Kak Pilla ialah:
MAGGI Cukup Rasa
Butiran MAGGI Cukup Rasa ni padat dengan bawang segar, korang boleh guna untuk masakan bergoreng, rebus, kukus ataupun untuk perapan.
MAGGI BIG
Kak Pilla suka kari.. Kali ni senang sikit bila beli MAGGI Big sebab lebih banyak dan mengenyangkan.. Kalau tengah lapar masak 1 bungkus di jamin kenyang.
MAGGI Oyster Sauce
Kak Pilla suka sebab sos tiram MAGGI ni pekat dan dihasilkan dari bahan-bahan bermutu.. Especially bila goreng sayur mesti Kak Pilla akan tambah sesudu untuk membangkitkan selera.
MAGGI Royale
Kalau u olls nak kelainan sila cuba MAGGI Royale ni.. Ianya kenyal dengan kuah makanan laut yang menyelerakan gitu.. Adoi rasa nak menitik ailio Kak Pilla.
Kak Pilla harap Hari Raya kali ni disambut meriah bersama keluarga, saudara-mara jauh dan dekat serta sahabat handai.. Jangan lupa jamu tetamu dengan juadah dari MAGGI ye..
Layari www.maggi.com.my untuk pelbagai info, tips, resepi dan lain-lain. #MAGGIRaya
*This is a sponsored post from MAGGI® Malaysia
Love,
Filla.
7 comments:
wah selebrity comelnya.... memang pandai masak...
nampak mudah sgt filla masak tu..
wahhh.. sedapnyer
mesti dpt meggi byk kak pila ni haha.. boleh cubalah resepi ni..
Post a Comment