Showing posts with label teambuilding. Show all posts
Showing posts with label teambuilding. Show all posts

Thursday, July 25, 2019

TEAM BUILDING 2019

Aku ni memang jenis kurang suka pergi kursus.. Lagi-lagi kursus yang kena duduk dalam kelas sebab confirm akan terlelap hehe.. Tapi paling jarang aku miss ialah kursus Team Building sebab aktiviti semua outdoor.. Last aku pergi pon dah berapa tahun lepas ntah.. So kali ni aku pergilah sebab dekat je pun kat Kalumpang.

Plan asal bas disediakan.. Tapi last minute dapat info bas yang nak bawak peserta tu engine tak leh start... Ok terus ke plan B.. Tong-tong naik kereta member.  Bagus jugak boleh keluar carik durian ngeh ngeh

Kitorang sebilik 5 orang ni.  Memacam ragam hahah

Kalumpang Resort and Training Centre ni konsepnya macam ni.. Ada duduk bilik berdua.. Ada yang berlima (ada loteng).. ada yang rumah tepi sungai stok bukak pintu terus terjun ke sungai hahaha.. tapi ramai DM cakap banyak katak.. hahaha pitam yer.

Kitorang perserta pertama yang sampai.. sorang ahli bilik kitorang ialah urusetia.. Lagi sempoi kahkah.. Urusetia pulak hari pertama dah kecederaan tumit sebab balik dari makan.. lalu kat pangkin area resort ni tetiba kelepuk ada benda jatuh dari atas.. elok je park kat pangkin tu.. Aku siap besarkan bijik mata "Apa tu?"  Rupanya KATAK.. ingat kan daun kering.. Melompat 3 orang ke depan, 2 orang kebelakang.. Urusetia tumit dia terlanggar batu.. Berdarah pulerrrr.. Sian nak pakai kasut pun hazab..

Ni bilik kitorang.. Jangan expect bilik gempak-gempak yer.. 

See? Macam nilah keadaan bilik dia.. Depan kaki katil tu ada tangga menjunam gila untuk naik ke atas.. Atas tu ada 3 tilam.. So aku tido bawah dengan urusetia.. Yang tido bawah ni kecik je orang dia tapi katil besar and tengah malam pergh sejuk gila.. Boleh pulak kitorang bukak aircond.. Bila orang atas turun pukul 3 pagi dia tengok kitorang tido dah melekat kahkah.. belakang bertemu belakang rapattttt macam belangkas hahaha.. padahal kesejukan.. Selimut pun legend gila hahaha.. kat atas lagi kelakar.. ada bantal sorang satu and tilam je.. selimut takde muahahha.. Aku cakap kat dorang.. nak tido korang pakai telekung je.. Kalau turun dengan telekung kul 3 pagi, orang bawah dikhuatiri akan sawan terkejut.

Dah letak barang kat bilik kitorang keluar naik kereta nak carik durian pulak.. Dahlah ada sorang Apek naik motor bawah durian dalam bakul.. Budak-budak ni cakap "Kita ikut Apek ni, mesti dia ada kedai tepi jalan jual durian".. Aku pon ngok setuju jer.. sekali terlepas apek tu dah tak kelihatan..

Keluar kat jalan besar nampak Apek tu.. Lelaju aku bukak tingkap "Uncleeeee, uncle jual durian ke?"   Uncle tengok aku and jawab "Tak juaiiiiiiii"

Ok fineeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. eksyen Uncle.

Takpe kedai tepi jalan banyak jer.. mari singgah.

Kitorang berlima tu, Urusetia je tak makan durian.. Nasib ko lah Iera hahahaha... Terpaksa dia hadap je kitorang.. Lagi 4 orang memang hantu durian.  Murah giler makan durian kat Kalumpang ni.. Berbiji-biji kitorang bedal total dalam RM50 jer heheheh

Balik tu makan dulu kat tempat makan resort ni..
Sis suka sangat sebab lauk dia simple-simple je tiap hari.. Tapi sooo sedap and rasa macam lauk orang kampung (mak-mak) masak.. 

Malam ada aktiviti hiking.  Takde satu gambar pun sepanjang 1 jam 1/2 masuk hutan and panjat bukit.. Dalam gelap yer... Perghhh menggigil lutut masa turun curam dalam gelap.. Paham tak? Turun bukit ko tetiba jadi laju.. Tapi berlopak-lopak dan jalan gelap harapkan lampu handphone orang sebelah.. Dengan ko nak menahan supaya tak terlaju sangat.. Kawan aku tetiba potong kat sebelah laju macam kuda dia turun.. Dia cakap tak leh berhenti.. nasib tak tersungkur sbb berlopak.. Ada yang muntah, ada yang patah balik pon ado..

Sampai je diorang buat unggun api besar gila.. 

Gambar sis bersama kawan yang turun bukit tanpa brake tu.. macam kuda hahahha

Masa ni aku rasa dah macam orang minyak.. Dengan letih, melekit, berlengas, berminyak.. Fuhhhh mandi kene tenyeh lebih skit ni hehhehe..

 Pagi esoknya ada senam robik.. Huh ni aku menyampah sikit hahaha tapi kena buat gak..

 Lepas tu ada game masukkan bola dalam tube tu.. dari hujung sini ke hujung sana/. Team aku ada lelaki gak.. Menipu sikit lah orang kata bohong sunat hahahahha.. sebab asyik gagal je sebab bola terkeluar dari tube tu.. Last-last kepit bola bawak lari sekali dengan tube ke depan.. 

 Bersama Team

Eh joget ke tu.. 

 Main ni best.. Sambil jalan setiap orang kena bawak 1 gelas air.. 

Ni pulak kena sambungkan semua batang2 tu ke atas.. 

Ye macam tu.. Ada disediakan tali dan ko kena balancekan supaya tiang tegak dan tak tumbang.. Pun jenuh betul benda ni.. Nampak je senang tapi asik jatuh je..

 Gila murah kan??? Ni jual kat dalam resort je.. besar pun RM10...  

Oh dalam resort ada banyak pokok rambutan, durian, manggis.. dan kita dibenarkan makan buah-buah tu semua.. Relax je dpn bilik pokok manggis.. nanti kawan aku kutip manggis pastu kitorang makan berjemaah.. Durian pon orang sebelah dapat sebijik..

 Ni sungai kat Resort.

 Sedap gila asam pedas dia..

Lepas lunch ada aktiviti kat sungai.. So mari..  



 Setiap orang kena bawak pelampung tu sampai kat atas sana tu.. pastu duduk and belayarlah ko ke bawah untuk pass kepada ahli pasukan.. Seram sebab aku terbalik dekat batu-batu besar yang air deras tu.. Rasa lemas berapa saat.. kepala terhantuk kiri kanan.. Kalau takde helmet dah pecah kepala aku ni hahahahhahaha.. Dah lah terbalik rasa lemas.. pelampung tu kat atas ko acaner nak timbul.. panik sis sekejap hahaha.. tertelan-telan air masuk kat hidung.. 



 Ok dah settle aktiviti kat sungai.. Ada aktiviti 4x4 puler..

 Kat depan ni je baru sis dapat line sikit.. Huh kat Resort ni cuma line Celcom je dapat rasanya..  


Ni duduk dalam ni kejap jer..

Ini baru kenderaan yang sebenar.. Dia bawak turun kat lurah and tepi-tepi semak and hutan tu.. Kitorang kat belakang ni dah macam orang utan bersenggayut kat tiang atas tu.. member aku sampai terduduk bawah lantai tu kah kah.. Penderaan betul.  Tapi memang adventerous and fun betul.. kepala ko dengan orang sebelah memang asyik terhantuk je.. 

Settle aktiviti ni kitorang boleh balik bilik.. Takde buat apa sampai pukul 8:30 malam ada BBQ dinner.. Boleh  pulak budak-budak ni ajak mandi sungai.. Ok jomlah mandi sungai.. 

Balik tu dorang mandi dan tidur.. Oiii aku memang bukan jenis tidur petang.. So aku lepak makan manggis dengan Chacha.. pastu sambung borak lagi.. Pukul 7:30 memasing menggelupur kelaparan.. Oii lambat lagi dinner.... Rasa macam nak makan orang je.. huwaaaa

Sis lapar.. Hambik kau penuh pinggan.  Budak-budak tu semua tak leh terima aku memang jenis makan banyak.. Sebab kat opis bila breakfast sopan je dengan roti wholemeal 2 keping kan.. Baru ko tau haku jenis makan pinggan membukit muahahahha.. 

Dahlah Team Building ni ada surprise.. Malam dinner tu ada karaoke dan pesta durian berbakul-bakul.. Muahahahah gila babis ktorang melantak durian.. kawan aku Lolin tu gila durian pun dah tak sanggup.. dia tengok kitorang masih teruskan makan durian dia hampir termuntah hahahahaha

Esoknya last aktiviti.. Aktiviti ni susah sebab kena berlayar dengan pelampung secara individu.. pastu berkumpul dengan ahli kumpulan.. sepanjang aktiviti ni tak boleh langsung turun dari pelampung.. pastu kena cantum 9 pelampung tu jadi 4 segi.. dan kena ikat buluh tu jadikan rakit.. sepanjang aktiviti setiap kumpulan dibekalkan dengan seekor ayam hidup.. Pepandailah kau nak jaga ayam tu.. 

 Buat rakit tanpa turun dari pelampung.. Masa akak pegang ayam tu sampai teberak-berak ayam tu.. muahahahha.. 


  Pastu kena sembelih ayam and masak atas rakit.. Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan masakan dan 1 pisau kecik.. Aku pulak ditugaskan siang ayam.

Depan aku tu tolong aku cabut bulu ayam hahaha.. Siaplah sup ayam kitorang.. Kumpulan kitorang menang sup tersedap kot hahahhah... Ada akak dalam team ni memang terkenal terror masak.. Caiyok lahhhh lunch makan sup ayam... Settle lunch, balik bilik and mandi and pack barang untuk check out.

Sekian saja pengalaman Team Building 2019 kali ini.. Panjang umur bertemu lagi di Team Building tahun depan.. 

Love, 
Filla.

Friday, October 11, 2013

Teambulding Part 2 - perkara menakutkan dalam hidup..

Muahahhaha.. belum apa-apa kita warm up ketawa-ketawa dulu...Sehari sebelum tu pon aku dah tau yang semua orang kena buat Abseiling dan Rope Course... Semua kena buat ke? Eh, tak paksa.. tapi kene lah cuba dulu.. kalau betul tak boleh takpe lah.. Amboi jawapan dari Fasi sangat aku hargai.. buat tidur malam ku lena sekali... Aku dah semat dalam hati bahawasanya aku TAK AKAN buat abseiling gila ni.. ko gila ke apa? 

"Bangunan berapa tingkat nie nak kene turun?".. "10 tingkat je".. Hotak hang la... memula aku ingat 8 tingkat.. kecut bontot kejap.. muahahhaha.. what?? 10???? aku baru jenguk dari tingkat 2 pon dah berdebar-debar.. cepat-cepat lari jauh dari railing.. ini tingkat 10? hahahah.. mari gelak... ini semua permainan duniawi ni... muahhahaha.. macam orang gila aku memikirkan kegilaan apakah ini... 

Tapi disebabkan Fasi kata tiada paksaan.. so hati aku lega berbunga-bunga ok.. mhahahah... 

This is Mr. Koo.. ye kot spelling gitu... dia yang bertanggungjawab masa abseiling ni dijalankan.. Hi Mr. Koo.. 

ni semua peralatan untuk buat abseiling.. aku dengar jugaklah briefing tu walaupon aku PASTI yang aku takkan buat benda tu.. orang gila je yang buat hahahahahha... 

orang dengar.. so kita mesti dengar juga.. janganlah nampak sangat kannnnn... hehehe

muka masih ceria.. 

masa naik atas ni.. sayupppp sangat hati aku ni.. tetiba hati aku hiba rasa nak menitis air mata tengok bawah.. diorang boleh bersidai tepi railing tu selamba badak je.. aku duduk tengah-tengah tak berani nak rapat pon dengan railing.. ini semua gila.. hahaha

Tak gila? Ke gila? nampak tu puncak dia tu? hah turun dari situ.. ini memang satu kegilaan ok.. berapa banyak perkataan gila dah aku type? tangan aku sejuk gila.. 

Uwis orang pertama turun.. pastu ko kene dalam keadaan kaki melekat kat dinding.. badan rebah macam baring.. hahahhahaha ko mampu? pastu sebelum turun dia suruh test lepas tangan dua-dua.. hahaha.. ini memang lawak... bersyukur lah aku tak tekencing kat situ.. 

dapat team mate pon gila.. nak buat cemana? ni pompuan dua orang ni.. aku pon tak paham.. muka ilekkkkkk jer... siapa nak teman aku ni weh? semua berani je.. BENCI tauuu... 

dah nak turun.. muka happy.. gila apa? 

diorang turun serentak.. Vicky turun kiri.. Tini turun belah kanan.. aku? aku lari sana lari sini tolong snap gambar diorang.. dalam hati masih yakin yang aku TAKKAN buat benda ni.. aku dah plan.. lepas je member aku ni turun.. aku pon nak turun.. tapi turun lif.. bahahahahahhaha

saiko.. boleh gelak-gelak plak.. 

ni pon sama saiko.

nampak???? dia happy ok... aku tak leh terima melihat kegembiraan diorang ni turun bangunan 10 tingkat.. korang nak bangunan berapa tingkat baru muka korang pucat? 80 tingkat? saiko.

gila? gambar aku ada kat fasi.. tak dapat-dapat sampai hari ni.. aku turun jugak lah.. 
"Mr. Koo, i tak boleh turun... i ada penyakit"
"penyakit apa?"
"penyakit gayat"
"hahah tu penyakit ke?"
OF COURSE!

Hoi mama, tu pun takut ke? turun je lahhhhh.. 
u shatapppppppppppppppp la ball.. 

Aku takde gambar masa turun abseiling tu sebab member semua dah turun.. tapi aku punya demand boleh tahan.. "Mr. Koo, kalau u nak i turun jugak.. i tak nak orang lain ikat-ikat semua ni.. i nak you yang buat semua.. i nak u yang jaga i".. "yes, i jaga u, don't worry, for you i bagi special treatment" sentap hati ahkak walau pon Mr. Koo memang pandai mengayat.. tapi dia punya mengayat, berbaur paksaan.. "u never try u never know", tak payah nak try sangat lah Mr. Koo, i tau i tak boleh! ok itu ayat-ayat untuk orang paling sesuai join teambuilding nie.. selagi tak cuba selagi tu kita tak tau kan? masalahnya ni bukan cuba.. ini KAU KENE PAKSA turun.. mesti lah boleh hahahahah.. 

Sebelum aku turun, ada sorang akak ni turun.. aku tau akak ni takut jugak macam aku.. cuma akak ni pendiam.. so dia tak de memekak macam aku.. dia diammm je.. pastu dia turun dulu sebelum aku.. menggeletar tangan dia.. pastu dia cakap dia takut.. Gooooooooooddd... orang sebelum aku tengah menggigil nak turun.. lepas tu turn aku next? bagussssss!!! *tepuktangansambillapairmata*

Lepas tu turn aku.. sampai hari ni aku masih tak percaya aku turun... aku macam redho je.. masa nak rapatkan diri kat railing tu aku paksa diri... aku LANGSUNG tak tengok apa ada kat luar railing tu.. aku genggam railing tu peluk sekuat hati.. nak melangkah tu Mr. Koo suruh aku anggap macam aku tengah naik motor.. tapi ni motor besar hahaha.. melekat aku kat railing tu tak nak lepas.. pastu pandang muka Mr. Koo je tak pandang tempat lain dah.. hahahahah..aku siap suruh Mr. Koo tu jerit kat budak-budak bawah tu suruh diorang diam.. aku tak leh dengar ayat-ayat sokongan.. aku nak suasana senyap je.. gila over penampa jugak pompuan ni kang.. hahahahha... 

So pelan-pelan aku turun.. tengok ke atas.. sampai lah muka Mr. Koo dah tak kelihatan.. dan sampai lah kaki aku menjejak tanah.. alhamdulilah lega gilaaa... selesai satu azab.. ada azab lain menanti lepas nie hahahhaha...

Selesai abseiling.. kena buat high rope course pulak.. memula aku takde lah nak rasa panik.. hello? wa dah turun 10 tingkat bangunan kot.. setakat nak turun yang ni apa ada hal?

tengok orang naik.. ek eleh macam ok je ni.. tak takut laaa, i can do it.. 

lepas tu tengok.. eish ni aku tengok dari bawah memang lah ok.. kalau aku yang kat atas tu??? 

masa aku buat.. aku peluk pokok tu kemain kuat tak lepas-lepas.. hahahah

meniti tangga, sebijik macam fear factor.. tapi fear factor tu gila.. tinggi sangat.. 

pastu meniti tali pulak.. 

haiiii.. hahahhaha.. ahkak lembik ni dah ready nak buat ok.. heheheh

tinggi oiiii... budak tukang jaga yang pakai baju biru tu jaga aku.. sebenarnya masa panjat jaring tu setengah aku dah mintak turun sebab aku tak nak buat.. hahahahahah... aku jerit.. saya nak turun.. saya yakin saya tak boleh buat.. muahahahahha.. sebab masa aku panjat setengah je aku dah gayat.. pastu aku dengar vicky menjerit-jerit tepekik telolong masa nak meniti tali.. choiiiii... potong stim betul.. dia yang ketawa2 masa abseiling, now menjerit-jerit "no i can't do this, i cannn't!!".. wak lussss... terus haku nak turun tak jadi naik hahahahhaha.. terus budak baju biru tu jerit "Dilla naik, naik naikkkkkk!".. eh eh kau nie.. paksa plak..

masa aku peluk pokok tu.. aku dah takde perasaan.. aku tau aku peluk pokok je.. hahahah.. pastu budak baju biru jerit panggil aku "Dilla".. aku diam.. "Dilla".. aku jawab "saya".. dia jerit lagi "Dilla".. aku jerit balik "saya!!".. dia jerit lagi "Dillaaaaa"... pastu aku geram aku jerit "Apaaaaaaaaaaaaaa?????".. bahahahahhaah... memang carik pasal tau budak nie.. 

ok lah.. takde lah seram sangat rupanya.. aku saiko diri sendiri.. aku tak pandang bawah langsung.. aku pandang pokok hutan-hutan tu je.. sambil meniti... 

Phewwwwwwwwwww lega ok.. selamat jugak aku.. hahahahha.. tu lah yang kita belajar hari ini.. Belum Try Belum Tahu.. dan jangan sesekali mengalah sebelum mencuba sesuatu.. kalau kita jatuh selepas kita mencuba, tak pe.. sesalan akan ada... tapi at least kita dah cuba sedaya upaya.. tengok aku dah buat, sebenarnya aku SANGAT yakin yang aku tak boleh buat sebab aku gayat.. tapi bila terpaksa aku buat jugak.. rupanya aku boleh berjaya.. tapi sebenarnya kene paksa.. hahahah.. nak jugak cakap banyak kali aku berjaya sebab kena paksa.. PAKSA diri kita untuk buat sesuatu yang kita rasa SANGAT SUKAR dan tak tercapai dek akal kita boleh lakukan.. InshaAllah boleh berjaya.. ;)

Muka riak aku ni masih bertahan sampai hari ni.. mungkin boleh bertahan untuk bulan depan sekali ;)

Bye.