Thursday, December 19, 2013

SMART READER ISLAMIC

Aku buat entry ni khas untuk panduan para ibu yang dah mula pening kepala nak mendaftar anak ke sekolah.. hahahaha.. 

Ada banyak pendapat pasal sekolah untuk budak-budak nie.. bila masa yang sesuai untuk hantar anak saya ke sekolah? 4 tahun tak terlalu awal ke? nanti anak saya tak bosan ke sebab terlalu awal hantar ke sekolah? bukan sepatutnya umur 4 tahun kita tak boleh push dia sangat ke? tu masa untuk dia bermain-main.. kalau saya nak hantar, saya pening... saya buntu.. saya tak tau sekolah apa yang sesuai?

Ye tuan-tuan dan puan-puan.. begitulah kita ni mak mak ni... kalau bapak-bapak memang dia tak pedulik.. nak sekolah? ha ok lah.. hantar lah... tak nak sekolah? ha ok.. tak yah lah.. tak semua lah.. tapi 85% suami selalunya macam tu kot.. serah bulat-bulat kat isteri sebab dia rasa tu isteri boleh tolong pikir.. dia banyak lagi benda penting dia nak fikir.. Ok part tu aku suka.. hahahha.. aku pilih, jangan nak bising-bising ye.. 

Macam ni lah.. aku bagi guidelines kat korang ye.. sebenarnya semua benda ni terpulang kepada masing-masing.. siapa tak nak the best untuk anak-anak.. macam aku ni sebab anak dah ada 3 orang.. Kasih dah 8 tahun.. masa tu aku jaga dia sendiri.. aku takde pilihan melainkan hantar dia ke nursery.. nursery yang jaga baby sampai ke budak umur 5 tahun kot.. so far alhamdulilah takde masalah.. dia membesar kat situ.. masuk umur dia 3 tahun.. kat nursery tu ada belajar jugak.. ada terapkan nilai disiplin.. makan beratur.. duduk kat meja.. baca doa... ada senaman.. ada belajar kenal huruf.. benda-benda basic lah.. pastu hari-hari bergaul dengan kawan-kawan.. so aku rasa itu pon dah good enough untuk dia.. aku masukkan dia Krista masa dia 6 tahun.. krista lebih kurang macam smart reader.. ada sesi pembelajaran mengikut tahap umur jugak.. tapi yuran mahal lah compared to nursery tu.. tapi takpelah.. pastu 7 tahun dah habis pening sebab dah masuk darjah 1.. ok itu cerita Kasih.

Now Amaani.. kitorang decide nak hantar dia ke Smart Reader masa umur dia 4 tahun.. Mungkin awal sangat? tapi sebenarnya aku nak dia bercampur... aku kesian tengok dia duduk rumah mengadap muka Aleesya ngan muka bibik.. sampai asyik tersasul panggil aku bibik.. boleh??? tak bolehhh okkkkkk!!! hahahah.. dulu memula bibik tu kerja lagi lah.. Amaani cakap indon dah.. hahaha... "mama, Amaani tak bisa bukak ni"... pitam aku dengar... pastu "mama sepatu amaani mana?".. Ohemgeee... hahahah.. ok tu takpe.. yang tak tahan lagi.. "Mama, boneka amaani dalam kereta".. toys amaani!!! TOYS!!! heheh.. now bibik tu pon dah ok cakap bahasa kita.. pastu kalau bibik cakap dengan amaani, bibik tersasul cakap "amaani tak bisa tu".. nanti amaani plak betulkan "Bibik!! bukan tak bisa!!! tak boleh!!!".. muahhahahaha.. dia dah jadi cikgu Ani dah sekarang.. 

Ok sorry tersasar cerita.. sebenarnya tu je pon.. dah ada maid kat rumah.. takkan aku nak hantar Amaani tu kat daycare.. tu membazir namanya.. berapa banyak nak bayar kan.. so dah macam tu.. baik lah aku hantar dia kat smart reader tu je.. jimat sikit sebab aku amik half day je.. 8.45am - 12.00pm.. lepastu aku booked transport pegi balik.. aku dah pesan kat bibik.. pukul 12 dah kena siap sedia dengan nasi.. sebab Amaani memang jenis makan nasi.. pagi bangun tido gosok mata terus tanya bibik.. "Bibik Amaani nak makan nasik".. so now aku ngan bibik dah risau kalau dia gi sekolah camna plak kan.. sebab kat Smart Reader diorang tak bagi makanan berat untuk budak-budak.. just biskut-biskut ngan milo camtu.. bubur nasi once a week camtu.. tapi diorang ok if ko nak bekalkan anak makanan.. masalahnya, takkan aku nak bekalkan dia nasi ngan lauk? melampau sangat tu.. hahahah.. 

Aku tak pasti bagus ke tak Smart Reader Islamic ni sebab diorang baru start 2014 ni.. InshaAllah ok.. aku tak expect gempak-gempak pon.. budak 4 tahun je pon tak yah nak expect lebih-lebih.. janji dia pandai bergaul.. jumpa kawan-kawan sebaya.. belajar berdisiplin sikit.. belajar English, Matematik and Bahasa (ikut tahap 4 tahun lah) ada belajar akhlak, ibadah, jawi, arab.. itu dah cukup bagus.. bukan nak push dia pon.. at least datang sekolah.. hari-hari dengar cikgu speak english.. kenal nombor.. kenal huruf... belajar adab dan akhlak dari kecik.. mudah-mudahan jadi anak yang solehah.. dah syukur dah... 

Oh ya.. korang boleh lah cari smart reader yang berdekatan dengan tempat korang.. sebab aku tak sure if Smart Reader Islamic ni ada apply kat semua SR atau tengok tempat jugak kot.. aku rasa tengok siapa owner dia kot.. kalau SR tu chinese owner dia, mungkin dia tak apply lah.. so pandai-pandailah korang ye.. ada sesetengah smart reader siap ada daycare.. so parents yang berkerja senang lah sikit.. boleh bayar extra.. anak tu terus je tinggal sampai ke petang.. balik kerja gi amik.. settle masalah.. tempat Amaani pon ada daycare.. dan masa daycare dia ada belajar jugak.. tapi aku tak amik lah.. sebab goyang kaki pulak bibik kat rumah.. pastu buat apa aku nak bayar lagi extra kat sana.. half day dah cukup dah.. 

So begitulah cerita dia.. pilihan di tangan masing-masing.. tapi aku rasa kalau aku takde maid.. mungkin untuk umur 4 tahun.. aku hantar kat nursery biasa je kot? tapi aku dengar cerita.. nursery sekarang kemain meletop lagi harga??? kawan aku cakap nursery start 2014 ni nak selaraskan yuran RM450 sebulan.. untuk sorang anak okk.. sorang tu.. aku bukan nak cakap banyak lah.. tapi agak-agak sikit der... ko tak boleh expect orang gaji besar.. semua orang mampu nak bayar nursery sampai RM450.. zaman Kasih kecik dulu aku rasa RM180 kot sebulan... gila babeng mahal sangat sekarang.. apa yang diorang cuba buktikan? hantar nursery RM450 sebab semua cikgu bertauliah.. semua ada knowledge.. semua pergi kursus? well.. dari zaman dulu lagi semua taska, cikgu-cikgu dia diwajibkan pergi kursus dan ada knowledge untuk handle baby ngan budak-budak.. so cost apa yang ko kene tanggung sampai terpaksa 'menekan' parents dengan yuran yang sampai macam tu sekali? pasti berkualiti ke anak-anak tu nanti? confirm akan jadi bijak pandai? sama je kot.. kalau baby tu.. ko jaga je.. bagi susu, mandi, makan, tido.. kenapa perbezaan harga dulu ngan sekarang tu beza sangat? Aku pulak nak melenting bagi pihak ibu bapa.. macam aku cakap lah kan.. bukan semua orang berduit.. bukan semua orang mampu nak bayar nursery harga macam tu.. kalau anak sorang ok lah.. gigihlah nak bayar RM450 sebulan.. kalau anak dia 2 orang? 3 orang? semua nak masuk nursery sebab laki bini bekerja.. 3 orang dah RM1,350... katalah gaji laki ngan bini total RM3000.. tolak RM1350, balance tinggal RM1650.. nak makan lagi.. nak isi minyak kereta.. nak belanja dapur lagi.. nak bagi mak bapak.. nak bayar tol... Hoi tak cukup hoi... ok betul kerajaan bagi subsidi RM180 untuk setiap anak.. masalahnya nursery semua penuh!!!! ko nak sumbat anak tu kat situ (yang berdaftar dengan JKM) dah tak boleh... semua berpusu-pusu nak dapatkan subsidi.. so yang tak bernasib baik.. kenaaaa jugak hantar tempat lain.. plak tu tempat lain dah ikut harga RM450 gak.. adoiiii kesian ok.. bila dah takde pilihan terpaksa pulak hantar anak ke kampung.. bagi atok nenek yang bela.. acaner lah pulak nak tengok anak membesar depan mata.. diorang takde pilihan kot.. siapalah yang nak berpisah dengan anak sendiri kan? just my 2 cents.. 

So berbalik kepada Smart Reader Islamic tadi.. hahahha.. suka camni kan.. tersasar je cerita tu.. ramai pulak email nak tau harga.. details tu aku tak ingat.. tapi anggaran kasar camni:

Yuran Pendaftaran :RM1500 (kurang sikit kot tak ingat plak)
-uniform
-kasut sepasang
-socks 3 pasang
-tudung
-yuran bulan Januari dan Disember
-trip
-concert
(aku rasalah kot hahaha)

pastu dia start collect bulan Februari.. sebulan RM295.. kalau nak bayar 3 bulan sekali pon boleh.
.
ulang tayang time table untuk budak 4 tahun

So itu lah harga dia kalau aku tak silap.. tu untuk kelas 8.45 pagi - 12.00 tengahari.. kalau nak sambung daycare kene bayar lain.. tu aku tak tanya sebab aku tak amik daycare.. lain Smart Reader lain kot.. so kene pergi lah tanya sendiri.. 

Sekian Fillanie melaporkan.. ada nak tanya soalan boleh tinggalkan soalan diruangan komen.. amboi dah macam kaunter pertanyaan ;)


Love,
Filla.

40 comments:

strawberi said...

good info...mmg..terpulang pd mak bapak...so sukati nk antar ble..nk suh blaja kt umah sampai 6 tahun pun boleh..hehe...registration n monthly..stendet cam kebykan pre school..oklaa tuh..

nt dh boring..thn dpn antar skolah lain plak..
rasa cepat je amani dh besar..kang gi skolah nt...boleh kurus tak mkn nasik tuh..muahahah
good luck ani

fiza zasmi said...

HE3 Gitulah gayenye kite ni mak-mak kan.. Kat kuantan ni still 250++ paling murah, ade yg 300++ Dengar kabarnye diorang terpaksa naikkan fees sebab pelarasan gaji minimum tu.. yg sorang pekerja min rm900 gaji.. hum,membuak2 rase nak jadi suri rumah..

Jueliza Jamani said...

anak saya pun saya hantar SRK.. belum dpt lagi barang2.. maybe after krismas baru nak ambik.. tak ada kesempatan cuti lagi ni.. ritu dah bayar separuh.. sama jer la yuran sini pun 295 jugak sebulan..

lynndajohari said...

salam...hai fillanie.. rm 295 tu utk half day ye? kalau day care lain harga kan?

Anonymous said...

So disebabkn pelarasan gaji minimum, bebanan nk byr gaji tu parents yg kne absorb. Adil ke korang?

Raisah @ echah said...

akak, kat tempat saya pun dah apply rm450 sebulan. so saya dua anak jadi rm900 sebulan tambah lak belajar iqra' jadi rm930. tu sekolah yang biasa2 tu.. tu paliiiing murah kat sini. yang lain, yang ada nama sikit rm580++. huhu berpeluh nak bayar yuran sekolah anak....

FaznFaz said...

hi, saje nak komen pasal nurseri or taska... i rasa diorang 'terpaksa' charge mahal sbb gaji minimum... eg, gaji min 900, jkm rules, utk bawah 2tahun, 1 pengasuh, 3 org baby aje... so, kalau kita bayar 300, mmg ngam 900 laaa.... betul x???

tu baru gaji, belum kos2 lain sewa, api, air etc

thats why banyak taska ambik transit kut, sbb transit budak besar, duduk kejap je situ, tapi yuran boleh cover kos kut...

tapi tu laaa 450 macam mahal sgt, shah alam skrg still 300, n i pun x cerewet sgt, asal anak sihat, x trauma gi taska dah ok...

nak buat camner, yg kerja taska pun nak kena ambik sijil, bila ambil sijil, dah taraf2 terlatih, haruslah gaji pun nak mahal sikit... last2 kita laaa jugak yang menanggungnya...

sabar je laaa...

Anonymous said...

filla,
tak payahla nak merungut harga nursery mahal.
ini DESAKAN HIDUP filla.
nursery tu nak bayar cikgu lagi, nak beli brg mknan lagi. ingat brg mkn sekrg murah? minyak petrol naik. memangla kita akan kata. apa celah mana kaitan minyak petrol ngn nursery?
kita ni hidup mcm rantaian. chaain relationship.
fikirla sendiri kat mana kaitan minyak petrol naik, gula naik, terhadap nursery which include cikgu2 nursery.
so dengan nex year tol lagi naik... what do u expect???

tula..jadi rakyat bukan membuta tuli sokong.
tak payahla nak merungut kan? malaysian dah pilih pon pada 5 may. so nak tak nak kena hadap la harga nursery rm450 sebulan.

peace filla! :)

Filla said...

anon: yup betul. ni bukan merungut.. ini pendapat masing-masing.. tu saya kata tadi.. tak semua orang berduit.. tak salahkan cikgu pon jika itu hak mereka untuk dapat gaji rm900.. saya bercakap tentang ibu bapa yang berpendapatan rendah dan ada anak yang ramai.. mungkin mereka tiada pilihan melainkan hantar anak balik kampung mintak ibu bapa tolong jaga.. kepada yang mampu, bersyukurlah, ramai lagi yang susah ;)

Rodiah Amir said...

kak Filla chill aje dgn anon tu ye. dah nama tulis blog sendiri mesti meluahkan rasa hati pendapat sendiri. xkan nak tulis psl pendapat org lain plak. kan negara ni bebas bersuara. eh kalo gitu baik xyah wat blog xpon buat invited reader aje. lol..

Anonymous said...

ops filla. lupa nak tambah.
thn depan tarif letrik naik 15%. so maybe diorg boleh naikkan kepada rm500

maka?
hehe. ok la..

ada sesetengah org hidup selesa, memg diorg x fikir apa kesannya pada org yg golongan miskin dan pertengahan cukup2 makan.

peace filla!

Lissa Salfarina said...

kak.. saya anak sorg pon hantar babysitter rm300.. kalau ada 2 org rm600.. belum belanja lain2 utk anak.. bukan nak merungut.. tapi ntah la..

terpikir gak kadang2 bgs gak kalau anak dah 3,byr pengasuh rm900 baik jadi surirumah.. tapi kesian pulak suami je berkerja..

duk kat KL, gaji rm3000 anak 3 org hnya cukup2 makan..

Anonymous said...

Eh eh anon ni,mcm meluah prasaan plk kt sini. I didnt see yr rationality to argue k.filla on this issue.mcm ahli nujum benar spot siapa yg k.filla vote ritu.
Gaye mrh tu mcm owner daycare je..eh ke ye?hihi
Whatever it is cik kak,i suggest u better go stalk blog2 @ laman sosial our leadr utk release all yr unsatiesfied things tu..kalau blh,amik entry k.filla ni jdkn rujukn skali,nmpk sikit rjin buat research kn.bkn kt sini tmptnya nk bntg bajet 2014 cik kak...buat pnt taip je.kalau motif nk sdrkn org akn ksilpn lalu,blm tentu kita btl 100% dn org lain silap 100%..
Btw kak,tmpg lalu bls komen anon *taksedartudirisendiripunanonjugak*haha
Sory nk cpt xdan nk log in-sawada_g1@yahoo.com

Amani is so funny la-bisa,boneka,sepatu,bahahaha.join sepahtu pliss,hihi

littlehumblelynn said...

1st time comment entry filla wpun tetiap hari baca blog filla.
Kenaikan rate nurseri kalo sejajar dgn servis,taska beraircond,makan tak semedang telur sahaja @ tak sesak macam sardin--saya sokong!
Ini nurseri ala kadar,panas,kotor @ menu tak semenggah mmg menyakitkan hati.
Betul bukan sumer ibubapa mampu,kenaikan rate taska sgt membebankan :(

Anonymous said...

Just nak add my 2 sen here. Mmg everyone suka bargain kan? Benda mahal org complain. But in my honest opinion, when it comes to your kids, please send them somewhere the teachers are trained and experienced. Of course la the teachers tu pun berhak dapat gaji minimum, bukan? Mereka pun cari duit. Why should they get paid low wages just so you can get a bargain? You need to see it from their point of view too. I understand not everyone can afford when things are expensive. But I think it's unfair to penalize the caregivers. And like someone said, JKM has guidelines. The ratio for baby to caregiver is already set and they have to comply. If Ada ten babies kena la have 3 caregivers.

Also, remember they are caring for multiple kids at the same time. Kita nak jaga anak sorang, dua orang pun dah penat, kan? If you ask me, child care costs should be subsidized more. That way parents can better afford it and the caregivers are paid fairly. I used to know of daycares with at least 10 kids under 3 years and the 3 minders are paid less than RM600 a month. How are they to survive?

Siti Aishah Kassim said...

for me 4years its a good time to start … zaman skrg kids semua advance belajar cepat… anak i pun hantar start 4years … ok ajer bagus sgt…coz cikgu ckp masa 5y & 6y lagi tough ...

Siti Aishah Kassim said...

for me 4years its a good time to start … zaman skrg kids semua advance belajar cepat… anak i pun hantar start 4years … ok ajer bagus sgt…coz cikgu ckp masa 5y & 6y lagi tough ...

Anonymous said...

Haha. I didnt see filla , that i bash u. Ni la penyakit melayu. Sebab tu kita jd melayu yg kena pijak hr ni.

When there is an open discussion, people simply accuse that bash, harsh word, etc.

Why not read with open heart.
Saya bukan cerita pasal tak puaa hati. Its about how we are going to survive with malaysia's economy fever?

Okla filla. I tak nak ur lovely readers tulis mcm i nak gaduh ngn u plak.

Peace filla!

Filla said...

to all: this entry is dedicated to readers/parents yang tanya tentang smart readers islamic.. tapi i tambah lah sikit pasal cost nursery sekarang yang mahal.. bukan salah cikgu sebab mereka berhak.. dan bukan salah parents yang tidak mampu untuk mengeluh.. mungkin kita tidak berada dalam situasi mereka.. dan kita tidak berada dalam situasi cikgu tu sendiri.. everybody has their right to give opinion here.. saya terima semua secara terbuka....
betul, bila naikkan yuran sampai tahap rm450, saya setuju jika syarat ditetapkan ialah seorang cikgu hanya kene jaga 3 baby.. tapi itu jarang sangat berlaku.. based on my experience lah.. kata jaga 3 orang.. sebenarnya tak.. anak-anak terbiar.. time nak balik amik.. memang ok, cantik berbedak.. hakikatnya kakitangan tak cukup.. itu memang menyedihkanlah.. untuk yang tak berkemampuan... cuma ada 2 pilihan.. berhenti kerja dan jaga anak sendiri atau hantar anak balik kampung.. tapi tulah.. bila hantar anak balik kampung.. memang confirm jadi bahan umpatan.. anak sendiri tak boleh nak jaga ke? kenapa mesti menyusahkan mak bapak yang dulu masa kita kecik dah bersusah payah jaga kita.. now menyusahkan lagi sekali sebab kena jaga cucu puluk.. they have no choice! yang dapat subsidi bukan semua.. segelintir saja... mungkin akan ada solution sekiranya subsidi diterima oleh semua yang berpendapatan rendah di semua nursery tak kira kat mana pon.. kan? ke tak? ini subsidi hanya boleh diterima pakai di sesetengah nursery di bawah JKM.. yang bukan under JKM pon sama naik jugak dah ikut harga JKM..kang bapak pulak yang salah... tu lah.. buat anak ramai-ramai lagi..dah tau tak mampu, tak yah mengada nak beranak ramai..yang bapak pulak jawab.. ini rezeki Allah taala nak bagi.. jangan pertikai.. akhirnya tak berkesudahan.
ok lah.. harap tiada readers yang berkecil hati.. sebab kak filla sayang u all.. *muah*

Norazlinr Azmi said...

akak,

adik ipar kt dok kat putrajaya tau..dia ckp memang taska kat sane dah meletup harga dia..memang takde pilihan kak terpaksa jugak anta..
pastu dahla mcm2 kes kat taska2 area sane tu..takut kt dgr adik ipar cite..

kt pn mcm nk anta anak ke SR gak tp tula takut SR tanak terima budak yg umo bwh 4 tahun..biar die skola kasi bergaul kan..biar terbukak skit minda dia..


Filla said...

norazlin: akak rasa SR ni kalau nak hantar.. dari 4 tahun ke atas kot? try check ye ;)

Ain said...

Good Info Filla, sbb saya pun ada bibik dan hantar anak ke taska umur 4 tahun dari anak yg 1st.. utk dedahkan dia bergaul dan belajarkan.. 4 tahun bkn nak push pandai tahap lancar membaca segalakan.

Promosi Premium Beautiful Corset di blog saya.

lyana said...

hehehehe..mcm2 komen ada...
apa-apa pun..terpulang kpd ibu bapa kanak2 itu sndiri...semua nk yg terbaik dan ikut kemampuan...
Amani nk sekolah jgk yer...all the best to amani yg bambam n cute...
Anak saya masa 4 thn msuk sekolah, satu ari jer pastu xnak pegi dah...
Now..start early dec ari tu anta dia ke little caliphs...ok la..dia ari2 nk g sekolah dah....

lyana said...

hehehehe..mcm2 komen ada...
apa-apa pun..terpulang kpd ibu bapa kanak2 itu sndiri...semua nk yg terbaik dan ikut kemampuan...
Amani nk sekolah jgk yer...all the best to amani yg bambam n cute...
Anak saya masa 4 thn msuk sekolah, satu ari jer pastu xnak pegi dah...
Now..start early dec ari tu anta dia ke little caliphs...ok la..dia ari2 nk g sekolah dah....

Anonymous said...

hantar mahal2 pun..kalau anak tu dh bodoh..bodoh jugak..

Alyyani Anuar said...

all the best utk amani for next year. anak2 sy sekolah kat SR since diorg umur 3 thn. nanti awak akan amazed dgn kejutan2 yg amani bg. insyaAllah banyaaakkk progress dia nanti. :)

pinky said...

Mcm2 komen tp kak filla u did a good job...

nisa said...

Assalamualaikum. .ngerinya tengok komen anon, bukankah bahasa menggambarkan perilaku..tak paham betul dgn org yg selalu berbahasa kasar n negatif..apapun, selamat memasuki alam tadika amani!

Anonymous said...

To : Anonymous 11.31 AM. Narrow minded...sedehhhh..

Contestant Ephyra said...

Assalamualaikum Kak Filla . Bila nak umum pemenang contest Ephyra tu ? Ataupun akak dah umum , sebab saya tercari-cari link pemenangnya . Hihi , tak sabar nak tahu :D

fifahnazri @ owner Kedai indah said...

Jemput semua shopping handbag online di Kedai Indah yea sis. Thank you

http://kedai-indah.blogspot.com/

Hazwani Makeup Artist said...

k.filla, i setuju sgt bila u mention pasal anak2 terbiar kat nursery tu. dan i pernah hantar anak kat nursery semurah2 rm180 sebulan dan semahal2 rm580 sebulan kesimpulan yg boleh dibuat, dua2 nursery sama aje.

yuran nursery mahal ke murah ke, sama je, anak2 terbiar, caregiver memang not well-trained.

last 2 weeks i ada cerita pengalaman perit i hantar anak2 kat taska. nangis bila teringat :(

http://themakeuplover.blogspot.com/2013/12/taska-terbaik-wujud-ke.html

and again, ni cerita based on pengalaman. apa yg u cerita tu pun based on pengalaman u. hanya orang yg merasai je yang betul2 paham.

supermommapots said...

Nanti Amani dah masuk 5 yrs old tambah la amek bahasa mandarin...anak lelaki saya dulu masa masuk pun 4 yrs.. Tahun tu learning process dia nak berkawan .. So mcm2 la risau pun ade coz kawan2 dia semua anak bangsa asing but alhamdulillah next yr dah masuk thn ketiga dgn srk.. Yuran dah naik sikit sebb dia compile 4 month terus.. Hehe.. N yg saya tak suka sgt srk sekolah sampai tengah bulan 12..so nak bercuti agak sukar sikit..overall mmg ber puas hati la.. Takpe la melabur sikit utk anak2.. Hehe

supermommapots said...
This comment has been removed by the author.
nurhidayah abu bakar said...

Saya anta 2anak rm450 tp bkn taska la.syukur anak2 sihat n xmau blk.hehe pgasuh baik Sgt.sabtu ahad pun tolg jaga.

nurhidayah abu bakar said...

Say a anta 2anak rm450 tp bkn taska.syukur anak2 sihat n spi xmau ikut umminyer balik.pgasuh baik Sgt sabtu ahad pun tolg jaga.

Anonymous said...

Anak bodoh tak pe..jgn kurang ajo..

Norma Hamid said...

good info.
jom blogwalking

ros azniza said...

U hantar half day or day care

ros azniza said...

U htr a nak u half da y or day care