Monday, January 12, 2015

BERJAYA TAK MAKAN KAT KEDAI MAMAK ;)

Ingat tak previous entry aku cakap balik nak masak asam pedas.. Tak jadi masak sebab bila sampai rumah rupanya bibik dah masak asam pedas lauk tengahari.. Ok cun la sebab aku balik kerja memang kebuluran.. So cedok nasik makan.. Dah pandai dah bibik masak heheheh... Sama je cara dia masak dengan aku masak sebab dia suka tengok aku masak.. dan dia selalu masak apa yang aku masak sebijik sebijon dia boleh ikut.. Haritu raya dia balik kampung pon dia masak semua yang aku ajar.. masak kari, masak asam pedas, masak lemak cili api, spaghetti.. dia cakap semua orang suka masakan Malaysia.. Amboi..

Padahal dulu masa bibik memula kerja dia tak tau masak.. Sebab kata dia kat sana bahan mentah mahal, so diorang tak mampu.. Lagi jimat beli lauk bungkus, masak nasi.. 

Tapi sorry, ikan merah dia dah habis Kak Pilla belasah.. dah kenyang baru snap gambar hahaha

Ini breakfast hari sabtu.. Teringin nak makan cekodok bilis.. Bibik pon selalu goreng cekodok, tapi kalau bibik buat dia buat nipis gila supaya bila makan tu semuanya rangup.. Kasih lah ni cakap kat bibik nak macam tu... Kali ni aku buat letak bilis tumbuk, hiris bawang, letak kentang hiris-hiris dalam ni.. goreng.. makan panas-panas cicah cili sos.. minum kopi pekat hitam.. Huhhh sedappp ;)

Ini pulak masak hari yang sama jugak.. Lepas buat cekodok, buat Olio Aglio pulak.. version apa yang ada.. Udang je ada.. Oiiii murah gila kot udang kat pasar borong.. padahal dari rumah gi pasar borong 10 minit pon tak sampai.. Tapi aku nakkkk jugak beli kat pasar P8 Putrajaya tu.. Udang kat putrajaya RM33/kg ye.. mana lah aku tau mahal sangat.. Eh tapi memang lah mahal, tapi ingat memang macam tu harga dia.. Semalam pegi pasar borong, tekejut tengok udang RM26/kg.. Huwaaa rasa nak tampar diri sendiri.. Ikan tenggiri pon RM33/kg kat putrajaya.. pasar borong RM25 je.. Aku pegi ngan bibik.. So aku membebel lah kat dia yang aku beli mahal.. Laju je bibik cakap, takpe puan, lepas ni tiap hari Ahad kita ke sini.. saya ikut.. 

"kalau saya rajin la"

Hahah pemalas pastu complaint.  Padan muka.

Ok sambung cerita.. kemain lagi gi pasar pon membebel panjang-panjang.. Oh budak-budak kat rumah ni semua gila chopstick sekarang.. Diorang ok lah pandai guna.. Amaani pon pandai.. kalau gi makan sushi pon diorang memang wajib nak guna chopstick.. ada darah cina mengalir kat badan.. hehehe.. 

Ini breakfast hari Ahad.. Bangun pon lambat, syorga sangat dapat bangun lambat.. buat mihun bodoh sudah.. walaupun aku tau Pak Radie tak gemar sangat mihun-mihun ni.. Eh sapa suruh tak gemar, nasib la.. Oh lepas masak ni yang ke pasar tu.. Balik dari pasar terus ke dapur ingat nak masak tengahari.. Aku ada beli ikan tongkol putih.. Tapi tak pernah beli tongkol.. tapi macam nak try jugak, dah lah murah.. pastu bila balik tengok org pasar tak belah dua kepala dia.. dah jadi kerja pulak aku nak belah.. pastu tengok hmmm hmmm ikan tongkol memang banyak darah yek??? kembang kejap tekak hahahaha... Pastu siang sayur nak buat sayur campur.. tetiba Pak Radie masuk dapur kemain bergaya dengan perfume menyengat lubang hidungku.. "Awk nak gi mana?" pastu dia cakap "Awak yang ajak keluar nak usha-usha benda nak buat feature wall kan?" "Eh, lepas makan tak leh?" "Makan kat luar lah"

"Apa??? makan kat luar?"

*pisautercampakmasuksinki*

"Bik kamu kemas balik, saya tak jadi masak, malam ni baru masak"

Terus laju-laju nak siap.. Pastu sibuk Pak Radie nak bawak semua askar wataniah dia nie.. Dah bertekak pulak aku cakap perlu ke bawak??? Kalau gi shopping mall, yes kita boleh bawak.. ini nak gi tengok barang umah, kang nak kencing, nak berak, nak tidur, nak susu.. Biar lah diorang kat rumah, kalau nak bawak, bawak Amaani je ngan Kasih.. Leecha tinggal..

Terus Pak Radie suruh semua tinggal.. sentap lettew.. hahahaha... budak-budak ni pon malas nak ikut bila aku saiko kan sikit.. Amaani tanya, "Mama nak pegi mana dengan papa?" "Mama nak gi carik kayu, tempat tu panas, tak best, kalau nak ikut jom, tapi jangan nak nangis-nangis, moody-moody"

Terus Amaani jawab slow je "Panas? tak pelah, amaani tak nak ikut lah"

Hahahahahah *gelaksyaiton* padahal gi Viva sejuk menggigil-gigil aircond dia.. Sorry nak.

Selfie satu.

Dah usha apa yang patut, ajak Pak Radie minum kopi.. Aku teringin nak Hazelnut Hot Choc dengan cake.. Tekak aku pahittt gile sebab tak sihat.. 

Pak Radie kat kedai ada jual toys.. Dia suruh aku pegi dulu tunggu sana nanti dia sampai.. So aku pegi lah beli and duduk dulu.. Lamaaaa berzaman baru dia sampai muka sengih-sengih.. Kenapa sengih-sengih ni? Rupanya belikan anak-anak dia Lego.. Adoi la, patutlah kegemaran sangat papa dia ni.. Sikit-sikit papa.. mama takde orang heran pon.. Eh, kalau mama tak masak... hari-hari lah korang makan daging burger je tau.. sebab Pak Radie pandai masak tu je hahahahaha.. 

Ini daun bayam.. Bibik yang masak.. Dia dok cerita kat Kasih kat kampung dia popular rempeyek bayam ni.. Dah lah Kasih teringin.. So masa gi pasar bibik suruh beli bayam yang daun dia besar-besar.. Tapi masa bibik masak ni aku keluar so tak tau cemana dia buat.. Nanti nak belajar lah.. nanti kalau dah pandai, Kak Pilla share resepi ok?

Tata, nanti Kak Pilla borak lagi ye..
________________________________________________________
UPDATE THEKASIHSSHAWL

Nak check apa lagi yang available boleh click kat link bawah ni yer..

Printed Shawl : Click HERE
Plain Chiffon Shawl : Click HERE
Satin Silk Shawl : Click HERE

Love, 
Filla.

5 comments:

schazaza said...

kak filla, memang sedap kot kerepek bayam... alaaa teringat-ingat ni.. suruh bibik business kepek bayam lak... hihihihi

Sue said...

bestnye la haiii anak2 tak nak ikut keluar.. senang nak bergerak. kita bg la apa alasan sekalipun tetap jugak nak ikut...

sepasang kasut merah said...

Kak, pasar kat P8 tu memang mahal giler. Serik dh g sana. Tak berbaloi.

sepasang kasut merah said...

Kak, pasar kat P8 tu memang mahal giler. Serik dh g sana. Tak berbaloi.

Ruhill Fahima Mohammad said...

Lauk kat asar borong selangor mmg murah kan...kami kalo nk mkn ikn sedap2 udang bsar ketam mmg bli kat situ laa...bebaloi2