Apa yang terdetik di minda kita bila tengok wajah anak-anak kecil ini? First time tengok gambar adik nie, aku cuma lihat seorang kanak-kanak yang sedang menikmati kehidupan kanak-kanaknya tanpa ada sebarang masalah yang perlu difikirkan.. nampak gembira walaupon dalam kedaifan.. Wajahnya boleh membuat hati kita sayu tapi tetap menghiburkan...
Bayi yang sedang dikendong ibunya.
kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan rumah mereka mungkin?
Sebenarnya aku terlepas peluang untuk bersama-sama Maybank, salah satu kumpulan perbankan terkemuka di Asia Tenggara dan peneraju perkhidmatan kewangan di Malaysia untuk melancarkan Projek 'Helping Every Asian Rise Together' atau singkatannya Projek H.E.A.R.T. yang diadakan di Kampung Chuweh, Gerik baru-baru ini. Kampung Chuweh didiami oleh penduduk Orang Asli yang serba kekurangan..
Sempena Deepavali yang juga dikenali sebagai "Festival of Lights" Maybank melalui Projek H.E.A.R.T. akan 'menerangi' komuniti yang memerlukan dengan cahaya mentol solar secara percuma. Ini pastinya dapat menambahbaik kehidupan di perkampungan Orang Asli ini. Ini adalah seiring dengan perayaan Deepavali yang dianggap sebagai Pesta Cahaya dan diraikan oleh masyarakat Hindu di seluruh dunia. Cahaya ini dianggap lambang kemenangan kebaikan ke atas kejahatan apabila cahaya menerangi kegelapan.
Kampung Chuweh, perkampungan Orang Asli di tepi Tasik Banding Gerik, Perak bakal menjadi komuniti pertama yang menerima mentol solar ini bagi membolehkan penduduknya melakukan pelbagai perkara yang dianggap menjadi kebiasaan oleh orang ramai pada waktu malam.. Salah seorang penduduk berkata "dengan adanya lampu solar, kami merasa lebih selamat dan lebih banyak urusan dapat dilakukan seperti menjahit dan membaiki pukat. Anak-anak kami juga boleh berlatih membaca pada waktu malam. Ia juga lebih murah kerana minyak tanah yang kami gunakan sebagai sumber menyalakan lampu adalah sangat mahal. Mentol solar ini sudah pastinya akan membawa perubahan kepada keluarga saya"..
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Maybank yang juga peneraju Projek H.E.A.R.T., Mohamed Adam Wee "Kami ingin memberi 'cahaya' ke dalam kehidupan penduduk Kampung Chuweh dan harapan kami agar hasil daripada inisiatif yang mudah ini akan membawa masa depan yang lebih cerah untuk seluruh masyarakat di sini. Sejak 50 tahun ditubuhkan pengasas Maybankmenginginkan Institusi kewangan ini menjadi pemangkin utama dalam pembangunan ekonomi dan sosial, menabur bakti untuk masyarakat adalah menjadi sebahagian darpada nilai dan tunggak utama Maybankd alam melangkah ke hadapan, sejajar dengan misi Humanizing Financial Services Across Asia.
Semoga Projek H.E.A.R.T yang pertama ini dapat diperluaskan di seluruh Asia dan dapat membantu lebih ramai penduduk yang memerlukan ;) Melalui Projek ini juga, isi rumah dalam komuniti yang disasarkan dapat menjimatkan sebanyak 20-30 peratus daripada pendapatan mereka, di samping menjalani kehidupan yang lebih sihat, selamat dan produktif. Perancangan juga sedang giat dirangka agar mentol solar ini juga dapat diedarkan kepada komuniti lain di Sabah dan Sarawak serta di Filipina untuk perayaan Krismas akan datang.
Anda ingin turut sama membantu menjayakan Projek H.E.A.R.T ini? Boleh.. mudah je caranya ;)
Sila layari www.maybankprojectheart.com dan click buttons untuk share!! Kita boleh share di Facebook, Tweet dan Googleshare.. Setiap kali kita share pastikan kita letak hashtag #projectheart
Saya dah share, anda sudah? Layari www.maybankprojectheart.com untuk maklumat lanjut.. Jom kita trending kan hashtag #projectheart di laman sosial masing-masing ;)
1 comment:
Hello Che Filla, this coming to you from Canada...bahasa saya da out of tune, sebelum Merdeka, so I tulis chakap England, ha ha...
I love the pics here....and very interesting posting.
I used to see Orang Asli very often old days when working...in the jungles of Kuala Krai, Gua Musang, Cameron Highlands, Sarawak, etc.
Cute children...
You have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.
Post a Comment