Saturday, October 19, 2013

Science Rocks!

[sponsored post]

Masa sekolah menengah dulu, cikgu favourite aku ialah Cikgu Sains.. Subject favourite aku ialah Sains.. Duduk paling depan sekali masa subject sains ialah Aku.. Subject paling score sekali ialah Sains (selain pendidikan seni) muahhaha.. Aku rasa aku suka sains sebab senang nak faham.. sains ni bagi aku kita apply dalam kehidupan seharian kita.. macam sejarah aku lemah sikit.. sebab tu subject yang kita kena baca, hafal dan ingat.. bagi aku sains ni menyeronokkan sebab kita boleh bereksperimen.. aku pernah tanya cikgu sains dulu..

"Cikgu, kenapa bila kita menguap, nanti orang sebelah kita pon menguap, lepas tu sebelah orang tu pon menguap.. penyakit berjangkit ke menguap tu?".. Cikgu diam pastu cikgu senyum.. cikgu cakap "Itu takde fakta sains lagi nak menyokong pendapat awak".. bahahahaha... anak sapa lah yang brilliant sangat ni..

Bila sebut science je, terus terbayang muka scientist tengah buat experiment kat dalam lab.. hahaha.. mentality kita dah sinonim macam tu.. now kita kene buka minda kita.. sains sangat luas..bukan setakat dalam lab sahaja ok.. 

Aku perasan Acih pon suka sains.. mungkin dia sama macam mak dia jugak.. dia suka sains sebab sains tu sendiri sangat penting dalam kehidupan harian kita dan sains tu bukan satu subject yang susah, malahan sains sangat fun.. persekitaran kita adalah sains jugak.. udara yang kita sedut dan hembus.. alam sekitar kita.. apa yang kita makan.. semua tu sains.. tak fun? tu baru aku yang cerita pon dah rasa fun kan? hahahahha... Korang kalau nak tau lebih lanjut dan dengan cara yang lebih FUN jom kita pegi Petrosains..




Petrosains, The Discovery Centre akan mengadakan Science Festival yang akan berlangsung selama 1 minggu bermula dari 22 Oktober 2013 - 27 Oktober 2013!! Ada banyak aktiviti menarik yang boleh kita saksikan.. Well, macam yang aku cakap pasal sains tadi kan.. kalau kita pergi Science Festival ni, bawak sekali anak-anak, biar kita sama-sama explore Sains tu sendiri.. ada workshop, forums, dan macam-macam lagi.. tapi paling best sebab ada Games!! dan dah tentu games tu nanti akan relate dengan Science jugak.. Kalau takde halangan, InshaAllah aku sendiri teringin nak pergi 26hb Oktober (saturday) tu bawak Kasih dengan Amaani sekali.. nak cerita lebih-lebih sangat pon susah sebab aku takde experience lagi.. sebab tu lah terasa nak pergi sangat untuk explore sendiri apa itu sains.. 


Masa kat sekolah menengah dulu, tak ramai sangat students yang amik Science Stream.. sebab semua takut.. hahahah.. apa lah nak ditakutkan aku pon tak paham.. inilah masanya kita bagi pendedahan kepada anak-anak kita supaya mencintai Sains.. bermula dengan persekitaran mereka sendiri.. kat Science Festival tu nanti kita boleh join forums and talks by scientists and experts, ada science demonstrations, ada stage presentations.. i'm sure it will be fun.. dari kita bawak anak-anak berjalan-jalan ke tempat yang tak de faedah.. baik kita bawak pegi tempat yang kita boleh timba ilmu dan dalam masa yang sama, fun jugak!! 

Rasanya ini fun tak? hahaha.. kita boleh lihat dan pelajari mengenai struktur mata melalui aktiviti pembedahan mata lembu... sudah pasti ia akan menjadi satu pengalaman berharga!! ada banyakkk lagi demonstrasi yang akan dilakukan semasa Science Festival itu nanti.. Jangan lepaskan peluang keemasan ni ok?

Bukan itu saja.. ada jugak program 'Make Your Own Ice cream'.. best kan? lagi best sebab make your own ice cream without using a freezer... hahaha.. macam tak percaya je??? boleh ke??? aku pon tak yakin.. ni yang kena gi tengok ni ;)

Jom pergi Science Festival 2013 beramai-ramai.. Jumpa anda di sana ya!

Date and Location semasa Science Festival 


Date : Tuesday, 22 October - Sunday, 27 October 2013
Venue : Petrosains, The Discovery Centre

Date : Friday, 25 Oktober - Sunday, 27 October 2013
Venue : Suria KLCC Centre Court

Untuk maklumat lanjut sila layari sciencefestival.my 


"The Way We Do It, Science Rocks!"

5 comments:

ain.lola.licious said...

Teringat time skolah subject bio kene bedah katak haha. semua macam euweuw time tu. Klako jee

Norfatiza Azman said...

Salam filla!!!thank you so much for promoting our science festival....ni tmpt keje saya....sila laa dtg ye.. ;))...xtau nak ckp apa dah coz terkedu komen kat blog paling fofular...chewah..hihihihi

Norfatiza Azman said...

salam filla!!!!thank you so much for promoting our science festival..saya iza and pekerja setia petrosains...hihihihi...nnt jemput dtg ye..kalau dtg nnt calling2 laa saya..teringin nak jumpa... :))

Norfatiza Azman said...

Salam filla!!!thank you so much for promoting our science festival....ni tmpt keje saya....sila laa dtg ye.. ;))...xtau nak ckp apa dah coz terkedu komen kat blog paling fofular...chewah..hihihihi

Puteri syakila said...

saya pun suka sains. sbb tu masuk kelas sains :) hehehe