Kisah hari Jumaat lepas.. Aku bosan kat office, so keluar kejap gi tengok Acih kat sekolah.. aku tak cakap yang aku nak datang, so aku main redah jelah..
Sampai kat sekolah.. masuk kantin.. takde orang.. so jalan gi kat bangunan sekolah.. nampak budak lelaki 2 orang.. "Dik, 2 Iman kelas dia kat mana?".. "Kat tingkat atas tu makcik".. Amboiiiiiiiii tak agak.. panggil ai makcik? panggil la Auntie, baru rasa muda sikit -______________-"
"Boleh bawak Acik gi situ?".. "Boleh".. baru naik tangga tetiba budak perempuan main kejar-kejar tetiba stop depan muka aku.. rupanya anak aku... muahahhaa.. merah padam muka dia main kejar-kejar...oooohh ini aktiviti dia.. orang suruh duduk dalam kelas belajar sementara tunggu KAFA.. rupanya berkejaran.. Aku ajak Acih gi kantin.. ajak lah kawan tu.. "Ok mama.. jap nak tukar baju".. "Ok mama tunggu kat kantin"
Sampai je kantin aku duduk kejap.. sekali Acih turun.. hamek kau.. berduyun dia bawak gang dia sekali.. Seronok sangat borak dengan budak-budak ni.. diorang petah sangat bercakap..
"Auntie, saya pernah nampak Auntie ngan Kasih"
"Kat mana?"
"Kat kedai mamak"
"Saya pon pernah nampak Auntie"
"Kat mana?"
"Kat depan Mydin" (yelettew)
"Auntie Kasih ni kan, dia gangster sikit.. tapi dengan budak lelaki je lah"
"Yeke?, dia pukul budak lelaki ke?"
"Bukan pukul, tapi dia garang, nanti dia kejar"
(garang tapi kuat nangis caner tu hehehe)
Lagi conversation:
Aku : Korang ni pernah tak keluar waktu rehat? keluar dari sekolah.. pernah tak?
Taaaaaaaakkkkkk.. Nanti mama saya marah.. mama saya kalau marah dia cekik kuat-kuat nanti tak leh bernafas..
Aku: Fuyohhh.. sampai macam tu ke? tulah.. Kalau Auntie pon marah.. Jangan bagi mama ngan papa semua risau... kat luar sana banyak orang jahat tau tak? nanti tak leh jumpa dah mama ngn papa.. nak ke macam tu?
Taknakkkkk.. mama ngan papa hari-hari cakap yang sama jugak..
Aku: Tau pon.. promise Auntie boleh? Jangan keluar dari pagar sekolah ni... Jangan pergi rumah kawan kalau kawan ajak.. kecuali minta izin ngan papa mama.. PAHAM takkkkk????
Pahammmmmmmmmmmmmmmm...
Aku: Siapa nak air oren?
Semua : Nakkkkkkkkkkkkk!!
Adik A: Thank you Acik..
Adik B: Hoiii bukan Acik laaah.. panggil Auntie.. kan Auntie?
Aku : Ye betul.. nak air oren dua ke? muahahahhaha (tipu)
Ragam anak-anak camtulah.. Eh tapi comel-comel semua.. geram tengok.. keletah pulak tu mulut masing-masing.. kitorang berborak kat kantin.. semua berebut-rebut bila Auntie ajak amik gambar hehehe.. comel.. macam tulah.. dah jadi mak bapak ni ingat tak risau ke? risauuuuuu sangat.. aku kalau lambat sikit amik tu dalam hati dah berdebar-debar.. takut dia menunggu lama.. takut dia risau pastu dia nak cari public phone ke apa... aku dah pesan ratus kali kot.. kalau mama lambat.. jangan keluar dari sekolah.. jangan ikut orang lain yang kasih tak kenal.. ada 2 orang je aku bagi.. kawan aku Aiza atau Wan ngan Atok.. itu je.. yang lain kalau mama tak bagitau, Kasih tak boleh ikut..
Ok tu jelah yang kita nak share ye.. mak-mak biasa lewwww.. hihihi...
_______________________________________________________________________
-Ads-
Nak muka terhindar dari masalah kulit? terhindar dari jeragat dan jerawat??? Matlamat penjualan Lumiere Face Savon (LFS) adalah untuk membantu lebih ramai mereka yang menghadapi masalah kulit utk "GET RID FROM YOUR SKIN PROBLEM WITHIN 3 DAYS"
Ia Mengandungi Bahan-bahan berkualiti tinggi yang unik dan dirumuskan bagi memastikan kulit lembut, sihat & anjal. Sesuai untuk digunakan bagi semua jenis kulit!Buktinya? testimoni bergambar dr saya selaku pengguna setia LFS! dalam masa seminggu kulit yg dulu mengelupas sudah semakin pulih!Hubungi saya di 0122292739
ig: @zainab_abidah
FB: Zai zack'a
untuk maklumat lanjut dan penerangan PERCUMA
1 comment:
Alamak.. bestnye. So far xpernah jenguk anak kat sekolah lagi. Mak keje jauh nak
Post a Comment