Monday, December 30, 2013

MAKAN-MAKAN DAN PENGUMUMAN PEMENANG..

Ni aku pon dah lupa hari apa.. Sabtu kot? Ntah cemana semua tetiba teringin nak makan.. Peej kot sebut nak Chillis.. terus aku pon terbayang jugak Chillis.. so mari cari masa sesuai untuk makan ;)

Aku gi amik Peej pastu balik kang Elly anto Peej balik.. selalu camtulah... Peej kan adik.. so akak-akak semua sayang kat adik peej tu.. eh bukan akak.. tapi Sis Elly and Sis Filla.. puiii..

Elly kalau bab makan mesti dia sampai dulu.. hahahah.. bengang je kot kene tunggu pompuan dua orang yang hegeh-hegeh ni..so dia minum dulu kat Dome.. masa sampai melilau biji mata aku cari dia.. rupanya depan mata tapi tak perasan.. lawa macam sis elly pon tak nampak? melampau tau sis filla nie.

Sis Elly.

Adik Peej.

Sis Filla.



Dip plak macam nie.. nangis kesedapan ok.

sis filla punya.  tekak aku teringin sangat makan steak.. lega dapat jugak.. perangai mengalahkan ibu mengidam.. mengada nak mam.

Sis Elly's


Adik Peej teringin makan kambing.. walaupon takut darah tinggi.. tetapi keinginan tekak susah nak ditolak.. hahahah.. 

Boleh??? makan 3 orang penuh satu meja.. memasing nafsu makan stok-stok menakutkan hehehe

Lepak lama jugak.. tapi berdebar-debar takut laki marah ke apa kan. ye lah walaupon dah bagitau, tetapi hati tetap berdebar.. nak melepak boleh, pertama, mintak izin laki.. kalau dia bagi.. alhamdulilah.. kalau dia tak bagi.. mintak lah sampai dia bagi.. hahahahaha... pastu sebelum tinggalkan rumah, selalunya aku make sure anak-anak aku ada benda nak dimakan.. kadang aku masak dulu siap-siap.. so bila kita tinggalkan takde lah melampau sangat.. kau makan, anak laki tak makan.. elly pon macam tu selalunya.. kadang bila dia balik dia kelam kabut masak... baru lah balance kan.. peej pulak sebab berdua je laki bini.. so bila balik, laki ajak teman gi minum/makan kat luar.. laju je ikut.. padahal mata tak leh bukak dah sebab penat and ngantuk kannnn.. tapi berani kau menolak? ada yang lepas ni langsung dia tak bagi keluar.. hahahah.. 

So begitulah cerita dia.. hoih aku penat jadi aku type pon aku tak tau apa benda ntah.. sementara tu meh baca bawah ni.. nak announce pemenang.. rugi la kalau korang pemalas join contest PETRONAS!

______________________________________________________________________________


PETRONAS My Dream Getaway Contest dah ada pemenang! Hadiah bernilai lebih dari RM1.5 million untuk 15 pemenang bertuah!  Grand prize winners (5 pemenang) membawa pulang RM35,000 travel voucher, RM20,000 wang tunai dan RM15,000 worth of Mesra Points.  Bestnyaaaaaaa!!!!! 

2nd prize winners (5 pemenang) berjaya memenangi RM30,000 travel voucher, wang tunai RM15,000 dan RM10,000 worth of Mesra points!

3rd prize winners (5 pemenang) memenangi RM25,00 travel voucher, RM10,000 wang tunai, RM8,000 Mesra points.. 

Semua 15 pemenang juga memenangi Nikon DSLR camera bernilai RM5,000 dan PETRONAS Gift Card bernilai RM3,000.

Apa lagi nak kata? Best tak terkata.. hahahah.. bila lah nak menang ni.. tiap kali isi minyak kat PETRONAS tak pernah miss isi borang contest.. belum rezeki makincik lagi ni huhuhu... bukan sikit yang join contest nie, ada 2 million penyertaan tuuu.. Participating partners untuk Contest My Dream Getaway Contest ialah F&N Beverages, Nestle Products, Permanis Sandilands, Kraft Malaysia, Glaxosmithkline Consumer Healthcare, Oriental Food Marketing, Celcom Axiata and Touch 'n Go.  

Masih belum terlambat untuk kita mencuba nasib kerana PETRONAS menganjurkan second phase of PETRONAS Fuelled By Fans, Powered by PRIMAX Campaign dimana ia bermula pada 9 December hingga 31 January 2014.  Hadiah lumayan okkkk... 221 pemenang layak menerima Wang Tunai, PETRONAS Gift Cards dan Mesra Points.  Grand prize winner bakal menerima hadiah bernilai RM50,000 dan juga berpeluang memilih charity pilihannya sendiri untuk menerima subangan bernilai RM50,000.  PETRONAS buat semua ni sebagai tanda penghargaan kepada kita loyal customers yang tak putus-putus menyokong mereka :)

For more information, please visit  www.like2savefor.my/fuelledbyfans/


Love,
Filla.

1 comment:

Haris Zuhaina said...

As Salam. Halal dak ni
cos ada terbaca http://alkisahnyalah.blogspot.com/2010/11/makan-tanpa-was-was.html
http://cikepal06.blogspot.com/2010/12/restoran-haram-yang-tak-dapat.html

Tp tu crita 2010, 2013/2014 tak sure. tu yg taya Filla ni...