Wednesday, October 23, 2013

MARHABA RESTAURANT, PUBLIKA.

Aku pon dah terlupa ni weekend bila ntah.. hahahah.... Kali ni nak tunjuk kat korang aku makan kat Marhaba Restaurant, Publika.. kat mana Publika tu kak? Publika tu kat Dutamas.. Eh.. nantilah aku bagi alamat dia.. nak citer dulu ni hah.. banyak gambar nak share kat korang bagi tertelan ailio sikit kan ;)

Seriously ni memang pendapat peribadi aku lah kan.. Restaurant ni food dia memang sedap gila.. takde apa-apa kepentingan pon untuk aku puji.. Aku ni a bit cerewet sikit lah pasal makan.. eh bukan cerewet memilih makan.. tapi aku ada taste sikit lah bab-bab makan.. amboi tak agakkkkk.. hahahaha.. aku suka tempat makan yang cantik.. yang menitik beratkan pasal presentation.. aku suka tengok dari semua segi ;) be it makan kat hotel atau kedai-kedai biasa... 

So, Marhaba ni sebenarnya ialah Arabic Fine Dining Restaurant.. Makanan arab korang tau tak? Nasi dia sedap gila... habis diet aku.. hari aku datang sini.. aku TERPAKSA makan nasi dia sebab semua bising-bising cakap sedap sedap sedap.. hoih.. tak dapatlah aku nak menepis.. hehehehe... Bila kita sebut tentang fine dining restaurant, of course lah service pon gempak.. ala-ala 5 star gitew.. Aku suggest kat korang yang suka makan-makan with family, try makan kat sini.. asyik makan kat hotel-hotel kan? apa kata try, percayalah u'll not regret ;)

Poyo? hahahah.. poyo lah jugak.. begaduh nak suruh laki snap gambar candid ai tau.. nyampahs. Kalau korang gi Publika.. Marhaba ni kat G4 Street.. 

Tibalah sudah kita di hadapan pintu masuk Marhaba Restaurant.. 

Yang menariknya restaurant ni kan.. ada banyak tempat ko boleh pilih untuk menjamu selera.. kalau suka duduk luar boleh duduk kat luar... kalau nak duduk bersila pon ada 3 kot tempat macam gambar kat atas ni.. nanti dia bentang kain saprah tu.. duduk lah ko sefamily.. nak baring pon tak pe ;)


Ni kat bahagian luar.. aku suka hiasan dia sebab ciri-ciri Arabic tu sangat terserlah.. lampu-lampu dia haish lawa lah.. tu aku datang siang tu.. kalau malam confirm meletops.

Nampak trademark publika depan tu? kalau korang masuk je sini.. jangan masuk kat 1st traffic light.. masuk yang 2nd.. dah boleh nampak dah Marhaba ni.. 

Keseluruhan ada 3 units Marhaba punya ya.. 1 unit tu untuk dapur sahaja.. aku interview lah kan.. katanya semua tukang masak Marhaba diimport dari Yemen.. tukang masak pon import ok.. kenapa? sebab nak mengekalkan keseluruhan masakan dari sana... so tak payahlah ko bersusah payah nak ke Yemen sana.. kat Malaysia pon ada... 

Siap ada playground untuk budak-budak.. tapi aku tak bagi diorang main sebab tengahari panas terik tu.. 

cantik kan?


Hiasan dalaman Marhaba ni pon aku suka sangat.. dengan uniformnya.. macam masuk hotel gittew hahahaha... aku perasanlah kan.. bukan orang lain pon.. aku sendiri ni pon kalau tengok dari luar, restaurant nampak gempak semacam, ada la rasa segan-segan sikit nak masuk... muahahahah.. sebenarnya harga food dia ok je.. tak delah gila babeng.. reasonable lah untuk suasana yang macam ni ;)

Ko boleh nampak lah staff dia ada yang local dan ada yang import.. 

ni dia tengah sediakan complimentary tea.. 

Nampak tak ada 2 rooms kat situ.. yang pintu kiri tu besar jugak room dia.. boleh muat 10 orang kot? kalau ko datang ramai lagi dia boleh connect dengan room sebelah pulak.. so kita panggil tu private room.. Huawaaaaaaaa best gila... aku request bilik tu.. so 1 big room dah cukup untuk kitorang sefamily.. yang bestnya.. siap toilet attached ye... kelas gila hahahah... toilet dia pon perghhh takut nak guna.. lawa sangat ;)

ni salah satu meja kat luar bilik... cantik kan? 

Atok Braim Mr. Chairman.. Atok paling happy.. Atok cakap sedap nasi dia.. lauk pauk dia pon best.. belakang atok tu pintu ke toilet.. private room ni kengkadang orang-orang VVIP selalu nak duduk dalam nie.. hahahaha.. ai kan vvip jugak *perasan*

cantikkan bilik dia?

Korang akan dapat tea ni as complimentary 

Lamb soup ni pon free.. sedap ok.. aku hirup slow-slow je takut habis cepat kahkahkahhh... 

and free salad... yang 3 serangkai tu kuning tu cheese cream kot.. yang tengah dgn paling hujung tu.. sedap!! tu yang pedas tu.. dia olah ikut tekak kita yang suka pedas ni.. 


Love the deco ;)

Hahah aku ada post gambar pegang roti ni kat ig/fb.. semua tekejut.. tak yah korang.. haku ni hah pon tekejut gila bila roti ni sampai hahahaha.. kalau tak silap RM12 je.. 

Ok tu nama dia.. Mulauwah, Fresh Yemeni bread.. rasa dia? sedapppp.. Acih ngan Ani makan tu paling banyak.. cicah pulak ngan kuah kambing.. double sedap. hahaha.. aku tak tau apa tah nama kambing tu.. ngan macam kuah udang tu.. ada lah udang sekali tapi aku tak dapat.. diorang laju je habiskan.. tensi ahkak tau.. 

cicah dengan ni hah.. hmmmm teringat plak.. telan ailio laaaaa...


Terpegun Ani tengok roti kemain besar lagi..

yang ni pulak yang udang tu.. pon sedap jugak.. licin lah kitorang kerjakan.. siap suruh bawak bertenang.. nasi lom sampai.. kang takut kenyang plak.. satu yang aku suka pasal Marhaba ni.. walaupon tukang masak dia semua dari Yemen.. tapi dia olah jugak sikit-sikit resepi tu untuk matchkan citarasa tekak orang kita... kan biasanya nasi arab ni 'bosan' je rasa dia sebab tak pedas.. ni tak.. kalau nak pedas.. dia siap sediakan ala-ala sambal belacan u ollssss hahahahah... i like ;)

Ok ni signature dish dia.. Abang aku (Pak Long) kalau korang nak tau.. dia dulu chef kat Ritz Carlton.. so dia tau lah food sedap ke tak ke.. poyo sangat.. tapi dia makan kat sini.. dia cakap SEDAP.. hahah tu je satu ayat dia.. dah macam juri celebrity chef dah haku tengok.. utk signature dish ni boleh makan 2 orang sebab portion dia boleh tahan besar.. 

Hah ni dia haaaaa.. Pak Long yang amik dulu kambing ni.. dia guna garfu.. perghhh isi kambing tu lembut gilaaaa... orang takde gigi pon boleh makan.. hahahah.. aku siap tanya kenapa lembut sangat kambing ni? dia cakap sebab diorang gunakan anak kambing.. dalam lingkungan umur 4 bulan.. ok fine, kita makan anak kambing ok.. patut lah sedap sangat ;)

salad


Yang ni pulak untuk orang yang tak makan kambing boleh pilih Chicken ok.. pon sedap.. haih, korang tengok gambar pon tau sedap kan? belum makan lagi okkk.. Beras pon import dari Yemen.... 

Yang ni aku lupa lah apa nama dia.. tapi ni pong kambing.. tapi daging kambing dia sedap dan lembut sangat..

kalau tak silap Lamb Madfoon kot? boleh makan 2 orang jugak ;)

Kalau korang nak 1 whole lamb pon ada jugak.. memula tengok harga tekejut.. rupanya seekor.. pheww.. 

Fish pon ada.. aku tak try.. sebab kambing dengan ayam lebih mengujakan kot.. hahaha

hilang diet hahahahaha... semua aku nak rasa.. semua nak makan.. 

sambil makan boleh jamu mata tengok kecantikan dalam bilik nie.. hehehe.. tak habis-habis aku kan? nak buat cemana.. aku memang suka makan dan menikmati yang indah-indah.. baru lah feel.. kalau makan je tapi suasana tak best langsung pon tak best gak kan?

Dah tu order air plak.. sebab setau aku kalau makan kat Restoran Arab, dah tentu Lassi dia yang best.. nak try gak kat Marhaba ni sodap tak..

Pak Long sampai order dua.. kata diet.... hahahaha.. dia kata hari ni dia tak nak diet.. dia nak makan! so dia order 2 kali Lassi.. 

strawberry juice

Aku punya Kiwi Lassi.. kalau korang datang sini.. dengar nasihat aku ok.. orderlah Kiwi Lassi.. sedap gils.. kalau tak nak kiwi, order Mango Lassi pon sedap gils jugok.. 

penutup Atok order Tea apa yek? ala-ala Teh Tarik tapi ni Arab punya Tea lah.. ada macam rasa ginger ke apa tah.. pelik sikit.. tapi still sedap.. ramai orang suka order ni lepas makan ;)

Last but not least, kita order ni pulak.. tinggi serat.. sebab rasanya dia guna oat dan banana.. tahap kemanisan pon acceptable sebab rasa manis-manis buah gitu.. kalau ikut tekak arab memang manis melampau.. tapi diolah ikut tekak kita ;)

Sempat pusing-pusing dalam Marhaba Restaurant dan snap few satisfied customers yang pernah datang makan kat sini.. 




Ada ramai lagi.. takkan nak snap semua kannnnn... 


Sebelum balik order ice cream untuk Acih ngan Ani.. 

Lain kali nak try makan bersila pulak.. eish tapi kalau orang tua sakit lutut susah pulak.. kena ada baby mau dia merangkak capai makanan hahahahahah... 

Memang sangat puas hati makan kat sini.. Kalau korang nak datang sini.. aku suggest food korang kena try ialah :

Homemade Mulauwah Bread (ada banyak size)
Cicah dia tu pilihlah nak kambing or udang ke apa ke..
Lamb Mandi.. (rasanya lah yang aku makan tu) 
Kiwi Lassi

Tapi jangan risau.. waiter dia baik sangat.. boleh tanya waiter/captain dia apa yang dia recommend.. Oh aku ada tanya jugak pasal Private Room tu.. dia kata takde extra charge.. depends on availability masa korang datang.. if x de orang.. korang boleh lah request bilik tu.. so siapa ada plan nak gi makan-makan dengan kengkawan atau family.. ada event (birthday) pon memang sesuai sangat.. 


Location : (click for map)

Alamat:
Marhaba Restaurant
D1-G4-1, Publika Solaris Dutamas
No. 1 Jalan Dutamas
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-62078222 / 9222




Selamat menjamu selera kalau pegi sana, confirm puas hati ;)

10 comments:

Unknown said...

pk, masa nih akak nampak bam bam..hehe

Miss Brenito said...

ok la makan gitu sbb bdn filla tak naik mendadak.. naik sikit2 jer.. tak nampak pon naiknyer.. saya yang kat sini ni haa naik mcm kena pam..

MyCherita said...

singgah sebentar.. ;-) ..cantik blog.. :-) jom tgk blog saya... tq...

http://thescreammer.blogspot.com/2013/09/perniagaan-online-dari-rumah.html

IDAZS said...

wah nampak sedap je makanan kat kedai ni. boleh singgahlah, tak jauh sangat dari rumah.

Elya Roza said...

sis..mana lgi sedap saba' dgn restoran arab ni?
elya tgk mmg nmpak tempting

safiyyah osman said...

telan ayaq liuq liuq tgk gmbr..... wuwuwuw

edlidza said...

wajib cuba nih!! thanks for sharing!!

ruzovy said...

roti besar betul.. huhu. pastu y harga kambing seekor tu mmg boleh thn.

jmput tgk jubah, peplum, t shirt kat blog
http://thequeenofandi.blogspot.com/

HaWaAdAm said...

Besarnua roti...makan sorg setengah tahun tak abis..huhu..mandy is my favorite..satu hari nnt mesti cuba makan dkt sini. Thanks ya bagi review yang menarik dan mengujakan. Hehe

Hawa Adam
purrfectshaklee.blogspot.com

HaWaAdAm said...

Wow..roti tu kalau makan sorg setengah tahun pun tak habis..hehe.cantik menarik melazatkan tempat ni.thanks jugak utk review yg dabomm ni..satu hari nanti mesti cuba makan kat sini. Yeay

Hawa Adam
purrfectshaklee.blogspot.com