Sebenarnya beberapa bulan sebelum cuti sekolah ni aku dah plan nak bawak anak-anak gi cuti-cuti.. Tapi menyampah pulak nak bawak gi Cyberview lagi.. hahaha nampak nau pemalas tu asal cuti ke situ.. 10 minit dari rumah melampau sangat.. Memula bincang ngan Pak Radie nak bawak diorang gi Bali tapi banyak benda aku pikir.. dah lah jauh, budak-budak ni kalau gi hotel nak berendam kat swimming pool je.. jadi macam tak berbaloi nak gi sampai Bali sana.. dah lah tak leh sewa motor.. anak ramai khennnn..
Eh tapi rindu Bali.. Kalau korang plan nak gi Bali boleh contact Supir Kak Pilla masa gi sana dulu.. Nama dia Pak Wayan +62812-3814-6664 boleh communicate through whatsapp ;)
Ok so sambung cerita.. Kak Pilla terpikir nak bawak budak-budak gi Langkawi je.. Tapi nak cari hotel yang swimming pool dia best untuk budak-budak.. duduklah korang mengadap swimming pool tu sampai muntah. Survey punya survey jumpa Meritus Pelangi ni.. memang best.. baru teringat my SIL ngan family dia pegi last year so whatsapp lah Kak Yatie.. dia pun cakap cantik sangat tempat tu, nak makan pon senang sebab kalau naik kereta 5 minit je kot depan tu dah keluar kat Chenang.
Eh tapi rindu Bali.. Kalau korang plan nak gi Bali boleh contact Supir Kak Pilla masa gi sana dulu.. Nama dia Pak Wayan +62812-3814-6664 boleh communicate through whatsapp ;)
Ok so sambung cerita.. Kak Pilla terpikir nak bawak budak-budak gi Langkawi je.. Tapi nak cari hotel yang swimming pool dia best untuk budak-budak.. duduklah korang mengadap swimming pool tu sampai muntah. Survey punya survey jumpa Meritus Pelangi ni.. memang best.. baru teringat my SIL ngan family dia pegi last year so whatsapp lah Kak Yatie.. dia pun cakap cantik sangat tempat tu, nak makan pon senang sebab kalau naik kereta 5 minit je kot depan tu dah keluar kat Chenang.
Lawa kan? So siapa rasa nak stay sini boleh tengok kat Agoda or Booking.com atau boleh contact hotel ni di no 04-9528888
Flight pagi tu delay sejam.. tapi dah tau awal dia delay.. so kitorang pon gi airport Atok ngan Wan hantar.. tido sana siap-siap malam tu.. ceria je muka Amaani ngan Kasih ;)
hahaha ni lagi ceria.
Aleesya pon sama jugak..dia ni lagi over rasa nak gigit.
Pagi tu habiskan masa kat The Loaf kejap..
Ni first time try naik malindo.. Not bad ruang tempat duduk dengan kaki tu agak spacious jugak dan ada screen untuk setiap passenger.. ada movies and games.. setakat gi langkawi 1 jam Kak Pilla dah sampai level 4 main game ala-ala pacman tu.. tau-tau dah nak landing.. cisssss tak sempat tambah level.
Aku duduk bertiga dengan Kasih and Amaani.. Leecha ni tak yah lah, dia memang melekat sikit dengan apak dia.. sikit-sikit Papoooo Papooo.. Papa lah!
Baru take off dia dah pengsan.. hahahah.. Leecha ni aku pon tak paham, kadang nampak kurus, kadang nampak gedebob..
Alhamdulilah perjalanan pergi semua ok..
Sebelum gi sini kitorang ada jugak plan nak drive je, pastu bawak masuk kereta dalam Langkawi tapi bila Pak Radie search sana-sini banyak yang tak best dari best.. so cancel lah.. kita sewa kereta je.. tapi takut cuti sekolah kereta penuh dan harga makin mahal.. so kita dah booked awal-awal sebelum pergi sana.. If korang nak book transport untuk sewa kat sana awal sila contact Encik Azmirul 019-5767202
Just pegi amik kereta kat kawasan parking tu.. tak yah jumpa pon penyewa tu.. dah ada kunci kat dalam kereta tu ;)
Nak check in hotel pon awal lagi.. so apa kata kita gi makan siap-siap.. Dulu kitorang pernah gi makan laksa kat area airport tu.. tepi laut.. so jom gi sana..
Tapi sebelum gi sana dah kene paw dulu hahahah.. suruh Pak Radie park ada kawasan lapang sikit sebab aku nak buat susu budak-budak ni.. tetiba datang satu motor kat tepi kereta.. dia tanya "ni kereta ahmad kan?".. Pak Radie pon nak tanak je lah jawab.. aku pon tak dengar sangat.. yang aku tau dia mintak tolong sebab kereta dia kandas takde minyak.. so minta simpati nak duit dalam RM5 ke RM10 ntah nak gi beli petrol.. Aku malas lah memekak-mekak so aku cakap bagi je lah.. Pak Radie pon bagi lah sikit pastu dia blah.. Aku cakap lantak dia, if dia tipu dia dosa, kalau betul rezeki dia.. Pastu Pak Radie cakap kalau dia tipu, sehari dapat lah RM100 kayo pakcik... yelah pelik gak, tetiba je datang citer minyak habis nak mintak tolong hulur duit skit..
Tak tau mana sedap mana tak sedap.. main hentam je.. janji laksa ;) kalau orang tanya ni kat mana.. ntah? tapi dekat je dari airport tu.. dia gerai-gerai tepi jalan tu semua jual laksa.
laksa kaw ikan sekoq..
ada jugak jual benda lain.. nugget2 pon ada.. ngan cucuq udang.
Eh menjilat screen betol gambar ni hahahah.. mana aku tau ikan sekoq tu rupanya memang dia bagi sekoq hahahah.. rasa dia ok gak sedap.. gigit pulak cili padi tu kang.. fuhhhh terangkat ;)
Jangan kacau mama ye.. nak menghayati rasa dia ni ;)
tengok Amaani ni.. dia memang minah lawak, minah cengeng, leh tahan kaki gaduh tapi confirm tewas dengan Aleesya hahahaha
ni dia budak yang selalu buli Amaani.. dah lah dia panggil Amaani tu A-may.. heheheh
Sambil makan laksa tu boleh lah tengok kapalterbang turun naik
Ok lah dah kenyang jom kita gi check in hotel..
On lah waze dari tempat makan tu.. Ek elehhh 2km je hahahahaha.. Meritus ni dekat je rupanya dengan airport ;)
Suka sebab semua staff dia sangat friendly.. Even masa registration tu pun dia suruh duduk tak yah gi counter.. dia yang amikkan segala details dan registerkan ;)
ada buggy jugak.. selamat tak yah jalan heheh
room ni boleh masuk 2 adults 2 kids.. aku request 2 super single bed.. Aleesya tido kat celah sambungan katil hahaha.. nasib tak terperosok bawah tu.. Haish tak lama lagi anak dah besar-besar kene amik 2 rooms ke?
Balcony dia luas nak mam.. selesa sangat..
kat Meritus ni wifi ada so jangan risau, boleh update sampai lembamsss.
ada small fridge bawah tu..
paling best ialah bathroom dia.. besar nak mam.. dah sama besar dengan bilik tido aku rasa hahahaha.. belah kiri tu ada ruang letak bag.. pastu celah tu lagi ada iron board, iron dan tempat hanger baju semua.. so lepas mandi terus siap je dalam bilik air.. best kan?
ada bathtub jugak, shower pon ado..
Eh Aleesya menari inang ke apa tu..
Semua dah tak sabar nak gi swimming pool tu.. tapi aku buat tak paham je.. Tapi diorang berjaya pujuk Pak Radie.. pegi jugak mandi panas-panas terik tu.. memang aku lumur sunblock diorang semua tu.. kalau tak habis tebakar kulit kang.
Gambar bawah ni semua kat swimming pool satu.. pastu ada lagi satu swimming pool dekat area Spa tapi tak pegi sebab sana bukan untuk budak-budak..
Best kan? besar gila kot swimming pool dia.. nak cetek ada, nak dalam gila ada, nak privacy ada 2nd swimming pool, nak yang ala-ala playground ada.. pilih kakkk pilihhh...
pastu depan swimming pool je dah gi kat beach.. beach lawa plak tu sebab private beach katanya.. pasir halus bersih je.. inilah yang ahkak mahu.. satu tempat semua ada ;)
Ni yang Pak Radie berbulu tengok hahahahahah... Eh panas tau tak.. kulit i sensitif tak leh kene matahari.. kalau ikut hati nak je aku tido dalam bilik bukak aircond masuk dalam selimut hahahah.. tapi ko nak mampos? dahlah tak swim dengan budak-budak ko nak belagak mak dat pulak hahahahah..
muka dah nak sama dah kenapa ni??? amaani tu suka buat mimik muka kan? rasa nak tumbuk.
Tepi pool ada jual icecream..
gi lah pow papa tu heheheh
Ni lagi best.. Wan lah ni.. breakfast mihun goreng berlebih, Wan packed kan dia cakap nanti swimming budak-budak lapar boleh suap. Eh tapi aku yang suap untuk diri sendiri sampai licin, camne tu? hahahaha.. Eh tak lah, Amaani makan mihun Wan ni banyak!
nugget pon Wan kirim jugak.. Wan oh Wan... semua dia nak bekalkan hahahaha... tapi memang licin pon.. Eh bukan ni je ye, Wan siap bungkuskan pulut kuning dengan serunding ayam Wan masak.. hahahahahha selamba je aku sumbat dalam bag susu naik katebang.
Dah letih kuak lentang bagai.. balik bilik mandi-mandi rehat jap.. pastu malam keluar cari makan kat pantai chenang tu..
Aleesya memang pencinta kucing.. nampak kucing je dia menggelupur kegembiraan.. kalau Amaani, nampak kucing je menggelupur ketakutan hahahahah.
Kasih memang jenis tahan mata.. dia susah sikit nak tidur.. malam pon jenis susah nak tidur.. tapi kalau cuti sekolah, lepas subuh, dia sambung tido.. hambik sampai kul berapa baru reti nak bangun.. apa ni anak dara bangun tengahari? kalau Wan dulu memang dia tempik je aku tau.. "anak dara bangun tengahari, elok sangat lah, esok kau dah berlaki, bangun tengahari, tak reti buat kerja rumah bla bla bla bla" eh eh ehhhh panjang lecture ni hahahahah..
Amaani jenis tidur cepat jugak.. lagi-lagi kalau siang tu dia penat.. kul 10 dah juling-juling mata dia sebab ngantuk hehehe..
malam tu main hentam je makan kat sini.. tepi jalan je restoran dia..
butter prawn sedap tapi Kasih cakap manis sangat.. a'ah manis why lah kene manis?
tom yam dia pedas nak mampos.. ni kalau tersedak boleh masuk sepital ni.
Dah settle makan kitorang terus balik.. Pak Radie geram je tengok area pantai Chenang tu best kot kalau jalan-jalan malam-malam.. Lebih kurang macam Phuket, Bali semua.. Hoiii kita anak bederet ni, mana boleh jalan? sorang dah tido, sorang dah lemah dah..
Balik hotel lepak jap kat lobby sementara tunggu Pak Radie gi park kereta.
parah sangat dah Amaani.. mengantuk hahahhaa
So itu lah percutian day 1.. kalau boleh ada 2 part je percutian ni.. semoga diri ini tabah nak pilih gambar and buat entry hahahaha...
To Purchase Ellfie Essence please whatsapp 013-2755197
Check out our Ellfie Essence Agent here.
Love,
Filla.
5 comments:
Assalamualaikum
Baik Mak Kak Pilla siap sedih kan makanan. Hehe. Hotel die mmg nampak baik. Thanks for sharing. And u have such wonderful sweet girls. Alhamdulillah
Nura
pg cuti rupanya patut senyap je hihi
seronotnyeee. dah lame tak pegi holiday huhu sobss
Bagusnye wan...igt kt ank cucu dia..semua d bekalkan..hihi
Kes mamat minta duit konon minyak kereta habis tu memang dah biasa kat sini. Org2 sini mmg dah tau dia menipu dan mmg tak kasi bila dia minta duit.
Post a Comment