Wednesday, October 09, 2013

My SUPER child..

[sponsored post]

Dulu aku tak tau pon keseronokan menjadi seorang ibu.. Aku rasa jadi seorang ibu tu sesuatu yang membosankan.. Gila tak bosan? hari-hari mengadap anak menangis.. anak nak itu.. anak nak ini.. tak dapat melalak lagi.. Aku dah lah jenis yang tak boleh dengar budak menangis.. nanti aku stress aku pon menangis sama... hahahah... Ingat dulu Acih kecik-kecik.. aku tak tau apa benda yang dia nak.. menangis menjerit-jerit tegolek-golek atas lantai.. memula aku pujuk.. lelama aku stress aku menangis.. aku tutup sliding door.. aku kat luar dia kat dalam.. nangis lah ko sampai penat.. hahahah.. nanti aku dah kewl, dia pon dah kewl.. baru aku masuk balik sambung pujuk.. Jadi seorang ibu memang stress... Tapi korang tau tak antara stress dan seronok.. seronok tu lebih banyak?? 

Alhamdulilah lah aku dikurniakan 3 cahaya mata.. Aku bersyukur diberikan anak-anak perempuan berderet.. boleh sama-sama menjerit kalau stress.. muahahahhahaha... aku rasa ini semua dugaan untuk aku.. nak menguji tahap kesabaran hahah.. Especially Acih dah semakin dewasa ni kan.. ketap bibir je aku menahan geram kalau dia melawan.. Ani dia kecik lagi.. dia tengah nak nakal so layankan aje lah.. So dengan adanya 3 orang anak yang level umur berbeza-beza ni.. aku kena tambah skills keibuan tu lebih sikit.. dengan Acih aku kena pandai layan dia.. kadang tu aku tegas.. tapi still boleh share cerita dengan dia.. dah lah kuat merajuk, kuat sentap.. hoi dugaan betul.. sebab aku ni kan bangsa tak reti nak merajuk, tak reti nak pujuk.. dapat pulak anak perempuan beremosi.. hamek kau.. ok kita belajar bersama lah yer Acih ;)

Leecha pulak baby... baru 7 bulan.. now dah kenal orang.. pandai memilih.. kalau tak dukung, sedih.. kalau sedih je tak pe.. ini meraung suruh dukung.. over sangat kenit ni.. baru nak belajar duduk.. kalau baringkan kat rocker dia tu.. sibuk nak tegakkan badan nak duduk.. aku tolak dia tegak, aku tolak dia tegak.. gigih gila nak duduk.. muahhahaha... kadang saja menyakat dia.. nak tengok kesungguhan dia cuba nak duduk tu.. 

Yang Amaani pulak.. bila tengok kita layan Leecha lebih sikit.. dia sibuk nak duduk kat riba kita.. orang dukung Leecha.. dia pon nak suruh orang dukung dia.. hoiiii berat hoiiii.. tu jealous dalam diam lah tu.. hahahah.. So bila ada 3 level umur yang berbeza.. kena lah kita adil melayan semua kan? 

I'm so lucky that Pak Radie pandai sungguh melayan anak-anak.. bukan pandai, tapi rajin.... Kitorang akan sama-sama make sure anak-anak akan happy especially weekends.. tak perlu lah belanja besar-besar.. contoh baru-baru ni bawak naik train.. Selama ni pandang je train pastu jerit-jerit "Wowww trainnnn trainnnn".. kesian pulakkan? hahahah.. 

Ready?

Excited sangat nak naik train..  

Selalunya kitorang suka buat benda yang meninggalkan kenangan manis giteww.. hahahah bahasa bunga-bunga sangat... Contohnya naik train.. itu kan satu pengalaman berharga? Acih boleh cerita kat school yang dia dah naik train.. sebab tu orang selalu kata money can't buy experience.. money can't buy love... money can't buy sweet memories.. betul kan? paling penting, money can't buy happiness.. Itulah yang aku rasa bila dah jadi ibu kepada 3 orang puteri-puteri ni.. 

Aku nak diorang explore.. nak diorang belajar erti kehidupan... so sambil bergembira tu sebenarnya they're learning something.. tengok orang lain naik train.. sambil tu aku akan cerita kenapa kita kena bersyukur.. sebab tak semua orang dilahirkan kaya.. dilahirkan mewah.. ada orang jalan kaki pergi sekolah.. ada orang bawak 50sen belanja sekolah.. sebab tu dalam hidup mesti bersyukur dan saling tolong menolong.. bantu orang yang susah... Aku nak anak-anak aku jadi berdikari.. lasak.. cergas... berfikiran kehadapan... semua nilai-nilai positif lah.. wah tamak ni... 

kalau mood Acih tengah ok.. aku minta tolong dia mop lantai rumah... dia ok.. suka je.. tapi pastu begaduh sebab berebut mop ngan ani... ok aku dah stress hahahhaha... 

Kalau weekend free sikit.. Pak Radie akan layan budak-budak dengan benda macam ni.. buat sports memanah... kadang-kadang aktiviti mewarna dan melukis.. kadang-kadang belajar bawak basikal.. Banyak sangat benda-benda yang simple tapi boleh memberikan pengalaman untuk anak dan untuk kita sebagai ibu bapa... 

Hari ni aku nak ajak korang semua join aku untuk share SUPER experience anak-anak kita.. Jom visit facebook NAN GROW 3 Super Kids dimana kita boleh beri peluang untuk anak kita menjadi SUPER.. ada 3 prizes to be won dan setiap satu nya ialah "once-in-a-lifetime experience"

1. An art workshop yang akan diterajui oleh Ernest Zacharevic, di mana beliau akan memberi tunjuk ajar, showing art works as well practical work yang akan dilakukan oleh winner ;)

2. Winners diberi peluang to be in Firefly aircraft tour, briefing from Firefly pilots, trying out the flight simulator.. (yang ni aku yakin Ani mesti excited) sebab dia suka sangat kapal terbang ;)

3. Winners diberi peluang untuk experience kehidupan seorang chef dan participate in preparation of a simple meal di Wondermama (termasuk grocery shopping, meal preparation and meal presentation)..

Semua best-best kan? aku rasa semua prizes ni sangat bermakna buat anak-anak kita.. Jom join jom :)

Love them to the max.. i want them to be SUPER Kids.. 





i was paid by nestle for the blog post above.

No comments: