Wednesday, June 24, 2015

BUKA PUASA DAY 6 - 2015

Lauk buka puasa so far masih masak lagi.. Kali ni masak lemak cili padi ikan jenahak letak peria.. Orang kata nak elakkan pahit sangat, boleh rendam dulu peria dalam air garam dalam 10 minit macam tu.. It works! hehehe.. pahitlah tapi takde la pahit gilaaaa.. 


 Check dalam fridge ada sayur ni.. Bagus, boleh buat masak oyster dengan bawang putih.. If ada yang tak tau cara dia senang je, celur sayur ni sepokok-sepokok je masa celur.. pastu asingkan.. potong dan buang hujung sayur dan susun sayur dalam pinggan.

Guna sesudu minyak masak tu panaskan kat kuali, tumis bawang putih yang dipotong dadu.. tumis sampai perang baru masuk sos tiram dalam 3 sudu.. kemudian masukkan air.. kacau lagi.. last sekali tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.. tak perlu letak garam.. tutup api dan siram atas sayuran.

 sardin

 
 goreng karipap buatan sendiri.. tu last batch alhamdulilah settle semua.

Sahur Kasih request nak telur camni sebab dia tak nak makan cereal.. Tapi on the way nak gi sekolah tadi dia cakap lepas ni dia nak makan cereal balik.. tak nak roti dengan telur.. Eh memacam budak kecik nie.. Tapi masa puasa ni lah kene ikut sikit tekak dia.. sian budak-budak kalau puasa.. Kalau yang senang-senang dia nak tu masak je lah ;)

Sekian, bertemu lagi dengan lauk seterusnya.. Gila asik gambar lauk je ni.


Love, 
Filla.

3 comments:

Anonymous said...

kak filla..sama lauk kite smlm..:) sy lg suke sayo tu just celor air panas...then bwg putih goreng ngn myak..then just siram sos tiram dr botol tu...pastu letak je bwg putih n mnyak dea sikit...sos tiram xyah masak...hahaha..tp kdg2 buat cm kak filla jgk :) :)

Anonymous said...

okla tu kak pila boleh bagi sumber inspirasi tuk saya cari menu nak msk tiap kali buke... kipidap kak pila

intandayani said...

hahaha berjaya gak..boleh dah komen..akak kalau msk lemak cili api colour mesti ngancam semacam