Assalamualaikum :)
Amacam, muak tak tengok citer Nescafe tak habis-habis hahahaha... Actually Kak Pilla baru balik from Langkawi dengan anak-anak.. Hari Ahad dah sampai.. tapi semalam, Isnin Kak Pilla sibuk kat office Ellfie pulak.. Terlampau banyak kerja kat sana so kene turun padang sama-sama bantu.. Kak Pilla kan incharge agent so product baru sampai dan kene repack banyak gila kot untuk agent.. sampai bersila atas lantai office semalam sebab meja pon dah penuh diorang guna untuk uruskan postage.
Duduklah Kak Pilla bersila mengadap kotak-kotak Ellfie yang berlambak-lambak nak pack. Pempahamlah agent kalau restock bukan sikit-sikit, so kena pack kemas-kemas untuk agent yang kita terpaksa pos ke negeri-negeri lain..
Berniaga ni bukan senang.. aku, Elly and Peej banyak belajar dari bawah.. Kitorang prefer macam tu.. sama-sama turun padang dari zaman mula-mula lagi Ellfie Beauty ni ditubuhkan. Siang malam berkampung rumah Peej settlekan order.. Pernah sama-sama rasa susah, rasa panik bila barang habis.. upgrade product, packaging dari semasa ke semasa supaya semakin presentable. Banyak sangat yang kitorang belajar, merangkak bersama-sama.. Di mata orang luar nampak takde apa.. tapi kitorang yang melalui, kitorang tau sangat kepayahan dia..
Ada masa kitorang duduk ingat balik kisah susah payah nak naikkan Ellfie Beauty ni memang tergelak. Terkangkang-kangkang angkat stok, panik bila stok patut masuk tapi tak masuk.. orang dah bayar tapi barang takde.. gigil-gigil tangan nak whatsapp agent nak bagitau barang takde kene tunggu lagi seminggu-dua.
Teringat masa restock product 4 hari berturut-turut dari pagi-pagi lepas subuh aku dah gerak gi rumah Peej.. yang Elly pagi cirit-birit gi klinik.. tengahari dah tepacak rumah peej walaupun tak sihat. siap bawak baju nak salin supaya selesa nak mengadap kerja belambak-lambak. terpaksa tinggalkan anak-anak kat bapak diorang.. dalam hati takut jugak nanti laki marah hahaha.. tapi nasib baik memahami.. memahami sengih sampai telinga tu tak lah, tapi bila dia sendiri tengok dengan mata dia macamana kerja kitorang yang macam orang gila nie, dia pun terus memahami ;)
Pernah sekali tu dari pagi kot aku kat rumah Peej.. masa tu dah hari ke-4 ke apa.. kitorang buat kerja sampai kul 9 ke 10 malam kot.. serious tenaga dah takde langsung, bontot dah cramp duduk bersila.. aku pack 1 set Ellfie tu masuk plastik poslaju pastu seal kan dia.. aku campak tepi terus amik tudung, capai bag.. Peej tengok je aku.. "Bye Peej, aku nak balik, tolong aku nak muntah"
Terus keluar start engine kereta blah.. Pastu now bila cerita balik part tu memang gelak.. Peej kata tetiba je kau kan, bangun amik bag blah.. tekejut aku. hahahahha.. dah bagus aku tak muntah kat pangkuan ko Peej. hahahahahahahaa..
Alhamdulilah nampak banyak sangat yang dah berubah. Sekarang dah ada office kat Danau Kota.. Dah ada staff jugak sebab tak mampu kitorang bertiga nak handle order.. Masing-masing tau tugas masing-masing.. Elly jenis kalau tengah serious memang seram sikit dia ni.. Dia main petik je, "Filla, kau siapkan caption and entry untuk marketing, advertise kat bla bla bla ni deadline dia.. Esok aku nak".. kebil-kebil mata ahkak.
"Peej, siapkan accounts by tomorrow nak tengok pastu esok aku tak dapat pegi sini ko kene pegi" Peej jeling je.. Elly runner sana-sini settlekan macam-macam. Kerja kene pantas bergerak ke depan.. After office hour cerita akan berkisar pasal anak, pasal masak.. hahahah itulah dia.. Aku walaupun jarang dapat turun Office Ellfie, aku communicate through whatsapp.
Ni baru betul hahahah.. Ni actually gambar masa product photoshoot haritu..
Sesikit citer pasal Ellfie kan? Sila jangan bosan hahahahah.. nak ajak you olls ramai-ramai try ellfie sebab kitorang pon ter 'wowwww wowww wowww' bila dapat testimoni dari customer.. siapa ada masalah kulit kusam, kulit lebam, kulit kasar, kulit tak sekata, kulit jerawat.. jom try Ellfie Essence!!!
whatsapp 013-2755197 kalau nak jelita hahahahah
Filla.
7 comments:
Semoga terus maju jaya..
kak filla, await gambar kembang huhu.
dah agak dah..kalau kak filla lame x update blog mesti sebab g holiday..hehehe
x jelas pic tu
kak pilla, sy baru try sehari.. dah terasa mcm wow wow.. nak try berjemur jap lagi rasa tebako x kulit haha
cleanser dia wangi sesangat!
Whatsapp 019-611 7790. Pos seluruh Malaysia dan COD di Bukit Tinggi Klang-Pandamaran-Bukit Raja-Setia Alam-Bukit Jelutong-Glenmarie-Seluruh Shah Alam-Kemuning-Subang Jaya-Taipan-Kg. Dato Harun, Petaling Jaya,Sunway, Damansara.FREE POSTAGE & FREE GIFT
Whatsapp 019-611 7790. Pos seluruh Malaysia dan COD di Bukit Tinggi Klang-Pandamaran-Bukit Raja-Setia Alam-Bukit Jelutong-Glenmarie-Seluruh Shah Alam-Kemuning-Subang Jaya-Taipan-Kg. Dato Harun, Petaling Jaya,Sunway, Damansara.FREE POSTAGE & FREE GIFT
Post a Comment