Monday, January 18, 2016

RESEPI SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI

Assalmualaikum ;)

Ramai yang request mintak resepi sardin masak lemak cili api.. Aku pun masak ni sebab haritu kat office ada akak ni bawak lauk ni diorang ada buat potluck.. So makan lah.. eh sedap.. Aku pernah makan zaman bujang dulu kot ada akak tu Negeri Sembilan tu buat tapi dia letak pucuk ubi.. 

So tekak teringin nak buat jugak ;)


RESEPI SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI

1 tin sardin 
2 biji kentang
1 helai daun kunyit
1 kotak santan
4 biji cili padi
3 cawan air (agak-agak)
2 inci kunyit
1 keping asam keping
sedikit garam

CARA-CARA
Tumbuk cili padi, kunyit dan sedikit garam hingga lumat.  Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan air dalam 3 cawan.. Air ni agak-agak je jangan banyak takut kuah cair pulak.. Then masukkan kentang, daun kunyit dan santan.. Kacau hingga kentang empuk.  Kalau korang jenis guna santan segar lagi bagus.. Tapi Kak Pilla pemalas, santan kotak pun boleh jer hehe.. Bila dah empuk terjunkan sardin bersama kuah dia sekali.. Tapi Kak Pilla bukak tin sardin tu buang minyak dalam sardin tu baru terjunkan dalam periuk.  Kak Pilla kalau masak sardin, mesti belah ikan tu jadi dua sebab tak lalu tekak tengok ikan tu seketul gemok camtu.. then masukkan asam keping.  Kacau dalam beberapa minit, rasa dan tutup api.. Siap untuk dihidang.  

*kurangkan garam*

Selamat mencuba ;)



Love, 
Filla.

8 comments:

Nazima said...

Kak filla..Kalau ganti serbuk kunyit boleh ke?

eima said...

pertama kali tgk ni ... tak pernah lagi tgk org masak masak lemak sardin

Anonymous said...

kak pilla..
saya suka gilaaa baca blog akak...hari2 kena baca blog akak..pagi pukul 9.00 bukak and nanti nak balik keje pun bukak lagi kot2 akak ada upload citer yang baru...hehehehe
jangan stop untuk blogging yer kak...akak punya blog best tak mengarut and mmg realiti in life...banyak saya ikut menu and resepi akak kot2 dah kering idea nak masak...and paling penting cara akak didik anak...tak terlampau mewah walaupun akak orang yang ada-ada...
i lap u kak pilla!!!

Loviey_Fiey said...

Kak.. kuah sos sardine bubuh sekali ke?

Azura Aziz said...

ehhhhh org n9 mmg suka kot msk lemak ikan sardin ni.. sbb mama kita pun suka masak ;)

May said...

Delicious servings here!

Filla said...

Nazima: guna kunyit hidup lagi sedap kot ;)

eima: dulu pun macam pelik, tpi dah try sedap plak hehe

Anon: thank you.. kita cuba yang sebaiknya ok.. akak tak perfect, jauh sangat nak capai tahap perfect.. tapi kita cuba mana yang kita termampu..

Loviey_Fiey: a'ah letak sekali sos dia.. cuma i buang minyak sardin tu sikit.. bahagian atas tu ada minyak selalunya..

Azura Aziz: kannnnnnn.. negori punya lauk kot ni..

May: thanks May ;)

alia farhan Said said...

Kita ni org kedah..tp suka sgt masak lomak stail org nogori...
Tp bab masak masakan nogori ni kita fail betul lah