*scroll down for new entry*
Baru-baru ni Kak Pilla berpeluang hadir ke majlis pelancaran KIT KAT Rubies.. Mula-mula tertanya-tanya jugak, why Rubies?? what is so special about Rubies.. Tapi takpe.. kita sabar dulu.. Kejap lagi kita rasa ye :)
Ni gambar sebelum Kak Pilla rasa sendiri kelazatan KIT KAT Rubies.. OMG serious, i love KIT KAT Rubies.. sedap hoi...
Kenangan bajet comel with Kathy hehe
Antara bloggers yang hadir untuk merasakan sendiri kelazatan KIT KAT Rubies..
Emcee ialah Ms Nadia Heng yang tinggi lampai lagi gorgeous.
Pada mulanya Kak Pilla agak confuse jugak.. kenapa diorang sediakan props kotak-kotak hadiah macam ni? Apa kene mengena dengan pelancaran KIT KAT Rubies????
Majlis hari itu diteruskan dengan ucapan ringkas dari Mr Sachin Goel, Business Executive Manager, Confectionery Business Unit, Nestle Products Sdn. Bhd.
Dan masa yang ditunggu-tunggu pun tiba.. Pelancaran KIT KAT Rubies berlangsung dengan gilang gemilang dan meriah..
Woww semua orang macam ternganga kejap.. bila coklat KIT KAT Rubies ni keluar dari kiri dan kanan..
So inilah dia KIT KAT Rubies!! Oh baru Kak Pilla faham kenapa ada bungkusan-bungkusan hadiah dekat depan stage tu tadi.. Rupanya KIT KAT Rubies ini tercipta dengan bergayanya adalah untuk kita jadikan sebagai hadiah kepada yang tersayang.. Eh tapi sayangggg.. rasa nak beli tapi untuk diri sendiri hahaha.. Tamak sangat Kak Pilla nie.. Bersesuaian dengan nama yang dipilih iaitu Rubies, packagingnya nampak bergaya dan mewah sejajar dengan pilihan namanya.
Kitorang semua berpeluang merasa sendiri kelazatan rasa coklat sebenar.. Setiap coklat ini diadun dengan rasa kasih sayang daripada inti trufel coklat pekat, bahagian tengah wafer yang rangup dan kepingan-kepingan kacang hazel yang disalut dengan gilapan coklat susu yang halus. Krim trufel coklat yang dihasilkan daripada beberapa ramuan bahan terbaik yang didatangkan khas dari Sepanyol, begitu istimewa dan bakal membuat anda dibuai rasa ketika menikmatinya.. kerangupan bahagian tengah wafer menjadi teras kelazatannya dengan kepingan kacang hazel panggang dikaramel yang rapuh.. kemudian dibalut pula dengan bungkusan merah lembayung yang mewah lagi menawan dan tersusun rapi di dalam kotak dua lapisan yang elegan..
Ok sambil type ni pon terliur rasa.. masa type entry ni actually Kak Pilla tengah makan seketul KIT KAT Rubies ni.. last piece ok!!! terjumpa kat dalam handbag hahahahah.. yang lain Kasih ngan Amaani dah habiskan.. Banyak kottt satu kotak tu diorang boleh habiskan????? Pak Radie pon tak dapat rasa.. dia balik haritu nampak kotak KIT KAT Rubies je.. dalam dah takde.. sorryyyyyy Pa.. anak awak yang habiskan :(
Selepas majlis pelancaran, kami berpeluang menyaksikan sendiri Chocolate-Making Workshop conducted by Mr Thierry Martin, Innovation & Renovation Manager, Confectionery Business Unit... Oh tak tau plak nak buat coklat ni rupanya banyak kerja dia.. Salah satu fasa penting ialah Tampering Chocolate.. Apa tu? Haa sebab tu dia guna meja marble (exactly kat kilang dia pun macam ni lah lebih kurang).. why marble surface? sebab kene turunkan dari 45 degrees C kepada 28 degrees C... Ohhhh baru aku tau... masa tampering ni akan buatkan chocolate tu smoother, nice snap, pretty and glossy dan macam-macam lagi..
Ada 3 table untuk demo.. Sambil tu ada mixing and moulding process.. in a cup tu nanti dia akan letak ingredients pilihan.. last sekali masukkan dalam acuan ;)
Dan terhasillah coklat KIT KAT Rubies yang erghhh sedap sangat.
Kitorang pon buat coklat sendiri.. Tengok Kak Pilla memang bab konpiden nombor satu.. hahaha
Memang fun buat chocolate ni rupanya..
Bila dia kata boleh letak anything inside the cup.. Pergh rasa nak letak semua.. so dah letak dalam cup tu kita kene mix.. Sampai susah nak kacau sebab Kak Pilla letak banyak-banyak almond and hazelnut hahahah..
Adunan tu tuangkan ke dalam acuan dan kemudian akan melalui cooling process selama 20 minit.. Pastu keluarkan dari acuan dan boleh ngap.. Sorry Kak Pilla terus ngap, lupa snap gambar muahahahhaha..
Asal ada KIT KAT Rubies lalu je kitorang capai.. Siapa penggemar coklat, Kak Pilla rasa korang kene try.. Berbaloi-baloi..
Bergambar kenangan bersama Mr Thierry Martin dan KIT KAT Rubies.
Berakhir lah workshop pada hari itu.. Muka semua ceria lepas workshop..
Model KIT KAT Rubies.. Hahahah.. Kak Pilla with Kathy.
Kak Pilla ni jenis kalau pergi rumah orang.. Biasanya suka bawak apa-apa.. Tapi kengkadang tak boleh nak fikir apa gift yang nak dibawak.. Nanti balik-balik bawak donut.. Boringgggggggggggggg!!!! So now dah tak perlu susah payah nak fikir sebab KIT KAT Rubies adalah hadiah yang paling sesuai untuk dijadikan hadiah.. Kak Pilla dapat bayangkan wajah orang yang menerima hadiah ni nanti mesti senyum sampai telinga.. Silap-silap berebut-rebut hehehe.. So dipihak kita yang memberi pon akan rasa happy sangat bila orang suka dengan hadiah kita.. Boleh berkongsi dengan orang yang tersayang jugak :)
Sekotak KIT KAT Rubies cuma berharga RM35.90..Terdapat 11.2G x 20 paket KIT KAT Rubies di dalamnya yang disusun secara bertingkat.. Packaging memang Kak Pilla suka sebab nampak kelainan dan nampak mewah untuk dijadikan sebagai hadiah. Kak Pilla yakin dengan harga serendah itu akan mampu menceriakan insan-insan yang tersayang.. tentu ianya akan menjadi the most thoughtfull and memorable gift one could ever thing to receive..
Cepat cakap terima kasih sebab Kak Pilla dah selesaikan masalah korang yang tak de idea untuk jadikan gift buat yang tersayang.. Kalau korang sayang Kak Pilla, boleh bagi Kak Pilla jugak kahkahkah.. Beli sendiri ni lain feel dia.. Orang bagi ni lagi best.. Rasa disayangi sangat...
"HAVE A BREAK, HAVE A KIT KAT"
Filla.
6 comments:
cantik k.filla pakai shawl tu...tutorial loose pakai mcm tu nk bleh...hehe...
Cantik shawl kak fillah...bleh bg tuto style loose mcm tu tk...tq <3
wah nampah mewah dan sedap tuh.. boleh laa cuba nanti..
tq kak pilla
Nampak sedap tuh coklatnya :), salam kenal kak pilla
tengok gambar nampak macam mewah je kak.. terliur pun ada bila tengok coklat cair tu.. huhu. nanti mesti kene cuba ni!
Post a Comment