Friday, January 09, 2015

CERITA MASAK-MASAK.

Hai korangggg.. Rindu Kak Pilla ke? Rindu laaa rindu laaaa... 

Actually Kak Pilla tak sihat 3-4 hari nie.. Tapi orang degil bajet gagah perkasa mana boleh pegi klinik.. Tak sihat kita baring je.. Ni tekak dah start sakit, tido malam hidung tersumbat.. sumbat belah kiri, kita tidur mengiring belah kanan, sumbat belah kanan, kita pusing tidur belah kiri.. Sumbat dua-dua kita nafas je ikut mulut.. Ko mampu?

Selagi boleh bertahan ni kita tahan je.. sok dah tak leh tahan baru ai gi jumpa doktor.. 

Ni hah takde gambar dah nak tepek.. Hari ni pon kita tepek gambar makanan ok? Biasalah blog makcik-makcik memang cenggini ;)

Dulu muda-muda aku selalu masak ayam masak kicap.. Tapi bila dah tua-tua ni tekak tak berapa nak lalu lauk macam nie.. Tapi sesekali ku rasa teringin jugakkan.. Masak kicap ada macam-macam versi.. Ko nak versi terror ke versi tak berapa nak terror? Kalau terror siap lah tumis dengan kayu manis, bunga lawang bagai.. Eh malas.

Ada yang nak resepi Ayam Masak Kicap version Kak Pilla aritu.. Kak Pilla buat yang bodoh je.. Paling bagus untuk adik sekolah menengah atau orang yang langsung tak reti masak dan baru nak belajar-belajar.. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih (tumbuk atau blend) dah naik bau, boleh letak sesudu (ikut suka) cili kering blend.. tu nak bagi rasa pedas-pedas sikit untuk siapa yang suka pedas.. Tapi kalau nak bagi anak makan, better tak yah letak, kang pedas sian budak nak makan..Ok, kacau rata.. then masukkan kicap.. Kak Pilla suka campur je kicap manis dan kicap masin.. (kicap kipas udang) Ada orang suka masak kicap berkuah, ada orang suka kering.. Kalau nak kering betul tak yah bubuh air.. Tapi Kak Pilla letak air dalam setengah cawan.. bagi mendidih betul baru campakkan ayam (yang telah digoreng).. Kalau nak bagi meriah sikit boleh campak sekali kentang.. (yang telah digoreng) potong ala-ala wedges tu.. Kalau ada tomato boleh masuk jugak, lagi sedap ada rasa masam-masam sikit.. Last masukkan hirisan bawang besar dan belahan lada besar.. Kalau nak gantikan lada besar tu dengan cili padi lagi power.. Agak-agak dah gaul rata, tutup api dan hidang.. 

Senang gila.. Pastu kalau korang masak lauk macam ni, ayam tu masa goreng, jangan goreng sampai keras sangat.. tak sedap.. kene goreng ayam tu lembut-lembut je.. masa goreng tu kecik je api, pastu tutup kuali tu supaya bahagian dalam ayam masak sempurna.. 

So dinner boleh masak lauk kicap je ok? Kak Pilla malam ni nak masak asam pedas ikan tenggiri.. letak daun kesom banyak-banyak.. nyammsss.. 

A photo posted by fillanie (@fillanie) on

Padahal baru je masak ni minggu lepas.. Tapi takpe, lauk kegemaran, hari-hari pon ok je ;)

Love, 
Filla.

3 comments:

Chekgu Azrine said...

Suka ayam.msk kicap...

FadlinaMokhtar said...

Masak asam pedas gak harini :).
FAD

MamaTiaMia said...

Moga cepat sembuh Pilla;) nampak sodap semua tu- akak baru lah belajar tutorial nak pakai satin shawl awak tu semalam;)perasan nampak muda akak gitu:)