Thursday, October 31, 2013

JELLY BUNNY

Pernah dengar Jelly Bunny? Aku pernah tapi tak tau sangat hahaha... Orang kata kasut Jelly Bunny wangi macam gula-gula.. Ye, memang betul.. rasa nak ngap je kasut ni.. wangiii hehehe..

Actually my friend Kak Nana yang whatsapp haritu.. dia tanya nak kasut Jelly Bunny? Eh eh.. tetiba je hahaha.. then dia whatsapp gambar-gambar ni.. dia cakap yang jenis ni murah ada 70% discount ke apa tah.. kira dari harga RM99 jadi RM39.. Oh boleh lah.. sebab katanya comfortable gila.. ok nakkkkk!!!

Pastu begaduh tak tau diri sendiri pakai size apa.. cakap kat dia size 5 la kot.. kang 6 besar plak.. pastu dia bagi gambar suruh pilih.. terus pening rasa nak yang pastel sebab nak perasan cinderella ;)

Kak Nana cakap pastel nanti nampak kaki.. kalau bekerak tak yah berangan... zalim gila, pang baru tau. 

Jenis ni pon ada.. tapi kurang berminat.  Pastu dia hangin dah.. "Hoi cepat la nak yang mana".. hahaha selalu buat i panik tau.. orang tengah bercelaru nak buat pilihan ok.

Then aku suruh dia snap dan pakai kasut tu.. 

Comel kan? So lepas asyik bertukar pikiran, aku pilih dark blue tu ;) sekali bila dah dapat.. ketat la pulakkk.. hahahaha.. nasib boleh tukar within 3 days.. tu yang kitorang pegi tukar balik the next day nya tu.. 

Ramai tanya beli kat mana.. Hoi korang tanya aku??? Aku pon drive suruh Kak Nana duduk sebelah.. dia geleng kepala je tengok kelembs ai nie.. tak leh bayangkan ok kat mana.. tapi siapa biasa area Puchong Kinrara tau lah kot shop lots baru ni.. Tapi ramai bagi feedback kata butik dia ada kat KLCC, Midvalley pon adak kot.. buat homework sikit yaaa.. pegi google.. jangan jadi pemalas macam ahkak.

Cantik tak kasut ahkak.. comel kan? LOVE-LOVE lagi.. mesti Pak Radie sakit jiwa hahahah... aku suka kasut tapi aku selalu lupa aku beli kasut.. nanti aku simpan sebab sayang.. pastu bila dah lama, baru aku teringat aku ada beli kasut tu.. hahahah.. 

Korang rasa kasut ni cantik tak??? Huwaaaaa aku berkenan gilaaa.. tapi bila whatsapp gambar ni kat Pak Radie dia cakap tak yah lah.. kang mesti aku tak pakai.. Hey, pakai lah!!!! dia cakap nanti tengok Dr.Mart.  Hari tu pegi lah tgk ngan dia.. No, tak sesuai ngan aku ok.. stok balik kepala anjing, ICU anjing.

Mama will come to pick u up dear.. don't worry soon bebeh, soon.. Eh ada lagi ke??? Korang jangan beli ok!! nanti habis... aku balik dari Krabi aku nak beli, kalau habis, siap korang!

_________________________________________________________________________________
-Ads-
Assalamualaikum :)

tak ada saat yg paling gembira bila dengar pelanggan kita mendapat respon positif hasil penggunaan produk BERMUTU dan BERKUALITI yang kita syorkan <3 i="">

LUMIERE FACE SAVON; BUKAN SEKADAR JENAMA


LFS Merupakan Bar Soap Yang TERBUKTI 300% BERKESAN Kepada Kulit Yang Bermasalah Seperti:
✔ KULIT BERMINYAK
✔ JERAWAT
✔ TONA TIDAK SEKATA
✔ KULIT KUSAM & TIDAK BERMAYA
✔ KULIT SENSITIF
✔ PIGMENTASI
✔ KEDUTAN PADA KULIT

Kesan Awal Penggunaan: 
✔ TIADA LAGI KULIT BERMINYAK
✔ TIADA LAGI JERAWAT
✔ KULIT LEBIH CERAH & BERSERI
✔ KULIT LEBIH TEGANG & LICIN
✔ KEKAL SEGAR & BERTENAGA SEPANJANG HARI


Hubungi saya di 0122292739/ ig: @zainab_abidah /FB: Zai zack'a
untuk maklumat lanjut dan penerangan PERCUMA 


Wednesday, October 30, 2013

Play-Doh

 Semenjak dua menjak kene ketumbit ni.. jarang nak bergambar... tengok cermin pon malas.. nak suh bergamba? tak yah la.. hahahha... Alhamdulilah dah ok dah.. (tak tau berapa lama untuk yang next nak keluar pulak kannnnn) 

Hari Sabtu hari tu.. Wan pinjam Acih kejap... So tinggal Ani je ngan Leecha.. aku ada hal tengahari tu keluar.. Ani nak follow.. ok mari follow.. Pak Radie pon ada hal.. so aku bawak Ani jelah... lepas dah settle tu.. Ani ajak cari play-doh.. sebab yang Papa hadiahkan untuk dia Kakak dah amik.. berderai-derai ayo mato masa kakak bawak lari play-doh dia ikut Wan... actually Papa dah belikan lain untuk Ani.. so Kakak pon kebas lah yang papa beli memula tu... 

"Mama, cepat lahhhh.. bila nak belikan Play-Doh Amaani?" budak kecik ni.. kalau dia dah sebut.. better pergilah.. kalau tak tak tido malam dia terkenangkan play-doh dia tu.. Pak Radie cerita.. hari-hari Pak Radie sampai je rumah.. Amaani mesti bekejar bukak pintu pastu tanya "Papa, hari ni papa ada belikan play-doh untuk Amaani?".. papa cakap takde.. nanti muka dia kecewa!! Hari-hari ok!!!! serious tak sampai hati.. disebabkan Kasih dah rembat dia punya.. so jom lah mama plak belikan... ceria gila muka Ani.. 


Jangan salah sangka.. kereta is not moving.. ;) hati-hati di jalan raya.

Ramai tanya baju and seluar Ani ni.. both from ZaraKids.. seluar tu best sebab jenis legging takde adjustable waist lah apa lah.. leceh camtu.. ni jenis sarung je.. pinggang getah ;) Tapi pinggang kene solid macam Ani.. kalau kuruih kang jalan londeh plak hahahahha... Kalau jumpa Ani.. jangan panggil dia gemok ye.. kang sentap dia.. korang kene cakap dia kurus... kurus macam mama.. hahaha.. kitorang dah berpakat ok.. dia cakap aku kurus.. aku cakap dia kurus.. pastu berpelukan seronok sesama sendiri... bahahahahah.. 

Sib baik ada Play-Doh kat Parkson Alamanda.. kat ToysRus takde... hah pilih ani.. pilihhhhhh!!! ilek je dia kutip semua.. nak ni, nak ni nak ni nak ni.. saba jelah.. ingat cap duit ke apa? hahahah.. 

Tengok muka riak dia.. hahahah... seronok sangat dia.. lepas bayar aku nak tolong angkat pon tak bagi.. "Biar Amaani bawak.. takpe mama takpe"... pastu berat.. dia seret je sepanjang jalan T____T

Nampak ni nak singgah pulak... haih tensi hakak tau.. "Amaani cepatlah... Amaani janji nak teman mama beli ayam kan? Mama dah belikan play-doh dahhhh.. boleh tak teman mama pulak?".. "Bolehhhhh" pastu asyik tanya bila nak balik ni mama.. amaani nak main play-doh..... 

Nah!!! main lah play-doh sorang-sorang.. memang berjam-jam ok.. dekat 2 jam dia mengadap play-doh ni.. ada yang tanya "kak, berminyak tak lantai, kite nak belikan untuk anak kite jugak".. jawapan dia.. "Ye dik, berminyak.. tapi takpe..boleh mop".. 

Bila tanya dia 
"Amaani masak apa tu?" 
"Amaani masak pizza, nugget, daging ngan sayur"
KONPIDEN.

"mama nak?"
"Thanks but no thanks"

Pastu eksyen lah whatsapp kakak.. jangan jelessssss Amaani ada play-doh ;) 


Kakak send pic nie.. Tak jealous pon.. Kasih punya lagi best, Wan belikan..  

Hebat.  Kalau tak main lepas nie.. bosan ke apa.. mak ko sumbat Play-Doh dalam mulut memasing.
_______________________________________________________________________________
Nak tumpang tanya, kat Krabi ada Cyber Cafe ke? boleh guna macam biasa ke? sebab kat Korea dulu takleh sebab ada security country code ke apa tah... 

Soalan kedua.. aku pakai iphone.. nanti kat sana nak guna Internet Plan apa yek? kalau boleh nak amik yang weekly internet plan.. sebab aku kene tengok email jugak.. so any suggestion?

Aku gi Krabi esok.. Insha Allah aku try buat auto-publish entry.. tapi macam malas sikit.. hahahah.. rajin-rajinlah jenguk instagram ai.. (@fillanie) kalau u olls takde instagram takpe.. leh tengok kat sidebar blog ni.. so kena bukak jugaklah blog nie.. muahhaha.. bye.
_______________________________________________________________________________
-Ads-


Lumiere face savon merupakan produk terbaru yang dikeluarkan oleh Treenea. Kalau nak ikutkan dah banyak produk2 skin care diluar sana.

TETAPI

Apa beza Lumiere Face Savon (LFS) dengan brand lain?

LFS lebih kepada "homemade" soap, yg mana sgt sesuai bagi mereka2 yang ambil berat mengenai produk-produk berasaskan natural ataupon GO GREEN lah senang citer :)

ok mari check apekah bahan2 yg digunakan bg menghasilkan LFS ini:
phospholipids, rose hip oil, vitamin C, Vitamin E, Tea Tree Oil, Honey, Virgin Coconut Oil, Glycerine Base and Aqua.

Kalau tengok ingredient ni tak de la nampak benda-benda pelik macam SLS, paraben ke apa ke kan Alhamdulillah! dan kerana itu saya berani mencuba dan sedang menikmati kesan ohsem hasil penggunaan LFS :)

Hubungi saya di 0122292739/ ig: @zainab_abidah /FB: Zai zack'a

untuk maklumat lanjut dan penerangan PERCUMA 

Tuesday, October 29, 2013

JENGUK SEKOLAH

Kisah hari Jumaat lepas.. Aku bosan kat office, so keluar kejap gi tengok Acih kat sekolah.. aku tak cakap yang aku nak datang, so aku main redah jelah..

Sampai kat sekolah.. masuk kantin.. takde orang.. so jalan gi kat bangunan sekolah.. nampak budak lelaki 2 orang.. "Dik, 2 Iman kelas dia kat mana?".. "Kat tingkat atas tu makcik".. Amboiiiiiiiii tak agak.. panggil ai makcik? panggil la Auntie, baru rasa muda sikit -______________-"

"Boleh bawak Acik gi situ?".. "Boleh".. baru naik tangga tetiba budak perempuan main kejar-kejar tetiba stop depan muka aku.. rupanya anak aku... muahahhaa.. merah padam muka dia main kejar-kejar...oooohh ini aktiviti dia.. orang suruh duduk dalam kelas belajar sementara tunggu KAFA.. rupanya berkejaran.. Aku ajak Acih gi kantin.. ajak lah kawan tu.. "Ok mama.. jap nak tukar baju".. "Ok mama tunggu kat kantin"

Sampai je kantin aku duduk kejap.. sekali Acih turun.. hamek kau.. berduyun dia bawak gang dia sekali.. Seronok sangat borak dengan budak-budak ni.. diorang petah sangat bercakap..

"Auntie, saya pernah nampak Auntie ngan Kasih"
"Kat mana?"
"Kat kedai mamak"

"Saya pon pernah nampak Auntie"
"Kat mana?"
"Kat depan Mydin" (yelettew)

"Auntie Kasih ni kan, dia gangster sikit.. tapi dengan budak lelaki je lah"
"Yeke?, dia pukul budak lelaki ke?"
"Bukan pukul, tapi dia garang, nanti dia kejar"

(garang tapi kuat nangis caner tu hehehe)

Lagi conversation:

Aku : Korang ni pernah tak keluar waktu rehat? keluar dari sekolah.. pernah tak?
Taaaaaaaakkkkkk.. Nanti mama saya marah.. mama saya kalau marah dia cekik kuat-kuat nanti tak leh bernafas..
Aku: Fuyohhh.. sampai macam tu ke? tulah.. Kalau Auntie pon marah.. Jangan bagi mama ngan papa semua risau... kat luar sana banyak orang jahat tau tak? nanti tak leh jumpa dah mama ngn papa.. nak ke macam tu?
Taknakkkkk.. mama ngan papa hari-hari cakap yang sama jugak..

Aku: Tau pon.. promise Auntie boleh? Jangan keluar dari pagar sekolah ni... Jangan pergi rumah kawan kalau kawan ajak.. kecuali minta izin ngan papa mama.. PAHAM takkkkk????
Pahammmmmmmmmmmmmmmm...

Aku: Siapa nak air oren?
Semua : Nakkkkkkkkkkkkk!! 

Adik A: Thank you Acik.. 
Adik B: Hoiii bukan Acik laaah.. panggil Auntie.. kan Auntie?

Aku : Ye betul.. nak air oren dua ke? muahahahhaha (tipu)

Ragam anak-anak camtulah.. Eh tapi comel-comel semua.. geram tengok.. keletah pulak tu mulut masing-masing.. kitorang berborak kat kantin.. semua berebut-rebut bila Auntie ajak amik gambar hehehe.. comel.. macam tulah.. dah jadi mak bapak ni ingat tak risau ke? risauuuuuu sangat.. aku kalau lambat sikit amik tu dalam hati dah berdebar-debar.. takut dia menunggu lama.. takut dia risau pastu dia nak cari public phone ke apa... aku dah pesan ratus kali kot.. kalau mama lambat.. jangan keluar dari sekolah.. jangan ikut orang lain yang kasih tak kenal.. ada 2 orang je aku bagi.. kawan aku Aiza atau Wan ngan Atok.. itu je.. yang lain kalau mama tak bagitau, Kasih tak boleh ikut.. 

Ok tu jelah yang kita nak share ye.. mak-mak biasa lewwww.. hihihi...

_______________________________________________________________________
-Ads-

Nak muka terhindar dari masalah kulit? terhindar dari jeragat dan jerawat??? Matlamat penjualan Lumiere Face Savon (LFS) adalah untuk membantu lebih ramai mereka yang menghadapi masalah kulit utk "GET RID FROM YOUR SKIN PROBLEM WITHIN 3 DAYS"


Ia Mengandungi Bahan-bahan berkualiti tinggi yang unik dan dirumuskan bagi memastikan kulit lembut, sihat & anjal. Sesuai untuk digunakan bagi semua jenis kulit!

Buktinya? testimoni bergambar dr saya selaku pengguna setia LFS! dalam masa seminggu kulit yg dulu mengelupas sudah semakin pulih!

Hubungi saya di 0122292739

ig: @zainab_abidah

FB: Zai zack'a

untuk maklumat lanjut dan penerangan PERCUMA 

Monday, October 28, 2013

Tolong Sebarkan...


Kepada yang bertanya tentang budak sekolah Kasih yang hilang tu.. jangan risau.. dah jumpa dah pon.. rupanya gi ikut kawan balik umah pastu tak datang kelas KAFA.. dah lah tengah exam KAFA.. memang terbaek sangat.. sama-sama kita jaga anak-anak kita.... nasihat hari-hari supaya jangan keluar dari kawasan sekolah.. kalau keluar jugak.. memang haku rotan bagi dia beringat sikit.. amboi garang sangat nie.. bukan apa, kalau dah jadi apa pon tak guna.. so kita sama-sama lah usaha yang terbaik buat anak-anak kita..

________________________________________________________________________________
-Ads-



Pernahkah anda hadapi salah satu daripada masalah dibawah?
✔ Kulit berminyak + Berjerawat
✔ Tona tidak sekata
✔ Kulit kusam, gelap dan tidak bermaya
✔ Kulit sensitif 
✔ Pigmentasi/jeragat, tanda2 penuaan awal
✔ Kedutan halus/kering

SAYA PERNAH!

pernahkah anda rasa sangat down dengan kulit sampai malas nak tgk cermin apatah lg ambil gambar?

SAYA PERNAH!

pernahkah anda rasa putus asa hingga berhenti guna semua supplements dan skin care sebab kulit xbaik2?

SAYA PERNAH!

TAPI ......

itu DULU! sekarang sy BAHAGIA! mereka juga bahagia! kenapa?

kerana kami telah pon beralih kepada the HOTTEST SAVON in Malaysia!

------>> LUMIERE FACE SAVON BY TREENEA <<------- br="">
FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM GUNAKAN LFS:
1. Saya menjual LFS yg PASTI ada KKM
- LUMIERE FACE SAVON
NOT 130901371 K

2. Pengambilan LFS adalah TANPA kesan sampingan
-LFS Tiada pengelupasan, tiada kesan sampingan. Anda cuma perlu risau yang anda akan CANTIK BERSERI dalam masa 3 Hari!

3. Produk ini TERBUKTI BERKESAN menyelesaikan kegelisahan anda yg disebabkan masalah kulit rujuk testimoni di link ini:
http://bit.ly/testimonilumierefacesavon


Hubungi saya di 0122292739
ig: @zainab_abidah
FB: Zai zack'a
untuk maklumat lanjut dan penerangan PERCUMA 

Friday, October 25, 2013

BERITA PENDEK.

Semua orang tengah hangat memperkatakan (memblog) tentang macam-macam tragedi yang berlaku di negara kita sekarang ni.. Aku naik ngeri baca semua berita-berita nie.. Surat khabar memang pagi-pagi akan sampai depan muka aku dulu sebelum boss aku.. so aku akan baca sekilas lalu (selalunyalah) Tapi aku perasan 2-3 hari ni terlalu banyak berita hangat yang aku bukan takat baca sekilas lalu..

Ya, semua tragedi yang terjadi memang dah tertulis.. dan memang tertulis ajal dia pada detik itu, maka matilah dia... Kita yang hidup ni mari mengambil iktibar atas apa yang telah kita baca, dengar dan lihat.. 

Terbaru, kes seorang pekerja AmBank di USJ yang mati ditembak oleh pengawal keselamatan.. Ini satu berita yang sangat kejam dan tak masuk dek akal.. Ibu kepada 2 orang anak telah dibunuh sebegitu rupa oleh seorang yang telah dikaburi hati dan matanya dengan wang ringgit.. nyawa orang lain di tapak kaki sahaja.. Ya Allah sedih tak boleh aku bayangkan penerimaan ahli keluarga dan anak-anak.. kita yang tak kenal ni pon tak sanggup nak terima, apatah lagi ahli keluarga.. Aku merayu kepada sesiapa yang ada share video, gambar arwah, tolong delete atau remove dari social media anda.. walaupon tujuan kita 'share' adalah kerana simpati.. tapi aku rasa, tak perlu dihebah-hebah, dipanjang-panjangkan lagi... kita kena ingat, arwah mempunyai anak-anak dan keluarga lain yang pasti akan sangat terluka apabila melihat gambar dan video tersebut.. cukuplah penderitaan yang mereka tanggung.. jangan ditambah lagi, walaupon kita tak berniat macam tu.. kepada keluarga arwah Norazita, takziah diucapkan, semoga terus diberi kekuatan menghadapi dugaan yang sangat hebat ini.. (Al-Fatihah)

Kes tikam di LRT Tmn Melati.. dua terbunuh dan dua lagi parah.. Orang tak bersalah pon kena.. Memang menakutkan dan langsung tak diduga.. Aku akui aku jenis cuai dan lalai jugak.. Peej dah nasihat semalam.. suruh aku lock kereta everytime masuk je kereta, especially bila bersendirian.. Baiklah Peej.. heheh.. Kadang aku lupa, sebab kereta aku autolock.. ko jalan sikit dia terus auto lock.. tapi tulah.. bila start engine, tapi tak jalan memang dia tak lock lah.. semalam keluar ngan Peej dia jadi tukang lock kereta aku.. kan best kalau Peej ni autolock aku.. kira macam peej mengecik jadi sebesar penumbuk yang aku boleh letak kat seat kereta.. pastu aku masuk je.. terus peej lock kan.. aku keluar dari kereta pon peej lock kan.. tapi dia tak leh ikut aku keluar lah.. sebab dia dah jadi size penumbuk je.. so dia kene duduk je dalam kereta.. best kan? 

Kes budak hilang kat area sekolah.. Pon sama.. aku tak boleh bayangkan.. semalam aku amik kasih lambat sikit sebab aku kene hantar kunci kat office dulu.. so aku sampai dalam pukul 6.. nampak kasih dengan kawan dia tengah cakap ngan sorang lelaki dan anak dia macam 3 tahun kot.. muka masing-masing macam tengah panik... aku macam curious jugak lah.. aku turun kereta, kasih datang letak bag dalam kereta.. kasih cakap "Mama, kawan kasih hilang, tu papa dia tengah cari lah tu".. Berderau darah aku ni.. "Hilang kat mana pulak???".. "iye mama, tadi kelas KAFA dia takde pon, kelas pagi dia ada".. aku tengok bapak budak tu dah kehulu kehilir pegi jenguk longkang besar tengah padang belah sana.. Kecut perut aku... Kasih pulak muka dah sedih-sedih nak nangis.. "Mama, walaupon kawan kasih tu nakal, tapi kasih tetap sedih dia hilang.. papa dia dah cari 3 tingkat sekolah dah.. ustazah tolong cari kat semua toilet dh.. tapi takde..punya lah cuak aku dengar... terus aku bagi tazkirah kat Acih..

"Tulah sebabnya mama tak bagi kasih keluar dari sekolah.. mama lambat ke cepat ke.. duduk dalam sekolah.. jangan keluar dari gate sekolah ni.. jangan pegi main kat playground sana.. kalau orang jahat tangkap kasih cemana? takde orang nampak kasih cemana?.. mama cari kasih takde kat sekolah, mama nak tanya siapa?".. risau nye lah jangan cakap lah kan.. kasih macam takut.. dah selalu kot aku cakap benda ni ulang ulang ulang... last-last dia buat pengakuan.. "mama, kalau kasih cakap mama jangan marah kasih boleh?".. pastu aku bagi dia peluang cakap.. dia cakap kasih pernah keluar dengan kawan-kawan pegi BB Shop.. aku gerammm je dengar.. "Apa tu BB Shop?".. kat rumah kawan.. ada jual air.. jual makanan.. jual buku... tapi kasih pernah pegi sana sekali je.  

"Ok takpe, dah lepas, mama nak cakap cemana lagi. kasih dah pegi pon.. dah balik pon.. tapi Kasih janji ye, ini last kasih pegi sana.. mama tak izinkan kasih pegi sana lagi faham???? kalau mama tau kasih keluar lagi dari sekolah ni... mama bagi tau papa.. kali ni takpe..mama tak bagi tau.. papa kalau tau kasih keluar dari sekolah ni... papa rotan kasih".. *hai pa.. tengah baca blog ke?* bahahahaha kantoi ko Acih.. nasib la..

Aku tengok kali ni kasih betul-betul takut.. bila aku cerita pasal banyak kes culik.. kecut jugak perut dia.. semalam balik rumah aku cerita kat Pak Radie yang orang tu cari anak dia kat sekolah tapi takde.. Pak Radie plak bagi tazkirah.. "Kasih jangan keluar dari pagar sekolah tu.. duduk dalam sekolah.. dalam-dalam sikit.. jangan depan-depan gate".. eh lagi over apak dia ni kan? dalam gate tu ada gazebo.. pon tak boleh.. dia suruh duduk dalam lagi dari gazebo.. hoi.. kang aku nak amik dia balik sekolah pon dia tak nampak mak dia camne? agak-agak ler.. 

Ok benda macam ni is not funny.. belum kene belum tau.. Ya Allah jauhkan lah benda-benda yang tak elok ni dari kami.. lindungi anak-anak dan keluarga kami.. selalu lah berdoa mohon perlindungan.. doa lah dalam cakap melayu ke apa ke, Allah tau niat kita.. kadang aku tengok budak-budak sekolah ni.. selamba je jalan kaki balik rumah.. menyeberang jalan.. kecikkkk lagi darjah 1 kot? macamana mak bapak boleh bagi dan percaya anak sebesar tu jalan kaki melintas jalan raya yang sesak dengan kereta jalan seorang diri? kenapa tak de rasa 'cemburu' dengan keadaan.. tak terlintas ke dalam fikiran buatnya kereta langgar? orang berhenti tepi, tarik anak masuk dalam kereta, hilang.  Eish mintak dijauhkan lah kan.. tapi sepatutnya jadikanlah pengajaran dengan apa yang berlaku sekarang nie.. bila dah kena apa pon tak guna


________________________________________________________

Ada pergi PETRONAS tak baru-baru ni untuk isi minyak? atau membeli belah kat Kedai Mesra PETRONAS? Aku ada ;) Pastu perasan tak ada Kempen Ekstravaganza bersama Selebriti Maya Karin, Shaheizy Sam, DJ Yoon, Pelakon Hong Kong Him Law dan bintang sensasi Taiwan, Bii.. 

-Media Launch with the celebrities-

Daphne Iking selaku EmCee pada hari pelancaran tersebut

PETRONAS telah melancarkan kempen Fuelled By Fans, Powered by PRIMAX untuk ajak kita semua menyertai kembara jalanan bersama celebrities ternama tersebut yang menawarkan lebih 800 hadiah bernilai sehingga RM1,000,000 untuk dimenangi. 

Hari tu aku gi MESRA untuk shopping makanan nak bawak ke PD, so aku masuk peraduan ni..yang penting, buat pembelian minumum RM30 dalam satu resit atau beli kombo Mesra di mana-mana stesen PETRONAS seluruh negara, isi maklumat ringkas anda, jawab 2 soalan mudah dengan betul dan masukkan borang ke dalam kotak peraduan yang disediakan.. (hembus dulu) hehehe.. 

Terdapat 215 hadiah dwi-mingguan bagi setiap pusingan dengan hadiah tunai, baucar PETRONAS, mata ganjaran Mesra dan PETRONAS Gift Card.. Ada sesi ujibakat  dan berpeluang menyertai kembara lima hari bersama selebriti pilihan masing-masing.. (Aku pilih Maya Karin) heheh.. 

Sementara menunggu tarikh perlumbaan, boleh bermesra dengan selebriti tersebut di:

Maya Karin
Stesen PETRONAS Kulai Permai, Johor (26/10/13)
Stesen PETRONAS Paya Terubong, Pulau Pinang (21/12/13)

DJ Yoon
Stesen PETRONAS Solaris Putra/Serdang, Selangor (9/11/13)
Stesen PETRONAS MRR2 Ampang, KL (18/1/14)

Shaheizy Sam
Stesen PETRONAS Chica, Kelantan (23/11/13)
Stesen PETRONAS Persiaran Indah, Johor (4/1/13)

PORT DICKSON TRIP..

Salam Jumaat ;)

Hoii letih turun naik gambar dah macam rojak.. Tapi once aku tangguh memang tahun depan kot baru masuk belog.. Ni kejadian hari Sabtu yang lepas.. Plan ni pon masa lepak rumah Kak Nana haritu.. biasalah bila lepak macam tu terus "Ok cepat set nak gi mana holiday nie.. malam ni jugak kita booking" pastu memasing dengan ayat.. "Takde hal laaaa, boleh bayar laaaaaaaaaa".. Tu trademark kak nana lettew ;) Dah lah book Desa Lagoon Waterpark ni kul 1.00 pagi kot.. kahkahkahhhh... call je ada orang angkat.. dia cakap date 19th ni je yang available for 3 rooms apartment...RM535 nett.. kalau aku tak silap la.. semua macam "Ok, book sekarang".. pastu bila dah letak telefon semua buat cerita tokok tambah.. wujud ke tak orang tu.. tu orang ke hantu.. ke dia ngantuk ke jawab call.. 


Desa Lagoon Waterpark

Sampai lah ke date yang nak pegi tu.. Eh sebenarnya aku plan nak cuti ni sebab next week aku ngan Pak Radie gi Krabi.. muahahahha.. aku jenis tak sampai hati pulak kan.. rasa bersalah.. so mari bawak anak-anak gi hotel dulu.. bagi dia terjuk tiruk kat swimming pool dulu.. so nak pegi nanti takde lah rasa bersalah menebal dalam jiwa.. 

Yang Kak Tini dari Bukit Jelutong.. Kak Nana ngan aku dari Seri Kembangan.. so majoriti menang lah.. sila datang kembangan yer.. so janji dalam kul 11.30.. janji melayu, kul 12.00 baru semua berkumpul.. memang dah plan nak lunch kat Sepang.. Kak Nana lah ni suggest.. "Sedap ok.. ada coconut milk shake pandai mayen, ada ikan bakar, sotong bakar dia sedap gils".. Terus perot aku bekeroncong irama tradisional.

Ni kedai tu.. Kalau korang tanya aku.. sumpah aku tak tau walaupon rumah mak aku kat Sepang.. hahaha.. balik umah Wan pon aku sesat, lagi nak ajar orang jalan.. tak payah.


Dari tepi jalan.. begini lah suasana nye.. menurut kata Kak Nana, tengahari memang crowded gils.. 


Depan kedai tu ada signboard ni.. so jangan terlepas simpang ok :) 
Aku beriya recommend ni sebab sedap ok.. lauk kampung banyak.. sedap plak tu.. tapi meroyan gaklah tak dapat makan nasik.. tapi urut dada, urut perut.. agak-agak bumper banyak.. tak yah nak meroyan sangat la..


Tak boleh makan nasi? tak peee tak peee.. Lambak sayuran penuh satu pinggan.. hahah.. uish sedapnya masak lemak cili api daun tu.. pucuk ubi kan tu?  


Pergh bejejeh ailio.. hahhaha.. serious sedap.. terbayang-bayang *amiktisulapailio*

Perot kenyang hati pon senang.. Pak Radie drive.. anak aku Acih ngan Ani dah pindah kereta Kak Tini beso sikit.. longgok budak-budak kat kereta dia.. so aku pangku Leecha je.. "Mendung je Pa, macam nak hujan nie".. Habis je ayat tu.. aku gone.. ZZZzzzzZZZzzzzzz... Sorry. hehehe.. 


Perot kenyang dapat tido.. memang tebaek boss la.


Bukak je mata.. Eh dah masuk sini.. Tekulat-kulat aku suruh Pak Radie slow kereta jap nak amik gambar.. hahahha.. sebab if tak snap sekarang, memang sampai balik tak snap.. apa ai nak mengarut kat belog nanti? kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn... 


Lembut je colour light blue dalam nie.. 


Nombor banyak Ong 


The view... Ok la.. yang kecik sikit swimming pool budak.. yang besar tu dalam..

Awie penah belakon citer apa tah kat sini dulu.. citer kelakar tu... view memang ok la.. tapi bilik agak sedih sikit.. hahahah.. tak seperti dalam gambar masa google.. muahahha.. well biasalah..jangan expect gempak sangat ok.. bayar nak murah.. pastu ko nak ala-ala 5 star.. lempang mau?


Bilik kat bawah ada 2.. muahahah ini je lah keluasan bilik.. sendu ok.. hahahah... ingat kan 3 rooms tu boleh lah sumbat 3 families.. nak mampos 1 family sumbat bilik besar nie? kalau aku tau, bawak toto siap-siap.. huh.


Ni bilik sebelah dia.. dah lah kalau ko turunkan tilam tebal tu nak jadikan konon 2 lah kan.. tak leh.. sebab kayu tu lubang-lubang.. patut letak la plywood kan.. tapi takpe.. kitorang dah biasa ala-ala camping.. takde hal la... boleh hidup laaaaa! amboi eksen. 


Toilet.. lawa lagi toilet umah aku la.. bahahahaha.. shower tu sakit ati je.. suka teleng ke dinding.. aku fokuskan ke tengah.. dia tetap terpusing mengadap dinding.. tapi sinki aku suka sebab lebar.. muat lah mandikan Leecha dalam tu.. heheheh

From Left : Kak Nana, Kak Tinie, Filla

Tengok Leecha tu.. hoi payah gila.. tak nak kat orang... hazab mak ngkau.. dah lah tak bawak bibik.. tapi gi vacation ni aku kureng sikit nak bawak bibik.. kang dia tak selesa, aku lagi tak selesa.. lagipon ni lah masa aku nak handle anak-anak sendiri...Sebelum berkemas dan terjun dalam swimming pool, mari bergambar.. baju dah lah sama kaler.. sabar jelah.. takde pon janji... semua nak nampak sweet 17 lettew pilih kaler pink.. puiiii sangat... heheh.. tapi tak leh lawan tudung ai lip lap disco.. u olls ada? hahaha

Sekali lagi.. Leecha jangan tekejut sangat ye.. 

Kakak-kakak awal lagi dah terjun tiruk.. aku paling lambat hahahaha.. aku malassss nak swimming-swimming ni.. tapi sesekali ok lah layan budak-budak seronok-seronok.. 

Hahahha aku siap nak pusingkan kepala Leecha.. sampai macam tu sekali ok.. 

Acih and Iman

Muka happy terpancar kat budak-budak.. eleh tanak ngaku mak-mak pon muka happy takleh blah.

Ada GoPro ni best jugak amik gambar dalam air.. kalau harap kamera biasa memang takde la gambar swimming.. banyak Pak Radie amik video dalam air.. tapi air ni keruh sikit.. ko tunggu.. kat krabi nanti aku amik gambo tengah diving cari batu karang.. amboi over.


Tengok Amaani hahahaha... dia tak takut langsung ok.. pakai pelampung kat tangan laa.. dia boleh terjun tiruk kat swimming pool dalam tu selamba.. hoi aku tengok video, aku plak cuak.. 


pagi tu sebelum gi PD tu.. Wan ngan Atok datang amik bibik.. nak bawak bibik gi Jln TAR ngan SOGO.. pastu Wan bawak putu mayam, pulut kuning dengan rendang.. masa aku bawak.. semua buat muka macam "Ek eleeee.. makcik-makcik sangat tapau".. muahhaha.. pastu bila bukak, amboi licin.. 

Lepas swimming memasing siapkan anak memasing.. dah siap.. diorang suruh aku tanya kat FB mana dinner best.. Kak Tini nak makan sup2 sebab dia sakit tekak.. aku pon nak.. tak dapat sup, dapat kedai ala-ala masakan thai pon ok.. ikan bako ke.. ramai yang suggest pegi Pasir Panjang.. semua ok lah boleh lah.. sekali set kat waze.. 9km.. tak agakkkkk.. dah telanjur boleh lah.. jauh ok!!! sekali sampai, alamak sedih... hujan lebat gila.. budak-budak membuta dalam kereta.. perot bekeroncong.. parking susah.. mari kita patah balik.. wa tak sanggup.. 

Patah balik je pon dah kene tempuh 9km.. hahahaha.. hoi lapar laaaa.. Last-last nampak kedai Cowboy ni hah.. Nasi Kukus Ayam Panggang.. boleh lah, dah tahap kebulur dah ni..

Tak silap aku kedai ni tutup kul 10 mlm.. tapi kul 9.30mlm dia dah tak layan.. nasib kitorang kul 9.15 dah sampai.. kalau dia kata nak tutup.. kita bako je.. 


Tapi best la.. i mean effort dia tu nak mencantikkan kedai nie.. bila tanya menu.. tu je ada.. nasi kukus ayam panggang.. jangan mengada nak mintak sup ekor ke, tomyam ke.. 


Semua ala-ala Red Indian pon ada.. 

Ada live band u olls.. tapi kitorang sampai lambat.. diorang pon nak blah dah.. 


Leecha tido sepanjang time makan tu.. 


Dah lah lupa nak bawak gelas plastik untuk lepak kat hotel.. terus.. "ooii masuk bag cawan kertas ni pakai 1 cup share ramai-ramai".. muahhahaha.. boleh buat nescafe.. kat sini sempoi je.. pinggan ngan cawan tu semua pakai buang.

Rasa pon ok.. ni je set dia pon.. simple.. 

Tapi kuah hitam cicah tu memang best lah.. pedas.. aku syak dia blend sekali oyster ngan cili padi.. kawww..kalau tak moh nasi nak ayam je pon boleh ;)


Sedap gila budak ni tido.. naik lenguh tangan mak kau nak.

Lepas makan.. balik.. paksa anak-anak tido awal.. kalau tak siap ugut tak bagi swimming esok.. muahhaahhaha... tensi je diorang kot.. budak-budak tido kat master bedroom kat atas.. kitorang tido kul 5 pagi.. memang tebaekkkk.... borak, ketawa, makan maggi, minum kopi, minum nespeke.. kong ajo pak radie suka merepekkan ayat.. dia cakap kat opis dia semua cakap tebalik la.. tesasul la.. 


Pagi breakfast ni... budak-budak sambung swimming... aku tak kuasa nak swimming.. pastu aku siap paling lambat utk check out sebab Leecha tak nak kat orang.. cemana lah aku nak mandi? Pak Radie tengah layan budak-budak swimming.. tepaksa lah aku jadi orang paling last mandi.. choiii sangat.


diorang dah siap.. boleh lah begambo sakan.


Kejap je rakyat dah ramai.. dulu ingat lagi gi vacation.. Adib yang sebelah kasih tu.. baby lagi.. 

Ok dah siap.. Filla leh join.. senget benget bepeluh-peluh aku bersiap.. 

Semua ada dalam gambar.. best :)



Heeeee amik gambo je nak buat sign peace.. bosan dowh... nak pikir lepas ni nak buat aksi apa pulak..

Leecha je lek isap jari.. hahahha

Ok dah tau.. lepas ni nak buat macam dua beradik (ieky ngan rayyan) buat muka kemik.. mesti comel auntie filla buat muka kemik ;)

Panas weh... banyak nye lah aksi nak amik..

muka best je.. lepas snap smua lari-lari kepanasan.. 


Amaani happy gila kot kat sini.. janji ada swimming pool.. lelain dia takde hal... masa dah suruh naik dari swimming pool pagi tu.. dia diri kat tangga.. dia cakap "Mama, 1 kali je lagi".. dia boleh lari terjun balik swimming pool.. sabar je laa.. 

 Ok dah belambak gambar... mari check out..

Singgah makan kat Asam Pedas ni.. sebelah pon ada.. tapi mashaAllah kotor gila toilet restoran sebelah tu.. sorry to say la.. lorong nak ke toilet tu lipas mati ada dekat 4 ekor kot.. pastu ada susun beras kat situ.. beras yang dah bukak terbiar je gitu.. omg. satu lah PD ni kan.. dari dulu sampai sekarang kenapa tah kedai makan dia tu takde la nak jaga kebersihan.. no wonder ko tak pernah nampak foreigner pon kat PD.. pelik tapi benar.. dulu aku penah membebel jugak pasal PD nie.. tapi sampai ke hari ni.. PD tetap PD.. takpe, walau pon aku kutuk PD tapi PD tetap dihatiku.. sebab drive dekat je.. hahahaha... 

kepala ikan ok sedap.. tapi tak masak.. wth? cakap kat tokeh.. tokeh suruh staff tukar ikan baru.. pastu aku tengok dia just masak balik dalam claypot ni ikan yang sama :(


Ok siap makan.. cium-cium blah.. bye...

-Ads-
Hahahahah... Akhirnya aku order untuk kali ke-2... Tak tipu wa cakap lu... Sebab kan Genie Bra ni memang comfortable gila so aku tambah collection.. haritu aku dapat yang colourfull tu.. now aku order yang ni pulak..

Skin Pack : White, Black and Nude
Fancy Pack : Pink, Purple and Blue

Aku plak sekarang balik dari office aku workout kat bilik.. so senang.. pakai yang ni sangat selesa.. untuk yang breastfeed takde masalah.. ramai dah kengkawan aku pakai.. semua cakap selesa.. baik yang plusszie or yang S size.. semua pon cakap selesa.. lepas ni campak bra-bra yang ada wire tu dalam tong sampah.. pastu lagi satu nak share.. pakai genie bra nie.. tak nampak macam pakai span lebih.. nampak natural je giteww.. hahahaha.. untuk yang badan sekeping.. ni lah pilihan terbaik ;) aku rasa untuk orang pregnant pon sesuai.. sebab orang pregnant ni selalu ada masalah tang tu kan.. hehehe.. 

Size:
S - bra biasa size 31-35
M - bra biasa size 35-37
L - bra biasa size 37-40
XL - bra biasa size 40-43

Call Kak Ira kalau nak Genie Bra ni ok : 012-9789311

Only RM90 satu set (3 helai)

 Jangan beli yang fake ok.. Beli ngan Kak Ira dijamin Ori dan Kualiti nya tip top!!!!