Friday, January 01, 2016

MARIGOLD UHT Milk Sesuai untuk Bekalan ke Sekolah.

 Korang dah ready ke nak siapkan anak-anak untuk naik sekolah 2016 ni?  Eishhhh Kak Pilla dalam pada sibuk tu kelam kabut jugak buat persiapan budak-budak nak naik sekolah.. nasib baik Wan tolong sikit-sikit haritu ;)

Baju sekolah dah ada.. tak tau kot-kot Wan rajin boleh jahitkan sehelai dua hehehe.. kasut sekolah dah beli, kain sekolah alter pinggang je bagi besar.. buku sekolah dah beli haritu.. buku teks dah siap balut haritu.. Kelas Amaani dah register haritu..  Tuition Kasih dah contact teacher haritu.. Oklah yang penting-penting semua dah siapkan.. Lega sikit...

Cuma bila dah melangkah ke tahun 2016 ni Kak Pilla berazam nak rajin sikit hehehe.. Azam tahun baru nama dia.. Kak Pilla selalu pukul 6:30 pagi dah keluar rumah sebab nak hantar Kasih pegi sekolah.. Memang tak sempat nak bangun masak untuk breakfast... Balik kerja petang dah amik Kasih balik sekolah, pastu masak.. badan dah penat, dah tua plak rasa hahaha..

Jadi untuk buka sekolah ni Kak Pilla berazam nak penuhkan fridge tu dengan MARIGOLD UHT Milk ni :) Pagi-pagi sebelum pergi sekolah boleh minum sekotak, atau kalau awal sangat dia tak nak minum dulu boleh bawak pegi sekolah.. Setakat buatkan roti tu kejap je boleh lah.. bekalkan sekali dengan air kotak MARIGOLD UHT.. Rasa berkhasiat je anak pegi sekolah.. 

 Budak-budak kat rumah ni suka MARIGOLD UHT Milk yang 3 rasa ni.. Actually semua sekali ada 4 flavour.

MARIGOLD UHT Chocolate Flavoured Milk
MARIGOLD UHT Strawberry Flavoured Milk
MARIGOLD UHT Full Cream Milk
MARIGOLD UHT Low Fat Milk

Kalau minum sekotak ni memang confirm kenyang sesuai untuk bawak ke sekolah.. Yang kotak besar pon ada.. yang 1 litre tu sesuai untuk letak dalam fridge je minum kat rumah pakai gelas ;)

 Kasih suka makan cereal bersama susu.. Guna je 1 kotak ni confirm kenyang.. Diorang suka sebab rasa dia sedap pastu packaging dia tu comel ada gambar kartun lembu tu.. berebut-rebut je depan fridge tu nak pilih flavour masing-masing ;)

Selain tu MARIGOLD UHT Milk ni kaya dengan kalsium, protein, unique BonePlus formulation yang mengandungi Vitamin D akan membantu menyerap lebih kalsium.  Ianya dalam masa yang sama akan membantu tumbesaran dan kesihatan anak-anak.. Bila nurient mencukupi of course akan mempengaruhi perkembangan otak jugak.. Budak-budak kita kena jaga sikit pemakanan dan air minuman dia.. Sebab kat sekolah kena belajar, kene menghafal.. so kita kena make sure bekalkan diorang ni dengan makanan dan minuman berkhasiat..

 Cereal pon Kak Pilla dah restock kat rumah ni.. Senang kalau tengah malam rasa lapar boleh makan cereal dengan MARIGOLD UHT Milk je.. Lagi bagus dari minum air manis yang tak mendatangkan kebaikan kepada tubuh badan.

 Sekotak MARIGOLD UHT Milk dapat semangkuk penuh :)

 Aleesya suka minum air gas.. Kalau dapat memang tak lepas dari tangan dia.. Eish risau, sebab kakak-kakak dia semua kurang minum air manis especially Kasih.. 

Daripada dia minum air gas dan air bergula dan berwarna yang tak bagus untuk kesihatan, lagi bagus dia minum MARIGOLD UHT Strawberry milk ni... lega hati Kak Pilla..

Actually MARIGOLD UHT Milk ni bukan saje sesuai untuk kanak-kanak, sekotak ni orang dewasa pon boleh minum.. senang pulak tu.. kadang Kak Pilla kelam kabut nak pegi office, sebelum keluar rumah campak jugak sekotak dalam handbag, boleh minum sambil drive nak sampai ke office.. Kak Pilla jenis pagi-pagi cepat lapar, tak boleh makan lambat nanti angin satu badan.. at least ada alas perut camni ok lah sementara nak tunggu makan pagi :)

Kak Pilla nak ajak you all cuba jugak MARIGOLD UHT Milk ni.. Ada 4 perisa, pilih je mana-mana yang suka.. Try bagi anak-anak diorang mesti suka!!!! Boleh bawak bekal ke sekolah ok?

Boleh visit www.marigold.com.my/uht.html untuk maklumat lanjut.



Love, 
Filla.

1 comment:

budakbandunglaici said...

oh sedapnya susu