Thursday, January 14, 2016

PARIS Part 1

Wow berjanggut nak habiskan entry vacation haritu.. Kalaulah korang masih setia nak membaca dialu-alukan.. Kalau dah bosan tak dapek lah Kak Pilla nak menolong hahaha..

Sebelum checkout Kak Pilla fefeeling tulis jugak short message untuk Anouk.  Bangga tulis love Malaysia hahahah jangan poyo sangat ye Pilla.

Siapa nak duduk kat apartment Anouk ni dialu-alukan.. Duduk berdua ok lah comfortable and affordable gituh.  Tapi korang kena pikir 80x ye.. Tangga dia sangat maut.

Aku kalau nak turun tangga bawak diri sendiri pun gayat gila sebab macam menjunam.. Nak suruh angkat bag berat macam tu? Sorry i kenot.. hahahahha.. step dia kecik-kecik.. takde nya ko penat boleh letak jap bag tu kat tangga.. Ni jenis sekali angkat terus turun.. Nasib laki ai gagah perkasa muahahahahah.. 

Pagi tu kalau tak silap hujan.. Haishh meredah lagi hujan renyai-renyai.. sejukkkkkkk...

Elly pun takde experience dari Amsterdam nak ke Paris naik train.. Ingatkan ada check kastam ke apa.. rupanya takde.. cuma ada time je.. So tak payah lah korang nak awal 2 jam ke apa ye.. hahahaha.. masak kitorang melanguk 2 jam kat sini nak tunggu train.. Just tunjuk print out online ticket tu je dah boleh naik.. 

Duduk lah dalam kesejukan..

Mintak tolong Pak Radie belikan hot mocha ke apa tah.. pastu feeling lagi dengan muka sedih muahahahah

Wow bergulung huruf 'f' dia.. hahah

Train dia laju dan selesa sangat.. Dari Amsterdam ke Paris perjalanan 3 jam.

Pak Radie memang suka amik gambar orang tengah tidur.. padahal ai bukan kaki tidur.. yang kaki tidur yang kat belakang tu.. muahahahahhahahaha.. sedap pakai serkup ni.. Kak pilla selamba bungkus terus muka.. nampak hidung dengan mulut je muahahahhaha..

pemandangan menghijau je dari Amsterdam ke Paris.

Dalam train ada small cafe boleh minum-minum dulu ;)

Alhamdulilah selamat sampai ke Paris.

Sampai je sini ada ulat taxi tu.. boleh lah sebab dia ada satu van besar boleh muat semua.. kena mahal jugak dalam 50 euro kot.

mintak ampun van ni hahaha padat gila dengan bag, nasib baik muat..

Kitorang stay kat Del Comedies.. Harga ok dan location pon best.. walking distance je ke Hard Rock.

Aku amik hotel room biasa.. Elly amik apartment.  Best sebab dari bilik aku naik tangga sikit je dah sampai apartment Elly.. setakat nak pinjam kettle lari je naik atas sikit dah sampai.. Oh bilik biasa takde kettle.. Apartment je ada kot..


Ada small fridge kat situ.

Selesa.. toilet pon besar..

Sampai je letak bag terus menggelupur aku dengan Elly siapkan makanan.. 

Elly gelakkan ai bawak rice cooker besar gi travel.. ni pun pinjam Mak Long.. Hoi tu bukan besar, ko punya rice cooker tu yang kecik gila.. hahaha.. terbalik dia pakai kecik, aku besar sikit.. tapi banyak berjasa untuk kitorang.. sebab kitorang ramai so dua rice cooker ni memang ngam-ngam kalau masak nasi..

Panaskan kari brahims.. Ya Allah sedap gila kot makan..

Hah kau.. gila tak sedap macam ni? Dahlah lapar, sejuk pulak.. semua dapat makan diam je tak bercakap sepatah pun.. dah kenyang semua usap perut hahaha

So plan haritu ialah berjalan ke Eiffel Tower.

Untungnya masa kitorang pergi tu train semua free!!! Sebab ada persidangan president-president Europe ke apa tah.. aku tak dengar.. aku dengar free je.. Wow jimat duit hahaha..

Nilah yang dibangga-banggakan sangat Eiffel Tower.. Try jugak aku tengok tilik apa yang best sangat kebanggaan sangat.. hahahaha.. Ahkak memang tak pandai nak menilai sejarah dan senibina bangunan.. Tapi yelah malam cantik jugak sebab ada lampu tukar-tukar warna.. pastu dia macam mercu tanda kat Paris tu.. 

Ramai gila orang time nie.. 

Sempat lah tergedik-gedik berdua hahahahah.. Rindu Oling Peej.. Tapi aku tak leh bayangkan cemana Peej nak jalan kemain jauh turun naik train.. berjalannnnnn je kerja ada yang bengkak kaki Peej kang.. kat sana kitorang sentiasa je whatsapp dengan Oling.. dah janji ngan Oling lepas ni percutian ke pantai bertiga.. wowwwww.. yang pasti bukan PD hahahahah

Sebelum pergi Paris ni risau jugak lepas kejadian bomb tu.. Especially penerimaan orang kat sana sebab kita muslim dan Kak Pilla pakai tudung.. Tapi fikir positif, nak mati kat mana-mana pon boleh mati.. dah tertulis dah ajal kita kat mana.. Kereta polis ni merata-rata jugak lah especially kat Eiffel Tower nie.. Alhamdulilah ok je takde pulak orang nak pandang serong.. Ramai je muslim macam orang Arab kat sana.. relax je turun naik train.. takde pulak orang jeling-jeling ke apa.. macam Kak Pilla ni memang diorang buat tak tau je.. yelah muka dah macam mat salleh.. muahahahhaha

Tengok ni telan-telan ailio.. Laparrrrrrr.. tapi ku tahan je.. beli air coke je.

Pastu nampak crepes i cannot tahan.. tertelan-telan ailio.. dia sapu nutella tu banyak gila.. pastu potong-potong banana tu campak atas tu.. lipat-lipat.. huwaaaa i want.


Besar gedabak rasanya 4 euro kot? Tolong jangan convert RM nanti nangis.  


Dia ni memang.. benda-benda macam ni suka lah dia belek.. Nak dapat idea deco rumah kita ada snow ke?

Kalau nak ke Eiffel Tower silalah turun kat station ni.. 

Satu yang aku tak suka pasal Paris ni sebab kat station dia ni bau hancing.. Why lah?  sayang sangat tempat dah lawa-lawa tapi bau busuk.. 

Dah puas berjalan kitorang pun balik hotel.. Tak berani nak melepak malam-malam sebab still baru kot kejadian bomb tu.. 

Sepatutnya ni dah masuk Paris Part 2.. Tapi takpe.. aku sekalikan je kat sini sebab tengah ada mood nie.

Pagi tu bangun makan maggi dulu.

Feeling je makan tepi tingkap.. padahal bukak kejap je ye tingkap tu sejuk sangat..

Pagi tu kitorang ke Eiffel Tower lagi sebab cuaca siang dan pegi pulak pagi-pagi so tak de orang sangat ;)

Sempat hahahahah.. Pakai set Ellfie Essence kat tempat sejuk camni nanti day cream dia beku sikit hahahah.. pepandai lah nak ratakan kat muka ;)

Kemain jiwang karat bekarat lagi.. Pak Radie ni garang sikit.. Tapi Elly ngan Peej je yang tau dalam hati dia ada taman.. ke korang pun tau? muahahahhahaha.. Nanti kalau orang usik-usik telinga dia terus jadi merah hahahahhaha.. wow so shweettttttt hahaha



Jauh jugak perjalanan kalau nak pegi betul-betul dekat Eiffel Tower tu.. Tapi sebab cuaca sejuk jalan jauh pun ok je

Wow mistik sangat Win.. terapung diudara.. Elly ok tak? muahahhaha


Kat tepi ni boleh beli souvenir sikit.. keychain, frame semua ada jual.. Kat sini lah belikan Kasih casing iphone tu.. yang dia cakap kat Alamanda pun ada mama.. #sentapmakkau.

Pastu terus amik Big Bus Tour.. Ni Elly dah siap booked online dari KL lagi.. rasanya sama je sistem dia valid for 24 hours jugak.

Tapi yang tak best nya ada few places tu tak lalu sebab tutup.. 

Kak Elly yang baik hati, kengkadang kelakar, kengkadang garang.. tapi jangan kacau dia time pagi lepas bangun tidur dia memang takde mood.. Kak Pilla ni memang mulut bising cakap non-stop.. Tapi Win husband Elly tu memang ceria.. Pagi-pagi dia akan menyanyi-nyanyi sambil buatkan kitorang breakfast.. So aku akan join kat dapur sambil bancuh air milo / nescafe.. Elly biar dia duduk tenangkan fikiran sementara mood dia nak ceria.. orang kata panaskan enjin... Aku kalau bising sampai tetiba Peej akan terus buat isyarat jari telunjuk kat bibir.. "Filllaaaaaa shadap!!!! banyak sangat cakap, non stop".  I hetchiu Peej.

Happy Us.

Kemain eksyen nak duduk atas.. Lepas tu terketar-ketar dah sampai tahap beku.. Lari turun duduk bawah.

Pemandangan ni korang tengok je lah.. Building ni aku tak tau nama.. aku siap menguap ye.



Peej nanti ko beli benda tu... 10km pun takde hal lah.. terbayang Peej naik tu dengan sunglasses muka takde perasaan je muahahha







Nah LV dia bertingkek-tingkek.. Dapatlah Kak Pilla beli long wallet satu.. tapi zip dia tetanggal semalam.. Ai is sad u know.. Apa ni? Dah lah aku takde masa nak gi hantar KLCC ke Pavi semua tu.. Erghhh terus takde mood semalam.

Sini pon sama sejuk macam Amsterdam.. Tapi Amsterdam lagi sejuk kot.. jalan tangan sentiasa masuk pocket.


Kat Paris ramai jugak orang minta sedekah.. homeless pon ramai..

So sepanjang jalan ni lah kalau korang nak beli handbag ke apa.. banyak je designer shop kat sini..

Lepas tu kitorang sampai kat ala-ala bazaar ke apa tah.. 

Panjang sangat tempat ni so kitorang jalan slow-slow je sambil tengok-tengok ada jual macam-macam..

Eh ni penat ke apa ni..

Ingatkan ye ye je dia nak amik gambar berdua.. rupanya dia nak amik gambar polis kat belakang tu..

Ni pun sama.. jahat kan dia nie? suka mainkan hati dan perasaan Kak Pilla... laju je dia tarik aku, jom amik gambar.. rupanya nak amik gambar askar ramai-ramai tu.. konon Paris penuh dengan askar dan polis lah time nie... T____T

Ok lah nanti sambung lagi ye.. Tata..

Part 2




Love, 
Filla.

9 comments:

ajumohit said...

seronok cuci mata tengok Negara orang, bestla filla!!!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cantinya Paris.. eh! Pilla.. bentuk dan tulisan kita sama laaa..

Nutasyah said...

Kak Filla,
Last April kami sekeluarga,a family of 7 adults,1 kid and 2 infants sewa apartment jugak kt Amsterdam.Ya Allah,cramp kaki naik tangga 3 tingkattt!! Siap corner maut..lol..Dgn luggage and stroller!hehehe..kenangan :)

miss eimanhikmah said...

cantik nye tempat ni..

shuhadatulain said...

Kak Pilllaaaa...pound ke Euroooo...Hahahaha...

Anonymous said...

cantik tulisan kak filla..

Anonymous said...

Paris guna euro

Nurizzah Majif Biz said...

hahaha..kat Alamanda pun ada... mmg sentap mak ko Kasih..pergi jauh2 sejuk beku bagai ko reply cmtu..hahaha..bertabahlah kak pilla...kenyataan itu pahit sbnrnya T_T

Nisa said...

Betul tuu ams & paris..london guna pound :)
Sy ke sana last 2y..tp kalau ada rezki mmg nak pi landen lagiiii...best!