Monday, June 29, 2015

RESEPI PUDING ROTI BERKUAH KASTARD

Ini pertama kali buat Pudirng Roti hahaha.. tau yang buat ni senang tapi tak pernah nak buat.. Cuma haritu rasa teringin nak makan so mari google dan buat.. 

Untuk Roti
10 keping roti
3 cawan susu rendah lemak
4 biji telur
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
4 sudu kismis / 1 kotak kecil kismis
sedikit majerin

Kuah Kastard
2 cawan susu rendah lemak
2 sudu gula
1 suduh teh esen vanilla
2 sudu besar tepung castard

Cara-cara
Sapukan majerin dengan rata di loyang.. Koyakkan roti kepada 2 atau 3 bahagian dan susun di dalam loyang.. setiap lapis di selang-seli dengan kismis.  Kemudian ambil satu mangkuk besar dan campurkan 3 cawan susu rendah lemak, 4 biji telur, 4 sudu gula dan 1 sudu teh esen vanilla.  Kacau rata kemudian tuang di atas adunan roti di dalam loyang tadi.. make sure semua roti basah dan terendam dalam susu... Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 200c selama lebih kurang 45 minit.

Cara-cara membuat kuah castard
Tuangkan 2 cawan susu rendah lemak, 2 sudu gula, 1 sudu teh esen vanilla dan 2 sudu tepung castard kedalam periuk.. Kacau rata dan masak di atas api perlahan.. kacau tanpa henti sehingga kuah memekat.. 

Apabila siap boleh siramkan kuah castard ke atas roti yang telah siap dibakar.. 

Sapukan loyang dengan majerin

Koyak-koyakkan roti dan susun di dalam loyang berselang-seli dengan kismis.


tuang 3 cawan lowfat milk dalam mangkuk besar

tuang 1 sudu teh esen vanilla

masuk sekali 4 sudu gula dan 4 biji telur.. kacau hingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang sehingga rata dan terkena semua bahagian roti.

Masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga 45 minit atau lebih dengan suhu 200c.

Untuk kuah kastard, tuangkan 2 cawan susu lowfat

1 sudu teh esen vanilla dan 2 sudu gula pasir

2 sudu tepung castard

kacau dengan api perlahan hingga pekat.

Siap dibakar ;)

Tuangkan dan ngapppp!!!

Selamat Mencuba :)


Love, 
Filla.

3 comments:

intandayani said...

Cam sedap je ni kak

Aju Mohit said...

thanx kak pilla bagi tutorial step by step sampai saya faham, senang je nak buatnya ya

Mamamyras said...

bestnye ada tutorial bergambar.. selama ni buat asyik ada je yg kena.. tq :)