Wednesday, January 14, 2015

CASANOVAS.

Hari tu jalan-jalan kat Viva Loke Yew tu nampak ada jual alas kaki nie.. Eishh tak tahan sebab gebunyaaaaa.. Bila pijak tu tenggelam kaki.. Hehehehhe...

Pastu pulak mamat tu cakap sangat menyerap air.. Yeke?? Cer test tengok sikit betul ke tak? Laju je mamat tu spray tangan dia basah kuyup pastu lap sekali je kat alas kaki ni.. Terus kering.. Then tanya dia kalau letak depan toilet nanti dah basah-basah buat lap kaki dah tak gebu ke??? Dia cakap sebab tu dia Microfiber ke apa jadah tah.. function nya dia jenis akan 'gebu' balik.. dia takkan basah pastu melepek je.. Wow Kak Pilla ni bukan boleh, kalau barang untuk rumah, terus teruja.. Orang kelentong pon aku teruja jugak.. hahahahah

Sebab teruja terus beli 4 warna.. Ada macam-macam size.. Besar untuk jadikan carpet hiasan pon ada, tapi nangis tengok harga carpet besar dah RM2k.. Tapi kalau baring memang sedap lah golek-golek tenggelam gebu je.. Pastu yang aku suka sebab boleh campak dalam washing machine je kalau nak basuh.. Dia cepat kering kalau jemur.. Dan ada 6 months warranty.. Hoi alas kaki pon ada warranty?? Alas ni kat bahagian bawah dia tu getah.. Dia cakap kalau getah tu koyak boleh ganti baru dalam masa 6 bulan.. dan lagi satu kalau bulu-bulu yang macam twisties tu tercabut boleh ganti baru jugak.. Rasanya berkualiti kot, takkan tercabut sepatutnya sebab tu dia berani bagi warranty tu.

So siapa nak beli boleh beli.. kedai CASANOVAS ni kata dia ada kat 1U, iOi Mall Puchong dan Viva.. Harga yang size macam Kak Pilla beli ni RM58 satu.. Beli 3 percuma 1. 

Demo jap kat tangga.. Eish macam menyesal pulak tak beli dark brown tu 2 helai sama kaler.. ngam-ngam pulak kat tangga tu kalau letak dua.. 

Model Angry Bird tu tolong tepi sikit boleh?
___________________________________________________________________
UPDATE THEKASIHSSHAWL

Nak check apa lagi yang available boleh click kat link bawah ni yer..

Printed Shawl : Click HERE
Plain Chiffon Shawl : Click HERE
Satin Silk Shawl : Click HERE





Love, 
Filla.

3 comments:

Murni said...

Macam best je kak! This is what my mom wants

FadMN said...

kerlas kak pilla alas kaki macam2 kaler.saya ada gak jenis gini tapi beli yang cap murah jer.hehehe.gebus jer kan.

FAD

Jan@Afzan said...

yup.. memang best. Jan ada 2 biji kaler merah. letak kat toilet. tergoda kat viva jugak, dah lama dah beli..

tapi sebab dh lama kan, dah tak segebu mana lah.. leper je.. huhu.. dush2x, terus beli lain mat, ada sale kat SSF...hehehe