Thursday, November 14, 2013

Bagaimana Merancang Kewangan dengan Bijak..

Assalamualaikum..

Hari ni terdetik nak share tentang cara-cara merancang kewangan dengan baik.. nak share pon segan-segan sebab tak de pon pandai dan takde pon duit betingkek-tingkek nak mengajar orang plak cara nak rancang kewangan kan.. Ok fine, kita anggap gini, sebab duit tak bertingkek-tingkek lah kita mesti bijak merancang dan saving..

Aku tau readers aku ada banyak peringkat umur, banyak golongan, bermula dari sekolah rendah, menengah, students IPT, baru mula kerja, bujang, bertunang, baru kahwin, mak-mak, makcik-makcik.. hah tu yang aku tau lah kan.. so untuk tajuk kali ni memang sesuai untuk semua umur ;)

Dulu ada jugak kawan-kawan yang tanya dan mintak tunjuk ajar cemana cara aku manage duit.. Aku tak de lah bijak sangat bab-bab tu.. tapi sebenarnya menabung dan kemana kita spend duit tu sangat penting.. especially untuk orang yang tak reti kawal nafsu bila ada duit kat tangan.. 

To be honest, aku bukan jenis boros sangat.. tapi sekali aku menggila, gila jugak lah belanja hahaha.. tapi aku balance kan lah.. sekali gila.. pastu 3 bulan tak gila.. pastu gila balik hahah..

Ok letak point-point lah senang faham ok.. Bagaimana merancang kewangan dengan baik cara Kak Filla.


Buka Akuan ASB
Ini tiada paksaan dan bukan advertorial ye.. It depends la pon sebenarnya.. mana bank ko nak bukak akaun takde masalah.. tapi aku rasa dengan ASB memang untung lah.. Bila kita dah start kerja, pastikan setiap bulan kita menyimpan / saving.. Untuk adik-adik yang bakal bekerja, akak cadangkan dari mula berkerja dah kena bukak akaun dan pastikan kita berdisiplin.. tak banyak tak apa.. janji ada.. kalau cuma mampu simpan RM50 sebulan pon takpe.. Aku lebih suka menyimpan secara tetap tiap-tiap bulan dari main kutu.. sebab aku suka part menyimpan tapi tak suka part aku dah dapat duit pastu aku kena bayar plak untuk turn orang lain dapat duit.. hoih tak suka macam tu.. tapi terpulang.. kalau korang rasa ok go ahead.  Sebelum ni aku memang ada akaun ASB.. katalah dalam akaun ko ada 50K.. setiap tahun, paling busuk pon ko dah boleh dapat RM4K dividen, itu kalau dia bagi dividen 8%.. kalau lebih, jom kita bersyukur.. 

Dividen tu akan dapat awal tahun.. hujung tahun kan banyak pakai duit? road tax lah, insurans lah, anak nak sekolah, cuti sekolah nak bawak anak gi jalan-jalan lah.. bla bla blaaaa...dah berkeluarga lagi lah banyak duit nak pakai kan? duit yang ada guna dulu untuk cover semua tu.. nanti dividen dah masuk boleh lah replace duit tu ye.. Tapi biasanya aku peruntukkan duit dividen boleh guna untuk travel.. walaupon ada orang rasa pegi vacation ni satu pembaziran... tapi aku suka sangat.. nak buat camne kan.. duit yang ada tulah kita guna.. kalau ada duit pon tapi tak happy tak best gak kan? tapiiiii kalau ada rezeki lebih, tak yah lah usik dividen tu.. kita biarkan je dalam akaun.. paham? 

Baru-baru ni aku buat loan ASB.. i don't mind sharing selagi benda tu memberi faedah buat aku dan readers aku.. aku buat dengan Maybank.. ramai kawan-kawan rapat aku pon buat loan ASB jugak.. kata lah ko loan RM50K.. ko boleh pilih bayaran balik berapa tahun ko nak.. kalau singkat, monthly besar lah nak bayar.. tapi kalau panjang.. monthly murah.. katalah ko pinjam / loan RM50K.. dan buat selama 15 tahun.. ko cuma perlu bayar RM400 sebulan.. selama 15 tahun baru ko akan dapat sijil.. duit yang kita simpan/bayar tu memang lah tak leh bawak keluar.. tapi dividen every year kita boleh amik ;) siapa nak bagi tak kurang dari RM4,000 setahun? kalau tak nak amik dividen pon tak pe.. simpan je dalam tu.. makin banyak duit makin tinggi dividen yang kita bakal dapat.. genap 15 tahun, anak pon dah besar.. lagi banyak nak guna duit kan? anak nak masuk U, anak nak kawin.. mana nak cekau duit? Sebab tu lah pentingnya merancang kewangan dengan baik sejak dari awal ;)

Beli Aset
Kalau dah kerja.. ada duit sendiri.. ada rezeki lebih.. beli lah rumah.. rumah sekarang bukan murah dik.. setahun je beribu naik.. bukan macam beli kereta, makin lama harga makin turun.. memang lah kita boleh menyewa, tapi sayang duit tiap-tiap bulan bayar kat orang.. rumah bukan kita punya.. kalau belum ada rezeki tak pe.. pelan-pelan lah kan.. cuba apply loan.. tengok boleh approve ke tak.. duit gaji tu tengok boleh cover tak kalau aku beli rumah.. hah macam tu.. jangan kata orang perempuan tak yah susah-susah lah.. esok aku kawin, laki aku mesti beli rumah untuk aku.. tu kalau laki ko kaya dik.. kita ni hidup jangan suka berharap pada orang lain.. cuba ada sumber pendapatan sendiri jugak.. sebab kita tak pernah tau apa bakal terjadi di masa depan.. betul tak? bukan lah nak harap benda-benda yang tak elok berlaku.. tapi sediakan payung sebelum hujan.. ajal, maut, jodoh bukan ditangan kita.. kalau ditangan kita, senang lah nak atur kan? kalau ditakdirkan tetiba kita takde jodoh, atau pasangan pergi dulu sebelum kita? boleh tak berdiri atas kaki sendiri? boleh ke nak sara anak-anak? jadi nak bermanja boleh, tapi jangan bergantung sampai kita tak tau apa-apa langsung.. suami isteri kena sama-sama bantu-membantu.. jangan harap duit laki dan laki jangan harap duit bini... tanggungjawab lelaki untuk beri nafkah dah sara keluarga.. tapi tak berdosa kalau isteri ada pendapatan lebih dan nak ringankan beban suami.. dapat pahala lagi ada ;)

Bahagi tugas
Ini nasihat untuk yang bakal mendirikan rumah tangga.. Sebelum berkahwin dah boleh bincang.. tapi jangan nak over sangat bincang macam dalam meeting room plak kan.. kang ada yang kene tumbuk.. maksudnya sambil dating-dating makan ice cream bajet comel tu kan.. boleh lah usik-usik.. "kalau kita kawin nanti camne yek? awak nak saya bantu-bantu bayarkan apa-apa ke? awak bayar semua, saya bayar bil letrik je".. ok tu dialog orang pompuan.. (aku ajar) hahahahha.. tu sinis tu sebenarnya.. nak orang lelaki paham, bukan keja aku pon.. bukan tanggungjawab aku pon.. tapi i ikhlas nie.. i tak kisah sikit-sikit kalau u rasa terbeban sangat nak bayar itu ini.. i boleh bantu.. jadi orang pompuan pon, jangan lah amik kesempatan sangat, mentang-mentang lah tu bukan tanggungjawab kita.. kesian plak kan kat laki.. kang demi nak melaksanakan tugas dia sebagai ketua keluarga.. ada yang begolok gadai plak.. dan buat kerja tak senonoh macam pinjam along ke apa kan.. jangan ye.  macam kitorang ni pon tanggungjawab banyak.. bil-bil, bayar kereta, maid, sekolah anak, barang dapur, susu, diapers, barang basah, minyak kereta.. eh never ending lah.. so kene bijak dan disiplin.. dan ukur baju di badan sndiri.. bukan kat badan orang.. ikut lah kemampuan.. jangan nak bergaya dan berlagak punya pasal, pinjam sana sini.. kengkadang orang melayu kita ni suka simpan dalam hati.. semua tak nak bincang.. boleh bincang, tapi biarlah kene cara.. kalau tak bincang nanti gaduh kemudian hari lagi susah.. so biar clear dari awal.. 

Berhemah dalam berbelanja
Ini macam tak sesuai nak nasihat hahahah... kalau ada duit lebih tak salah.. kita nak jugak enjoy sekali sekala kan? ada rezeki lebih boleh makan best-best.. boleh jalan sana-sini.. boleh beli baju, kasut, bag.. boleh shopping baju anak-anak.. tapi jangan selalu lah.. 4 bulan sekali pon ok.. atau shopping untuk baju raya pon boleh.. macam aku, aku suka shopping baju budak-budak kalau nak pegi bercuti.. hahaha.. over gila asal nak gi bercuti nak baju baru.. yelah, nanti nak amik gambar, takde lah asik baju sama.. lain tempat, lain lah baju kan kan kan? salah eh? daripada aku shopping pastu untuk pakai saja-saja je.. memang tak la kan.. Dulukan yang penting.. kemudiankan yang tak penting.. senang je pon konsepnya.. tapi aku tau.. ramai kalangan orang perempuan especially, kadang menggila shopping.. aku tak macam tu kot.. hahah.. mungkin ada jenis tak leh tahan tengok designer handbag.. ada duit takpe.. aku kadang macam tu jugak.. dah berkenan sangat-sangat ni.. tapi macam arghhhhhhhhhh riban-riban kot.. baik aku guna utk benda lain.. 

Menabung dan didik anak berjimat
Bukan aku suruh korang beli tabung pastu menabung.. tadi yang aku citer bab saving kat ASB tu lain.. macam aku, aku ada satu lagi account yang duit gaji dan lain-lain semua masuk kat situ.. aku ada habit suka tengok duit dalam tu.. aku jadi sedih kalau duit dalam tu berkurang dan berkurang.. hahaha.. ni penyakit ke apa... aku dari dulu akan moody kalau duit tu dah below dari yang selalu aku tengok.. aku bukan jenis selagi ada duit, takkan kubiarkan ko di dalam tu.. akan kuhabiskan dengan pantas.. no, aku bukan orang macam tu.. so kita kena tanam lah sifat 'gembira melihat duit bertambah'.. hahahaha.. bukan lah maksudnya hidup kita ni semata-mata kerana duit.. sampai mata pon dah tukar logo $$$$$ kannnn.. kang ada je yang nak berfikiran negatif.. sok-sok tetiba je nak kene pakai duit.. at least ko ada banyak backup.. akaun sini ada sikit.. sana pon ada sikit sebab haritu tak guna.. ha begitu lah maksud aku.. jangan amalkan dapat duit, mari kita joli katak.. jangan dik.. Untuk adik-adik sekolah, kalau ada duit simpan.. belajar jimat cermat dari kecik.. mak bapak pulak, sekali sekala takpe nak ikut kemahuan anak.. tapi jangan sampai apa anak mintak terus dapat depan mata.. aku pon jenis tak sampai hati.. tapi aku tapis lah.. apa yang patut apa yang tak.. amaani tu pon dah pandai.. kalau mintak lembut je bunyi dia.. "Mama, mainan Amaani tu dah rosak lah.. mama belikan lah yang baru ok?".. amboi hati mana lah tak cair kan? padahal murah je kot yang dia nak tu.. tapi aku tak bagi dengan alasan "Haritu baru je papa belikan mainan.. tak boleh asik beli je.. ada yang boleh beli ada yang tak boleh, yang kali ni tak boleh".. terus dia tunduk.. pastu slow je cakap "Mama tak sayang amaani kan? mama marah Amaani kan? tak payah kawan Amaani".. Eleh... tak yah kawan sudah! tak heran laaaa! hahahahahah.. 

Berkat
Ok ni last nak cakap.. tapi ni lah kesimpulannya.. Kalau masih ada ibu bapa, bagi mak bapak kita duit tiap-tiap bulan.. tak kira lah kalau mak bapak korang kaya gila, kerabat ke Tan Sri ke.. Ikut kemampuan masing-masing.. kadang diorang tak perlukan pon duit kita yang ciput tu.. tapi perasaan dia lain kot kalau anak yang bagi.. tetiba aku terbayang Kasih dah kerja.. tetiba hulur envelope.. "mama, ni kasih bagi mama bulan ni" *laju-laju bukak envelope eh jumpa 8 ribu* kahkahakahhhh ok tu buat lawak je.. tapi mesti tersentuh hati aku.. jangan lupa mak ayah kita.. kita ni dari kecik sampai besar gigih diorang cari duit untuk biaya sekolah kita.. korek sana korek sini kot.. ada kita kisah? kita tau, mintak je dapat.. mintak je dapat.. esok2 adik-adik dah kerja.. jadikan amalan yeh? gaji pertama tu bagi sikit kat mak ayah tu.. kalau dah biasakan dari awal, takde lah rasa kekok or segan ke.. jangan pentingkan diri.. nanti kata plak "Alaaah, aku banyak sangat nak bayar ini, bayar itu, bla bla bla.. tak cukup nak bagi mak bapak" penampa nak? Percayalah cakap aku.. bila hidup kita ni sentiasa ingat mak ayah kita.. InshaAllah senang hidup kita.. murah rezeki kita.. 

Dah lah tu.. banyak kerja lain nak buat.. Aku harap, apa aku cerita sikit-sikit ni dapat lah membantu sikit-sikit.. mana yang boleh korang terima dengan hati terbuka.. terimalah.. mana yang korang rasa tak suka pon tak pe... tak paksa dan tak marah pon.. aku bukan pandai nak ajar-ajar orang atau nak buat tips-tips ni kadang aku rasa macam poyo.. sebab tu dah jarang nak buat entry macam nie.. sebab takut orang cakap 'macam bagus jeeee... macam bagus jeeeeee'.. bahahahahaha.. 

Ok bye. nanti sambung lagi.. tata titi tutu..

7 comments:

ღ.paiez.ღ said...

suka entry ni kak filla ;)
sy pompan.suka shopping.tapiii kdg2 bila rs sshnya carik duet.sshnya nak dpt keje lepas grad teros rs syg nak gn duet tu.haha

part last tu mmg betol.berkat ibu bapa.kadang2 tak terduga pon ada je rezeki lebih atau rezeki laen dr allah bila kte hulur duet pada mak abah.

semoga rezeki akk dan sy juga makin murah ;)

Malina Mat Wazip said...

Hi Kak FIlla,

Sy ni silent reader..thanks for your tips..memang ini yg diterapkan oleh parents saya..now sy apply kat family sy sendiri..lepas baca tips akak ni, maksudnya sy dijalan yg benar lah jugak..thanks ye.. :)

nalsweet said...

ya ampun..tq kakak cantikkk!!

ni yg nak bertambah adore ni..hihi..baru je request..dah dpt entry..hehe..

saye ada gak buat mcm ape kakfilla suggest ni..tp mgkin dlm stage struggle..so kena bersabar2 dulu la kan..

betul kata akak..yg penting nak berkat kena hulur kat mak ayah juga sesape yg perlukan..konsep dlm islam pun ajar..setiap portion income kita ada habuan org lain..
kaya kita bukan pada isi wallet/purse..tp pada bape byk dh kita spend kat org memerlukan..
bekalan kat akhirat tu..

tqvm sis sebab sudi share..moga bertambah murah rezeki akak comel ni..tq again n again..hihi..

kem salam amaani..haha

Me said...

Thnx kak filla....sy student ipta y honestly mmg bluuuurrrr bab2 savings ni....tp dh bc ni rase teranggg skettt duniaaa...hahahaa
Semogaa aka sekeluarga trusss bahagia dn dmurahkan rzeki...
P/s: kalau blh nnti hujung entry krabi nnti akak listkan badget krabi ehh? Ehh??sbb sy mmg rancng nk g krabi nnti.... hehe...thnxxx kak!

nOruLe_aYu said...

kak filla,ni post yg saya paling like2 bjuta kali!!sebab sy pun ada habit sama mcm akak..simpan dlm asb..sedih bila duit bkurang..huhu..*mata ada $$$$*...Alhamdulillah stiap bulan kami tak pernah missed bagi duit dkat parents..tapi selalunya abah akan tolak n ckp "abah xnak duit tu..abah tau gaji byk tu xcukup utk tampung hidup..lagi2 kt kl.."..then abah akan bank in semula kt kmi senyap2..mula2 rs sedih+terharu bila dpt tau abah buat mcm tu..but finally kmi sepakat adik beradik dgn mak skali simpan blk senyap2 dlm asb dia since buku asb semua mak yg simpankan..hehehe...ok tu je nk share...bubye kak filla!

moonzali said...

NICE TIPS KAK FILLA..TQVM..

Chekgu Azrine said...

Tq for sharing filla