Friday, October 11, 2013

Teambulding Part 2 - perkara menakutkan dalam hidup..

Muahahhaha.. belum apa-apa kita warm up ketawa-ketawa dulu...Sehari sebelum tu pon aku dah tau yang semua orang kena buat Abseiling dan Rope Course... Semua kena buat ke? Eh, tak paksa.. tapi kene lah cuba dulu.. kalau betul tak boleh takpe lah.. Amboi jawapan dari Fasi sangat aku hargai.. buat tidur malam ku lena sekali... Aku dah semat dalam hati bahawasanya aku TAK AKAN buat abseiling gila ni.. ko gila ke apa? 

"Bangunan berapa tingkat nie nak kene turun?".. "10 tingkat je".. Hotak hang la... memula aku ingat 8 tingkat.. kecut bontot kejap.. muahahhaha.. what?? 10???? aku baru jenguk dari tingkat 2 pon dah berdebar-debar.. cepat-cepat lari jauh dari railing.. ini tingkat 10? hahahah.. mari gelak... ini semua permainan duniawi ni... muahhahaha.. macam orang gila aku memikirkan kegilaan apakah ini... 

Tapi disebabkan Fasi kata tiada paksaan.. so hati aku lega berbunga-bunga ok.. mhahahah... 

This is Mr. Koo.. ye kot spelling gitu... dia yang bertanggungjawab masa abseiling ni dijalankan.. Hi Mr. Koo.. 

ni semua peralatan untuk buat abseiling.. aku dengar jugaklah briefing tu walaupon aku PASTI yang aku takkan buat benda tu.. orang gila je yang buat hahahahahha... 

orang dengar.. so kita mesti dengar juga.. janganlah nampak sangat kannnnn... hehehe

muka masih ceria.. 

masa naik atas ni.. sayupppp sangat hati aku ni.. tetiba hati aku hiba rasa nak menitis air mata tengok bawah.. diorang boleh bersidai tepi railing tu selamba badak je.. aku duduk tengah-tengah tak berani nak rapat pon dengan railing.. ini semua gila.. hahaha

Tak gila? Ke gila? nampak tu puncak dia tu? hah turun dari situ.. ini memang satu kegilaan ok.. berapa banyak perkataan gila dah aku type? tangan aku sejuk gila.. 

Uwis orang pertama turun.. pastu ko kene dalam keadaan kaki melekat kat dinding.. badan rebah macam baring.. hahahhahaha ko mampu? pastu sebelum turun dia suruh test lepas tangan dua-dua.. hahaha.. ini memang lawak... bersyukur lah aku tak tekencing kat situ.. 

dapat team mate pon gila.. nak buat cemana? ni pompuan dua orang ni.. aku pon tak paham.. muka ilekkkkkk jer... siapa nak teman aku ni weh? semua berani je.. BENCI tauuu... 

dah nak turun.. muka happy.. gila apa? 

diorang turun serentak.. Vicky turun kiri.. Tini turun belah kanan.. aku? aku lari sana lari sini tolong snap gambar diorang.. dalam hati masih yakin yang aku TAKKAN buat benda ni.. aku dah plan.. lepas je member aku ni turun.. aku pon nak turun.. tapi turun lif.. bahahahahahhaha

saiko.. boleh gelak-gelak plak.. 

ni pon sama saiko.

nampak???? dia happy ok... aku tak leh terima melihat kegembiraan diorang ni turun bangunan 10 tingkat.. korang nak bangunan berapa tingkat baru muka korang pucat? 80 tingkat? saiko.

gila? gambar aku ada kat fasi.. tak dapat-dapat sampai hari ni.. aku turun jugak lah.. 
"Mr. Koo, i tak boleh turun... i ada penyakit"
"penyakit apa?"
"penyakit gayat"
"hahah tu penyakit ke?"
OF COURSE!

Hoi mama, tu pun takut ke? turun je lahhhhh.. 
u shatapppppppppppppppp la ball.. 

Aku takde gambar masa turun abseiling tu sebab member semua dah turun.. tapi aku punya demand boleh tahan.. "Mr. Koo, kalau u nak i turun jugak.. i tak nak orang lain ikat-ikat semua ni.. i nak you yang buat semua.. i nak u yang jaga i".. "yes, i jaga u, don't worry, for you i bagi special treatment" sentap hati ahkak walau pon Mr. Koo memang pandai mengayat.. tapi dia punya mengayat, berbaur paksaan.. "u never try u never know", tak payah nak try sangat lah Mr. Koo, i tau i tak boleh! ok itu ayat-ayat untuk orang paling sesuai join teambuilding nie.. selagi tak cuba selagi tu kita tak tau kan? masalahnya ni bukan cuba.. ini KAU KENE PAKSA turun.. mesti lah boleh hahahahah.. 

Sebelum aku turun, ada sorang akak ni turun.. aku tau akak ni takut jugak macam aku.. cuma akak ni pendiam.. so dia tak de memekak macam aku.. dia diammm je.. pastu dia turun dulu sebelum aku.. menggeletar tangan dia.. pastu dia cakap dia takut.. Gooooooooooddd... orang sebelum aku tengah menggigil nak turun.. lepas tu turn aku next? bagussssss!!! *tepuktangansambillapairmata*

Lepas tu turn aku.. sampai hari ni aku masih tak percaya aku turun... aku macam redho je.. masa nak rapatkan diri kat railing tu aku paksa diri... aku LANGSUNG tak tengok apa ada kat luar railing tu.. aku genggam railing tu peluk sekuat hati.. nak melangkah tu Mr. Koo suruh aku anggap macam aku tengah naik motor.. tapi ni motor besar hahaha.. melekat aku kat railing tu tak nak lepas.. pastu pandang muka Mr. Koo je tak pandang tempat lain dah.. hahahahah..aku siap suruh Mr. Koo tu jerit kat budak-budak bawah tu suruh diorang diam.. aku tak leh dengar ayat-ayat sokongan.. aku nak suasana senyap je.. gila over penampa jugak pompuan ni kang.. hahahahha... 

So pelan-pelan aku turun.. tengok ke atas.. sampai lah muka Mr. Koo dah tak kelihatan.. dan sampai lah kaki aku menjejak tanah.. alhamdulilah lega gilaaa... selesai satu azab.. ada azab lain menanti lepas nie hahahhaha...

Selesai abseiling.. kena buat high rope course pulak.. memula aku takde lah nak rasa panik.. hello? wa dah turun 10 tingkat bangunan kot.. setakat nak turun yang ni apa ada hal?

tengok orang naik.. ek eleh macam ok je ni.. tak takut laaa, i can do it.. 

lepas tu tengok.. eish ni aku tengok dari bawah memang lah ok.. kalau aku yang kat atas tu??? 

masa aku buat.. aku peluk pokok tu kemain kuat tak lepas-lepas.. hahahah

meniti tangga, sebijik macam fear factor.. tapi fear factor tu gila.. tinggi sangat.. 

pastu meniti tali pulak.. 

haiiii.. hahahhaha.. ahkak lembik ni dah ready nak buat ok.. heheheh

tinggi oiiii... budak tukang jaga yang pakai baju biru tu jaga aku.. sebenarnya masa panjat jaring tu setengah aku dah mintak turun sebab aku tak nak buat.. hahahahahah... aku jerit.. saya nak turun.. saya yakin saya tak boleh buat.. muahahahahha.. sebab masa aku panjat setengah je aku dah gayat.. pastu aku dengar vicky menjerit-jerit tepekik telolong masa nak meniti tali.. choiiiii... potong stim betul.. dia yang ketawa2 masa abseiling, now menjerit-jerit "no i can't do this, i cannn't!!".. wak lussss... terus haku nak turun tak jadi naik hahahahhaha.. terus budak baju biru tu jerit "Dilla naik, naik naikkkkkk!".. eh eh kau nie.. paksa plak..

masa aku peluk pokok tu.. aku dah takde perasaan.. aku tau aku peluk pokok je.. hahahah.. pastu budak baju biru jerit panggil aku "Dilla".. aku diam.. "Dilla".. aku jawab "saya".. dia jerit lagi "Dilla".. aku jerit balik "saya!!".. dia jerit lagi "Dillaaaaa"... pastu aku geram aku jerit "Apaaaaaaaaaaaaaa?????".. bahahahahhaah... memang carik pasal tau budak nie.. 

ok lah.. takde lah seram sangat rupanya.. aku saiko diri sendiri.. aku tak pandang bawah langsung.. aku pandang pokok hutan-hutan tu je.. sambil meniti... 

Phewwwwwwwwwww lega ok.. selamat jugak aku.. hahahahha.. tu lah yang kita belajar hari ini.. Belum Try Belum Tahu.. dan jangan sesekali mengalah sebelum mencuba sesuatu.. kalau kita jatuh selepas kita mencuba, tak pe.. sesalan akan ada... tapi at least kita dah cuba sedaya upaya.. tengok aku dah buat, sebenarnya aku SANGAT yakin yang aku tak boleh buat sebab aku gayat.. tapi bila terpaksa aku buat jugak.. rupanya aku boleh berjaya.. tapi sebenarnya kene paksa.. hahahah.. nak jugak cakap banyak kali aku berjaya sebab kena paksa.. PAKSA diri kita untuk buat sesuatu yang kita rasa SANGAT SUKAR dan tak tercapai dek akal kita boleh lakukan.. InshaAllah boleh berjaya.. ;)

Muka riak aku ni masih bertahan sampai hari ni.. mungkin boleh bertahan untuk bulan depan sekali ;)

Bye.

12 comments:

Hudalatip said...

Ok kita baca entry ni gelak2 tak hingat..Fine nak bagitau yang kita pun pernah buat abseiling ni masa induksi, sumpah gila, ada budak yang sampai terkencing..memang tinggi dan menakutkan tapi kita redah je buat wpun tuhan jelah tau hakikat yg sebenar..Congrats coz u can do it!!

Miss Brenito said...

wahhh syioknyer.... tak penah rase teambuilding begini tau... asyik2 la harta karun yg berkurun jer...nak gak outdoor gini

Unknown said...

salam...kak filla..rase excited bile bace akk pnye entry ni...so trus wat review pasal pnb ni then ada yg ckp tmpat ni keras..btol ke? akk ada kena pape tak? baru nak suggest kat company wat kat ctu..

Filla said...

ecah: keras ke? hahah.. ok je.. tak de pon jadi apa2.. alhamdulilah hahah... tido lena sampai ke subuh hihi

genuine1224 said...

kahkahkah.. saiko btui akak pila kita. saya cam akak jugak, gayat. penah kena buat abselling ni. menjerit2 takot. dah buat, ehhh, syok pulak. hahahaha

Cik Esah said...

akak cantikk...
silent reader.
nak masuk 4 tahun sekarang nk komen.

Suka baca belum try belum tahu,
PAKSA diri kita untuk buat sesuatu yang kita rasa SANGAT SUKAR dan tak tercapai dek akal kita boleh lakukan.. InshaAllah boleh berjaya..

to overcome my fear,
selalu buat,
kadang rasa nak nangis,
tapi wallahi,
lepas buat, lega sangatttttt.

Tahniah.!
:)

Cik Esah said...

akak cantikk...
silent reader.
nak masuk 4 tahun sekarang nk komen.

Suka baca belum try belum tahu,
PAKSA diri kita untuk buat sesuatu yang kita rasa SANGAT SUKAR dan tak tercapai dek akal kita boleh lakukan.. InshaAllah boleh berjaya..

to overcome my fear,
selalu buat,
kadang rasa nak nangis,
tapi wallahi,
lepas buat, lega sangatttttt.

Tahniah.!
:)

zuhannisa said...

Dah boleh dikategorikan Supermom lah ni..(^_^)

Unknown said...

Filla,
Aku baca entry ko kali ni penuh debaran ok.. panjang pendek panjang pendek napas aku.. siap pakej hidung kembang kuncup lagi.. apa2 pun tabik spring dkt ko sbb ko mampu gak buat menda alah tu..tp aku hampir kena sawan sbb nengok gambar amaani jengil bijik mata..hahahaha amaani amaani...

pexky said...

wahhhh.. syoknyer! g kursus team building...
last g team building dulu kat pangkor kot...
sewa keter g naik bukit.. pastu rasa gayatpusing2 ngn keter kat ats bukit.. dh la keter manual.. tgk bawahh.. tatuittttt... aduiii..
ngeri wehhh!
kalau wat xtvt mcm filla ni, aku tatau laaa.. mau terkucil nehh.. isk!

kelipkelipchumel said...

mana butang like nak tekan banyak banyak kali ni.. ehehe.. hebat la tu. kan bole. ;)

vick nesh said...

adoiiii.. kak dilla lawak gile.. menjerit tu pasai nak lepaskan tension... huahuahauhauhaua...